Monday, April 30, 2012

Ahli Baru - Baby Girl Yang Dinanti!!


Syukur Alhamdulillah.. pagi tadi dapat berita yang menggembirakan seluruh ahli keluarga aku.. khabar gembira yang dinanti akhirnya dimakbulkan Allah juga.. bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga aku..

Pukul 3 pagi tadi, abah telefon bagitau yang akak aku dah selamat bersalin.. yang paling bertambah gembira, bila abah bagitau akak aku bersalin dapat baby girl!! Seronoknyaaaaaaaaaaaaaa..

Nak tau kenapa kenapa seluruh ahli keluarga seronok sangat? sebabnya, dah hampir 10 tahun kami menanti untuk dikurniakan anak buah perempuan... sebelum ni, daripada 14 orang anak buah, hanya 2 orang jer perempuan.. so bila dah lama sangat menanti nak anak buah perempuan, bila dapat tu memang sangat2lah gembira..


Puteri Alya Safiah.. anak buah ke 15 dalam keluarga.. anak buah perempuan ke 3 dalam keluarga.. geramnya tengok gambar ni.. rasa nak gomol2 jer.. hihihi..

Tak sabar nak balik kampung tengok anak buah baru.. semakin ramai anak buah, semakin banyak ragam yang perlu dilayan.. semuanya tengah nak membesar, so perangai nakal tu memang biasalah.. setakat main sampai jatuh tergolek tu, dah jadi biasa bagi diaorang.. hihihi..

Ya Allah, syukur kerana ahli keluarga ku kini makin bertambah.. aku bermohon agar kebahagiaan dalam keluarga ku terus berpanjangan.. 

Nota Cinta: anak buah bertambah, jadi duit raya pun makin bertambah.. hihihi..

Photobucket

Friday, April 27, 2012

45 THINGS A GIRL WANT, BUT WON’T ASK FOR


Masa tengah blogwalking, jumpa satu entry yang sangat menarik! rasanya patut dikongsikan untuk semua.. menarik untuk tatapan dan perhatian kaum lelaki terutamanya suami.. kalau agak2 suami tak baca blog, share info ni dekat FB suami yer.. hihihi..



45 THINGS A GIRL WANT, BUT WON’T ASK FOR

1. Touch her waist.
2. Actually talk to her.
3. Share secrets with her.
4. Give her your jacket.
5. Kiss her slowly.


6. Hug her.
7. Hold her.
8. Laugh with her.
9. Invite her somewhere.
10. Hangout with her and your friends together.


11. Smile with her.
12. Take pictures with her.
13. Pull her onto your lap.
14. When she says she loves you more, deny it. Fight back.
15. When her friends say “I love her more than you”, deny it. Fight back and hug her tight so she can’t get to her friends. It makes her feel loved.


16. Always hug her and say I love you whenever you see her.
17. Kiss her unexpectedly.
18. Hug her from behind around the waist.
19. Tell her she’s beautiful.
20. Tell her the way you feel about her.


21. Open doors for her, walk her to her car - it makes her feel protected, plus it never hurts to act like a gentleman.
22. Tell her she’s your everything - only if you mean it.
23. If it seems like there is something wrong, ask her - if she denies something being wrong, it means SHE DOESN’T WANT TO TALK ABOUT IT - so just hug her.
24. Make her feel loved.
25. Kiss her in front of OTHER girls you know!


26. Don’t lie to her.
27. Don’t cheat on her.
28. Take her ANYWHERE she wants.
29. Text message or call her and tell her how much you miss her.
30. Be there for her whenever she needs you, and even when she doesn’t need you, just be there so she’ll know that she can always count on you.


31. Hold her close when she’s cold so she can hold you too.
32. When you are alone hold her close and kiss her.
33. Kiss her on the cheek; (it will give her the hint that you want to kiss her).
34. While in the movies, put your arm around her and then she will automatically put her head on your shoulder, then lean in and tilt her chin up and kiss her lightly.
35. Don’t ever tell her to leave even jokingly or act like you’re mad. If she’s upset, comfort her.


36. When people diss her, stand up for her.
37. Look deep into her eyes and tell her you love her.
38. Lay down under the stars and put her head on your chest so she can listen to the steady beat of your heart, link your fingers together while you whisper to her as she rests her eyes and listens to you.
39. When walking next to each other grab her hand.
40. When you hug her, hold her in your arms as long as possible.


41. Wish her sweet dreams every night.
42. Comfort her when she cries and wipe away her tears.
43. Take her for long walks at night.
44. Always remind her how much you love her.
45. Sit on top of her and tell her how much you love her and then bend down to her face and kiss her while you’re sitting on her.

Sumber: http://sheikhaimi.blogspot.com/


Nota cinta: wanita memang memerlukan lebih perhatian walaupun perkara tu dirasakan remeh.. kerana perasaan wanita itu sememangnya halus.. jagalah hatinya, pasti  kehidupan akan bahagia selama-lamanya..
Photobucket

130 Saluran Percuma Daripada Astro





Selamat menonton lebih daripada 130 saluran percuma selama 10 hari kepada semua pelanggan Astro.. semuanya kerana tanda penghargaan Astro di atas anugerah Best of the Best.. kepada pihak Astro, teruskan usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan..

Walaupun banyak yang kata siaran asyik berulang dan siaran tergendala masa hujan, aku x terminate pulak astro.. layan kan jer la.. kalau waktu hujan tengok tv dalam bilik.. kalau rancangan asyik ulang, kita tutup tv.. layan internet pulak.. huhuhu.. 

Aku just ambik pakej biasa.. tu pun sekarang dah jarang sangat tengok tv sebab kerap x ada kat rumah.. then sejak ada rancangan Maharaja Lawak tahun lepas, kitaorang tambah 3 saluran Mustika.. selalunya kalau tengok tv memang tengok saluran Mustika jer.. cerita semua best2!! baru2 ni ada rancangan Super Spontan, peeerrrgggghhhh memang kelakar sesangat la..

So bila dapat tengok lebih banyak saluran selama 10 hari ni, seronok gak la kan.. tapi kalau yang dah ambik full pakej x terasa kot kan.. hihihi.. 

Photobucket

Thursday, April 26, 2012

Laici Cincau




Siapa pernah minum laici cincau?

Kebelakangan ni aku suka pulak buat air laici cincau ni.. tambah sedap kalau dapat minum waktu cuaca panas... sejukkkkkk jer.. campuran air laici, buah laici & cincau memang sedap.. 

Khasiat cincau? aku try meng"google" tapi x berapa nak jumpa.. tapi mak aku selalu cerita yang cincau ni boleh sejukkan badan.. 

Khasiat laici? 

“Pada keseluruhannya buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan.Ia juga kaya dngan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.

Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil  elastin dan kollogen.Kollogen adalah terdapat dlam kulit dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan. Elastin pula berperanan mengekalkan  meneggangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit.Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara,kesihatan akar rambut”


Banyak kan khasiatnya.. so bolehlah order air laici selalu.. tapi kalau boleh, kurangkan gula dalam minuman k.. nanti takut kencing manis pulak..

Nota Cinta: yang makin suka minum/makan segala jenis buah.. 
Photobucket

Duit Dari Nuffnang Untuk Adieyza.Blogspot



Syukur Alhamdulillah.. 

Cadangan awal memang nak biarkan jer duit dalam account Nuffnang tu.. tapi bila dah masuk 2 bulan x dapat BE baru, so terus jer aku cash out semua duit dalam tu.. konon tunjuk perasaan la kan.. hihihi..

Lepas jer cash out bulan Februari, bulan Mac dapat BE baru (MissWorld Malaysia).. bertahan sekejap jer BE tu, dalam sebulan lebih.. habis jer BE bulan Mac tu, dapat la pulak BE baru bulan April (KAO Laurier Perfect Comfort), hope dapat bertahan lama hendaknya.. 




Tak decide lagi nak guna duit tu untuk beli apa.. masih terfikir2 lagi.. walaupun x banyak mana, tapi boleh la jugak kan daripada x ada.. lagipun menulis kat blog ni pun suka2 jer.. earning tu kira bonus la kan..

Sekarang ni mood blogging aku kejap turun, kejap naik.. serius x suka dengan mood tu.. tapi aku cubalah untuk tak tutup blog ni.. walaupun aku tau ada beberapa "insan" yang terlalu ambik berat tentang aku dengan cara skodeng blog ni untuk jadikan bahan "bercerita".. aku x kisah pun.. rajin dia skodeng, naiklah jugak traffic blog aku kan?? hihihi..

So, thanks pada semua yang sudi baca blog yang x seberapa ni.. aku hargai sangat2.. thank u so much!!!

Nota Cinta: sorry if selama aku blogging ni ada buat sesiapa terasa dengan penulisan aku.. kadang2 kita x sedar kesalahan kita masa tengah rancak menulis kan? 
Photobucket

Senyuman Bahagia




Senyumlah kerana senyuman anda mungkin boleh menggembirakan hati orang yang melihatnya..

Senyumlah kerana senyuman anda mampu menceriakan hari anda..

Senyumlah kerana senyuman anda sememangnya indah..

Senyumlah kerana senyuman anda terlalu berharga nilainya..

Senyumlah kerana senyuman itu satu sedekah..

Nota Cinta: senyum!!!

Wednesday, April 25, 2012

Khasiat Belimbing = Star Fruit





Bila kita potong buah belimbing tu, makin terserlah bentuk star tu kan? sebab tu dinamakan star fruit kan? ke sebab lain? huhu..

Sejak kebelakangan ni makin suka pulak makan belimbing.. tu yang siap ambik gambar lepas potong buah belimbing.. encik adiey dah faham sangat perangai blogger ni.. hihihi.. kalau  mula2 dulu ye lah dia pelik.. apasal semuanya aku nak ambik gambar? hihihi..

Kat cafe bawah ni x ada pulak jual buah belimbing.. asyik2 jambu, nenas, mangga, betik & tembikai.. masa musim buah ciku dapatlah merasa makan buah ciku.. sekarang ni dah lama x ada buah ciku.. 

Since dah suka tu kan, marilah kita meng"google" khasiat buah belimbing.. rupanya banyak gak khasiatnya kan.. so, lepas ni boleh la makan selalu..

"Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkandemam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala."

Sumber : Khasiat buah belimbing

Nota Cinta: beli rojak buah kat cafe tengahari tadi.. selalunya sedap jer.. ntah kenapa hari ni rasa x sedap.. terus balik ni nak buat rojak buah sendiri la.. 

Photobucket

WordLess Wednesday - Gelaran Ayah Untuk Dia


             

Perasaan terharu, gembira dan sedih melihat gambar ni.. terharu dan gembira kerana dia sememangnya suka dan mudah mesra dengan kanak2.. sedih kerana dia masih belum berpeluang untuk menggelarkan dirinya AYAH..

Ya Allah, kami bermohon agar ada rezeki dan peluang untuk kami mempunyai zuriat yang soleh dan solehah satu hari nanti.. Amin...

Photobucket

Tuesday, April 24, 2012

Warna Mempengaruhi Mood Harian Anda!

Mood ceria bila pakai baju atau tudung yang berwarna pink.. automatik rasa macam sopan.. hihihi.. mengadanya kan? warna memainkan peranan yang sangat penting bagi menaikkan mood.. percaya atau tidak? 


Warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. 

Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. 

Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas. manakala, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia juga menggambarkan pemakainya seorang yang tenang, bijak dan tidak banyak karenah.


Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren. Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin.


Sumber : Motivasi, Potensi Diri, Pembentukan Sikap Positif, Potensi Minda dan Petua-Petua Kejayaan 


Nota Cinta: warna kegemaran korang? warna baju/tudung yang korang pakai hari ni? 

Monday, April 23, 2012

BE Baru - Terima Kasih Semua!!



Terima kasih Nuffnang!

Terima kasih KAO Laurier Perfect Comfort!

Terima kasih Follower!

Terima kasih Rakan Blogger!

Terima kasih Silent Reader!

Rezeki di bulan April.. syukur Alhamdulillah.. 

Bila mood blogging jatuh, ada jugak BE yang sudi singgah menari2 kat blog ni.. bila mood blogging melonjak naik, x ada pulak BE yang sudi singgah.. pelik tapi benar.. dia datang tanpa kita sangka.. apapun, terima kasih semua!

Nota Cinta: BE kedua di tahun 2012.. Alhamdulillah..

Photobucket

Perubahan mengada namanya tu Puan Zana.....


Sekarang ni ada beberapa perubahan mengada kat diri aku,

- makin penakut sebab asyik fikir macam mana keadaan/perasaan kena duduk rumah sorang2... mulalah fikir macam2 perkara.. ngadanya perasaan ni!!

- mula biasakan diri masuk tido dulu sebab nak cuba rasa tido sorang2.. salam, cium & peluk encik adiey kat ruang tamu then aku masuk bilik dulu.. lepas setengah jam barulah encik adiey masuk bilik.. tapi lepas setengah jam pun mata ni x boleh jugak lelap.. ngada sungguh budak zana ni tau!!

- turunkan barangan2 yang tinggi supaya nanti x perlu panjat tangga untuk ambik barang2 tu.. bak kata encik adiey, x cukup tinggi memang kena guna tangga.. nyampah!!

- ambik tau cikit pasal suis dan peralatan elektrik.. nanti kalau tetiba ada problem senang gak aku nak handle.. padahal entah tau nak handle ke x.. huhuhu..

- makin sensitif bila tengok cerita sedih kat tv.. asyik la nak menangis... x cool langsung diri aku sekarang ni tau!!


Tabik la kat siapa yang selalu kena tinggal dengan husband atas urusan kerja/peribadi untuk 1 tempoh yang agak lama.. aku ni baru nak kena tinggal kejap pun dah rasa asyik nak nangis jer... sikit2 nangis.. sikit2 sensitif.. oh, wanita memang kuat menangis kan?? ngada kan? hihihi..

Nota Cinta: kadang2 Allah bagi peluang untuk kita rasa perpisahan sekejap untuk kita tau perasaan & situasi perpisahan yang abadi tu kan? *tetiba mood tambah sedih*
Photobucket

Friday, April 20, 2012

Gambar Candid Zana Adieyza!!




Terjumpa gambar ni dalam telefon officemate.. nak menunjukkan yang budak bolat berangan nak kurus dengan minum air limau.. time aku tengah syok membebel boleh pulak dia ambik gambar ni kan.. 

Candid! aku x berapa suka candid sebab takut nak tengok muka aku tanpa senyuman.. boleh gitu?? hihihi..

Tapi kadang2 gambar candid boleh buat kita gelak kan? kelakar bila tengok gambar kita yang macam belum sedia tu.. jap eh,nak tunjuk beberapa gambar candid aku..
 



Kalau dah jumpa member memang harus ada gambar kecoh2 macam ni kan.. seronok!!




Gambar masa konvo.. tengah gaduh dengan member sebab diaorang nak curi teddy bear kat bunga konvo tu.. menjerit la aku kan..




Gambar last ni memang x boleh bla.. dengan mulut ternganga.. yang encik adiey pulak tengah pandang apalah tu.. hahahahaha.. sangat kelakar tau!!!!


Korang ada gambar candid x? kalau ada, cuba tunjuk cikit.. hihihi.. anggap la ni tag dari aku untuk korang buat k.. hihihi

Nota Cinta: candid itu ikhlas.. setuju? hihihi.. berfalsafah la pulak petang2 jumaat ni..

Photobucket

Maafkan saya kerana entry semalam..

Lupakan pasal entry sayu aku semalam... thanks pada semua yang ambil berat tentang aku & encik adiey.. aku hargai sangat2.. 

Tapi kan, aku pulak jadi risau bila ramai yang anggap entry tu terlalu serius bunyinya.. isu tu mungkin x sebesar yang korang fikirkan.. aku jer kot yang terlebih emosi sampai terupdate entry yang korang rasa isu tu terlalu sensitif.. 

Rasa bersalah pulak bila dah buat entry yang menyebabkan orang lain risau.. dapat call dari rakan blogger, dapat sms dari teman2, dapat private message FB dari kawan2.. terus rasa bersalah sangat2.. rasa bersalah sebab macam dah buat orang lain risau dengan isu tu.. padahal sebenarnya isu biasa jer.. 

Cuma, bila berita diterima dalam keadaan terkejut, korang faham kan perasaanya macamne? perasaan yang sukar diluahkan.. gelabah, gembira, sedih semua dah bercampur baur.. jadi, sebenarnya semuanya masih dalam kawalan, cuma bila berita diterima dalam keadaan masa yang suntuk, terus perasaan ni over sensitif..  

So janganlah anggap isu ni terlalu besar yer.. isu ni boleh diselesaikan dengan sangat mudah.. cuma perlukan sedikit kekuatan mental & fizikal daripada kami berdua.. so jangan risau yer.. dan aku mintak maaf kalau buat korang risau.. sorry sangat2.

Tentang isu berjauhan tu, memang yer.. cuma, bukan kerana trasfer order.. dan kami berjauhan pun untuk tempoh yang singkat jer.. 

Cuma yang menjadikan kelam kabut, adalah tempat dan tujuan yang nak encik adiey pergi tu.. itu yang sebenarnya membuatkan kitaorang terkejut tapi dalam masa yang sama tersangat2lah gembira.. insyaAllah, beberapa hari sebelum encik adiey berangkat, aku akan cerita yer.. 

Now, aku makin tenang.. lagipun sepatutnya kami gembira dengan berita tu.. dan seharusnya, aku redha dengan pemergian encik adiey.. kami yakin bahawa Allah dah merancang yang lebih baik untuk kami.. tapi bila nak berjauhan nanti & awal2 berjauhan tu, gerenti air mata ni x kan mudah untuk dihalang.. biasalah kan, dah biasa tidur berdua.. hihihi..

Tapi nanti bila ada yang tau kisah sebenar, aku harap sangat agar tak adalah pulak yang kata aku ni emosi terlebih sedangkan perkara tu masih boleh diselesaikan.. mungkin mereka yang melaluinya sahaja yang dapat faham masalah dan perasaan kami ketika ini.. 

Nota cinta: saya terharu dengan kata2 semangat rakan blogger.. luv u guys!!

Thursday, April 19, 2012

Hati ini sayu dalam gembira.. Perancangan Allah itu lebih baik..


Dalam tempoh sebulan yang akan datang ni, hari2 aku mesti akan rasa sayu.. malam tadi dapat berita yang agak mengejutkan.. berita tu biarlah aku simpan sampai tarikh tu tiba bulan depan.. aku janji akan cerita bila masanya telah tiba..

Perancangan Allah itu lebih baik.. walaupun sebenarnya mengikut perancangan kami,ianya akan dilaksanakan pada tahun depan.. tapi, aku yakin bahawa Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami suami isteri..

Walaupun hati sayu, namun jauh di sudut hati perasaan gembira itu hadir.. cuma mungkin berita tu diterima di saat kami belum sedia.. masa sebulan yang ada akan digunakan sehabis baik bersama suami tersayang.. mungkin tempoh sebulan ni menjadikan kami seakan tidak mahu berpisah.. setiap detik dirasakan mahu bersama...






Ya Allah, tabahkanlah hati kami melalui hari2 mendatang.. kami bermohon agar segala urusan kami dipermudahkan.. jauhkanlah perasaan sedih dan sayu itu hadir dalam kehidupan kami.. terbitkanlah perasaan gembira dan indah pada kami setiap hari.. sesungguhnya, kami redha dengan perancangan Mu Ya Allah..

Nota Cinta: doakan agar hati aku terus gembira dan terus x rasa sedih dengan berita yang diterima yer.. kerana berita tu sepatutnya tersangatlah membawa kegembiraan, cuma dalam keadaan yang sedikit mengejut, ianya menjadi sayu dan pilu..

Photobucket

Wednesday, April 18, 2012

Kisah Bil Elektrik Melambung Tinggi


Sekarang ni aku & encik adiey tengah amalkan penjimatan tenaga elektrik.. sebabnya, bil elektrik kat rumah tu makin melambung2 naiknya.. pelik sungguh.. duduk berdua tapi bil elektrik lebih tinggi dari rumah officemate yang ada anak 3 siap ada bibik yang 24 jam duduk kat dalam rumah.. 

Makin lama, makin tinggi.. mula2 sebelum kahwin, bil elektrik RM30 lebih.. tu duduk sorang, semua lampu rumah nak dipasang sebab takut, tv asyik on sebab bosan.. mata ngadap laptop tapi telinga dengar suara tv.. 

Lepas sebulan kahwin, bil api masih maintain lagi.. lampu dah kurang pasang.. hihihi.. tapi ngada pasang water heater pulak, walaupun tau air sejuk lagi segar tapi kadang2 tu x sanggup nak menahan sejuk bila mandi dari kepala sampai kaki waktu pagi.. hihihi sekali lagi...

Lepas 2 bulan kahwin, cuaca Malaysia makin panas (alasan!).. so pasang pulak aircond.. tapi hanya on masa nak tidur.. set lepas 3 jam aircond akan off.. bila dah off, kenalah encik adiey on suis kipas sebab masing2 kepanasan.. aku jangan harap nak bangun, sanggup tido kepanasan daripada kena bangun berjalan on suis kipas.. hahahaha.. 

Lepas pasang aircond, bil elektrik dalam lingkungan RM40-RM50.. bergantung pada keadaan.. kalau family selalu datang rumah or weekend jarang keluar rumah, bil elektrik dalam RM50 lebih.. kalau x mesti lingkungan RM40 lebih.. tu lah anggaran bil setelah hampir 2 tahun berkahwin..

Tapi yang peliknya, dah 2 bulan berturut2 ni, bil elektrik kat rumah tetiba jadi tinggi pulak.. bulan Februari, bil RM71 (sen x ingat).. masa dapat bil tu macam pelik gak.. tapi fikir mungkin ada suis tv, charger atau pewangi rumah yang aku selalu lupa nak tutup.. 

Tapi bila dapat bil bulan Mac lagilah aku terkejut.. tetiba bil jadi RM81 (sen tak ingat).. pergggghhhhh, gilerrrr la!! apa yang aku buat sampai bil elektrik rumah aku tinggi benor ni??? padahal lepas dapat bil bulan Mac, kitaorang makin berjimat bab elektrik ni.. try nak tengok bil turun ke tak.. sekali, makin naik lagi adalah.. mencik ok!!! 

Pagi sampai petang x ada orang kat rumah.. malam pulak kalau duduk kat ruang tamu, just on lampu dan kipas kat ruang tamu jer.. yang lain memang x on dah.. sambil tengok tv, sambil on laptop tapi laptop guna bateri.. jarang aku charge sebab bateri masih tahan lama lagi.. 2 hari sekali baru charge.. guna mesin basuh 3 kali seminggu, dari mula kahwin sampai sekarang memang macam tu.. aircond pun pasang just untuk tido jer.. kiranya semua aktiviti sama jer la macam sebelum2 ni.. tapi tetiba bil elektrik melambung2 pulak dalam tempoh 2 bulan berturut2 ni.. 

Nak tanya jiran, jiran balik kampung sebab bersalin la pulak.. jiran depan rumah memang selalu melarikan diri (pelik, nampak jiran lain mesti nak larikan diri).. nak tanya TNB boleh x eh? musykil ni.. 

Officemate aku kata, patutnya lepas kahwin bil elektrik makin rendah sebab asyik nak tido awal jer, tapi aku punya bil elektrik makin naik pulak.. hihihi.. duduk berdua tapi bil mengalahkan orang yang dah beranak pinak.. apa kes???

Korang punya bil elektrik macam mana? maintain jer ke? kongsi cikit tips jimatkan elektrik, mana tau membantu aku kurangkan jumlah bil elektrik tu.. ada cadangan untuk kes aku ni? nak masuk aduan rakyat gerenti x lepas, so masuk dalam blog jer la.. hahahaha..

Nota Cinta: janganlah ada yang kata, "eleh, bab bil elektrik yang setakat RM80 pun nak kecoh2 cerita kat blog".. eh, aku tengah musykil tau, tu yang aku up entry ni.. mana lah tau ada orang TNB yang baca blog ni boleh tolong jelaskan kat aku ke.. huhuhu...

Photobucket

WordLess Wednesday - Teman Meluah Perasaan


Rindu mereka! 

Rindu celoteh mereka!



Rindu bergambar dengan mereka!


Rindu bergelak ketawa dengan mereka!

Nota  Cinta: TTC Coner, jom gathering! boleh ambik aura Mummy Nana sekali.. hihihi

Photobucket

Tuesday, April 17, 2012

Strawberry Kering Cameron Highlands!



Stoberi kering yang aku kirim dengan member yang kebetulan pergi kursus kat Cameron Highlands.. cantik jer box stoberi kering ni.. rasanya, sedapppppppp.. syoknya kalau dapat makan stoberi kering ni selalu.. ada sesiapa nak pergi Cameron bagitau la.. boleh kirim stoberi kering.. hihihi.. x malu betul puan zana ni tau!

Pantang dengar orang nak pergi Cameron, mesti nak kirim stoberi kering.. tapi hari tu masa sepupu pergi holiday kat Cameron, aku kirim jagung.. sebab masa tu teringin nak makan jagung Cameron.. padahal, memang selera tu mengada2 kan.. huhuhu.. 

Tapi x adalah dengan semua orang aku kirim.. just kalau kawan atau keluarga rapat jer la berani nak kirim2.. tu pun kirim berduit la kan.. x syokla kirim cakap jer.. segan pulak kan.. 






Kalau nak ke Cameron tu jalannya mendatar jer, memang syok la kan.. nak mendaki ke sana tu yang macam x sanggup (macam lah aku yang drive kan???).. tapi kalau jalan mendatar, bukanlah Highlands namanya puan zana oiiiiiii... agaknya buah stoberi pun x boleh nak hidup.. hihihi..

Nota Cinta: ingat stoberi, ingat member blogger yang paling best pernah aku jumpa.. sape tau blogger yang mana 1 aku maksudkan? PnStoberi, sila jangan malu2 nak mengaku yer.. hihihi

Photobucket

Teaser Elak Lupa - Restoran Sahara Tent



Memang nak buat review tentang 1 restoran ni.. tapi asyik terlupa jer.. restoran ni antara yang boleh dijadikan pilihan terbaik.. aku makan kat sini masa buat jamuan perpisahan bekas big boss 2 minggu lepas.. 

2 minggu baru nak cerita kan??? nyampah!! so bila terlupa, baik aku letak teaser dulu la.. kalau dah letak teaser, maka secara automatik, akan cuba jugak untuk buat entry penuh.. kalau x buat, maka macam hampeh jer teaser2 bagai kan..

Selalu tau macam ni.. cerita dah lama berlaku, tapi terlupa nak update.. bila belek2 album, tengok dah dekat 2 minggu lebih kejadiaan tu berlaku tapi masih x kongsikan kat blog..  

Lepas tu mulalah fikir nak cerita ke x, nak cerita ke x.. kalau cerita nanti orang kata cerita basi.. kalau x cerita, macam rugi pulak sebab kadang2 entry tu boleh jadikan panduan kat orang lain.. ngada sungguh perasaan macam tu kan??

Nota cinta : korang selalu ambik gambar terus update entry eh? sebab aku tengok semua cerita2 fresh jer.. jarang sangat cerita dah basi nak cerita.. tapi kalau terlupa, baca cerita basi pun x pe kan??

Photobucket

Monday, April 16, 2012

Keadaan yang normal di hari Isnin?



Selamat pagi Isnin semua!!

Hari Isnin merupakan hari yang paling tidak digemari oleh ramai orang.. kesian hari Isnin kan.. x pasal2 orang x suka.. padahal dia x bersalah pun.. 






Adakah kalau hari Isnin tu diberi nama Jumaat pun orang x suka? 

Orang x suka hari Isnin sebab nama hari tu Isnin ke atau x suka sebab hari Isnin adalah hari permulaan untuk kita bekerja/belajar? 

Kenapa Isnin dikaitkan dengan Monday Bluessss, kenapa hari lain x boleh bluessss ke?

Kalau orang yang mulakan kerja hari Ahad, alami x Monday Blues ni? 

Ok, aku x nak merepek panjang sangat.. nanti terus semua orang jadi makin stress bila baca entry aku ni.. banyak sangat persoalan pelik yang keluar.. huhuhu.. motif nak tanya orang pasal hari Isnin?




Tapi biasalah la kan, sebelum mulakan keje pada hari Isnin dengan tekun tu, ambik masa sejam gak la.. huhuhu.. aku punya cara kalau nak bagi mood Isnin tu ok cikit, aku akan layan lagu rancak2 cikit.. blogwalking cikit.. jenguk2 online shopping jap.. balas emel2 kat emel office & peribadi.. selak2 surat khabar online.. lepas tu barulah semangat nak buat keje.. tu pun kena kuat semangat.. sebab otak ni asyik pengaruh kata "monday bluessss, monday bluesssss".. nyampah ok!!

Isnin korang macam mana pulak? selalu Isnin ni korang kaitkan dengan apa? Share tips elak Monday Blues.. sharing is caring!

Nota cinta: marilah mulakan hari Isnin kita dengan ceria (walaupun mood weekend tu masih kuat dalam diri.. hihihi)! 

Photobucket

Friday, April 13, 2012

Tips Mengemas Rumah Lebih Mudah!

Setiap hari Jumaat, pagi2 lagi aku akan pergi jenguk 1 blog ni.. ni kira benda wajib buat sebelum memulakan kerja.. dah macam ketagih pulak nak baca blog tu sebelum hujung minggu menjelma.. blog tu ada banyak tips mengemas rumah lebih mudah! sesuai untuk wanita2 yang bekerja terutamanya.. 

Tips Mengemas Rumah Lebih Mudah!

Mengemasrumah.blogspot!! Blog ni lah menjadi pembakar semangat untuk aku lebih rajin mengemas rumah.. syok!!!

Sebelum ni pun banyak tips dari blog tu yang aku dah kongsikan dalam blog ni.. bagi aku, blog tu memang sesuai sangat nak dijadikan panduan buat para isteri.. kalau yang baru berkahwin tu, sesuai sangatlah kalau cuba amalkan tips2 mengemas rumah yang ada dalam blog tu.. 

Setiap kali baca blog tu, terus perasaan teruja nak mengemas rumah muncul menjelang hujung minggu nanti.. silalah cuba!! mana tau lepas ni rutin mengemas korang bertambah baik dari ke hari..

Tips yang sempat aku baca untuk cuba diamalkan hujung minggu ni adalah tentang Tips Ringkas Mengemas Rumah!!

1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan.

2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk.

3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin..

4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop.

5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga sering memerangkap habuk. Cara yang extreme, puan-puan kena basuh bunga tu. Tapi leceh pula sebab nanti nak kena gubah semula. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan mengelap setiap kelopak dengan kain lembap atau vakum dengan mini brush yang memang disediakan untuk vakum.

6. Puan-puan mesti suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik. Ha...alas meja tu kalau diperhatikan memang tak nampak, tapi kalau dipegang, mesti rasa macam ada pasir-pasir halus. Habuk tu namanya. Jadi bolehla dibasuh sekali sekala, atau di vakum guna mini brush...

7. Ada di antara kita yang gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang lagi..jadi ketika memvakum, vakum sekali rak buku kita atau lap guna kain yang sederhana lembap.


Nota Cinta: share la tips mengemas rumah korang pulak.. sharing is caring!!!

Photobucket

Thursday, April 12, 2012

Zana Adieyza Dapat Cucu Sulung!!


Aku bakal menerima cucu sulung!!!!

Dalam umur 26 tahun ni, x sangka sangat yang aku bakal dapat cucu.. cucu sulung yang diharapkan comel seperti neneknya... hihihi..

Ok2, stop merepek zana! jangan bagi orang keliru dengan entry ni.. 

Sebenarnya macam ni, baru2 ni dapat tau yang ada member serumah masa zaman Universiti dulu dah disahkan pregnant.. syukur Alhamdulillah.. 

Masa duduk serumah masa zaman belajar dulu, dah tentulah2 rapat kan.. dah berjauhan dengan keluarga, maka dengan kawan2 la tempat nak bermanja..

Sebab terlebih manja, maka dah macam keluarga sendiri.. memandangkan aku ni kira paling kuat membebel dalam rumah tu, dah macam mak2 orang gayanya kalau membebel x reti nak berhenti, maka budak2 serumah gelarkan aku Mummyto.. mula2 panggil Mummy jer, tapi macam nampak tua sangat & x ada curlas maka tambah la perkataan "to" supaya jadi moden.. hihihi.. terus jadi Mummyto!!

Ina pulak jadi Kak Long sebab dia ni pandai masak.. semua suka buat alasan Kak Long masak sedap sebab malas masak.. hihihi.. Masleyah pulak jadi Kak Ngah sebab dia ni kuat melawan.. lepas tu jenis suka menyakat.. orang kata yang no. 2 selalunya degil kan (tapi encik adiey x degil pulak.. hahahahha).. 

Ierin pulak jadi Adik sebab badan dia kecik.. eh, patutnya aku jadi adik sebab lagi rendah cuma badan x kecik!! x adil kan??  Eiyna pulak jadi Kak Su sebab lepas setahun kitaorang duduk kat rumah tu baru dia masuk.. so konon2 last masuk rumah tu kira bongsu la kan.. tapi Adik x nak tukar nama & berlagak bongsu maka Eiyna jadi Kak Su la..

Korang pernah x panggil kawan serumah macam ni? atau masa duduk hostel panggil macam gelaran adik beradik? bila ingat balik, memang best kan.. dengan kawan2 serumah la tempat kita mengadu kan.. balik dari class x sempat bukak tudung dah bergosip.. x boleh study terus lepak depan tv sambil gosip2 lagi.. asyik gosip jer... hihihihi

Berbalik pada cerita dapat cucu tu, baru2 ni dapat tau Eiyna a.k.a Kak Su dah disahkan pregnant.. makanya heboh la kitaorang bercerita pasal kisah pregnant dia tu.. tetiba Eiyna kata kiranya anak dia tu adalah cucu aku kan?? hahahhaha... tetiba aku dapat cucu kan?? curlasssss...





Kiranya, ni cucu sulung aku la.. nak tunggu cucu dari Kak Long, Kak Ngah or Adik lambat lagi kot sebab masing2 sibuk dengan keje jer, masih belum berkahwin tapi dah berpunya.. hihihi.. so bila dapat cucu tu, teruslah aku jadi Nennyto!! ala comelnya!!!! terus encik adiey jadi Puppyto!! lagi kelakar ok!!!!

Tapi aku berharap sangat dapat la bagi diaorang ni "adik" nanti.. lama dah diaorang menanti nak dapat "adik".. curlas betul Nennyto ni kan, dah dapat cucu tapi masih berusaha nak bagi "adik" kat anak2 dia.. hihihi..

Nota Cinta: sayalah Nennyto yang boooolat!! hihihihi

Photobucket

Spontaneous Thursday - Rainbow


 
Kadangkala kesusahan dan keperitan yang kita alami akan membawa lebih banyak kebaikan kepada kita.. menjadikan kita lebih dekat pada-Nya.. menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita.. menjadikan kita yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..



Kadangkala kita sendiri tak pernah terfikir kenapa kita diberikan ujian daripada-Nya... kadangkala kita jadi lemah dengan ujian-Nya.. kadangkala kita jadi kuat dengan ujian-Nya.. tapi yang pasti, kita kena yakin bahawa ada tersembunyi seribu satu rahsia di atas apa yang kita alami.. hanya Dia yang mengetahui.. perancangan Dia adalah yang terbaik..

Nota Cinta: bila kena lebih positif, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan..


Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...