Thursday, June 30, 2011

PiZZa HuT BuY 1 Free 1


Jumaat minggu lepas sempat terjah ke Pizza Hut Delivery(PHD) Putrajaya.. memandangkan Jumaat tu mood nak ke dapur agak berkurangan, so ambik jalan mudah terus ke PHD.. ditambah pulak Jumaat minggu lepas adalah Final Maharaja Lawak, so alasan nak makan Pizza sambil tengok final tu turut digunakan.. lepas tu gunakan alasan dapat kupon dari PHD, rasa rugi pulak kalau x gunakan kupon tu sebab bukan selalu dapat kupon macam tu..



Macam2 alasan betul!! cakap jer lah yg ko memang nak makan pizza wahai cik puan zana.. huhuhu..

Oh ye, masa aku tengah terjah website Pizza Hut, baru aku tau yg Pizza Hut Hot Delivery tu kita boleh bayar guna kad kredit atau debit kad masa nak buat pembayaran.. kiranya, masa orang pizza tu hantar pizza ke rumah kita, kita nak bayar guna kad kredit boleh, guna debit kad pun boleh.. kiranya x payah la nak bagi cash & risau pasal duit baki..


Wah, canggih la pulak kan.. ke aku yg baru tau ni?? kalau korang dah tau, ko anggap je la aku ni memang selalu ketinggalan.. agaknya dah bertahun kot korang guna cara ni, tapi aku jer yg baru tau..hehehehe..

P/S: dah2, jangan gelakkan aku kalau korang dah lama tau pasal bayar guna debit kad tu k.. kalau nak gelakkan jugak, jangan sampai aku dengar yer..

Wednesday, June 29, 2011

Sayang aBaH & eMaK !!

Loving couple forever!!

Romantik + suka manja2 + suka berkepit + suka kongsi makanan + suka karaoke sama2 = ABAH & EMAK

Suka sangat tengok kemesraan abah & mak.. kalau depan anak2, menantu2 & cucu2 pun abah & mak suka romantik2.. kalau berjalan mesti nak berkepit.. sampaikan ada kawan lama abah buat gosip abah gie shopping berpeluk & berpegangan tangan dengan perempuan lain.. kawan abah nampak perempuan tu dari belakang jer, so x perasan muka perempuan tu.. sekali pergi dekat, rupanya perempuan tu ialah mak.. kawan abah kata, x sangka abah & mak masih romantik2 selalu.. hihihi..

Kalau pergi kedai makan, suka tengok abah & mak rasa makanan masing2.. abah rasa mihun kungfu mak cikit, mak pulak rasa mee goreng abah..

Abah suka pilihkan mak baju.. kalau abah yg pilih baju mak, mesti semua anak2 puji sebab cantik.. abah memang pandai memilih.. dari baju, handbag, kasut & tudung mak kebanyakannya abah yg pilih..

Kalau pergi kenduri kahwin rumah sedara yg ada buat karaoke ke, abah & mak suka nyanyi sama2.. cucu2 terlopong tengok atok & nenek diaorang menyanyi.. hihihi..

Mak selalu jeling abah setiap kali telefon abah bunyi.. hahaha.. kelakar betul.. padahal masa tu kitaorang adik beradik yg call abah.. mak takut ada perempuan lain call abah la tu.. abah kata tu tandanya mak cemburu, cemburu tandanya sayang..

Sebelum 5 orang anak perempuan abah kahwin, kitaorang selalu kesian kat abah.. kalau abah tengah bertukang buat dapur, semua anak2 dia tengok jer.. semua x reti nak tolong.. kalau tv kat rumah x clear, abah sendiri panjat atap rumah nak betulkan antena tv tu.. kalau raya, abah sorang pasang kayu nak pacak pelita..

Kalau anak2 nak exam, abah yg tido lambat teman anak2 study sebab anak2 penakut nak study sendiri sampai lewat malam.. kalau nak pergi tandas waktu malam, anak2 kejut jer abah supaya abah teman sampai pintu tandas sebab rumah kampung kan tandas kat luar rumah.. kesian abah, kalau anak tengah sakit perut sebab salah makan makanya abah terpaksa bangun teman anak2 gie tandas berkali2..


Abah selalu kata mak beruntung sebab bila mak masak, semua anak2 tolong.. bab kemas rumah semua anak2 tolong.. bab hias rumah semua anak2 boleh tolong.. sebab semua anak2 perempuan..

Tapi abah x pernah merungut yg abah penat buat kebanyakan keje kat rumah tu sorang.. sebab anak2 suka teman abah masa abah buat keje.. sambil abah buat keje, sambil kitaorang borak2 dengan abah.. abah pulak suka cerita tentang zaman abah ngurat mak dulu.. hihihi.. so sweet!!

Sekarang, mak pulak yg cemburu dengan abah.. bila abah dah nikahkan anak2 perempuan abah, abah dapat 5 menantu lelaki yg semuanya rajin tolong abah.. bertambah untung bila abah ada 11 cucu lelaki yg sangat manja & rapat dengan abah.. cucu perempuan hanya 2 orang..

Ramai orang kata sebab anak abah semua perempuan, so bila dapat cucu ramai lelaki la pulak.. apapun, tu semua rezeki dari Allah kan.. aku pulak berharap sangat agar aku dapat berikan abah & mak cucu dari rahim aku sendiri.. semoga doa aku dimakbulkan Allah hendaknya..


Monday, June 27, 2011

Umai D'Lake Cafe Presint 2 Putrajaya


Petang ni aku nak share tentang satu tempat makan yg best kat Putrajaya ni.. Umai d'Lake Cafe yg terletak di Monumen Alaf Baru, Presint 2.. cafe ni dulu beroperasi kat Presint 15, memang dekat dengan rumah aku.. so kalau balik keje, selalu jugaklah lepak kat situ.. sebab menu petang kat cafe ni memang TERBAIK!!!

2 bulan aku tension sebab cafe ni x bukak.. betul2 dah rindu nak makan kat situ.. setiap kali lalu, mesti tension sebab cafe tu tutup.. huhuhu.. nak dijadikan cerita, aku terdetik hati nak google tentang cafe ni.. akhirnya jumpa info terbaru tentang cafe ni..

Rupanya diaorang dah pindah ke Presint 2.. patutlah cafe yg kat Presint 15 tu tutup jer sejak 2 bulan hari tu.. yg aku pulak x terfikir nak google tentang cafe tu.. kalau aku google lebih awal, xdelah aku tension sangat sebab x dapat makan kat situ.. huhuhu..


So last week ambik kesempatan untuk gie cafe tu.. masuk cafe tu terus happy oooo.. masa pekerja tu nak ambik order, terus aku luahkan perasaan aku.. aku cerita la 2 bulan ni aku rasa tension sebab cafe diaorang tutup.. aku cakap kalau ye pun nak pindah, letak la notis kan.. senang cikit customer nak tau.. aku cerita la yg aku siap google tentang cafe ni semata2 sebab dah lama sangat x makan kat cafe tu.. sesi luah perasaan berlangsung agak lama.. hahahaha..


Malam tu order menu yg paling aku suka.. Roti Jala Umai Cafe.. roti jala kat cafe ni memang sedap sangat!! makan dengan kuah kari yg sedap & ditambah dengan rendang ayam yg sangat mantap.. pergghhhhh, layannnnnnn.. lepas tu order Cucur Udang Umai Cafe ( gambar lupa nak snap sebab tengah menghayati kesedapan makanan kat situ ).. perrrggghhhh, lagi layan la.. memang sedap!!

For info, roti jala & cucur udang memang menu yg special kat cafe ni.. so x mustahil la roti jala & cucur udang kat situ memang sedap.. banyak lagi menu yg ada kat cafe ni.. dari menu masakan kampung sampailah menu western.. semuanya ada..

Harga makanan kat cafe ni agak berpatutan.. yg bestnya kalau gie cafe ni waktu petang.. boleh tengok pemandangan tasik Putrajaya, kalau nak lagi best boleh tunggu matahari terbenam.. memang cantik pemandangan kat situ.. masa aku gie minggu lepas waktu malam.. customer memang ramai, kebanyakan suka makan dekat luar cafe.. open air.. memang layannnn..

Lepas ni kalau rasa nak lepak waktu petang sambil layan roti jala, haruslah aku terjah ke sana lagi.. layanan pun ok.. tunggu order pun xdelah lama sangat.. so warga Putrajaya, rasanya x rugi kalau korang cuba makan kat cafe ni terutamanya kalau nak cuba roti jala kat situ..

Info tambahan, kedai ni buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 11 malam.. menu pelbagai dari kampung, western, cake, kuih muih & macam2 lagi..

Info tambahan lagi, kedai ni terletak bersebelahan dengan Monumen Alaf Baru di Presint 2.. berhampiran dengan Masjid Sultan Mizan Putrajaya.. cafe ni menghadap tasik..

P/S: Tuan cafe kata, Tun Mahathir selalu singgah cafe ni.. wah, hebat la cafe ni!!

Friday, June 24, 2011

Tips Mengemas Rumah


Hari ni nak kongsi sesuatu yg menarik terutamanya untuk para isteri, bakal pengantin & anak dara di luar sana.. perkara yg menarik seharusnya dikongsi bersama kan?? Kali ni kita berkongsi tentang 1 blog yang banyak memaparkan tips2 mengemas rumah yang ringkas, mudah dan sangat praktikal..



Mengemas rumah bukanlah satu perkara yg boleh dianggap remeh.. mengemas rumah memerlukan kesabaran, ketekunan dan kekuatan mental serta fizikal.. kekuatan mental sebab bukan semua orang sukakan keadaan yg berselerak, apatah lagi kalau bukan dia yg menyebabkan keadaan rumah tu jadi berselerak.. kekuatan fizikal amat diperlukan sebab mengemas rumah bukannya boleh disiapkan dalam waktu yg singkat..

Isu mengemas rumah ni sebenarnya perkara asas yg penting dalam sesebuah rumahtangga.. bayangkan keadaan rumah yg tersusun, bersih & kemas.. mesti rasa tenang jer duduk dalam rumah tu kan.. bayangkan pulak keadaan rumah yg berselerak.. mesti otak kita pun serabut bila fikir hal tu kan.. bila otak serabut, mulalah cepat naik marah.. ada jer yg rasa x kena..

Hari ni aku nak kongsikan satu link blog yg sangat menarik.. banyak info yg menarik boleh kita belajar bila baca blog ni..


 "blog mengemas rumah".. 

Nama blog pun dah blog mengemas rumah so semestinya banyak info menarik tentang tips penjagaan rumah yg boleh kita belajar dari situ..

Mungkin ada tips kat situ yg x berapa sesuai untuk kita praktikkan dengan keadaan rumah & keluarga kita atau mungkin jugak kita dah selesa dengan cara mengemas kita sendiri.. tapi mungkin jugak ada tips dalam blog tu yg kita x pernah tau atau x pernah cuba ambik tau.. so dari situ kita boleh perbaiki skill mengemas rumah kita kan..

Semalam lepas balik dari keje, terus mood nak mengemas rumah tu memuncak.. maybe sebab baca banyak tips kat blog tu.. semestinya weekend ni semangat untuk mengemas tu makin tinggi sebab ada banyak masa yg boleh diperuntukan untuk mengemas rumah..

Banyak tips yg boleh kita tau dari blog tu.. dari tips penjagaan ruang tamu, ruang makan, bilik mandi, dapur, stor sampailah ke bilik tidur.. cara nak menyidai, mengangkat & melipat baju dengan bijak pun ada dikongsikan dalam blog tu.. tips penjagaan kain buruk & cara mengelap meja pun ada.. memang info yg menyeluruh tentang setiap ruang & aktiviti mengemas di rumah..

So, rasanya sesuai sangatlah korang baca blog tu hari ni.. supaya mood mengemas korang makin memuncak weekend ni.. hihihihi..

Thursday, June 23, 2011

Filem KL Gangster


Semalam ambik kesempatan untuk luangkan masa dengan encik suami.. kitaorang luangkan masa dengan tengok wayang bersama.. serius dah lama sangat aku x tengok wayang.. rasanya last tengok wayang bulan 3 hari tu.. giler lama.. sejarah betul, selalunya setiap bulan gie tengok wayang.. bz dengan keje punya pasal, sampai langsung x teringat nak tengok wayang.. huhuhu..

So semalam kitaorang tengok cerita yg hangat diperkatakan sekarang, KL GANGSTER.. encik suami beria2 nak tengok cerita ni.. aku x berapa nak tengok sangat sebab takut!!!

Memang la ni bukan cerita seram tapi aku takut la nak tengok aksi gaduh2 tu.. sedangkan kalau akak aku nak cubit anak buah aku pun aku dah x sampai hati nak tengok, ini kan pulak nak tengok aksi gaduh2 sampai pecah muka.. serius takut wei!!!


Tapi aku tetap gagahkan diri nak tengok cerita ni sebab nak temankan encik suami.. walaupun takut, tapi aku tetap layan cerita ni dengan penuh perhatian.. sebab apa?? sebab jalan cerita dia memang TERBAIK!!!

Pelakon semuanya bagi lakonan yang TERBAIK!! lakonan Aaron Aziz memang bagus terutamanya part aksi2 bergaduh.. betul2 menjiwai watak la Aaron Aziz tu.. sampaikan terus aku lupa yg dia pernah berlakon jadi Seth Tan.. hilang terus bayangan Seth Tan yg romantik tu.. huhuhu..

Lakonan Syamsul Yusof & Ady Putra pun kira bagus jugak.. mesti diaorang ni buat research berkaitan watak diaorang habis2an sebab lakonan diaorang dalam cerita ni memang boleh dipuji..

Walaupun ni cerita aksi, tapi pengajaran cerita ni banyak.. pengajaran terbesar tentang persahabatan dan kekeluargaan.. memang pengajaran cerita ni TERBAIK!!!

Bila sentuh bab persahabatan, aku terus ingat lakonan Zizan dalam cerita ni.. TERBAIK!!! banyak dialong Zizan yg buatkan aku & penonton lain tergelak besar.. serius best la watak Zizan dalam cerita ni.. ada lagi sorang pelakon yg aku suka lakonan dia, Sofi Jikan.. banyak jugak dialog dia yg buat aku gelak.. berkesan jugak lakonan Sofi Jikan tu.. walaupun badan dia x sebesar macam badan Aaron Aziz & Ady Putra, tapi watak gangster dia tetap menjadi..

Rasanya x rugi aku gie tengok cerita ni.. sampaikan bila part gaduh2 & tumbuk2 tu aku pulak yg rasa macam muka aku yg nak pecah.. huhuhu..

Monday, June 20, 2011

Rumah Baru aDieyZa


Siapa yg perasan sesuatu yg baru kat blog ni?? Siapa yg perasan tu, korang memang terbaik la!! Mesti rajin singgah blog ni kan.. hihihi.. Hari ni mood nak blogging makin berkobar2.. semuanya gara2 sesuatu yg baru tu.. senyum sampai ke telinga bila tengok blog sendiri.. terus feeling2 romantik..

Aku suka sangat dengan header baru blog aku ni.. paling best sebab header ni hadiah dari seorang teman blogger yg sememangnya kreatif & baik hati..

Nadia, seorang teman blogger yg sangat baik hati sebab sudi hadiahkan header yg super cute untuk blog ni.. header kali ni merupakan header kedua hasil tangan daripada Nadia.. memang happy sangat2!!!!


Header blog yg lama merupakan hadiah yg istimewa dari Nadia jugak.. Nadia hadiahkan header tu masa awal2 perkenalan kitaorang.. so sweet!!!

Nadia, thanks sangat2 untuk header ni.. zana suka sangat!!

P/S: Bila ada header baru, semangat nak blgging terus memuncak!!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa istimewa untuk abah dan ayah mertua tersayang..

Adik & Adiey sayang abah!!!

Zana & Angah sayang ayah!!!

Friday, June 17, 2011

Kenapa Wanita Merajuk? Kenapa Lelaki Malas Memujuk?

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka. Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Bila baca info ni, terasa banyak ilmu berguna yg boleh diambil utk jadikan pengajaran.. mungkin ada perkara yg kita rasakan remeh tapi boleh jadi isu besar kalau kita x tau cara nak tangani isu tu.. suka info ni!!!

P/S: ilmu berkaitan kebahagiaan rumahtangga ni sememangnya perlu dipelajari setiap hari..

Thursday, June 16, 2011

PHD Putrajaya

Aku x pasti sama ada aku yg terhegeh2 baru tau pasal PHD kat Putrajaya ni atau memang benda ni baru lagi.. best bila dapat tau yg ada Pizza Hut Delivery kat Putrajaya ni.. yg pasti dapat info best ni dari blog BFF aku.. terima kasih kak untuk info best ni!!!



P/S: Lepas ni x payah susah2 nak gie Alamanda untuk beli Pizza..

Usop Wilcha DJ Hot FM


Pagi ni dengar Hot FM macam biasa.. cumanya hari ni banyak gelak sebab Usop Wilcha jadi DJ.. gelak2 bila dengar Usop Wilcha baca info traffic.. agaknya kalau tersangkut dalam traffic jammed pun boleh hilang stress bila dengar Usop Wilcha baca info traffic tu.. hihihi..

"KITA BAKOR JER"

Trademark Usop Wilcha ni memang hebat.. dari budak kecik sampai ke warga emas, rasanya semua tau trademark Usop Wilcha tu kan.. sampaikan aku gie Kursus Induksi pun penceramah selitkan lawak Usop Wilcha ni.. dekat office ni pun kalau ada isu yg hangat mesti gunakan trademark Usop Wilcha tu..


P/S: Lepas ni, pagi2 mesti makin ceria sebab dengar Usop Wilcha ni jadi DJ Hot FM..

Wednesday, June 15, 2011

GA Lagi?

Tetiba hati ni rasa nak buat GA lagi la.. dulu masa kali pertama nak sambut birthday encik suami, aku ada jugak buat GA.. so untuk kali pertama nak sambut ulang tahun perkahwinan yg bakal muncul, aku rasa elok jugak kalau buat GA..

Tapi ada ke yg sudi join? Maklumlah, blog aku ni bukannya popular sangat.. so nak dapat penyertaan untuk join GA ni susah la jugak kan.. nak buat GA simple2 jer la macam tu, supaya ada yg join.. boleh x macam tu? hehehehe..

InsyaAllah next week la aku buat entry untuk GA tu.. buat GA untuk tempoh sebulan supaya ada yg nak join.. hahahaha.. kalau buat sekejap, nanti x ada yg join sebab blog ni bukannya popular pun, so ntah orang tau aku buat GA ke x.. huhuhu..

P/S: Since GA ni untuk satu tarikh yg istimewa, hadiahnya pun kenalah istimewa kan.. nak bagi hadiah apa erk?

WordLess WednesdaY

Semakin hari semakin bulat.. hihihi..


Tuesday, June 14, 2011

Kembali Bersiaran

Hari ni aku dah kembali bertugas.. pagi tadi bangun agak lewat.. sebab mood bercuti masih menguasai diri.. huhuhu..

Sampai office lega jugak bila tengok hanya ada 1 keje tambahan.. maknanya masih ada peluang untuk blogwalking.. hahahaha..

Sepanjang bercuti masa banyak dihabiskan dengan keluarga & keluarga mertua.. bahagia bila dapat bersama insan2 tersayang.. bahagia bila dapat makan masakan mak & mak mertua.. bahagia bila bergurau senda dengan abah & ayah mertua.. bahagia bila bersama adik beradik kedua belah keluarga.. bahagia melayan karenah anak2 buah yg semakin bijak.. seronoknya!!!!!

Hari ni masih mood bercuti.. so entry pun pendek jer la yer.. huhuhu..

Monday, June 13, 2011

Hadiah Pink Frame Untuk Follower


Entry yg telah disimpan lama.. kisahnya dah lama terjadi tapi baru hari ni berkesempatan nak cerita.. sangat teruk ini tuan blog yer.. sorry sebab korang terpaksa layan cerita basi dari tuan blog.. huhuhu..

Cerita ni tentang follower yg bertuah.. Liya, follower yg ke 200 untuk blog aku ni.. masa baca blog Liya ni, agak terkejut.. sebab dari gaya penulisan macam aku dekat sangat Liya ni.. lepas berbalas e-mail, baru aku tau yg Liya ni keje satu Kementerian dengan aku.. cumanya lain Bahagian jer.. patutlah terasa dekat jer.. hihihi

Disebabkan kesibukan yg teramat sangat gara2 5S, so masa agak terhad untuk jumpa Liya ni.. bila ada kelapangan, terus call Liya untuk jumpa bagi dia hadiah.. tu pun jumpa sekejap jer.. hope ada kesempatan untuk jumpa Liya lagi nanti..

Thanks Liya sebab sudi follow blog zana!! hope Liya suka dengan hadiah tu.. zana suka warna pink, sebab tu zana beli frame warna pink.. hihihi..


Thanks jugak sebab sudi buat entry khas tentang hadiah tu.. keep in touch ok..

P/S: sayang & hargai sangat semua followers aDieyZa's Blog!!!



Cuti Untuk Shopping Raya

Hari ni aku cuti!! Syok betul bila dapat bercuti ni kan.. lagi2 cuti hari Isnin.. terus no monday blues.. huhuhuhu..

Hari ni ambik cuti sebab nak shopping keperluan untuk raya nanti.. orang lain dah start shopping keperluan raya lama dah, tapi aku baru terhegeh2 nak shopping raya.. risau part baju raya la pulak.. jangan tailor x ambik tempahan lagi sudah la.. huhuhu..

Minggu lepas dah bincang dengan encik suami tentang warna tema untuk raya tahun ni.. happy sangat sebab encik suami setuju dengan warna tu.. happy berganda2!!!

P/S: tahun kedua beraya sebagai seorang isteri.. mungkin juga tahun kedua beraya berdua.. sabar & redha dengan ketentuan-Nya..

Saturday, June 11, 2011

Photo Book Promotion


Masa tengah blogwalking, terjumpa photo book promotion ni.. nampak menarik!! ada sesiapa berminat boleh la grab promotion ni.. aku x pernah tempah dengan Pixajoy ni, tapi nampaknya promotion kali ni memang menarik.. sebelum ni pernah grab photo book promotion dari Kedai Gambar Kami.. memang puas hati bila ada photobook album ni..

P/S: ada rezeki nak cuba grab promotion album dari Pixajoy ni..

Friday, June 10, 2011

Pencuci CIF Terbaik!!

Petang ni nak update citer bawah label "housewife".. sebabnya nak jugak kongsi sesuatu yg best dengan isteri2 kat luar tu.. anak dara & bakal2 isteri pun sesuai gak ambik tau tentang hal ni.. kali ni nak cerita tentang produk best yang perlu dimiliki di setiap rumah iaitu CIF cream!

Baru2 ni aku ada beli produk pencuci ni.. beli pun sebab nampak iklan kat TV (mudah betul terpengaruh dengan iklan kat TV.. huhuhu).. pencuci jenama CIF.. harga murah betul, RM3.99.. botol panjang lak tu.. berbaloi2..

Sampai rumah terus cuba sebab keesokan harinya ada tetamu nak datang rumah.. so kenalah pastikan rumah tu bersih & kemas kan.. first sekali cuba kat bahagian yg sememangnya paling susah untuk dibersihkan.. dah macam2 pencuci aku cuba, tapi setakat ni belum ada yg mampu untuk hilangkan kesan kotoran kat kawasan tu.. kebanyakan pencuci hanya boleh pudarkan jer kotoran tu.. tu pun kena sental kuat2 sampai berpeluh2 aku dibuatnya..

Tapi bila aku cuba CIF ni, letak cikit jer pencuci ni, sekali lap jer terus aku rasa jerit, "wow, hebatnya!!!!!" tanpa sental2 dah boleh hilang kotoran tu..

Terus teruja & jerit nama encik suami.. encik suami ingat isterinya tergolek ke apa, rupanya nak tunjuk kawasan yg paling susah nak dibersihkan telah berjaya dibersihkan hanya dengan sekali cuci.. terbaik!!! terus cakap dengan encik suami nak beli 10 botol pencuci CIF.. hahahaha.. nampak betul melampau kan..


Nampak x apa yg etrtulis tu?? TOUGH CLEANING, MINIMUM EFFORT.. memang aku setuju sebab aku x perlu sental sampai berpeluh2 untuk hilangkan kotoran degil yg ada kat rumah aku tu..

Malam tu aura nak mencuci2 menguasai diri.. habis semua tempat aku nak cuci.. sampaikan encik suami kata "sudah2 la mencuci & mengelap tu.. esok sambung lagi".. huhuhu..


Siapa yg pernah cuba mungkin bersetuju dengan testimoni aku ni.. aku sendiri sangat puas hati.. sebabnya dengan harga yg murah, aku berjaya menghilangkan kotoran degil kat rumah aku.. dengan harga yg murah jugak, aku berjaya menaikkan semangat kerajinan aku.. hahahaha..


Siapa yg belum cuba, aku sarankan untuk korang cuba.. lagipun harga CIF ni memang tersangatlah murah.. memang tersangatlah berbaloi2..
Kerana mu CIF, aura kerajinan aku makin memuncak.. terima kasih CIF!!!

P/S: siapa pernah CIF ni?? ada pencuci lain yg lebih baik?? kalau ada, jom share sama2.. biar rumah kita semua bersih!!!


Tips Bilik Sempit

Bilik yang kecil memang kurang memberi keselesaan kepada penghuninya.. cubalah tips dekat bawah ni yang boleh membantu membuat bilik kecil kelihatan lebih besar dan luas.. tips bilik sempit untuk nampak lebih luas ni boleh dipraktikan untuk mereka yang betul-betul nak menampakkan ruang yang lebih luas..


Tips bilik sempit nampak luas

Gunakan warna cerah


Dinding berwarna cerah dan terang adalah lebih bersifat pemantul dimana ia akan membantu memaksimumkan kesan yang dihasilkan oleh cahaya semulajadi. Namun, ini tidak bermakna anda harus menggunakan dinding yang berwarna putih.

Terdapat pelbagai warna cerah seperti hijau cerah, kuning muda atau krim.
Sebaik sahaja warna dinding telah dipilih, pilihlah pula warna untuk acuan dan kemasan. Catlah warna tersebut sama dengan warna yang sama dengan dinding atau warna yang lebih cerah. Objek cerah nampak dekat sementara objek gelap atau bebayang kelihatan seperti jauh dan membuat bilik anda menjadi lebih besar.

Jangan bimbang jika bilik anda menjadi tidak menarik kerana warna gelap boleh digunakan bersama perabut, hasil seni dan aksesori lain. Jika warna bilik sememangnya gelap, cubalah memaksimumkan warna putih dengan cara mengubah warna gelap tersebut sebagai latar belakang.


Berhati-hati apabila menggunakan kertas dinding. Lebih selamat menggunakan satu warna sahaja di samping menggunakan corak kecil sebagai warna kedua.
Apa sahaja warna dinding atau warna terakhir, dinasihatkan mengecat siling dengan warna betul-betul putih untuk memaksimumkan kecerahan.

Penggunaan Cermin


Cermin boleh memberi kesan yang menarik bagi meluaskan bilik. Cermin yang besar dalam bilik akan memberi pantulan cahaya semulajadi dan cahaya buatan bagi menampakkan bilik cerah pada siang dan malam. Cermin juga memantulkan cahaya terang dari luar masuk ke dalam bilik menjadikan bilik kelihatan lebih besar.


Gunakan pintu kabinet berkaca bagi membuatkan ruang menjadi lebih besar dan tidak sesak. Cermin besar di meja solek, pintu almari pakaian bercermin atau dinding besar dari lantai sehingga ke dinding boleh membuatkan ruang yang kecil nampak besar.


Susunan Perabot


Susun sesetengah perabot besar di sudut. Anda tidak perlu meletakkan setiap perabot pada sudut 45 darjah dengan tepat, selalunya sudut yang kurang nampak cantik jika diseimbangkan dengan perabot lain.


Meletakkan perabot pada sudut amat berkesan kerana garis lurus yang panjang dalam sesebuah bilik adalah berpenjuru. Apabila anda meletakkan perabot di sudut, ia membawa ke arah ruang yang panjang dan jauh daripada dinding yang rendah.


Perabot Sepadan dan Berskala


Pilihlah perabot yang telah sepadan dengan keluasan bilik. Sebagai contoh, dalam bilik kecil gunakan kerusi terbuka pada bahagian belakang atau sofa ringkas daripada perabot yang sarat dengan hiasan. Ini adalah untuk memastikan perabot tidak menguasai ruang.


Kredit to Tips Dekorasi Hiasan Dalam & Luaran


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Thursday, June 9, 2011

Tarikh Keramat Suami Isteri

43 hari lagi menjelang satu tarikh yg amat bermakna.. pertama kali untuk menyambutnya.. pertama kali untuk merasainya..

Perasaan?? Gembira, excited, berdebar & terselit juga sedikit emosi..


43 hari lagi aku & encik suami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yg pertama.. sesungguhnya meraikan ulang tahun perkahwinan merupakan saat2 yg indah untuk setiap suami isteri.. semestinya tarikh keramat itu dinanti dengan penuh kebahagiaan terutamanya untuk pasangan yg pertama kali meraikan..

Semestinya si isteri dah mula sibuk memikirkan tentang perancangan untuk tarikh keramat tu.. si suami pula semestinya tengah memikirkan hadiah istimewa untuk diberikan pada si ratu hatinya.. semoga segalanya terjadi dengan indah!!!


Menginjak ke tahun pertama perkahwinan, semestinya telah banyak yg mula dipelajari.. lebih mengenali pasangan dengan lebih mendalam.. mula belajar untuk lebih bertolak ansur..mula bersikap untuk lebih matang dalam menyelesaikan masalah.. mula faham erti tanggungjawab sebenar sebagai seorang isteri & suami yg dituntut oleh-Nya ..

Bahagia menanti tarikh keramat itu.. teruja untuk meraikan tarikh keramat itu.. namun tercalit juga sedikit emosi.. berharap agar dikurniakan "anugerah & rezeki" yg sememangnya dinanti dari Yang Maha Esa..

P/S: Perkahwinan sememangnya indah!!


Wednesday, June 8, 2011

Pengapit Encik Suami Kahwin!!


Hari ni aku nak update tentang aktiviti masa weekend hari tu.. hari Ahad aku & encik suami pergi Muadzam Shah, Pahang.. ada majlis kahwin yg penting untuk dihadiri.. majlis kahwin pengapit encik suami.. disebabkan masa kitaorang kahwin 3 hari berturut2 dia bertungkus lumus untuk majlis kahwin kitaorang, so haruslah kitaorang pergi majlis kahwin dia kan..

Sampai Muadzam pukul 12.. terus makan sebab pagi x sempat nak breakfast.. makanan adalah super sedap!!! sedap sampai lupa nak snap gambar makanan.. tapi memang serius sedap.. teringat2 sampai sekarang..

Pengantin mula berarak pukul 1.30 tghr.. seronok jer waktu ni sebab teringat kenangan kitaorang kahwin 10 bulan lepas.. sekejap jer masa berlalu.. sekarang ni pengapit encik suami dah kahwin.. tinggal pengapit aku jer belum lagi, single & available.. hihihi..




Untuk Cha & Ima, Selamat Pengantinn Baru!!! Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..


P/S: gambar tuan punya blog bersama pengantin x sempat nak transfer lagi.. tapi rasa segan pulak nak upload gambar terbaru sebab makin booolat.. hihihi


WordLess WednesdaY



SEHANGATNYA CINTA!!


Tuesday, June 7, 2011

Miss My Blog!!


Lama dah x update blog.. semuanya gara2 persiapan untuk audit 5S.. hari ni audit dah habis, so barulah free untuk update blog.. sebelum audit, jangan kata nak update blog, nak blogwalking pun x sempat.. tu yg dah lama x tinggal jejak kat blog korang.. sorry yer..

So petang ni nak transfer semua gambar dari kamera.. esok senang cikit nak update entry2 baru.. sedih jugak aku kat blog ni.. kalau dulu selalu jer aku update cerita2 baru.. sekarang ni seminggu 2,3 kali jer aku update.. so sorry my dear blog!!


Petang ni nak cuba balas kunjungan korang.. rindu nak blogwalking.. nak cuba balas komen2 dari blogger yg sudi tinggalkan komen kat blog ni.. hope ada kesempatan untuk semua tu.. harap2 boss x panggil la hari ni.. beberapa minggu sebelum audit pagi tadi memang penat sangat.. hari2 fikir untuk audit.. sampai termimpi2 sebab risau.. so petang ni memang nak hilangkan tension & penat tu..

P/S: harap2lah jangan ada gangguan..


Friday, June 3, 2011

Tips Memujuk Lelaki Merajuk

Jumaat yg indah!! hati berbunga2 riang.. perasaan yg cukup bahagia..

Hari ni jom kita kongsi tips lagi.. kali ni tentang tips memujuk lelaki merajuk.. siapa kata perempuan jer tau merajuk.. lelaki pun ada kalanya merajuk jugak.. tapi merajuk lelaki ni lagi susah untuk dipujuk.. kalau perempuan tu, cepat hilang merajuknya sebab hati perempuan ni kan lembut & mudah tersentuh.. kalau kena ayat2 manis masa tengah merajuk tu, cepat jer cair..

Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

P/S: korang kuat merajuk x?? antara lelaki & perempuan, siapa yg lagi senang nak dipujuk?

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...