Tuesday, January 31, 2012

Hari Yang Padat & Sendat

Hadir perhimpunan bulanan Kementerian

Hadir ceramah bulanan Kementerian

Siapkan kerja-kerja tertunggak sebelum bercuti seminggu
 
Ke spa bersama encik adiey sebelum bercuti
 
Ke Jusco untuk beli keperluan rumah untuk elak bersesak membeli semasa cuti panjang
 
Packing barang untuk bercuti esok
 
Kemas rumah sebelum bercuti esok

Nota Cinta: Jadual yang agak padat hari ni.. awal2 dah makan vitamin supaya sentiasa cergas.. entry tertunggak makin banyak.. kesian kat blog sendiri.. kian terabai kerana tuan blog yang moodnya ntah hilang ke mana..
 
Photobucket

Monday, January 30, 2012

Kejutan Birthday Encik Adiey

Entry ni patutnya dah publish minggu lepas lagi.. tapi memandangkan tuan blog punya mood blogging dah jauh ke laut, maka baru hari ni entry ni boleh dibaca oleh semua pengunjung blog aDieyZa ni.. setelah 10 hari kisah berlalu, hari ni baru berkesempatan nak cerita.. harus cerita walaupun dah berlalu lebih seminggu memandangkan ianya merupakan antara kenangan yang indah untuk diingati..

Kisahnya, aku memang dah cadang nak buat surprise birthday untuk encik adiey tahun ni.. idea datang sebulan sebelum birthday encik adiey.. since surprise ni aku cadang nak buat kat office encik adiey, maka haruslah cari orang kepercayaan kat office dia kan.. terus teringat ada sorang akak ni.. Kak Aisyah namanya..

Ada gak masalah masa aku deal dengan Kak Aisyah ni.. kadang2 deal thru sms.. kadang2 deal guna phone.. kadang2 deal kat FB jer.. ada sekali tu, masa tengah rancak merancang & bersembang kat FB, x perasan pulak encik adiey datang duduk sebelah.. tapi aku sempat minimizekan chat tu.. cuma encik adiey memang dah masam muka sebab aku x bagi dia tengok apa yang aku borakkan.. untuk elak dia terus masam muka, terus aku ajak dia masuk bilik.. eh??? hahahahahha... masuk bilik untuk tido la maknanya k...

Tapi hati aku ni kuat mengatakan encik adiey x kan berdiam diri.. gerenti dia akan siasat dengan log in FB aku.. so bangun pagi tu aku terus delete semua semua chat aku dengan Kak Aisyah.. just tinggalkan cikit2 jer perbualan antara aku dengan Kak Aisyah..

Sampailah tibanya birthday encik adiey.. pukul 12 malam tu dah nyanyi & wish birthday kat encik adiey.. lepas tu terus tido.. bangun tido encik adiey buat2 tanyalah tentang hadiah, tapi masa tu sibuk bersiap nak gie keje, so aku buat2 x dengar2 jer.. sedih gak la masa tu sebab terpaksa rahsiakan sesuatu dari suami sendiri.. huhuhu..

Tengahari masa lunch, mintak bantuan kawan baik merangkap bekas pengapit aku untuk teman aku beli kek.. masa ni banyak kali call Kak Aisyah untuk make sure encik adiey x kuar dari bilik dia.. risau kalau aku sampai office, dia keluar bilik pulak..

Lepas rehat mintak keluar office untuk ke bank.. selesai urusan kat bank, then bermulalah misi untuk ke office encik adiey.. mulanya nak call teksi jer untuk gie office encik adiey tapi x sangka kawan baik encik adiey merangkap bekas pengapit encik adiey call untuk ambik aku.. rupanya Kak Aisyah dah bagitau budak2 office encik adiey pagi tu pasal surprise ni.. kiranya encik adiey sorang jer yang x tau pasal hal ni.. bila ramai yang dah tau, plan ni makin mudah dilaksanakan..

Sampai jer office encik adiey, terpaksa pulak naik tangga ke tingkat 2.. semata2 x nak lalu depan bilik encik adiey.. kalau naik lift, potensi ke"kantoi"an adalah tinggi since keluar lift terus lalu bilik encik adiey, so nak x nak kena naik tangga.. dengan bawak kek, pakai baju kurung, pakai kasut tumit 3 inci aku naik tangga.. demi nak surprise, semuanya sanggup diredah.. huhuhu..


Sampai office encik adiey, terus keluarkan kek & pasang lilin.. lepas dah siap pasang lilin, officemate encik adiey carikan port untuk aku menyorok.. menyorok sambil pegang kek yang lilinnya dah bernyala.. kelakar ok menyorok tepi meja sambil cover nafas takut lilin terpadam!

Kerani encik adiey buat2 panggil encik adiey supaya dia keluar dari bilik.. dia x perasan lagi isteri dia dah menyorok kat tepi tu.. hahahha..

Encik adiey sampai jer, aku keluar dari meja tu sambil officemate encik adiey yang lain nyanyi lagu birthday..


Reaksi encik adiey????

Senyum jer ok! senyum yang sampai x terkata apa2.. lepas tiup lilin, sempat dia cubit nakal kat aku.. hihihi.. bila encik adiey cium ucap terima kasih, rasa nak nangis la pulak.. hahahha..


 
Lepas potong kek, encik adiey sibuk tarik2 pegang tangan aku.. then mula buat ayat2 sentimental pulak.. eh, nak manja2 lebih lak dia ni.. nak mintak hadiah la tu.. mana leh bagi hadiah terus, kena tunggu balik rumah la sebab aku rasa macam poyo lak nak bagi hadiah depan member2 dia.. hahahhaha..


Lepas selesai makan2 kat office dia, aku tanyalah encik adiey x dapat rasa ke aku nak buat kejutan.. dia kata memang x sangka.. cuma masa pagi tu dia macam terasa aku buat endah x endah tentang birthday dia.. eh, touching lebey la pulak dia kan.. tapi dia kata ada rasa pelik masa log in FB aku & baca chat aku dengan Kak Aisyah.. dia kata chat tu macam tergantung..kan betul aku kata, dia mesti baca FB aku! huhuhu..


Sempena birthday encik adiey tahun ni, aku hadiahkan sesuatu yang dia asyik survey2 jer.. asal pergi shopping complex, mesti nak singgah kedai yang jual benda tu.. so aku rasa tu lah hint dia untuk hadiah birthday dia.. huhuhuhu..

Ray Ban L.A! jenuh nak pilih sebab beli tanpa bawa tuan badan.. main agak2 sesuai jer dengan bentuk muka & warna muka dia.. hihihi.. nasib baik dia suka.. walaupun dah beli time sale, tapi macam x rasa sale pun.. hahahaha..ternyata betullah hint yang dia bagi selama berbulan2 ni.. dia kata sajer buat2 survey supaya aku x payah susah fikir nak hadiahkan dia apa.. hihihi..


Walaupun kejutan ni x delah kejutan besar, but aku still rasa happy.. rasa happy melihat senyuman terukir di wajah suami bila mana melihat isterinya membuat kejutan.. rasa happy mendengar berkali2 ucapan terima kasih dari suami bila mana isterinya mampu membuat dirinya berasa bertuah di hadapan rakan2nya.. rasa happy membuat suami asyik bercerita tentang kejutan dari isterinya.. syukur Ya Allah di atas rasa kebahagiaan ini..

Nota Cinta: ada lagi kejutan birthday untuk encik adiey.. next entry k!



Photobucket

Friday, January 27, 2012

Gaji Kakitangan Awam Bulan Februari 2012 Berdasarkan SSM

Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM

27/01/2012 3:15pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. — BERNAMA

Nota Cinta: kejap itu, kejap ini.. x apa lah.. keje perlu terus komited.. soal SBPA ni harapnya cepatlah selesai..
 
Photobucket

Header Baru Untuk Rakan Blogger


 Seronoknya bila jenguk blog rakan blogger yang headernya hasil kemenangan dari GiveAway yang aku buat! 
 




 
Header baru blog Kak Tie.. since dah dapat header baru, Kak Tie terus upah Nurul untuk edit blog dia terus.. so makin mengancamlah blog Kak Tie tu kan..  
 





Bila masuk jer blog Kak Tie, rasa teruja sangat.. setiap kali terpandang header tu, setiap kali tu lah ingat tentang pantun yang Kak Tie buat masa join aDieyZa 1 Dekad GA..
 
 Adiey dan Zana seiring sejalan,
Tersenyum manis bila berkata,
10 tahun telah mereka berkenalan,
Kini bahagia menyulam cinta..

Suka sangat pantun ni!!

Nota Cinta: Kak Tie, adakah akk juga teringatkan zana setiap kali terpandang header tu?? hahahhahha.. sajer gurau..


Photobucket

Thursday, January 26, 2012

Ke Laut

 


Mood update blog dah nak ke laut..

Mood upload gambar kat fb dah nak ke laut..

Mood blogwalking dah nak ke laut.. 
 
 
Adakah sebab masa untuk bercuti di tepi pantai makin hampir? hahahahaha..

Perlukan lebih banyak semangat lepas balik cuti ni.. tapi minggu depan cuti seminggu lagi.. so adakah mood tu akan balik semula pada pertengahan Februari nanti? sama2 kita nanti.. hihihihi..

Nota cinta: berusaha mendraf segala entry tertunggak..harapnya misi berjaya..

Wednesday, January 25, 2012

ExtenD Closing Date aDiey aDieyZa Birthday GA


 Memandangkan ada yang request untuk aku entend closing date untuk aDiey aDieyZa Birthday GA, so aku dengan berbesar hati melanjutkan tarikh tutup GA tersebut.. lagipun ada yang kata GA ni sekejap sangat since ada public holiday yang panjang so x sempat nak join..
 
Dengan ini, aku umumkan yang tarikh GA tersebut dilanjutkan sehingga 27 Januari 2012.. sekian untuk makluman..
 
Photobucket

WordLess WednesdaY - Teaser Birthday Encik Adiey

Surprise from zana adieyza!

surprise from family!

2 surprise birthday for him..
Nota Cinta: banyak entry tertunggak.. insyaAllah akan update segera..

Tuesday, January 24, 2012

aDiey aDieyZa BirthDay GA


 STICKY POST UNTIL 24 JANUARY 2012.. 
 (plz scroll down for new entry.. tq!)


Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menganjurkan GiveAway (GA) bersempena dengan birthday Encik Adiey yang bakal tiba pada 20 Januari 2012 nanti.. tahun lepas pun buat GA masa nak sambut birthday dia, so rasanya tahun ni macam nak buat jugak la.. just simple GA, sebab masa pun dah macam terhad sangat kan.. so harapnya adalah yang sudi join GA ni yer..

Syarat-syarat untuk join GA ni adalah seperti berikut:

1- pilih 1 entry di bawah label Lovely Husband seperti yang dinyatakan di link bawah ni.. pilih 1 entry yang korang rasa paling suka & berkesan dihati/mata korang.. x kisah la sebab entry tu sedih ke, kelakar ke, cerita menarik ke, gambar menarik ke, menyentuh hati ke atau apa2 sahajalah.. kiranya entry yang paling korang like la.. kalau xde yang korang like pun, korang buat2 like jer la.. hihihihi.. dan bagitau kenapa korang like entry tu k.. jawapan kenapa korang like entry tu x perlu panjang2 sangat.. simple2 jer pun ok.. 

Link entry yang boleh dipilih adalah under label Lovely Husband.. sajer pilih label ni sebab dah nama pun GA sempenan birthday encik adiey, so aku ambik label yang berkaitan dengan dia jer la.. hihihi..

2- jangan lupa bagitau link blog korang kat kotak komen entry ni yer.. untuk GA ni, korang cuma perlu tinggalkan jawapan & link blog korang tu dekat kotak komen entry ni sahaja.. kalau ada yang suka buat entry khas, sila pastikan jawapan untuk syarat pertama tu diletakkan di kotak komen ni jugak..  

Meh aku bagi contoh untuk bagi korang lebih faham untuk join GA ni k,

"saya pilih entry yang bertajuk WordLess Wednesday- Hero Pak Su.. saya suka entry ni sebab dari situ menggambarkan tentang ciri2 pak cik yang disayangi oleh anak2 buahnya.. daripada gambar tu nampak juga impian seorang lelaki yang berharap agar dapat berjalan seiringin dengan zuriatnya sendiri.."

So kalau korang dah bagi tajuk entry & sebab kenapa korang suka entry tu. lagi mudah untuk aku & encik adiey refer balik entry yang korang minat tu.. hope contoh penjelasan ni memudahkan korang la yer..

Hadiah untuk GA ni adalah HEADER!!!! Pemenang GA akan dapat header baru yang istimewa mengikut citarasa & design yang dikehendaki..  design header nanti aku akan mintak bantuan daripada blogger kreatif yang ada buat service untuk design header iaitu, Nurul aka NurulChumel.. 

Maybe ada yang perasan aku pernah bagi hadiah header masa aku buat GA sempena 1 dekad perkenalan aku & encik adiey tahun lepas.. kali ni pun hadiah header lagi.. ada sebab kenapa aku suka hadiahkan header untuk pemenang.. 

Sebab pertama, aku nak pemenang tu akan lebih bersemangat nak berblogging dengan adanya header baru kat blog dia.. sebab kedua, aku nak sokong rakan blogger yang buat service editing blog & header yang kreatif.. sebab terakhir ni macam jahat cikit la.. aku nak pemenang tu ingat kat blog aDieyZa ni setiap kali dia tengok header tu.. hihihihi..

Pemenang akan ditentukan sendiri oleh encik adiey.. dah kata GA ni sempenan birthday dia kan, so biarlah dia yang menentukan siapa pemenang untuk GA ni.. pemilihan berdasarkan jawapan yang paling menarik.. menarik bagi encik adiey tu aku x boleh nak tafsir macam mana.. hihihi.. mungkin jawapan yang kelakar, mungkin jawapan yang syahdu atau mungkin jawapan yang biasa but terkesan di hatinya.. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Januari 2012.. keputusan pemenang pula akan diumumkan sebelum 1 Februari 2012..

 Nota cinta: selamat men'join'kan diri untuk GA ni!








Photobucket

Friday, January 20, 2012

Happy Birthday Husband!!



Happy Birthday to u,
Happy Birthday to u,
Happy Birthday to u SAYANG,
Happy Birthday to u..

Selamat Hari Lahir Sayang..
Baby doakan semoga Sayang sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati usia & sentiasa berada di dalam lindungan serta rahmat-Nya hendaknya..

Semoga Allah mengurniakan Sayang kesihatan yg baik, kejayaan yg diidamkan & dipermudahkan segala urusan Sayang di dunia & di akhirat kelak..


Semoga tahun ni membawa lebih banyak berita gembira & bermakna untuk Sayang hendaknya.. yakinlah bahawa cinta dan kasih sayang ini hanya untuk dirimu..

Nota Cinta : I LOVE MY HUSBAND SO MUCH!!


Photobucket
 

Wednesday, January 18, 2012

Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari


Hari ni nak kongsi sikit tentang produk lulur mandi/scrub kesukaan aku dari Sumber Ayu dan Puteri Binari.. aku ni mula rajin nak ber"lulur" and ber"scrub" ni masa zaman Universiti dulu.. masa zaman sekolah nan hadonya nak berlulur bagai.. hihihi.. biasalah kalau duduk hostel masa kat U dulu pantang nampak member beli produk baru, semuanya nak dicuba jugak kan.. cepat terpengaruh! lulur mandi/scrub dari Sumber Ayu dan Puteri Binari ni memang best!!

Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari

Sebelum citer tentang produk yang best, meh kita tengok kebaikan lulur/scrub ni..
 
Kebaikan Lulur/Scrub 

• menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
• Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
• Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
• Mengurangkan tekanan & keletihan.
• Mengekalkan tenaga.
• Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Mengurangkan dehidrasi 

Since memang banyak kebaikannya, so haruslah merajinkan diri untuk melulur & meng"scrub".. lagipun, kalau buat sendiri pun lebih jimat.. kalau ada duit lebih, boleh la ke spa..
 
Setakat ni, ada 2 produk yang bikin hati aku jatuh cinta..
 
Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari

First, Lulur Scrub Puteri Binari.. scrub ni memang best sangat.. harga yang sangat berpatutan (lingkungan RM10-12, bergantung pada kedai yang jual).. tekstur scrub ni cair cikit.. kiranya kena pakai banyak cikit untuk dapatkan hasil yang lagi best.. 
  
Bau lulur scrub yang jadi kesukaan aku adalah haruman Bunga Chrysan..wangiiiiiiiiiiii.. bekas scrub ni pun aku suka sebab pink.. boleh gitu?? hihihihi..
 
Selain tu, ada 1 lagi produk yang betul2 buat aku jatuh hati.. Lulur Mandi Sumber Ayu.. lulur mandi ni memang mengancam habis la bagi aku.. harga murah gilerrrrr (lingkungan RM5-7, bergantung pada kedai yang menjualnya).. tekstur lebih pekat, bau yang wangi dan haruman lebih kekal lama.. hasilnya, kulit jadi lebih lembut & lembap..

Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari

Untuk Lulur Mandi Sumber Ayu ni, ada pelbagai jenis haruman.. pilih jer yang mana berkenan di hati.. aku suka haruman Bunga.. bau dia lebih lembut dan wangi.. masa pakai lulur ni, feeling2 dalam taman bunga yang penuh dengan bunga-bungaan.. feeling2 romantis gitu.. lepas pakai lulur ni, kulit lebih lembut.. bila kulit dah lembut, encik suami nak belai2 pun jadi lebih syok.. hihihi..

Untuk lulur mandi/scrub dari Sumber Ayu & Puteri Binari ni, aku memang puas hati sangat.. setakat ni memang 2 produk ni jer yang sesuai dengan aku.. ada jugak try yang lain, tapi kulit aku jadi sensitif lak.. so depends jugak la pada kulit korang yer.. maybe ada yang sesuai, maybe ada yang x sesuai.. tapi 2 scrub ni berasaskan bahan semulajadi, so lebih natural..

Kita digalakkan pakai scrub sekurang2nya 2-3 kali seminggu.. tapi nak lagi best, pakai selang sehari.. lulur scrub sebelum mandi (masa badan kering since lebih berkesan).. then bilas macam biasa.. lepas bilas, kalau rasa x nak bersabun pun ok jer.. 

Tapi kalau nak lagi feeling2 spa, try pulak sabun badan tu dengan mandian spa.. banyak produk mandian spa kat pasaran sekarang ni.. pilih jer yang mana berkenan.. nanti kalau ada masa aku cerita pulak produk mandian spa yang aku suka k..
 
Korang pulak suka pakai srcub/lulur apa? jom kongsi cerita.. sharing is caring!

Nota cinta: 

- untuk yang dah berkahwin, try la buat service lulur/srcub untuk pasangan.. korang akan feel lebih romantis nanti.. oooppppssssss....


Photobucket

WordLess WednesdaY - Tayang Kasut




 
"Kawan-kawan sekapal"

Tuesday, January 17, 2012

Pelancaran GA

 
 
Akan dilancarkan sebentar lagi.. 
 
Dah macam launching produk baru pulak.. siap ada pelancaran macam pecah tanah or potong2 riben.. hihihihi

Nota Cinta: harap ada yang sudi join..

Monday, January 16, 2012

Tutorial Embedded Comment Di Blog

First time buat entry tutorial.. sajer nak uji diri sendiri dengan buat entry tutorial ni.. kesimpulannya, leceh gak nak buat entry tutorial ni.. hihihi.. so aku respect la kat sape yang rajin buat entry tutorial tu..  hihihi..

Tutorial ni biasa2 jer.. maybe dah ramai tau.. tapi aku baru tau.. sebab teruja, tu yang mengada2 nak buat entry tutorial ni.. hihihi..

Tutorial untuk komen berangkai.. contohnya macam kat blog aku sekarang ni, aku tukar setting dari popup window comment kepada embedded comment.. pop-up senang gak, ramai yang guna setting tu.. 

Tapi aku ni macam lagi senang nak reply terus komen yang blogger komen kat entry aku.. eh, macam berbelit lak ayat aku ni.. hope korang faham la yer apa yang aku cuba maksudkan.. hihihi.. maybe korang lagi senang nak faham bila tengok gambar tutorial aku ni kot..



So, meh layan tutorial untuk Embedded Comment!

Step 1, pergi ke bahagian dashboard then click setting




Step 2, cari tab comments then click kat tab comments tu..






Step 3, tick kat kotak embedded below post




Step terakhir, save! dah siap...


Mungkin ada yang rasa lebih senang guna pop-up window.. tapi aku sajer nak pilih setting ni untuk make sure aku lebih rajin reply semua komen blogger yang sudi komen kat entry aku.. lain orang, lain citarasanya kan?

Nota Cinta : selamat mencuba!


Photobucket

Idea!



Tak ada idea nak update entry apa..

Tak ada idea nak buat GA birthday konsep apa..

Tak ada idea! so marilah kita memerah otak untuk lebih banyak berfikir..

Nota Cinta: sorry, entry kosong di pagi hari..

 
Photobucket

Sunday, January 15, 2012

Wanita Cantik

Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-Mu Ya Allah..

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

"walau sesukar mana ujian mendatang, perlukan kekuatan untuk menghadapinya.."

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa?
kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

"jangan biarkan tekanan mengganggu kehidupan kita.."

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

"biarlah hati menangis, namun senyuman perlu diukir.."


4)TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

"cekalkan hati di saat kita teraniya.."


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

"belajar memaafkan kesalahan orang lain walaupun hati merintih pedih.."


6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

"ikhlas menyayangi dan berkorban tanpa mengharap balasan.."


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

"yakin bahawa Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk diri kita.."






Photobucket

Saturday, January 14, 2012

Ketentuan Allah



Kita hanya mampu merancang, namun segalanya adalah ketentuan Allah..

Siapalah kita untuk menghalang takdir dan ketentuan Yang Maha Esa? kita hanya mampu berusaha & merancang, namun semuanya telah ditentukan oleh Allah..

Semua manusia perlukan pasangan hidup.. semua mahukan jodoh yang sesuai untuk diri masing2.. namun, jodoh Allah itu rahsia.. Allah telah menentukan jodoh yang terbaik untuk kita.. cepat atau lambat, semuanya ketentuan Allah..

Semua pasangan yang berkahwin inginkan zuriat.. semua mahukan zuriat yang sihat sempurna.. namun, zuriat itu adalah rezeki dari Allah.. Allah lebih megetahui apa yang terbaik untuk pasangan suami isteri tersebut.. cepat atau lambat, semuanya ketentuan Allah..

Nota cinta : percaya dan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..



Photobucket

Thursday, January 12, 2012

MyDeal - Ampang Super Bowl


Hari tu aku ada beli deal untuk game bowling.. walaupun aku ni main bowling selalu sangat masuk longkang, tapi nak jugak beli deal tu.. hihihi.. dasar perempuan, pantang nampak murah jer nak beli kan..


Tapi malam tu agak kurang jugaklah aku main masuk longkang.. kurang daripada selalu.. selalunya kalau aku main bowling asyik ke longkang jer.. kali ni ada peningkatan 10%.. hahhahahahahhaha... 10% pun nak kecoh macam 100%...
 

Kalau ada deal main bowling ni lagi, harus aku beli cepat2 & banyak2.. sebab untuk 3 game baru RM5.50.. murah habis dah tu!! xdelah rasa rugi sangat bila main masuk longkang sebab bayar harga murah.. kalau selalu tu kena bayar RM21 untuk 3 game tapi asyik ke longkang jer.. issshhh, rugi gile bayar tapi x pandai main kan.. huhuhu..
 
 
Nota Cinta : korang pandai main bowling?
Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...