Friday, June 29, 2012

Mandi Bersama - Amalan Rasulullah S.A.W

Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri/suami anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.
Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud : "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan; "Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. 
Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. 
Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.
Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Ya, memang amalan yang sangat2 bagus.. bila dilakukan setiap hari, rasa janggal bila x dilakukan.. kenapa perlu malu? kekasih halal kan.. 
Untuk yang masih belum ada rezeki anak, masa berdua ni lah patut dilakukan setiap hari.. untuk yang dah ada anak, jangan jadikan alasan untuk mengelak dari melakukannya, cuma jadikan ianya sebagai rahsia anda berdua tanpa diketahui oleh anak2.. insyaAllah, hubungan akan lebih mesra, bahagia dan romantik selalu.. 


Thursday, June 28, 2012

Tips Dapatkan Buffered Earning (BE) Nuffnang

Kali ni aku nak kongsikan sedikit pendapat aku tentang cara yang boleh digunakan untuk dapatkan BE.. tips ni berdasarkan pengalaman aku.. pengalaman yang baru sangat2 sebenarnya.. lagipun aku blogging ni suka2 jer.. BE tu kiranya bonus dan pembakar semangat untuk teruskan minat dalam dunia blogging.. 

Aku belum sampai tahap untuk menjana pendapatan dari blogging.. blog ni pun sekadar blog peribadi.. entry pun simple2 jer.. hasil earning pun xdelah banyak mana pun.. tapi aku harap tips ni akan dapat membantu la untuk sesiapa yang cuba untuk dapatkan BE yer..  



1. rajin update profil dekat akaun Nuffnang.. 




dekat bahagian blogger bio tu kena rajin update.. gunakan ayat yang mantap dan kreatif sikit yer.. buat macam karangan pun x apa.. ayat tu mesti menunjukkan yang blog korang tu best untuk dibaca & dikunjungi.. cerita la kelebihan blog korang.. bila biodata korang menarik & lengkap, pengiklan senang nak bagi iklan (macam resume la jugak, bila resume lengkap majikan senang nak ambik kita bekerja).. kalau boleh, setiap bulan korang update.. tukar2 ayat kreatif supaya nampak biodata korang best! 


2. pelbagaikan entry.. 


walaupun blog kita ni blog peribadi, tapi kita kena jugak pelbagaikan jenis entry kita.. jangan terlalu cerita tentang 1 aspek jer.. contohnya, kalau yang dah kahwin tu boleh la cerita tentang suami, anak, kerja, isu semasa, tips mengemas rumah, resepi memasak, drama tv, artis, gadget dan macam2 lagilah.. 
boleh jer kalau asyik nak cerita tentang suami dan anak2, tapi selang selikan jugak dengan entry2 berinformasi yang lain k.. jadi kita ada peluang untuk dapatkan iklan daripada macam2 jenis pengiklan.. lagi pelbagai jenis cerita, lagilah ramai orang yang singgah baca blog kita.. bila ramai yang singgah, pengiklan pun rasa yakin nak bagi iklan kat kita.. 



3. rajin blogwalking & drop komen.. 


kita ni kenalah rajin berkunjung ke blog rakan2 blogger yang lain.. selain daripada dapat kawan blogger baru, kita jugak boleh dapat ilmu baru then dapat tukar2 pendapat dengan blogger lain.. bila kita blogwalking tu, rajinkan jugak tangan tu untuk tinggalkan komen.. tapi kalau boleh, tinggalkanlah komen yang membina yer.. 
blogwalking ni x perlu hari2.. seminggu sekali pun boleh jer.. bergantung pada kelapangan kita.. try blogwalking waktu malam atau weekend.. x ganggu waktu kerja pun.. bila blogger lain sedar kita selalu blogwalking & tinggalkan jejak kat blog dioarang, mesti diaorang pun akan rajin datang blog kita.. again, bila ramai yang singgah blog kita, traffic blog akan meningkat dan kebarangkalian untuk dapat BE tu memang ada..




4. update blog dengan entry baru..


sebagai blogger, rajin2kan diri kita untuk update blog dengan cerita2 baru.. jangan biarkan blog kita ni sunyi dari entry2 baru.. update sekurang-kurangnya sekali sehari dengan entry baru.. bila kita rajin update entry baru, orang pun seronok nak singgah blog kita.. bila orang lain selalu singgah blog kita, potensi pengiklan nak letak iklan kat blog kita tu ada..
kalau dah x ada idea sangat nak menulis entry baru, cuba letak jer gambar beberapa keping (macam wordless wednesday).. belek2 balik album lama untuk cari gambar.. boleh jugak buka FB then cari gambar or info yang boleh dikongsikan dalam blog.. 



5. pantau jumlah viewer yang singgah kat blog.. 


sebenarnya, walaupun blog kita x ramai follower, tapi kita boleh jer dapat BE.. sebab BE tu bukan bergantung pada berapa ramai follower blog kita.. tapi ianya bergantung pada viewers yang datang baca blog kita.. lagi ramai yang baca, lagi cerah peluang kita untuk dapat BE.. 
kalau boleh, jangan terlalu nak kumpul follower, tapi cuba untuk kumpul pengunjung tetap blog.. pengunjung tetap ni sebenarnya lebih baik.. sebab, x semestinya semua follower kita akan baca blog kita hari2, tapi pengunjung tetap tu lah yang akan rajin singgah blog kita..  kalau agak2 jumlah pengunjung menurun, try untuk naikkan balik jumlah tu.. macam mana nak tarik viewers datang baca blog kita, try apply tips no.2,3 dan 4 tadi yer.. 



Rasanya, tu jer cara yang aku guna setakat ni.. kalau korang ada cara lain tu, marilah berkongsi tips yer.. kalau nak tau lagi banyak tips, korang pergi jer blog blogger2 hebat.. aku yakin diaorang ada tips yang lebih berkesan untuk dapatkan BE! blogger2 hebat ni, 1 BE diaorang boleh dapat ratus2 oooo.. masyukkkkkkk..


Semuanya bermula dengan minat kita berblogging.. bagi aku, blogging ni sekadar suka2.. nak dapat kawan baru, info baru, kongsi idea.. anggap jer BE tu bonus blogging.. yang penting, kita tau tujuan asal kita berblogging ok!

5 BE Menari di Bulan Jun 2012

Syukur Alhamdulillah.. pagi tadi check akaun Nuffnang.. bahagianya bila melihat ada BE baru yang sedang rancak menari2 kat blog ni.. 


BE dari Drypers Relaunch!! Walaupun belum ada anak sendiri, tapi dapat jugak BE berkaitan baby ni.. seronok!!! 

Bertambah seronok sebab ini adalah BE ke 5 yang aku terima pada bulan Jun 2012.. first time dapat 5 BE baru dalam tempoh sebulan.. haruslah teruja lebih kan?? sebab blog ni blog biasa2 jer, tapi masih ada yang sudi baca blog ni.. really appreciate it!

BE ke 8 di tahun 2012.. terima kasih Nuffnang, terima kasih readers, terima kasih bloggers.. luv u guys!

Sekejap lagi ada entry tentang pendapat dan tips dari aku untuk dapatkan BE.. tunggu yer!

Wednesday, June 27, 2012

Mandi-manda, BBQ & Pekerja Terbaik - Sungai Congkak

Sebelum cuti-cinta cinta dekat Tambun, sempat jugak berhibur bersama member2 office encik adiey.. team office diaorang buat BBQ dekat Sungai Congkak!

Setelah hampir 2 tahun x pergi mana2 kawasan air terjun, so excited gak la.. tapi disebabkan masa tu aku selsema teruk, so boss besar telah bagi hint supaya aku x bermandi manda di kawasan air terjun.. sedihhhhhhhhhh... 



Sebelum pergi Sungai Congkak, berkumpul kat office encik adiey dulu.. nasib baik aku dah biasa jugak dengan staff perempuan kat situ.. cuma ada 2 orang yang baru pertama kali aku jumpa.. tapi, walaupun baru pertama kali jumpa, cepat betul mesranya.. 



Sampai sana, yang lelaki semua bz untuk BBQ.. yang perempuan terus jer menuju ke air terjun.. hihihi.. x tolong pun!! maklumlah, kerja dalam bidang technical kan, so memang majoriti staff lelaki la.. so perempuan yang minoriti ni, haruslah ambik sedikit kesempatan untuk mengelat.. hihihi


Aku just dapat basahkan kaki jer.. memang x bawak baju untuk mandi pun.. sebab dah kena warning awal2 kan.. orang x sihat kena duduk tepi jer katanya.. nanti dah sejuk2 mandi makin selsema lagi susah.. maka, ikutkan sahaja arahan boss besar walaupun dalam hati meronta2 nak mandi.. hahhaha.. 



Kita x boleh mandi, tapi ada orang tu mandi sampai nak suruh naik pun susah.. sajer nak bagi kita jeles.. nyampah!! 

Memandangkan badan x berapa nak sihat, makan pun x berapa nak ngam sangat dengan tekak.. tapi x ngam pun banyak gak la aku makan.. hihihi.. masa kat situ, aku memang x ambik gambar pun.. segan la pulak nak bersnaping2.. hihihi

Lepas acara mandi & makan2, ada acara penyampaian sijil dan hadiah untuk pekerja terbaik.. secara tiba2, boss encik adiey sebut nama yang begitu familiar di telinga aku ni.. Encik Abdul Hadi Bin Bakhtiar!!


tahniah sayang! semoga terus cemerlang di masa hadapan.. 

Syukur Alhamdulillah.. rezeki encik adiey kali ni.. yang membuatkan encik adiey tambah happy, selalunya boss umumkan pekerja terbaik dekat office tapi kali ni masa tengah Family Day.. so secara automatik, dia dapat kongsikan detik gembira dia bersama aku.. masa boss dia bagi sijil dan hadiah tu, aku pulak yang menggigil.. macamlah aku yang nak salam boss dia kan?? hihihi



Ya Allah, terima kasih di atas rezeki ini.. terima kasih di atas rasa gembira ini.. terima kasih di atas penghargaan ini.. syukur Alhamdulillah..

WordLess Wednesday - Kami Meniti Hari-Hari Bahagia


Selaut kasih
Sepantai sayang
Segunung rindu

With Love,
~aDieyZa~

Tuesday, June 26, 2012

Teaser Lost World Petting Zoo - Kami Pecinta Haiwan!



Aci x kalau buat teaser lagi? sebabnya balik dari cuti, ada banyak kerja yang menanti.. huhuhu.. waktu rehat dapat tido 15minit rasa macam 5jam uolssss... penat sungguh!!

Ada pulak yang kata, "cuti kat Perak pun nak kecoh macam cuti kat Paris.. x kan honeymoon kat Perak jer?".. tak apalah.. biarlah orang nak kata apa.. saya x kisah.. 

Bagi saya, setiap hari adalah honeymoon buat kami berdua.. setiap hari adalah hari beromantik bagi kami berdua.. setiap percutian berdua adalah percutian cinta kami berdua.. setiap masa berdua adalah masa yang terlalu berharga buat kami berdua..

Nota cinta: semakin hari semakin mesra.. semakin hari semakin bahagia.. itulah impian dalam setiap perkahwinan!
Photobucket

Teaser Cuti Cinta aDieyza - Lost World of Tambun, Ipoh Perak


Percutian yang indah untuk dikenang.. will update later

Monday, June 25, 2012

Friday, June 22, 2012

Selamat Bercuti : Cuti Cinta Adieyza


Selamat bercuti di hujung minggu semua.. luangkanlah masa yang ada bersama insan tersayang.. lakukanlah aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kasih sayang bersama keluarga tersayang..

Blog ni mungkin akan sunyi sedikit hingga hari Isnin.. maklumlah, tuan blog nak gie bercuti dengan encik adiey hujung minggu nanti.. insyaAllah hari Isnin baru balik.. Isnin tu tuan blog cuti yer.. maka, tiada Monday Blues untuk minggu depan... yeeeaaayyyyyy!!!


Walaupun sekadar percutian 2hari 1malam, tapi diharapkan percutian ni membawa memori terindah buat kami berdua.. doakan perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar yer.. selamat bercuti semua!!

Photobucket

Saling Melengkapi, Saling Memerlukan




Teringat kembali saat mula2 terpaksa berjauhan dengan encik adiey.. walaupun dah nak hampir sebulan kenangan tu, tapi masih tetap utuh dalam ingatan aku.. 

Masa tu sedaya upaya menahan air mata.. x nak menangis sebab x nak bagi encik adiey risau.. tapi, perempuan kan.. manalah boleh berhadapan dengan situasi sedih.. gerenti air mata tu mengalir tanpa perlu diundang..

Nasib baik masih ada ahli keluarga yang teman aku masa tu.. so, dapat la tumpang bahu diaorang untuk menangis.. hihihi.. tapi sejujurnya, pengalaman tu mengajar aku untuk lebih menghargai kehadiran insan tersayang dalam hidup aku.. bukanlah bermakna sebelum tu aku x hargai diaorang, aku hargai.. tapi bila dah lalui pengalaman ni membuatkan aku semakin hargai kehadiran setiap orang di sekeliling aku terutamanya encik adiey..

Kalau sebelum ni aku rasa banyak betul perkara yang aku anggap remeh.. tapi sekarang ni, nampaknya ada beberapa perubahan positif dalam diri aku.. bukanlah aku nak kata aku ni sempurna sangat tapi bila aku lalui pengalaman berjauhan tu, aku makin sedar yang kadang2 perkara yang remeh tu lah yang membuatkan hubungan kita suami isteri boleh jadi semakin erat atau semakin renggang..

Bila encik adiey x ada, aku rasa bosan.. tiba2 rindu untuk buat semua peranan isteri masa tu.. rindu nak tanya, "sayang nak makan? sayang nak minum? sayang nak apa2 ke?".. serius rindu!!!! 

Alhamdulillah.. banyak jugak hikmahnya di atas apa yg berlaku.. menjadikan diri ini berubah ke arah kebaikan demi kebahagiaan dan keredhaan.. 

Mungkin selama ni aku selalu merasa mudah selesa dengan cara layanan yang diberikan pada suami.. tapi sekarang aku cuba untuk menambahkan keselesaan suami dengan adanya isteri yang sedia berada di sisinya sepanjang masa..

Mungkin sebelum ni aku rasa cukuplah dia ada di depan mata.. tapi sekarang aku nak biarlah dia ada di depan mata & mata kami terus bertentangan dalam melayari bahtera perkahwinan..

Mungkin sebelum ni aku rasa cukuplah ciuman dan pelukan cinta apabila bangun dari tido, sebelum pergi & balik dari kerja,selepas setiap kali solat jemaah dan sebelum tido.. tapi sekarang aku berharap agar biarlah ciuman dan pelukan cinta itu dilakukan selalu tanpa perlu menunggu/mengikut waktu tertentu..

Sesungguhnya perubahan yang baik itu memerlukan hati kita betul2 ikhlas.. perubahan yang baik itu juga melahirkan jiwa yang benar2 tenang.. syukur di atas rasa kebahagiaan itu.. semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kita semua.. insyaAllah..

Nota cinta: suami isteri haruslah saling melengkapi.. saling memerlukan.. saling memahami.. saling belajar dan mengajar ke arah kebaikan.. insyaAllah, perkahwinan akan lebih diberkati Ilahi..

Photobucket

Thursday, June 21, 2012

Blogger, Kamera Dan Kereta


Aktiviti biasa apabila bosan di dalam kereta.. bergambar lebih baik daripada memikirkan kesesakan lalu lintas.. hihihi.. 


Encik suami letih memandu, isteri di sebelah sibuk bergambar.. encik suami membebel kereta lain potong2 line, isteri di sebelah relaks jer berposing2 sendiri.. hihihi..

Aktiviti biasa yang korang buat jugak kan?? sila jangan buat2 x mengaku.. lagi2 blogger.. kamera dengan blogger ni memang susah nak dipisahkan.. hahahaha.. 
Photobucket

Jururawat Mak Buyung




Siapakah yang dicari sebenarnya??

Kalau diingatkan balik, rakan blogger yang aku kenal bekerja sebagai jururawat hanyalah Cik Azizih @ Cik Jijah.. setau aku, Cik Jijah belum pregnant lagi (mak buyung)..  hihihi.. maybe petanda baik untuk adik manis kita tu untuk ada rezeki pregnant x lama lagi.. insyaAllah..





Adakah sebab kebelakangan ni aku asyik cerita pasal kakak2 aku yang pregnant.. maklumlah, ada 3 orang mak buyung punya cerita dalam blog ni kan.. hihihi.. 

Photobucket

Spontaneous Thursday - Trust


Kepercayaan adalah penting dalam sesebuah perhubungan.. tak kiralah sama ada perhubungan percintaan, persahabatan atau kekeluargaan.. kepercayaan adalah antara kunci terpenting untuk memastikan perhubungan itu kekal dan sempurna.. 


Hubungan yang terjalin tanpa kepercayaan selalunya akan dilanda masalah.. mula curiga, mula syak tidak menentu, mula berfikiran negatif dan mula pudar rasa kasih sayang sepenuhnya.. 


Tanpa kepercayaan, susah untuk kita meneruskan perhubungan itu dengan sebaik mungkin.. tanpa kepercayaan, perasaan hormat juga akan luntur.. jadi jangan biarkan orang lain hilang kepercayaan kepada kita.. sekali orang lain hilang kepercayaan kepada kita, selamanya diri kita tidak akan dihormati.. 


Nota cinta: Alhamdulillah, kerana kepercayaan, hubungan cinta itu bertahan selama hampir 11 tahun.. terima kasih Ya Allah, Alhamdulillah.....


Photobucket

Wednesday, June 20, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Semua Nak Tiru Perangai Acu


2 orang anak buah yang lahir tahun ni semakin membesar dengan jayanya..


Yang sorang ni x sudah2 nak menyusu jer.. orang panggil suka "mengempeng".. ada yang x tau ke mengempeng tu apa? mengempeng tu maksudnya asyik nak menyusu badan mama dia jer.. kalau tengah menyusu x nak lepas walaupun dah kenyang.. kalau cabut jer nipple dari mulut, melalak2.. perangai sungguh kan kamu!
 

Mak aku kata, perangai Alya ni tiru perangai aku masa kecik2.. hihihihihi.. malu acu tau bila nenek Alya cakap depan pak cu macam tu! hihihi.. Alya, walaupun kamu asyik menyusu tapi badan kamu belum debab lagi, tapi makin memanjang lak acu tengok.. sajer nak lawan "ketinggian" acu eh?? hihihi..

Yang sorang ni suka betul tengok tv.. kalau kita letakkan dia depan tv, memang senyap jer.. ralit sungguh dia tengok tv..  kalau tengok cerita kartun, dia senyum2.. macamlah faham kan?? hihihi.. 


Mak aku kata, perangai budak ni tiru perangai aku.. kalau tengok tv, orang cakap apa pun x dengar.. leka sangat tengok tv!


motif semua nak samakan dengan perangai acu??? huhuhuhu


Photobucket

BE Baru Menari, BE Lama Senyap Sunyi

Pagi tadi check akaun Nuffnang macam biasa.. sekarang ni rajin nak check sebab nak tau perkembangan viewers blog ni.. kejap naik, kejap turun.. macam mood aku nak menulis kat blog ni.. kadang2 terlalu tinggi mood nak menulis tu, kadang2 nak up 1 entry pun makan masa.. 






Syukur Alhamdulillah sebab ada BE baru yang menari2 kat blog ni.. BE dari Libresse Pure Fresh.. ni adalah BE ke 7 di tahun 2012.. sukaaaaaaa...

Maybe BE ni baru malam tadi dia mula menari2.. sebab petang semalam belum ada lagi.. so, selamat menarilah wahai BE Libresse Pure Fresh.. harapnya BE ni akan menari lebih lama.. menarilah dengan lebih rancak yer.. kalau agak2 penat pun jangan berhenti.. hihihi

Sedih jugak bila check, ada 1 BE yang dah jadi ME.. semalam dia masih rancak berjoget tarian salsa kat blog ni.. sekali, hari ni dah senyap jer.. penat menarilah tu kot kan.. tapi dapat jugak hasilnya walaupun sekadar bertahan beberapa minggu.. terima kasih BE Friso 1001 Ideas For 2 kerana sudi menari2 kat blog ni.. walaupun sekejap, tapi saya tetap suka kamu sebab kamu selalu menari2 dalam blog ni..

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih semua rakan blogger & pengunjung blog!


Photobucket

Monday, June 18, 2012

Tips Apabila Selsema dan Hidung Tersumbat

Dah nak masuk seminggu selsema.. ubat klinik dah habis.. pergi pulak farmasi.. tapi masih sama.. bila dah selsema teruk, hidung mesti tersumbat.. memang payah nak tido bila hidung tersumbat.. 


Aku memang kalau kena selsema, susah sangat nak elok.. dulu pernah sampai dekat sebulan selsema.. sampai 3 kali pergi klinik since selsema x elok2.. macam2 ubat doktor bagi.. last2 bila semua ubat dah habis, dia elok sendiri.. tapi nak tunggu elok sendiri tu makan masa gak la.. masa tu pantang minum ais la kononnya nak cepat elok, tapi masih sama.. 



Letak jugak status kat FB.. mintak petua untuk hilangkan rasa selsema & hidung tersumbat.. dah try semua tips.. aku nak sarankan kat sesiapa yang ada masalah selsema atau hidung tersumbat tu, trylah petua2 kat atas tu.. semuanya dapat redakan selsema.. cuma cepat atau lambat jer la..

Sememangnya vicks adalah terbaik!! rasa sangat2 selesa.. sapu dekat dada dan belakang badan.. boleh jugak sapu kat tapak kaki dan lepas tu pakai stokin.. nyaman jer rasa.. so, pastikan vicks ni sentiasa ada kat rumah.. banyak manfaatnya bila selsema ni..


Kalau sesiapa yang rajin, cuba letak vicks atau bam kemudian campur dengan air panas/air suam.. masuk dalam bekas kemudian cuba bernafas dekat bekas tu.. selubung atau tutup sikit dengan tuala macam gambar kat atas tu.. tu petua yang Nana bagi kat FB.. lega jugaklah.. dapat tido lena jugaklah.. 

Ramai yang sarankan minum air suam.. ada jugak yang sarankan minum air lemon yang dicampurkan dengan madu.. yang ni lepas minum beberapa cawan, memang rasa kurang selsema tu.. kalau nak minum madu sahaja pun boleh.. 

Part minum air lee chee kang tu elok gak sebab ada antara bahan2 dalam tu yang membantu untuk penyakit selsema, cumanya jangan minum air tu dengan ais ok! nanti elok2 dah nak pulih, jadi selsema balik pulak..

Takpelah, sakit ni kan tanda kasih dari Yang Maha Esa.. then sekarang ni aku cuba amalkan sekali makan Vitamin C dan Garlic daripada Shaklee.. kalau selalu sehari sebiji je, tapi bila selsema teruk ni aku ambik 4 biji Vit C dan 2 biji Garlic.. alhamdulillah, nampaknya makin cepat beransur pulih.. 

nota cinta : ada tips lain yang dikongsikan? sharing is caring :)

Photobucket

5S - Kemas Tapi Kadang2 Jadi Rimas




Ntah bila kerja2 5S ni nak reda.. stress betul aku nak menghadap kerja2 5S ni.. dari aku mula masuk kerja, sampailah nak masuk 3 tahun kerja ni, asyik la 5S.. nampak jer muka aku ni, cakap pasal 5S.. nampak jer aku, tanya pasal 5S.. aku sampai dah tahap bosan yang paling tertinggi dengan 5S.. 

5S ni bagus sebenarnya.. memang nampak kemas, tersusun & memudahkan.. lagi2 kalau pekerja baru masuk, memang senang nak faham proses kerja kat tempat tu sebab semuanya tersusun dan ada dokumentasi yang baik..

Tapi kalau dekat 3 tahun, asyik2 nak sibuk2 lagi dengan 5S, memang bosan la kan.. makin merepek2 pulak.. benda yang x menjejaskan proses kerja pun nak disentuh.. 

kenapa mesti hanya boleh 6 batang pen dan 2 batang pensil di atas meja??? adakah kalau aku ada 7 batang pen kerja aku akan terjejas?? adakah kalau aku x letakkan pensil kat atas meja tu akan menyebabkan kerja2 aku tertangguh?? 

Bila dah mula merepek2, maka mood nak mengemas tu semuanya kosong! semuanya dibuat kerana terpaksa.. x elok sebenarnya buat dalam keadaan terpaksa ni.. tapi apa boleh buat.. kena la ikut peraturan kan.. kalau x nanti, x pasal2 Bahagian aku dapat markah rendah dalam audit.. bila dapat markah audit rendah, haruslah aku yang pertama dicari.. so, sama ada suka ke, x suka ke kenalah buat jugak.. merepek2 pun layankan jer la.. lepas audit sumbat balik segala macam pen kat atas meja.. hihihihi..

Nota Cinta : esok ada audit 5S.. so haruslah nak mengemas.. bukan sebelum ni x mengemas, kemas ok! cuma sebab nak audit, maka kenalah terlebih kemassssssss.. nampak sangat pura2 kan.. hahhaha..

Photobucket

Friday, June 15, 2012

Sejarah Lagi Sekali


Hari ni entry sejarah jer la.. hihihihi..

Ni sejarah blog aku pulak.. semalam rasanya macam ramai pulak yang view blog aku.. since blog ni suam2 milo, jadi bila ramai yang view tu rasa macam semangat la pulak nak update blog.. hihihi..


Sejarah buat blog ni bila ada 19 viewers serentak dalam 1 masa.. selalunya x lebih daripada 10 viewers.. jadi bila lebih daripada biasa, haruslah abadikan kenangan pertama kali mendapat viewers tinggi ni kat blog kan.. 

Ok, jumlah ni maybe sangat2 sedikit kalau nak dibandingkan dengan blog otai2 yg lama dalam dunia blog.. jauh kalau nak dibandingkan dengan blog2 hebat lain.. jauh nak dibandingkan dengan blog yang mempunyai followers yang ramai.. 

Tapi, untuk aku sangat bermakna nilainya tu.. aku tetap rasa happy sebab ada jugak yang sudi jenguk2 blog ni.. maklumlah, aku menulis ni pun sekadar suka2.. 

Terima kasih la pada semua yang bertandang, berkungjung, menyinggah, menjenguk & membaca blog yang x seberapa ni.. kerana koranglah aku teruskan dengan minat blogging ni.. thank you so much!!

Photobucket

Jusco & Parking Ticket

Semalam adalah sejarah.. 

Pepatah yang sering kali disebut.. dan semalam, ada sejarah baru yang menjadi pengajaran buat aku.. kata orang, kita akan lebih berhati2 lepas sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.. betul kan? 

Contohnya, kalau sebelum ni kita pernah kehilangan sesuatu barang yang menjadi kesayangan kita, lepas kejadian tu mesti kita akan lebih berjaga2 kan? kalau sebelum ni kita pernah terlupa nak bawak sesuatu yang penting, lepas kejadian tu mesti kita akan sentiasa pastikan barang tu x akan ditinggalkan sebelum kita pergi kan? 

Cukup panjang pulak mukadimah budak ni kan.. tetiba jadi pakar motivasi di pagi hari.. hahahha.. sedangkan sebenarnya nak cerita tentang satu perkara yang biasa jer.. huhuhu.. tapi, walaupun biasa, tetap bagi kesan kat aku.. sebab x pasal2 semalam termuncung cikit dengan encik adiey.. hihihi..

Semalam, ada orang tu sibuk ajak suami dia pergi Jusco (sekarang orang kata Aeon tapi aku nak gak panggil Jusco).. kononnya dah sebulan x masuk Jusco.. alasan semata! sebenarnya orang tu nak cari selipar untuk pergi bercuti minggu depan.. motif pergi bercuti dekat2 pun nak beli selipar baru??? tu mengada namanya!!

Walaupun ada masa seminggu lagi, tapi degil jugak nak pergi semalam.. suami bagi cadangan hujung minggu, tapi orang tu bagi alasan katanya hujung minggu dah ada aktiviti lain.. suami ikutkan jer sebab takut malam nanti orang tu tido mengigau cakap pasal selipar.. padahal selipar jer pun!!!

Nak jadi cerita, pergilah orang tu bersama suaminya ke Jusco Cheras Selatan.. x ada sale pun.. tapi x pelah, nak beli selipar jer pun kan.. lepas pusing2 sejam, jumpalah selipar yang x berapa nak berkenan di hati.. yang orang tu suka manjanglah x ada saiz.. nyampah betul!! 

Maka, belilah juga selipar tu sebab kalau x beli nanti takut suami orang tu pulak yang mengigau perli orang sebelah ajak shopping tapi hampeh x beli apa.. huhuhu.. selipar tu harganya cumalah RM50 (penting kena cerita sebab ada kisah disebalik harga selipar ni).. dah dapat selipar, terus orang tu laju2 ajak suami balik sebab kesian kat suami penat meneman..

Sampailah kat tempat bayar tiket parking kereta.. sekali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! alamak, manalah pulak tiket parking ni?????? masa tu dah mula panik.. suami orang tu relaks jer sebab memang selama ni orang tu yang pegang.. so dia yakin sangat tiket tu memang x ada kat dia..

Dah penat mencari, tapi x jumpa jugak.. orang tu sangat yakin dia simpan tiket tu kat poket belakang seluar dia.. sebab apa orang tu yakin?? sebab masa dia simpan tu, dia siap cakap dalam hati, "eh, simpan kat poket belakang ke? xpelah, kejap jer".. selalunya orang tu mesti simpan dalam handbag/wallet.. ntah kenapa, semalam orang tu boleh pulak ngada2 letak kat poket belakang.. 

Orang tu rasa tercicir la.. sebab orang tu ada try beberapa helai skirt kat Jusco.. walaupun hanya sekadar sarung skirt tu, tapi rasanya masa tu lah tiket tu jatuh.. memang x perasan pun.. peri balik kat fitting room, x ada la pulak.. pelik gak, x kan tiket parking pun orang nak curi??? motif curi tiket parking??? x logik ok orang tu fikir ada orang curi tiket parking dia.. sapelah nak curi tiket parking dia kan?? huhuhu

Terus pergi customer service counter.. x pasal2 kena bayar RM20.. padahal selaunya, x payah bayar pun sebab masuk Jusco jarang lebih daripada 2 jam.. kalau lebih 2 jam pun just bayar RM1 jer.. suami orang tu perli2 ok!! katanya boleh pergi Jusco lagi 19 kali dengan membayar RM20 tu.. nyampahhhhhhhhh la!!!

Lepas tu, suami orang tu asyik la dok kata orang tu beli selipar RM70.. sebab suami orang tu campurkan sekali harga selipar dengan harga tiket parking.. nyampahhhhhhhhh lagi!!!! sajer nak perli2 orang la tu.. padahal bertahun naik kereta, x pernah pun orang tu hilangkan tiket parking.. ni baru sekali dia dah perli2 jer.. motif?? 

So, untuk peringatan korang & diri aku jugak, silalah pastikan tiket parking kereta korang disimpan ditempat yang selamat yer.. simpan dalam handbag la senang.. kalau poket baju atau seluar, senang sangat nak tercicirnya.. nanti x pasal2 korang kena perli macam kes orang kat atas tu.. terus muncung sepanjang jalan balik rumah!!! hahahhahaha..

Nota Cinta : Pengalaman mengajar kita untuk lebih berhati2.. pengalaman juga mengajar kita untuk lebih menghargai.. pengalaman juga mengajar kita untuk lebih peka pada sesuatu perkara.. setuju? siapa ada pengalaman yang susah nak dilupakan sewaktu membeli belah? atau pengalaman kehilangan sesuatu barang ke? meh citer.. leh gak aku jadikan peringtan untuk diri sendiri..

Photobucket

Thursday, June 14, 2012

Rezeki Keluarga - 3 Orang Kakak Kandung Pregnant!

Syukur Alhamdulillah... niat aku untuk bergambar dengan ketiga2 kakak aku yang pregnant tercapai.. tahun ni memang bersejarah buat keluarga aku.. menerima 3 orang ahli baru sememangnya membuatkan kami semua teruja.. rezeki keluarga yang mana 3 orang kakak kandung pregnant adalah pengalaman yang cukup menggembirakan hati kami sekeluarga.. tengok 3 perut comel kakak aku yang sarat mengandung membuatkan aku sendiri rasa teruja!


Alhamdulillah Kak Ngah dah selamat bersalin bulan Mac hari tu.. aku ada buat entry jugak tentang perut comel Kak Ngah beberapa hari sebelum dia bersalin.. Syukur Alhamdulillah jugak apabila Kak Im yang merupakan kakak no.4 aku juga telah selamat melahirkan bayi perempuan yang terlalu dinanti oleh kami seisi keluarga pada Mei lepas.. memang teruja bila dapat anak buah perempuan.. maklumlah dah 10 tahun menunggu nak dapat anak buah perempuan kan.. ada jugak entry tentang perut booolat akak aku ni beberapa hari sebelum dia bersalin..
Last week aku balik kampung rumah nenek & atok.. sempat jumpa dengan kakak sulung aku yang tengah sarat mengandung.. insyaAllah awal bulan Ogos nanti lahirlah seorang lagi anak buah baru dalam keluarga aku.. excited sebab x ada lagi anak buah yang lahir bulan Ogos.. kalau ada nanti, boleh la sambut birthday sekali dengan aku.. hihihi.. harap2 dapat baby perempuan!! hihihihi


Seronok pegang perut booolat Kak Long.. bila baby bergerak2, lagilah seronok.. ramai yang ingat Kak Long dah nak bersalin sebab perut dia besar.. sebenarnya memang setiap kali Kak Long mengandung, perut dia cepat besar.. ni dah kali ke 4 so kitaorang semua dah x terkejut sangat.. mula2 memang la terkejut sebab besar sangat walaupun baru masuk 6 bulan.. hihihi..


Abah & mak antara insan yang paling gembira.. semestinya lebaran tahun ni disambut dengan lebih meriah.. dalam usia abah 55 tahun dan emak 56 tahun, mereka berdua boleh bergembira dengan kehadiran 16 orang cucu tersayang.. abah dan mak kerap kali mengucapkan syukur dengan kehadiran 16 orang permata yang lahir dari rahim anak2 perempuan mereka.. syukur kepada Mu Ya Allah..


16 orang anak buah yang membuatkan hati aku sentiasa gembira menghabiskan masa bersama mereka.. 16 orang anak buah yang membuatkan hati aku sentiasa berdoa agar diberi kesempatan untuk memberikan mereka sepupu baru dari rahimku.. 16 orang anak buah yang membuatkan hati aku terlalu berharap agar ada rezeki untuk aku & suami mempunyai zuriat sendiri.. insyaAllah..

Perasaan masa melihat 3 orang kakak mengandung? gembira dipancarkan diwajah, bahagia juga dilemparkan di sebalik senyuman namun kesedihan itu jauh disorokkan di dalam hati.. mana mungkin dapat dibuang perasaan sedih tu.. jadi, simpan jer jauh2 dalam hati.. apapun, syukur kerana aku masih berpeluang untuk menumpang kasih bersama 16 orang anak buah yang lain.. syukur Alhamdulillah Ya Allah..

Nota cinta: keempat-empat orang kakak aku sememangnya terlalu bermakna dalam kehidupan aku.. sebagai adik bongsu, aku bersyukur kerana dikurniakan kakak2 yang sentiasa berada di saat aku gembira dan di saat aku sedih.. syukur Alhamdulillah....

* Saat mengandung adalah antara waktu terpenting seorang ibu menjaga kesihatan.. bukan untuk kesihatan diri sendiri tapi kesihatan anak yang dikandungkan.. boleh click link di bawah untuk pembelian produk yang istimewa untuk ibu mengandung.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

IBU HAMIL TAMPIL CERGAS, CANTIK & SIHAT
- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Spontaneous Thursday - Happy



Percayalah! dengan membuatkan orang lain tersenyum bahagia, pastinya kebahagiaan itu akan sentiasa tersemat di dalam diri kita.. apabila kita menghulurkan senyuman kepada orang lain & orang tersebut membalas senyuman kita bermakna kita telah membahagiakan orang tersebut.. 





Kita yang menentukan sama ada kehidupan kita dipenuhi dengan kegembiraan atau kesedihan.. jika beribu dugaan mendatang sekali pun, kita sebenarnya masih boleh tersenyum.. semuanya terletak di dalam diri kita.. jika kita memilih untuk menghadapi dugaan dengan kesedihan, itu adalah pilihan kita.. jika kita memilih untuk menghadapi dugaan dengan kegembiran, itu juga adalah pilihan kita.. 

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...