Thursday, April 28, 2011

PC RoSaK!!

Hari ni pc aku masuk rosak.. sedih!!! so xsempat nak update entry baru.. update entry ni pun guna pc orang sebelah.. so x boleh la nak update panjang2 & blogwalking lama2.. sorry guys sebab x sempat jenguk blog korang..

p/s: mood sedih!!


Wednesday, April 27, 2011

Syaitan Kena Stroke!!


Pagi tadi waktu blogwalking kat blog Mizz Sue, jumpa sesuatu yg rasanya best untuk dikongsi bersama..


So jom sama2 kita sebarkan!!

MeNanTi 200 FoLLoWeRs

Dulu pernah buat entry Menanti 100 followers.. so rasanya x salah kalau nak buat entry menanti 200 followers kan..

Blog picisan macam aku ni bila followers bertambah memang rasa happy la kan.. kalau blog yg sememangnya dah popular & followers cecah ribu2 tu lain la kan.. aku buat blog ni pun sekadar suka2.. nak tambah kawan, share info & tempat untuk meluahkan perasan.. nak update entry baru pun ikut mood aku.. kadang2 sehari 2 entry, kadang2 sehari 1 entry, kadang2 seminggu 1 entry.. huhuhu..

Apa yg pasti aku hargai semua yg sudi follow blog aku ni.. kalau yg x follow tapi baca blog ni pun aku tetap hargai.. yg sajer2 bukak blog aku untuk cari kesalahan aku pun aku tetap hargai.. hahahaha..

InsyaAllah kalau ada rezeki & kesempatan sekali lagi aku akan bagi sesuatu untuk follower yg ke 200 nanti.. hadiahnya mungkin lain dari hadiah yg pernah Nadia dapat masa Nadia jadi follower blog ni yg ke 100.. mungkin bagi orang lain x semahal mana but yg penting aku ikhlas..

Jom sama2 kita tunggu siapakah gerangan follower tu yer..


Tuesday, April 26, 2011

ChiCKeN ChoP Di KFC


Masa tengah blogwalking, terjumpa iklan ni..





Nampak mengujakan + menyelerakan..

Tak pasti bila chicken chop ni mula ada kat KFC.. ke baru promo jer?? last pergi KFC 3 minggu lepas.. masa tu xnampak pulak promo chicken chop ni.. kat tv pun macam x perasan jer.. ke aku sorang yg ketinggalan ni?? huhuhu..

Ada sesiapa pernah cuba?? Aku ni memang suka chicken chop.. so bila nampak iklan ni memang menarik minat sesangat.. dah mula terbayang-bayang ni.. hihihi..


Monday, April 25, 2011

No Plastic!! No Polystyrene!!


Pagi tadi ada jamuan kat office ni.. sambutan hari lahir untuk pegawai & kakitangan yg lahir pada April.. makanan sangat banyakkkkkkkkkk.. rasanya sampai petang ni xhabis.. semua sibuk nak bawak macam2 jenis makanan.. bau makanan di sana sini.. hihihi

Menu utama nasi lemak, mee goreng & laksa.. macam2 kuih ada.. popia, koci, roti jala, pulut panggang.. pencuci mulut pun ada termasuk jelly kelapa.. semuanya sedap2!!! tengahari semua pegawai dan staff xpayah risau nak cari makanan untuk lunch.. maybe petang ni pun boleh bungkus bawak balik..


Eh, dah terlebih cerita pasal makanan pulak.. padahal niat di hati nak citer tentang benda lain.. hihihi..


Just nak share yg bermula next week office aku ni akan mulakan Polisi Hijau.. apa tu Polisi Hijau?

Ha, ni la yg dimaksudkan dengan Polisi Hijau.. idea dari sorang pegawai kat office ni sempena amalan 5S.. lepas ni kalau nak beli makanan kat cafe, kena bawak bekas sendiri.. sape yg guna plastic atau polystyrene akan didenda!! duit denda tu kumpul untuk aktiviti kelab..

Mula2 ramai yg kata agak leceh nak amalkan Polisi Hijau ni.. tapi bila fikir tentang alam sekitar, so rasanya ok jugak idea ni kan.. mula2 jer malu nak bawak bekal sendiri tapi lama2 nanti ok la kot kan.. diaorang kata boleh mintak discount dari cafe sebab kita guna bekas kita sendiri.. walaupun discount 0.20sen, tapi cuba kira penjimatan setahun?? banyak jugak kan??

Walaupun ada yg kata usaha ni xbawak impak yg besar sangat tapi bagi aku kalau kita x mulakan dari sekarang bila lagi kan?? biarlah sikit daripada xde apa2 kan?? dulu masa mula2 nak implement hari Sabtu tanpa plastic bag pun ramai yg bising2.. tapi sekarang ok jer kan.. hope usaha yg sikit ni akan bagi kebaikan yg lebih bermakna..


Reduce, Reuse, Recycle!!

p/s: korang x nak cuba praktikkan polisi ni ke??


Thursday, April 21, 2011

Kempen Senyum Selalu oleh PM


Pagi tadi ada perhimpunan khas bersama Perdana Menteri.. sampai kat dewan dapat sesuatu dari urusetia.. sangat comel!!!

Kempen Senyum Selalu akan berlangsung selama 2 bulan kat MOF.. so lepas ni siapa nak marah pun kena marah dengan senyuman.. macamne rupa marah dengan senyuman??

Lepas je PM lancarkan kempen ni, semua orang asyik nak senyum.. terasa meriah pulak MOF ni.. good campaign!!!

Habis jer perhimpunan, boss aku buat mesyuarat Bahagian la pulak.. masa ni lah jantung aku dah berdegup kencang sebab x sempat nak prepare sangat untuk pembentangan mesyuarat tu.. mula jer mesyuarat, nama aku dulu yg disebut2.. masa ni pasrah jer la nak tadah telinga untuk kena marah dengan boss..

Tapi memandangkan pagi tadi dah ada kempen Senyum Selalu, so mood boss hari ni ok & x marah2 sangat.. setakat marah2 comel jer.. marah dalam senyuman.. kelakar jugak sebab setiap kali dia nak marah, semua cakap "senyum Datuk".. wah, beruntunglah kitaorang semua sebab ada kempen ni.. kalau x, gerenti pagi tadi semua dah kena serang dengan boss.. hihihi


Thanks PM sebab lancarkan kempen ni.. sangat bermakna untuk semua.. lepas ni semua kena SENYUM SELALU!!!

P/S: senyum selalu guys!!!

Wednesday, April 20, 2011

Encik Suami & Blog

Hari ni aku ada kursus dari pagi sampai petang dekat office.. so segala kerja tertunggak selama aku berkursus masih belum dapat aku buat.. semalam balik lewat sebab ada audit.. banyak gak komen2, so kena siapkan diri untuk "diserang" oleh big boss.. hihihi

Petang semalam encik suami bagitau yg dia bukak blog aku.. sejak bila ntah dia rajin baca blog ni.. masa mula2 aku buat blog ni, dia xtau pun.. lepas tu kalau aku terangkan tentang blog pun dia x ambik kisah.. tapi sejak aku ajak dia gie kenduri kahwin sorang blogger ni, barulah dia faham erti sebenar kehidupan blogger.. hihihi.. sekarang ni dia pulak yg suruh aku citer apa yg terjadi kat dalam blog.. wah, semakin bijak encik suami!!


Tuesday, April 19, 2011

Kembali bersiaran!!

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Hari ni rutin aku kembali seperti biasa setelah 8 hari berkursus.. bangun pagi untuk ke tempat keje bersama suami, bergurau senda di pagi hari bersama encik suami, pergi kerja bersama encik suami.. perasaan yg indah!! semalam aku ambik cuti rehat.. apply cuti supaya hari ni aku lebih bersedia nak bekerja (wah, ayat pekerja cemerlang di situ) hihihi..

Lepas encik suami pergi keje semalam, aku sambung tido.. hihihi.. balas dendam sebab masa kursus asyik tido lambat jer kan.. x senonoh punya perangai.. hihihi.. bangun tido dah plan nak basuh baju masa gi kursus hari tu.. sekali tengok kat bakul baju, dah ada orang baik hati tolong basuhkan & sidaikan baju2 tu.. wah, terima kasih encik suami!!!!

So semalam kemas rumah cikit2.. sebab xberselerak pun.. cuma buang2 habuk jer la.. lepas tu layan tv sampai petang.. petang baru keluar ke Alamanda untuk beli sesuatu..

Pagi ni sampai office dengan perasaan ceria & bersemangat!! walaupun pagi tadi ada berita yg agak menyedihkan but aku kena kuatkan semangat la kan.. mungkin ada hikmah disebalik semua tu..

InsyaAllah aku akan kembali blogwalking hari ni.. maaf kalau dah lama x singgah & drop comment kat blog korang.. hope aku ada kesempatan untuk blogwalking dengan tenang hari ni walaupun ada banyak keje menanti.. hihihi

p/s: mula belajar untuk lebih tenang..

Saturday, April 16, 2011

Wish me luck!!

Hari ni aku ada exam untuk sah dalam jawatan..exam mula petang & disambung sampai malam..

Bila dah keje ni,mood nak study memang kurang sesangat..bukak buku sejam lebih je..lepas tu mata mula layu..

Kalau dulu sanggup stay up untuk study tapi sekarang xde maknanya..huhu..malam tadi habis class pukul 10.30,lepas tu konon semangat nak study..tapi pukul 12.45 dah tido..apakah??

Hope aku lulus la exam hari ni..malam ni still xblh tido awal sangat sebab nak prepare untuk presentation esok..hope semuanya berjalan lancar..

Doakan aku berjaya lulus dalam exam hari ni yer!!!

P/S:xsabar nak balik esok!!!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.6

Friday, April 15, 2011

Zomba berkursus!!

Masuk hari ke 6 berkursus..tenaga makin dah kurang..badan terlalu penat..otak pun dah jammed sebab banyak sangat input yg masuk..

Dah 2 malam tido termimpi2 encik suami..rindu!!! Tido x lena..tapi mandi still basah & makan sntsa kenyang..hihihi..

Menghitung hari dah aku sekarang ni..xsabar nak balik rumah & jumpa encik suami..

Hari ni mungkin kena tido lambat..sebab esok exam,macam banyak je x study lagi..ntah larat ke tidak nanti..malam tadi tido lewat buat assignment..so pagi ni memang dah boleh jadi zomba!!!

P/S:doakan aku lulus exam esok yer..
Published with Blogger-droid v1.6.6

Thursday, April 14, 2011

Nasi Ayam Gemas

Last week aku ada nampak kedai makan baru kat Presint 15..as usual,mesti ada rasa nak cuba..

Kedai Nasi Ayam Gemas..kedai ni kira cawangan la..ada banyak cawangan kedai ni kat N9..pada yg xtau,Gemas tu salah 1 daerah kat N9..

Aku dah pernah cuba makan kat kedai Nasi Ayam Gemas cawangan Bahau,area rumah parents aku..banyak kali makan,so tu yg buat aku excited nak makan kat Presint 15 tu..sbb nasi ayam dekat kedai cawangan Bahau tu sedap!!!

Tapi aku agak kecewa bila rasa nasi ayam kat kedai cawangan Presint 15 tu kurang sedap..rasa hampa..rasa bersalah sebab ajak encik adiey makan kat sana sebab encik adiey xsuka nasi ayam tapi sanggup teman aku makan nasi ayam kat situ..

Terus terbayangkan yg orang akan kata nasi ayam orang N9 xsedap..huhuhu..padahal kat cawangan lain kat N9 semua ok jer..

Lepas makan kat situ terus tepon mak & abah bagitau citer ni..mak terus suruh balik kampung then makan nasi ayam kat cawangan Bahau jer..hihihi..
Published with Blogger-droid v1.6.6

Wednesday, April 13, 2011

Al-Fatihah

Semalam dapat berita yg terlalu sedih..kehilangan seorang teman..arwah meninggal dunia 6 hari SEBELUM ARWAH DIIJABKABULKAN!!!

Tunang arwah merupakan kawan aku juga..tunang arwah & arwah merupakan kawan sekolah aku..semestinya semua kawan sekolah merasai kehilangan arwah..

Arwah yg aku kenal sememangnya seorang yg ceria & peramah..siapa sangka arwah yg ceria rupanya mengalami masalah buah pinggang..masalah yg ditanggung tanpa pengetahuan rakan2..

Kehilangan yg membuatkan semua mengalirkan air mata..tak dapat digambarkan betapa sedihnya hati keluarga arwah,tunang arwah & bakal keluarga mertua arwah..di saat persiapan terakhir majlis perkahwinan Ahad ni,semua dikejutkan dengan pemergian arwah..satu perasaan yg susah utk digambarkan..

Sesungguhnya jodoh,ajal & maut di tangan Allah..kita hanya merancang,Allah yg menentukan..

Sama2 kita doakan agar roh arwah tenang di sana & arwah di tmptkn di kalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah utk arwah Nudra Shafini..
Published with Blogger-droid v1.6.6

Tuesday, April 12, 2011

Kursus-Day 3

Masuk hari ketiga berkursus..bangun pagi still rasa kurang sihat..tapi terpaksa kuatkan semangat..ada lagi 6 hari utk dilalui..

Encik suami pun sekarang tengah xberapa sihat..bila berjauhan,memang risau bila pasangan kita x sihat kan?

Selama 2 hari ni xsempat lagi nak study utk exam sabtu ni..harap2 lulus la exam tu nanti..maklumlah dah lama xjawab2 exam ni..takut lupa nak buat esei macamne..hihihi..

P/S: xsempat nak blogwalking lagi..sorry sgt2 yer..
Published with Blogger-droid v1.6.6

Monday, April 11, 2011

Kursus di Nilai

Hari ni masuk hari kedua kursus..kursus agak bosan..maybe sebab penceramah x berapa best..so mmg menguap jelh..huhu..

Masuk hari kedua,kesihatan agak x berapa baik..sakit kepala x henti2..masuk ni dh 2 minggu kesihatan agak terganggu..mungkin sebab bebanan kerja & makan xtentu masa..doakan aku cepat sihat yer..

Keep blogging guys!!
Published with Blogger-droid v1.6.6

Friday, April 8, 2011

Sale!!


Jusco Taman Equine JCard Member's Fiesta on 8 April 2011, from 9am-11pm.. for purchase of RM100, get RM5 Jusco Gift Voucher!!

-Sharing is caring-



Thursday, April 7, 2011

Internet Dah OK!!!!

Alhamdulillah.. waktu rehat tadi cuba bukak internet.. sejak internet problem ni, setiap jam aku check samada internet dah ok ke belum.. huhuhu.. setiap jam jugak la aku tension.. sebabnya internet still x ok.. x suka perasaan tension tu..

So lepas ni boleh la blogwalking!! Ahad ni dah kursus so x janji dapat blogwalking sepenuhnya.. online guna hp jer sepanjang kursus.. hope ada masa terluang untuk terjah blog korang waktu kursus nanti..

Rasa dah banyak ketinggalan cerita korang.. kena baca laju2 la nanti.. hihihi.. hope sempat balas kunjungan korang semua.. rindu nak komen2... rindu nak senyum2 baca entry korang.. rindu semuanya!!


Keep blogging guys!!

Rindu Blogwalking!!

Rindunya nak blogwalking!!! rindunya nak balas komen2 kat blog ni!!

Rindu giler...

Internet still problem.. tapi Alhamdulillah banyak keje yang dapat diselesaikan dalam tempoh 4 hari tanpa internet di office.. ni pun update pinjam pc staff.. sebab x semua pc yg ada internet problem.. pelik2.. beribu pc kat Kementerian ni, nape pc aku yg kena?? adoi!!!!!

Nak online guna hp pun dapat kejap2 jer.. sebab bz.. kat rumah memang jarang nak online..

So aku nak mintak maaf banyak2 sebab x sempat blogwalking kat blog korang.. memang rindu nak baca blog korang semua!! terasa diri ni jauh dari korang.. hati sentiasa teringat kat blog korang..

Miss u guys!!! keep blogging ok!!

Wednesday, April 6, 2011

Internet Problem

Internet kat office problem.. macam tau2 jer keje melambak nak kena buat before pergi kursus.. minggu ni terlalu bz sampai breakfast & lunch selalu x sempat.. petang balik kerja baru teringat nak makan.. tapi bila nak makan, selera asyik xde..

Malam susah nak tido sebab asyik fikir keje.. bertambah tanggungjawab bermakna bertambah beban kat kepala ni kan.. bila makan x tentu masa, tido pun x lena, maka kesihatan agak sedikit terganggu..

Semoga diberikan kekuatan untuk mengharungi minggu ni dan minggu depan..

Doakan agar aku dapat selesaikan semua keje before pergi kursus & doakan jugak kesihatan aku yer sebab kebelakangan ni aku terlalu kerap rasa kurang sihat..

Keep blogging guys!!

Tuesday, April 5, 2011

Bad News For Me!!

Sejak awal pagi semalam rasa x sedap hati.. rasa macam akan dapat berita yg kurang menggembirakan..

Petang semalam sebelum balik office bukak e-mail macam biasa.. terkesima!!! terkejut!!! terperanjat!!!


Sekali lagi akan PJJ dengan encik suami.. yg bertambah parahnya, PJJ selama 8 hari!!! adoi!!!!

Baru balik dari kursus, sekali dapat e-mail bagitau aku terpaksa pergi berkursus lagi.. tapi yg lebih parahnya, kursus selama 8 hari di Allson Klana Hotel, Putra Nilai..


Memang boleh buat jiwa sengsara la kot.. dengan kesihatan yg baru nak pulih.. dengan keje tertangguh yg masih banyak belum settle.. rasa stress serta merta..


Walaupun aku dah jangka yg aku akan pergi kursus ni, tapi aku jangkakan kursus ni akan dibuat kat sekitar Putrajaya jer sebab dah kata kerajaan nak kurangkan kos pegawai berkursus di luar kawasan pejabat kan.. so bila jangkaan aku meleset, terus rasa nak jerit kuat2.. huhuhu.. sungguh poyo ini budak!!!


Kursus akan bermula Ahad ni sehinggalah Ahad depan.. sengsara betul jiwa raga aku ni.. otak terus ingat tentang encik suami.. demi tanggungjawab keje, tanggungjawab sebagai isteri terpaksa dikorban sementara..


Kalau PJJ 3 hari pun aku dah terasa sesangat, ini kan pulak PJJ selama 8 hari.. ntah boleh tido lena ke x.. huhuhu.. sambil taip enty sambil bayangkan keadaan diri di sana.. terus rasa nak nangis.. emo terlebih betul budak zana ni tau!!!


Next week kalau banyak entry over jiwang atau sedih jangan salahkan aku yer.. hope korang faham la yer.. hihihihi

p/s: travel bag untuk kursus last week pun x sempat simpan dalam stor lagi, seolah2 tau yg akan pergi berkursus lagi minggu ni.. huhuhuhu..

Monday, April 4, 2011

MC & BZ

Assalamualaikum & selamat pagi untuk semua.. semoga hari ni lebih ceria dari biasa..

Rindu sangat kat blog ni.. lama x update & blogwalking.. bukan saja x nak update cuma keadaan x mengizinkan..

Jumaat hari tu aku MC.. balik dari kursus kesihatan x berapa nak ok.. tapi tetap semangat nak gie keje sebab Jumaat tu banyak aktiviti penting yang perlu penglibatan aku.. tapi apakan daya.. pagi Jumaat tu semakin x sihat.. so nak x nak, terpaksa MC..

Weekend lebih banyak masa dihabiskan di rumah.. dengan kesihatan yang belum berapa baik & mood berjalan yg kurang..

Hari ni aku cadang nak update la awal2 pagi.. tapi sampai2 jer tengok banyak keje yg menanti.. so terpaksalah tangguhkan dulu niat untuk update & blogwalking.. just sempat buat short entry ni jer..

Thanks pada yg sudi tinggalkan komen kat blog ni.. insyaAllah aku akan balas kunjungan korang nanti k.. keep blogging guys!!

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...