Friday, August 31, 2012

Happy Birthday Abah! Salam Kemerdekaan ke 55...

Tanggal 31 Ogos 1957 lahir putera sulung hasil perkahwinan arwah nenek dan datuk... saat semua orang bergembira meraikan detik menyambut hari Kemerdekaan, saat itulah arwah nenek bertarung nyawa melahirkan putera sulungnya..
 
Lahirnya putera sulung yang diberi nama MOHD JUMARO BIN MARZUKI.. lahir pada 31 Ogos 1957 pada hari Jumaat..
 
Kini, 55 tahun telah berlalu... putera sulung arwah nenek dan datuk kini menjadi seorang suami, abah dan datuk kepada ahli keluarganya.. aku, anak bongsu abah yang telah dilahirkan pada 55 tahun yang lalu.. berbangga menjadi anak kepada seorang abah yang mempunyai semangat kemerdekaan dan patriotik yang terlalu tinggi..
 
Hari ni, ulang tahun kelahiran abah yang ke 55 tahun.. detik 12 malam pada 31 Ogos setiap tahun menjadi detik yang terindah buat kami sekeluarga.. sesungguhnya, ulang tahun kelahiran abah terlalu bermakna buat kami seisi keluarga..
 
Abah, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 55 tahun.. semoga abah terus dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah keberkatan serta lindungan Allah hendaknya.. ketahuilah bahawa kami semua terlalu menyayangi abah... kami terlalu menghargai pengorbanan abah dalam mendidik kami semua..
 
Abah, selamat menyambut ulang tahun ke 55 kemerdekaan negara.. kami bangga mempunyai abah yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.. kami bangga mempunyai abah yang sentiasa menghargai keamanan dan kemajuan negara Malaysia..
 
Kredit to Sinar Harian
 
Buat semua rakyat Malaysia, Salam Kemerdekaan daripada Adieyza sekeluarga.. hargailah kemerdekaan yang kita miliki.. janganlah persiakan keamanan dan kemajuan yang telah kita kecapi.. berbaktilah pada negara Malaysia kerana kita adalah rakyat MALAYSIA..
 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 
 
 
Photobucket

Thursday, August 30, 2012

Kisah Syawal Pertama 2012

Tahun ni giliran pagi raya adalah di rumah encik adiey.. walaupun jarak rumah mak sendiri dan rumah mertua hanya 5km, tapi tetap jugak terasa sayu bila x dapat bersalaman dengan mak abah di pagi raya.. hihihi..

Keluarga mertua agak kurang "gila kamera".. jauh beza dengan keluarga aku yang pantang nampak kamera.. semuanya suka bergambar.. daripada abah sampailah anak buah aku, semua suka posing depan kamera!


Gambar dengan keluarga mertua yang ada ni pun x lengkap.. ada yang x masuk dalam gambar ni.. ni pun susah nak kumpulkan siapa yang ada.. tu yang aku kata keluarga mertua bukan gila kamera.. hihihi.. 


Tema aku dengan encik adiey tahun ni adalah HITAM! ye, hitam itu menawan (ayat nak sedapkan hati).. dah la aku ni gelap, pakai lak baju warna hitam.. 


Redha jer la.. dah tu pilihan warna encik adiey kan.. tapi nak gak aku masukkan unsur warna pink dalam tema hitam tu.. hihihi.. kalau xde pink tu agaknya korang x nampak muka aku.. hihihi



Tahun depan turn raya rumah aku, biar aku yang pilih warna.. dan warna tema tahun depan dah pun ditetapkan oleh aku.. giler pantas kan?? raya tahun ni belum habis, dah fikir raya tahun depan.. *melampau kau ni zana!

Lepas bergambar dan sesi salam2, terus makan.. yang makan kat dapur semua geng perempuan.. sebabnya geng lelaki makan dengan tetamu.. rumah mertua aku ni memang awal2 pagi dah penuh tetamu.. balik dari sembahyang raya pun dah mula sesak dengan tetamu.. kebanyakannya adalah anak murid ayah mertua.. dan tahun ni pulak ramai budak2 datang beraya sebab adik ipar perempuan aku dah jadi cikgu.. comel jer bila masing2 datang beraya dengan bagitau "kami nak beraya rumah ustazah kami ni.. boleh x?'...  

Pukul 12 baru dapat keluar beraya.. ni pun beraya sambil menjemput orang datang kenduri kahwin adik ipar aku (entry kahwin menyusul kemudian).. dapat la pergi beberapa buah rumah termasuk rumah mak abah aku.. 


Masa keluarga mertua datang beraya rumah mak abah ni lah aku ambik kesempatan nak bersalaman dengan mak abah.. 



Feel bersalaman di petang raya adalah berbeza dengan feel bersalaman di pagi raya.. huhuhu.. kalau pagi raya tu rasa macam lebih syahdu! *nampak x betapa gila kameranya keluarga saya?? tengah bersalam pun muka nak pandang kamera.. hihihi


Masa tu hanya Kak Long aku jer yang ada kat rumah.. tu pun sebab dia tengah dalam pantang.. jadi x pergi beraya dan duduk rumah jer.. seronok jer rasa bila tengok baby Kak Long.. comey!


Balik dari beraya dah dekat pukul 5 petang.. x sempat nak rehat dah ada tetamu.. malam raya pertama tu aku tido awal giler.. pukul 10 aku dah tido.. tapi tersedar pukul 10.30 sebab encik adiey ajak beraya.. katanya, kawan dia beria2 call ajak datang rumah.. eh,  dah malam2 nak suruh orang beraya lagi ke?? aku terus geleng kepala, x larat! last2 dia gie beraya berdua dengan adik ipar aku.. biras aku pun x follow sebab dia pun penat sangat.. 


Kiranya, hari raya pertama aku tahun ni adalah seperti tahun2 sebelumnya.. nama jer turn beraya rumah encik adiey, tapi petang tu dah ada kat rumah mak abah.. dah kata dekat kan.. kejap sana, kejap sini la jawabnya.. masa tu lah terasa betapa beruntungnya dapat kahwin dengan orang kampung sebelah.. hihihi.. 
 
Photobucket

Wednesday, August 29, 2012

Temu Ramah Abah bersama RTM - Abah keluar tv



Awal puasa keluar cerita tentang rumah abah & mak dalam Berita Harian.. ni ada aku tulis dalam blog.. tapi x sempat nak cerita penuh.. nampaknya kena update cepat la sebab dah banyak kali pulak cerita abah masuk dalam paper..

Awal raya keluar cerita tentang suasana rumah abah & mak dalam Sinar edisi Selatan.. keratan surat khabar tu tertinggal kat kampung la pulak.. nanti nak suruh abah MMS jer la.. sebab nak update dalam blog...

Semalam keluar cerita lagi dalam Utusan..tapi orang Utusan salah eja nama abah.. hihihi.. nasib baik abah x saman Utusan.. hohoho..

Hari ni pukul 4.00 petang ada cerita temu ramah abah dekat berita TV1 RTM.. tapi aku x sempat nak tengok.. abah pun x sempat nak tengok.. huhuhu.. orang RTM kata maybe masuk berita malam ni.. tapi x sure sebab dah masuk berita waktu petang.. harapnya adalah lagi.. sebab yang sempat tengok Kak Long sorang jer.. tu pun dia x sempat nak rakam sebab over excited tengok abah kena temu ramah dengan orang RTM.. hahahhaha..


Semuanya kerana ABAH ANAK MERDEKA! lahir pada 31 Ogos 1957! semangat merdeka abah sangat tinggi.. sampaikan orang Jabatan Penerangan datang rumah abah suruh abah masuk pertandingan rumah merdeka since rumah abah penuh bendera.. 

Last year, abah Juara peringkat N9.. tahun ni x tau lagi ada rezeki ke x abah menang.. mana tau menang peringkat Kebangsaan pulak.. insyaAllah.. 

WordLess Wednesday - Pengantin Baru Ke?



Kami yang selalu berasa seperti pengantin baru.. memang over perasan! hihihi.. tapi itulah yang membuatkan kami semakin mesra dari hari ke hari.. 

Mak mertua kata, kami suami isteri pasangan yg romantik x kira di mana & bila2 masa sahaja.. i like!!! 

WordLess Wednesday - Melayan Anak Orang Lain Seperti Anak Sendiri


Gembira dalam tangisan melihat senyum tawanya bergurau senda.. 


  
Semoga diberi peluang untuk merakamkan detik indah ini bersama zuriat sendiri.. insyaAllah... 

Tuesday, August 28, 2012

Teaser Edisi Raya Zana Adieyza

Teaser2 raya..


Hari raya pertama



Hari raya ketiga



Hari raya keempat (sesi gambar family & BBQ)





Hari raya keenam (majlis nikah adik ipar)




Hari raya ketujuh (majlis persandingan adik ipar)




Hari raya kelapan (majlis menyambut menantu adik ipar)

Entry penuh menyusul kemudian..

_si penangguh entry_ (hihihihi)
Photobucket

Monday, August 27, 2012

Mood Raya Masih Membara!

Selamat pagi semua... tuan blog masih lagi bercuti hari ni.. insyaAllah lepas lunch nanti baru balik Putrajaya.. doakan kitaorang suami isteri selamat sampai yer..

Seminggu dah berhari raya.. tapi mood raya masih hangat membara yer.. macam budak2 kecik kan?? tahun ni  lebih teruja beraya sebab bertambahnya anak2 buah baru dalam keluarga.. seronok melayan karenah diaorang.. seminggu ni jugak, berat badan naik balik.. mana x nya, asyik makan jer.. nampaknya masuk keje kena diet balik.. huhuhu..

Pada yang bekerja tu, selamat bekerja yer.. walaupun aku tau, hati korang masih di kampung halaman kan?? hihihihi.. 

Since ada yang bertanya pasal nak datang beraya kat rumah kan, aku just nak bagitau yang kami suami isteri mengalu-alukan kedatangan teman2 yang nak datang beraya kat rumah.. cumanya, kalau boleh bagitaulah awal cikit.. takut aku x ada kat rumah pulak.. siapa yang ada FB aku tu, boleh la contact untuk dapatkan nombor telefon aku.. kalau yang x ada FB aku, boleh add FB aku 'Zana Adieyza' ataupun boleh emel, adieyza_1110@yahoo.com

InsyaAllah tahun ni aku & encik adiey plan nak lebihkan masa untuk gie beraya di rumah kawan2.. kitaorang rasa ni lah masa yang terbaik utk kitaorang merapatkan hubungan yang telah terjalin.. insyaAllah.. 


Photobucket

Sunday, August 26, 2012

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Daripada aDieyZa

STICKY POST UNTIL 26 AUGUST 2012
(please scroll down for new entry.. TQ!)


Assalamualaikum

Dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger,  pengunjung, followers & silent readers blog aDieyZa.blogspot.. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali kami suami isteri sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa.. 

Kami dengan rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah kami suami isteri lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

Kami suami isteri mendoakan agar lebaran kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua.. semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang Syawal tahun ini..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

with love,
aDieyZa

Friday, August 17, 2012

Perasaaan Gembira & Sedih Menjelang Hari Raya


Beberapa hari sebelum raya memang antara suasana yang paling meriah.. masing-masing sibuk dengan persediaan menyambut Syawal..

Sibuk menghias rumah, sibuk memasak juadah dan hidangan raya, sibuk menyusun kuih raya di dalam balang, sibuk membakar lemang dan merebus ketupat.. perasaan yang sangat2 indah..

Beberapa hari sebelum raya juga merupakan antara suasana yang paling menyedihkan.. masing-masing terkenangkan insan tersayang yang telah tiada.. 

Tahun ni merupakan tahun pertama kami sekeluarga beraya tanpa arwah nenek.. perasaan? syahdu sangat... setiap kali menitipkan doa buatnya, pasti air mata mengalir laju.. setiap kali melihat gambar kenangan bersamanya, pasti hati dihimpit rasa pilu...

Di saat kita bakal meraikan Syawal ini, marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat semua insan tersayang kita yang telah meninggal dunia.. kita doakan agar arwah mereka semua dicucuri rahmat hendaknya.. Al-Fatihah

Nota cinta: serius rasa rindu dengan arwah nenek... 

Photobucket

Thursday, August 16, 2012

Isu Zuriat di Hari Raya - Lemparkan Senyuman


Semalam dah siap packing barang2 untuk balik kampung.. masa tengah packing2 tu, terfikir yang ni merupakan kali ketiga aku packing barang balik kampung beraya berdua.. mungkinkah tahun depan situasi tu akan sama? mungkinkah tahun depan situasi tu akan berubah? hanya Allah yang tahu segala-galanya.. 

Untuk raya tahun ni, dah bagitau encik adiey yang aku x kan jawab segala soalan berkaitan isu zuriat.. kalau ada yang bertanya, aku hanya akan lemparkan senyuman semanis mungkin.. ya, hati aku x cukup kuat untuk menjawab.. biarlah senyuman yang dibalas... biarlah senyuman yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan.. 

Tak perlu kata2 sindiran, tak perlu jawapan yang panjang, tak perlu alasan untuk dilontarkan dan tak perlu kata2 baik mahupun sinis yang akan diberikan.. hanya SENYUMAN!!

Bagi yang masih berdua, sebenarnya hari raya merupakan antara masa yang paling ditakuti oleh kami semua.. ya, DITAKUTI! kami takut dengan soalan2 yang tiada jawapan untuk diberikan.. hati kami takut dengan soalan2 yang terlalu pedih untuk didengar.. jadi, kepada yang tidak merasainya, janganlah jadikan Syawal ini sebagai waktu untuk melukakan hati insan lain.. berilah mereka peluang untuk tersenyum gembira di Hari Raya..

Kepada mereka yang senasib dengan aku, percayalah bahawa kita diuji oleh Allah kerana Allah sayangkan kita.. kita diuji oleh Allah kerana Allah tau yang kita boleh menghadapinya.. sesedih mana pun kita dan sepedih mana pun hati kita, yakinlah bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat diri kita.. insyaAllah..

Bertabahlah wahai hati.. redha itu perlu, sabar itu perlu dan yakin itu perlu.. insyaAllah segalanya akan berlalu tanpa duka dan pilu...
Photobucket

Kad Raya Daripada Blogger, PnStoberi


Hati gembira x terkata bila dapat kad raya dari seorang blogger yang dah aku anggap macam kakak sendiri.. terharu bila dia sudi hantar kad raya kat aku... teruja sebab ni kad raya pertama yang aku dapat tahun ni.. dan mungkinkah ini kad raya yang pertama dan terakhir yang diterima tahun ni?? hihihi..

Untuk Kekda @ PnStoberi, terima kasih sangat2 sebab hantar kad raya untuk zana.. zana hargai sangat2... dah malu sangat dengan Kekda ni sebab masuk ni, dah tahun ke 2 dia hantar kad raya kat aku.. hihihi.. Kekda, tq so much yer...


Bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang teman yang mulanya tidak pernah bersua muka, tidak pernah mendengar suara dan tidak pernah mengenali hati budinya, kini menjadi seorang teman yang dianggap seperti kakak sendiri, teman bagi tempat mengadu perasaan bila mana hati dihimpit pilu dan teman yang sentiasa berada di sisi bila mana aku memerlukan.. Syukur Ya Allah..

LUV U SO MUCH KEKDA!
Photobucket

Wednesday, August 15, 2012

Pemenang Zana Adieyza Birthday Give Away

Ada 4 orang daripada 9 orang yang berjaya dengan tepat hadiah yang aku dapat untuk birthday tahun ni.. teror gak diaroang teka kan.. hihihi.. ramai yang teka tepat sebab aku dapat 2 hadiah daripada encik adiey.. kalau dapat 1, maybe 2 orang jer yang berjaya teka dengan tepat.. hihihi

Keputusan pertama dibuat berdasarkan jawapan yang tepat.. yang kedua berdasarkan pantun yang kelakar..  aku cari 4 pemenang untuk GA.. tapi, x bermakna 4 orang yang teka dengan tepat tu berjaya untuk jadi pemenang.. ada sorang tu, teka memang tepat tapi sayang cikit, pantun kat bahagian hujung tu x sama.. kalau x, dah boleh menang dah.. hihihi.. 

So, jom kita tengok siapa yang bertuah tu...


Pemenang pertama ialah Azalea @ azalea stop center.. hadiah yang diteka memang sangat2 tepat.. pantun dia pun kelakar gilerrrrrrr... gelak guling2 aku baca.. hahahaha..

Nak buat dodol kene jolok kelapa
Time menjolok terserempak antu raya
Confirm Encik Adiey menggaru kepala 
Sebab besday isteri dekat benor dgn raya


3 pemenang lagi ialah:

1) Nana @ the neverending story.. tepat jugak tekaan mak buyung ni.. hebat2... pantun Acik Nana buat Acik Zana sengeh sorang2 tau.. malu kena puji!! *over kau ni zana! 

Pergi tambun makan roti
Roti dimakan atas TALAM
Acik zana comel lagi baik hati
Disayang semua especially en.adiey siang dan malam

2) Dinda Iva @ sichantek.. kalau nak tau, aku baca pantun yang dia bagi dah lewat malam.. tergelak besar aku gelak sampai encik adiey terkejut ingatkan isteri dia kena sampuk.. hahahha.. kelakar betul ok!! 

zana teringin nak beraya pakai selipar jepun
tapi adiey malas layan sambil makan nangka
wahhhh..puasa zana tak penuh pun...
mane boleh adiey bagi duit raya 3angka...

3) Nia Neerza @ dakpink @ Ain... jawapan untuk tekaan Ain memang salah... tapi kan, aku gelak besar masa baca pantun raya dari dia.. motif dalam pantun pun cakap aku tembam bam bam?? nampak sangat aku memang tembam kan?? hahahaha..

Zana Adieyza tembam bam bam bam,
Ketembamam seiring dengan Encik Adiey,
Marilah kita menyambut lebaran sampai lebam,
Bagi meraikan puasa yang hadir setahun sekali.

Untuk semua pemenang, tahniah diucapkan... hadiah akan menyusul lepas raya.. nanti aku akan contact korang yer.. Acik Nana & Ain x de hal, sebab aku ada FB diaorang.. yang lagi 2 tu nanti aku akan contact thru emel..

Terima kasih pada semua yang join GA ni.. aku hargai sangat2 penyertaan korang semua.. pantun2 korang semuanya kelakar2... happy terus aku sambut birthday & raya tahun ni bila baca pantun daripada korang.. terbaik!!

Terima kasih jugak untuk semua yang wish birthday untuk aku.. doa dan ucapan korang semua terlalu bermakna buat diri aku.. hanya Allah yang mampu balas semua kebaikan korang..


Nota Cinta: cerita penuh dan gambar tentang hadiah birthday akan diupdate selepas raya.. boleh??? hihihihi..

Photobucket

Entry Better Late Than Never!


Kesemua entry2 yang rasanya tidak berkaitan dengan hari raya hanya akan diupdate selepas balik bercuti raya.. sebabnya mood raya menguasai diri.. maka, semua cerita2 berikut hanya akan diupdate pada minggu kedua raya:

- entry cuti2 cinta di Perak yang dah 2 bulan tu (tu baru pergi Perak, bukan Paris.. agaknya kalau Paris lagilah makan masa sampai setahun nak update.. hahaha... lagipun ada lagi 2 entry jer nak publish.. "better late than never")

- entry cuti2 cinta di Bukit Tinggi Pahang ( x update2 sebab masa tu lagi 2 hari nak puasa.. jadinya entry dan gambar2 jiwang dipendam dulu.. motif??? aku pun x faham.. hahaha.. "better late than never")

- entry makan2 masa anniversary & birthday aku (bulan puasa, x elok update gambar makanan.. hihihi.. "better late than never")

- entry tentang hadiah2 birthday aku (hadiah2?? ye, sebab dapat 2 hadiah jadilah hadiah2.. hahaha.. x kisahlah update lambat pun sebab orang bukan nak tau pun.. "better late than never")

So, lepas raya lah baru sambung cerita2 tu semua eh.. now, kita fokus pada hari2 terakhir di bulan Ramadhan dan mood raya sahaja.. hihihi..

Tak kisah la update cepat ke lambat.. yang penting update.. boleh gitu?? hihihi.. tu konsep "better late than never" bak kata Kekda @ PnStoberi..

Nota Cinta : mood raya... mood raya.. mood raya....
Photobucket

Tuesday, August 14, 2012

Genap 3 Tahun Bergelar Penjawat Awam


Syukur Alhamdulillah... hari ni genap 3 tahun aku bergelar penjawat awam... 

3 tahun yang lepas, waktu macam ni encik adiey tengah hantar aku untuk lapor diri dekat Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.. ye, lapor dihantar oleh kekasih hati (sebab masa tu belum bertunang apatah lagi berkahwin).. parents x hantar sebab aku x nak susahkan diaorang naik Putrajaya semata2 untuk hantar aku lapor diri.. sebab x tau lagi akan ditempatkan kat mana, so biarlah aku jer yang uruskan sendiri dulu.. 

Selalunya AGC akan hantar penempatan berdasarkan alamat IC.. 90% masa tu kena berkhidmat di kampung halaman masing2.. 10% jer berdasarkan kekosongan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.. tanpa aku sangka, masa ambik surat penempatan tu, aku dihantar ke Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.. 

Perasaan?? haruslah happy!! happy bukan sebab dapat keje MOF, tapi dekat dengan encik adiey.. boleh?? masa tu encik adiey keje kat Cyberjaya, so dekat sesgt ok!! hari2 leh dating.. hahahaha.. gataiiiiiiii

Petang tu jugak kena lapor diri kat MOF.. since hari Jumaat, so aku tunggu encik adiey solat Jumaat dulu.. pukul 2.30 dah ada kat MOF.. masa nak naik ke Bahagian Undang-Undang untuk lapor diri, punyalah aku takut giler... 

Sampai2 terus jumpa 2nd boss.. lama gak sesi kenal2 tu.. masa tu 2nd boss call big boss since big boss cuti masa tu.. dia bagitau ada budak baru lapor diri.. dengar jer dia panggil big boss "Datuk", terus makin takut.... hahahaha... 

Tau kenapa aku takut?? sebab ni lah pekerjaan pertama aku selepas habis belajar.. x ada pengalaman, so dengar jer big boss Datuk dah mula cuak berbakul2.. jakun!!

Kalau nak ikutkan, kerja aku sekarang ni bukanlah berdasarkan kelayakan aku.. dan bukan juga berdasarkan 100% bidang yang aku belajar selama 5thn.. untuk jawatan sekarang, hanya Diploma Undang-Undang & Diploma Pentadbiran Awam (DPA-my diploma) yang akan dipilih untuk bekerja.. DPA students just study undang-undang untuk 3 semester jer, so x adalah teror undang-undang sangat pun.. 

Tapi, aku sentiasa bersyukur.. sekurang-kurangnya aku langsung x diberi peluang untuk merasai pengalaman menganggur.. sebab apa x ada peluang menganggur??

Sebabnya, aku pergi interview jawatan ni masa aku part 6 Degree... tak sempat dapat result final exam last semester, aku dah ditawarkan kerja untuk jawatan tu... tak sempat nak konvo Degree, aku dah mula berkhidmat sebagai penjawat awam... jadi, memang aku x rasa la pengalaman bergelar penganggur selepas tamat belajar tu.. 

Walaupun ramai yang kata rugi aku ambik jawatan yang just guna Diploma ni, tapi aku x kisah.. sebab aku x tau kalau aku tolak tawaran ni semata2 nak tunggu jawatan yang setaraf dengan kelayakan aku, ntah bila aku akan dapat.. bukan senang nak dapat peluang masuk sektor kerajaan ni kan.. punyalah ramai yang mohon nak masuk, so x kan aku senang2 nak tolak kan?

Jawatan aku sekarang ni x membolehkan aku senang2 guna Ijazah aku untuk naik pangkat.. sebab untuk jadi pegawai dalam bidang undang-undang, kenalah ada Ijazah Undang-Undang, sedangkan aku ada Ijazah Sains Pentadbiran.. so, kalau nak jawatan Gred setaraf Ijazah, aku hanya ada 2 pilihan..

1- sambung Degree Law 
2 - try apply jawatan setaraf melalui SPA berdasarkan bidang yang sesuai dengan Ijazah aku

Setakat ni, aku just memilih untuk pilihan kedua.. dah 2 kali pergi exam tapi gagal... nampak sangat x study untuk exam.. nampak sangat x berapa nak teror jawab soalan exam.. hahahha.. pilihan 1 pulak, masih dalam pertimbangan.. segalanya masih dalam perancangan.. semoga dipermudahkan..

3 tahun yang cukup mendewasakan aku.. 3 tahun yang cukup memberi makna buat diri aku.. 3 tahun yang cukup membawa pelbagai pengalaman pahit & manis.. syukur Alhamdulillah...
Photobucket

Monday, August 13, 2012

Kisah GiveAway - Hadiah Birthday & Pantun Kelakar

1) ♥ dak pink
"Saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah barang kemas seperti cincin, gelang atau earings daripada Encik Adiey Adieyza".. Ini kerana, birthday Zana Adieyza jatuh dedekat dengan Hari Raya, so haruslah hadiahnya ada kene mengena dengan raya

Zana Adieyza tembam bam bam bam,
Ketembamam seiring dengan Encik Adiey,
Marilah kita menyambut lebaran sampai lebam,
Bagi meraikan puasa yang hadir setahun sekali.

memang ternyatalah zana ni tembam kan.. sampai pantun pun Ain cakap zana tembam.. hihihi.. sambut raya sampai lebam?? lebam memikirkan duit untuk persiapan raya.. hihihi..

2) BrightEye
"saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah kasut sepasang daripada Encik Adiey Adieyza"

Hari Raya hampir tiba
Pakai Langsir warna merah jambu
Ramai yang singgah dan duk bertanya
"Kenapa tak pakai warna merah, biru ke, hijau ke?" 

langsir rumah zana warna merah.. nak pakai pink adiey marah2.. hahaha.. 

3) jemarisuri
yang pasti hadiah drp encek suami...sudah tentu HP baru kan...sekurang2 samsung ...hihi

seminggu lagi nak beraya...
minggu ni masih berpuasa...
semoga HP baru meriah lah raya...
dapat bergambar bersama-sama...


wah, seronoknya bergambar guna handphone baru.. memang meriah la.. takut x beraya sebab bz belajar guna handphone baru.. hihihi 

4) ~~AzaLea~~
Maybe Zana dapat hadiah purse...

Nak buat dodol kene jolok kelapa
Time menjolok terserempak antu raya
Confirm Encik Adiey menggaru kepala 
Sebab besday isteri dekat benor dgn raya


aku pun kesian dengan encik adiey.. dah la nak raya, nak beli hadiah aku lagi.. rasa macam serba salah sangat.. *padahal dalam hati beria2 tertanya2 dapat hadiah apa.. hahaha

5) Kakzakie
 "saya rasa zana adieyza akan dapat hadiah handbag raya daripada Encik Adiey Adieza"

Seruan takbir dengan marhaban 
alunan bayi tidur berenjut
baru menghulur mohon kemaafan
menantu terkentut mertua terkejut

nasib baik zana x pernah terkentut depan mak mertua.. hahahha.. kalau pernah, haruslah maluuuuuuu...

6) Qhaifa Nur
hadiah mungkin jam tangan, handbag tau buka posa kat hotel hik..hik..

makan lemang ketupat dipagi raya
makan bersama en. adiey sorang
zana adieyza nak sambut besday dan raya
cepat pilih nak balik kg tau pergi honeymoon

lepas raya nak gie honeymoon la.. pakej honeymoon dan hadiah besday.. boleh?? hihihi

7) Dinda Iva
"saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah sepasang kasut yg charming daripada Encik Adiey Adieyza"

zana teringin nak beraya pakai selipar jepun
tapi adiey malas layan sambil makan nangka
wahhhh..puasa zana tak penuh pun...
mane boleh adiey bagi duit raya 3angka...


mana tau zana puasa x penuh ni?? ala, kantoi sudah!!!! tapi nak jugak duit raya 3 angka sebab setiap tahun x pernah x dapat... hihihi


8) Abil Fikri Ahmad
Hadiahnya - handbag

pantunnya - emmmmm..jap, fikir jap..aaa jap,jap..emmm aaa, cm ni bunyinya.....aaa, alaa lupa pulak..jap yea, zana tgk komen lain dulu...

aaa...aaa... abang... abang abil... aaa... aaa.. nanti dah ada pantun bagitau eh.. aaa.. aaa.. terima kasih sebab sudi teka.. aaa... aaa.. *perli kak gee eh?? hihihi



Nana Aris
saya rasa Zana Adieyza akan dapat hadiah purse chantek daripada Encik Adiey Adieyzq

Pergi tambun makan roti
Roti dimakan atas TALAM
Acik zana comel lagi baik hati
Disayang semua especially en.adiey siang dan malam


motif makan roti atas talam????? sajer jer dengki kan? haruslah sayang siang malam.. kalau sayang siang jer, rugi la waktu malam... hahaha

Nota cinta: Ada beberapa orang yang bagi jawapan tepat untuk hadiah tu.. yang teka tepat tu, pantunnya pun kelakar jugak.. gelak besar aku & encik adiey baca.. hihihi.. pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya Rabu ni... selepas raya insyaAllah dah boleh dapat hadiahnya..



Photobucket

Cerita Adieyza Sepanjang Puasa dan Persiapan Raya



Cerita sepanjang puasa:

- setakat ni baru 3 kali makan luar.. tu pun sebab encik adiey nak belanja.. baru 3 kali beli makanan kat bazar.. beli pun sekadar kuih2 & makanan selain nasi, sebab encik adiey beria2 x nak makan nasi, katanya berat dia naik bulan puasa ni.. selebihnya masak sendiri kat rumah.. pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lepas..

- x pernah lagi miss sahur.. hari2 bangun pukul 4 pagi masak untuk bersahur.. sambil masak sambil kemas2 rumah sebab tu jer masa yang ada untuk kemas rumah.. ada sekali jer x masak sebab malam tu sakit perut teruk.. masa nak bangun masak tu encik adiey suruh sambung tido then dia yang tolong prepare untuk sahur.. 



Cerita persiapan raya:

- setakat ni, semuanya dah siap..  tahun ni memang persiapan kena buat lebih cikit sebab ada majlis kenduri kahwin adik ipar raya ke-6 nanti.. baju, tudung & seluar memang beli lebih cikit, budget duit raya pun naikkan cikit, budget kuih raya pun naikkan jugak.. 

- untuk rumah jer x banyak bertukar.. maybe sebab semuanya masih elok lagi.. tahun depan rasanya banyak yang kena tukar.. sediakan sajer lah duitnya.. huhuhu..

- Ahad adalah hari mengemas rumah.. basuh bunga, bersihkan peti ais, kemas stor, cuci kipas, servis aircond, kemas dapur, menyapu & mop seluruh rumah... penat?? x penat pun sebab encik adiey buat separuh daripada kerja2 tu.. hihihi.. 



Cerita balik kampung dan cuti raya:

- balik kampung hari Jumaat lepas habis keje.. kampung dokek yo, Noghori Sombilan tu ha.. tapi dekat pun mesti akan tempuh jem jugak.. selalunya sejam setengah dah sampai, ni nak raya selalunya dekat 3 jam baru sampai.. jadinya sediakan kurma dan air dalam kereta, takut terbuka kat dalam kereta lak..

- cuti raya sampai 27 Ogos (Isnin).. kena ambik cuti lama sebab majlis kenduri adik ipar habis hari Ahad.. jadinya macam x seronok pulak nak terus balik kan.. so stay sehari untuk tolong mengemas apa yang patut..

So korang pulak macam mana? mood raya sudah datang? keje kat office pun hati melayang.. hihihi

Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...