Friday, December 31, 2010

OuTDooR PhoToSHooT aDieyZa


Sesi outdoor photoshoot memang termasuk dalam pakej yg aku ambik.. mula2 tu memang xde idea tempat menarik utk buat outdoor photoshoot ni..

Plan pertama, nak ke sawah padi Kampung Lonek Batu Kikir.. memang teruja sebab kawasan sawah padi tu selalu shoot utk drama.. so mmg kawasan tu cantik, nampak betul suasana kampung.. bila sampai kat sana, rupanya sekarang bukan musim padi so cancel plan tu..

Sebelum sampai ke sawah padi tu, kitaorg lalu Teratak Za'Ba.. teratak tu sebenarnya muzium sejarah yg berkaitan tentang pendeta Za'Ba..

Then, OP terus kata nak shoot kat Teratak Za'Ba tu.. masa sampai tu, ada 1 lagi pasangan pengantin yg tengah buat outdoor photoshoot jugak..

Since x boleh shoot kat dalam teratak tu, so kitaorg shoot kat kawasan luar teratak tu jer.. memang seronok sebab ada pengunjung kat teratak tu siap ajak bergambar sama diaorg.. kelakar betul..




Penat shoot kawasan luar, kitaorg masuk dalam teratak.. OP ambik gambar dari luar teratak.. utk outdoor photoshoot, encik adiey dah makin berani depan kamera.. dia yg lebih over dari aku.. hehehe..


Lepas outdoor photoshoot, OP siap ajak lepak kat kedai minum.. segan tuuuu.. tapi buat x tau jer.. bila penat & dapat lepak sambil borak2 tu memang hilang tension ckit.. apapun, happy sebab photoshoot ni berjalan lancar..

Untuk outdoor photoshoot Majlis Resepsi, encik adiey memang nak shoot konsep kehijauan.. habis majlis terus ke hutan lipur air terjun sungai lui..

Segan!!! tu jer yg aku boleh cakap utk gambarkan perasaan aku masa shoot tu.. sebabnya kawasan tu memang ramai org yg datang utk mandi-manda.. dah semua pandang jer.. nasib baik OP pilih kawasan yg jauh sikit dari org ramai..

Mencabar gak shoot kat kawasan hutan yg penuh semak samun tu.. habis semua daun melekat kat kain.. duri mencucuk2 jer kat kaki aku ni.. tapi kitaorg tetap enjoy!!


Lepas shoot kat situ, OP ajak shoot kat ladang tebu.. adoi!! x pernah aku terfikir nak shoot kat ladang tebu.. OP punya idea mmg terbaik!!

Masa masuk ladang tebu tu, memang risau.. sebabnya tu ladang tebu org, takut nanti org tu tuduh kitaorg nak curi tebu dia lak.. hihihi.. nasib tuan ladang tebu xdtg time tu..

Shoot kat ladang tebu sekejap jer.. sebab dah lewat petang sgt.. tp shoot kat ladang tebu ni tetap terbaik.. pengalaman yg sukar utk dilupakan..


Alhamdulillah, semua yg dirancang berjalan lancar.. perasaan bahagia bila diraikan cukup indah!! Semoga kebahagiaan ni akan berkekalan hendaknya..

next entry - HoNeYMooN

No comments:

Post a Comment

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..