Friday, November 30, 2012

Bila Anak Dara Makin Membesar Dan Pandai Melaram

Semalam sempat bawak anak dara (anak buah) kat rumah tu keluar pergi The Mines.. niat di hati nak hilangkan rasa boring anak dara tu la.. kesian dia dah 3 malam aku x bawak dia jalan.. 

Masa masuk Watsons, macam-macam anak dara ni cari.. macam-macam jugak yang dia beli..  kebanyakan barang yang dia beli, adalah barang yang aku mula beli masa kerja dulu.. maknanya, dia lagi advance daripada aku.. dia baru Tingkatan 3, tapi barang penjagaan diri dia dah macam orang bekerja!! adoiiiii anak dara sekarang.. maintenance tinggi sungguh!!!

Aku pakai pencuci muka Olay masa kat zaman Universiti.. tapi dia sekarang dah pakai barangan Olay! pencuci Olay, krim muka Olay!! adoiiii anak dara aku tu.. terasa cepatnya masa berlalu.. sedar2 dah makin membesar anak buah aku yang sorang tu..

Aku ni start belajar pakai foundation pun masa zaman Universiti.. tu pun sebab terpengaruh dengan kawan2 asrama.. masa zaman sekolah x ada maknanya aku nak tepek segala macam jenis produk kat muka aku ni.. tapi dia baru Tingkatan 3 dah pandai pakai BB cream, foundation dan compact powder segala.. 

Nampak sangat mak cu dia masa zaman sekolah dulu x pandai jaga kecantikan kan?? hahahhaha.. eleh, x jaga pun pak cu tetap sayang tau!! daripada sekolah bercinta, walaupun dulu mak cu x pakai segala mak nenek pencuci muka mahal dan segala macam BB cream, pak cu tetap sayang jer sampai sekarang.. hehehehe..

Nota cinta: bila anak dara membesar, belanja pun makin besar kan?? lagi2 kalau dapat yang jenis suka melaram!! hehehe..


Photobucket

Thursday, November 29, 2012

Allah Maha Mengetahui - Motivasi Indah Menghadapi Ujian

Tertarik dengan satu perkongsian ayat motivasi dalam entry blog rakan TTC.. 

"Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. 

Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita."

Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah yang tersirat.. siapalah kita untuk mempertikaikan tentang ujian yang diberikan? bersyukurlah kerana ujian itu menjadikan kita lebih menghargai setiap apa yang berlaku disekeliling kita.. kerana ujian itu menjadikan kita lebih dekat pada-Nya.. 

Nota cinta: kadang2 lemah dalam menghadapinya.. kadang2 luluh hati bila melihat "impian" kita menjadi realiti kepada orang lain.. tapi perlu beringat bahawa segala yang berlaku pasti ada sebabnya.. kadang2 yang kita rasa baik untuk kita bukanlah terbaik untuk kita.. :)


Photobucket

Kisah Tidur Awal Di Musim Hujan

2 hari lepas, mata aku ni terlebih manja.. sebabnya, belum pukul 9 malam tapi mata aku dah terlelap.. sungguh manja mata ni sebab asyik rasa nak terlelap jer.. 

Hari Isnin boleh bertahan sampai pukul 12 malam sebab first time terpengaruh tengok cerita korea dengan anak buah.. 

Hari Selasa pukul 9 aku terbaring atas sofa sambil tengok tv.. last2 aku sedar pukul 10.30 malam sebab Encik Adiey suruh tidur dalam bilik.. 

Semalam lagi teruk!!! pukul 8.30 aku dah terlelap depan TV sambil duduk.. gilerrrr sungguh!!! tengah sedap2 duduk tengok TV boleh tertido!! sedar2 Encik Adiey jerit "gol!!!!".. tengok jam dah pukul 10 malam.. game bola sepak pun dah dekat nak habis masa tu.. parah sungguh mata aku 2 hari ni..

Yang peliknya, dekat office x ada pulak aku rasa mengantuk! balik kerja x ada pulak aku rasa letih! sebelum pukul 8 malam tu, bukan main segar lagi mata aku.. tapi masuk pukul 8 malam jer, automatik mata ni macam kena gam.. pelik sungguh!!! ke tido awal ni sebab musim hujan eh??

Kesian dekat anak buah aku yang baru 3 hari stay kat rumah aku.. dah la siang aku keje.. petang jer boleh manja2 dengan dia..*still manja2 walaupun umur dia dah 15 tahun! hari Isnin jer dapat luangkan masa dengan dia.. so nekad hari ni mesti keluar rumah!! mesti jalan2!! 

Hari Selasa kononnya memang nak keluar, tapi Encik Adiey ada hal pulak.. lagipun time tu hujan renyai2, so better lepak kat rumah jer.. semalam nak keluar jugak, tapi sebab hujan lebat sangat so mood malas tu menjadi2 pulak.. 

So hari ni, kalau hujan pun aku tetap nak keluar!! takut kalau x keluar, belum sempat Buletin Utama bersiaran, aku dah tertido lagi agaknya.. nasib baik tengah "bendera jepun", kalau x risau jugak Isya' aku terlajak sampai 12 malam! hihihi..

Aku tanya anak buah dia bosan x duduk rumah jer? dia kata "x bosan langsung! sebab Internet ada 24 jam!!!".. tu lah budak2 sekarang kan.. internet manjang! sanggup x makan sebab sibuk dengan internet.. pelik sungguh aku dengan budak2 remaja sekarang ni.. *terasa macam dewasa sangat jer bila bercerita ttg anak2 remaja sekarang.. hehehe...

Nota cinta: x seronoknya entry x bergambar.. masih x ada masa untuk tambah limit gambar nak letak dalam blog.. hujung tahun banyak kerja!! 


Photobucket

Wednesday, November 28, 2012

Entry Tanpa Gambar? Resign Jadi Blogger?

Tiada entry bergambar sehingga aku khatam study tutorial untuk tambah limit storage dalam picasa album aku.. nyampah tau tengah syok2 nak update gambar, tetiba bagitau dah habis limit.. *dah guna benda free nak sentap ke zana oiiii?? 

Untuk sesiapa yang tau tentang tambah limit letak gambar dalam blog, boleh cuba terjah tutorial dalam blog Qaseh Honey ni. aku x sempat nak cuba lagi tutorial tu.. nanti kalau tetiba aku update entry baru siap gambar tu, maknanya aku dah berjayalah follow tutorial tu yer.. 

Nota cinta: apalah ertinya update blog tanpa gambar.. terasa x lengkap sungguh!! kalau resign jadi blogger macam mana? hehehehe...
Photobucket

Tuesday, November 27, 2012

Bekerja Secara DIVA, Bukan Berlagak Macam DIVA!!!

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak hebat di mata orang lain??

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup tunding jari menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya dia yang bersalah??

Serius aku jadi tak faham dengan orang yang suka membodek ni!!! aku jadi tak faham kenapa ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak diri dia sempurna di mata orang lain sedangkan hakikatnya dia ni jenis "depan cakap lain, belakang cakap lain"!!

Berubahlah mengikut peredaran masa.. janganlah bekerja dengan cara kerja yang diamalkan 10-20 tahun lepas.. amalan bodek-membodek ni hanya akan membuatkan orang lain membenci kita.. 

Janganlah kerana nak nampak sempurna sampai sanggup ko ganggu periuk nasi orang lain!! janganlah kerana nak nampak ko tu terlebih rajin sampai sanggup ko pertikaikan kerja orang lain sedangkan hakikatnya kerja yang orang tu buat adalah kerja ko!!!

jangan sampai aku gantung wall hanging ni dekat bilik orang tu sudah!!

 Nota cinta: 
bekerjalah secara DIVA!! mahir dalam banyak perkara, tau dalam segala segi, bijak dalam berfikir dan berkata.. tetapi elakkan diri berlagak macam DIVA!! cakap semua nak menang dan hebat, tapi hakikatnya orang pandang kita seperti tunggul kayu!! *peringatan untuk diri aku sendiri jugak!

Photobucket

Tuesday Blues

Tak pasal2 hari ni jadi "Tuesday Blues".. semuanya gara2 kena pakai tudung korporat Kementerian sebab hari ni ada Perhimpunan Bulanan..




Stress setiap kali pakai tudung ni.. jenis kain tudung yang tersangatlah licin dan susah nak dibentuk.. dengan muka aku yang sedia boooolat ni, makin membooolat bila pakai tudung ni.. *eh, nak salahkan tudung pulak nampak muka booolat.. hihihi..

Maka secara automatik, aku mengisytiharkan bahawa hari ni sebagai Tuesday Bluesssss untuk aku sorang.. korang jangan nak bluessss sangat eh.. senyum selalu tau!!

Will update later!
Photobucket

Monday, November 26, 2012

Majlis Kesyukuran 6 Orang Anak Buah

Alhamdulillah kenduri kesyukuran bagi meraikan 6 orang anak buah berjalan lancar.. walaupun ada kisah sedih sebab abah accident pagi kenduri tu, tapi majlis tetap diteruskan.. sebab semuanya dah siap, tinggal tunggu tetamu datang jer..

So walaupun keadaan abah x mengizinkan untuk berada kat majlis tu, kitaorang tetap kena pastikan majlis diteruskan dan tetamu mendapat layanan yang terbaik..

Sebenarnya kalau ikutkan hati nak cuti jer hari ni sebab kesian dekat abah nak uruskan rumah lepas kenduri.. nasib baik ada 2 orang kakak aku yang memang dah apply cuti sampai hari ni.. nasib baik jugak semua adik beradik dan abang ipar dah bertungkus lumus kemas rumah lepas kenduri sebab risau fikirkan keadaan abah tu.. hope korang sudi doakan abah cepat sembuh yer..

Meriah sangat bila kenduri untuk 6 orang sekaligus.. seronok bila tengok anak2 buah teruja diraikan.. teruja tengok muka mak yang gembira melayan tetamu sambil menyebut2 tentang semua cucu-cucunya.. cerita majlis ni akan diupdate kemudian yer.. sebab hari ni agak sibuk sikit.. baru cuti sehari Jumaat hari tu so banyak perkara kena uruskan dulu..

Salam Isnin semua!! Hope no “Monday Blues” la yer.. 


Photobucket

Friday, November 23, 2012

Musim Durian Di Kampung Halaman!!

Sebelum makan malam, makan durian..
 
Sebelum nak tido. makan durian..
 
Sebelum sarapan, makan durian..
 
Lepas sarapan makan durian..
 
Sebelum makan tengahari makan durian..
 
Kejap lagi lepas makan tengahari pun nak makan durian..
 
Indahnya di kampung!!!! bau durian sentiasa ada dalam rumah.. kejap2 bunyi durian gugur.. kejap2 bunyi durian gugur lagi.. indahnyaaaaaaaaaaaaaaaa perasaan bila musim durian di kampung halaman...
 
Nota cinta: tuan blog bercuti di kampung.. esok ada kenduri majlis berkhatan 3 anak buah lelaki dan kenduri majlis cukur jambul 3 anak buah yang lahir tahun 2012.. sekali 6 orang anak buah punya kenduri mak abah buat.. terbaikkkkkkkkkkkkkk!!
 
Photobucket

Thursday, November 22, 2012

Vitamin E Complex = Vitamin Cinta!!


Makin hari makin jatuh cinta pulak dengan Vitamin E.. sebab makin hari hubungan suami isteri makin erat2 dan bahagia sentiasa.. hehehe.. Vitamin E Complex memang sesuai dipanggil sebagai Vitamin Cinta..


Aku dah masuk 3 bulan makan Vitamin E ni.. Encik Adiey baru sebulan cuba makan Vitamin E Shaklee ni sebab katanya seronok tengok "mood" aku makin hari makin ceria dan gembira..



Encik Adiey nampaknya teruja nak makan Vitamin E ni lepas dah nampak kesan positif kat diri dia.. Alhamdulillah.. siapa x suka kalau suami ceria selalu kan?? penat balik kerja pun tetap boleh bergelak ketawa.. bila emosi stabil, kehidupan suami isteri pun makin hari makin membahagiakan.. syukur Alhamdulillah.. 


Nak tau kenapa ada yang menggelarkan Vitamin E sebagai Vitamin Cinta?? Jom kita tengok khasiatnya sehingga dikatakan ianya Vitamin Cinta..

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekananNitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.


Pengambilan VITAMIN E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

Sumber : Mommy Razim

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nota cinta : sayangkan hubungan suami isteri anda? mungkin anda boleh mencuba untuk memastikan hubungan suami isteri lebih membahagiakan dengan pengambilan Vitamin E Shaklee... 

Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan produk Shaklee pulak boleh la hubungi Zana seperti maklumat di bawah ni yer..

Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com
Photobucket

Pill Case Untuk Vitamin Shaklee

Bersemangat nak makan vitamin bila ada pill case yang cute!! hehehe..



Dalam pill case ni ada vitamin yang perlu dimakan setiap hari.. ada Vitamin C, B-Complex, Vitamin E dan Vitamin tambahan untuk mudahkan proses pelawasan (detox & pecah lemak) *berangan nak kurus la kononnya kan.. hihihi.. untuk Vitamin C, B dan E tu aku buat stok siap2 untuk 3 hari.. tapi untuk vitamin yang lagi 1 tu, setiap hari kena restock.. 

 Ada jugak aku beli pill case yang jenis besar cikit dan muat untuk hari Isnin sampai Ahad, tapi x suka guna sebab bukan warna pink.. boleh?? hehehe… so sanggup jer refill selalu sebab suka sangat dekat pill case pink ni.. 

Bila nampak pill case ni, makin rasa sayang dekat diri sendiri.. sebab dalam pill case tu ada vitamin yang boleh membantu untuk menjaga kesihatan aku.. kalau dulu, selalu skip makan vitamin sebab malas nak bawak botol vitamin yang besar2 tu.. tapi bila ada pill case ni, nampaknya belum ada masalah untuk terlupa makan vitamin.. jadi lebih disiplin!!


Murah jer pill case ni.. cari dekat kedai Daiso yang jual semua barang RM5.. kat situ melambak2 pill case/boxes yang boleh dipilih.. macam2 colour dan design ada.. yang penting semuanya murah, hanya RM5!! 

Pill case ni kecik, senang nak bawak.. everyday bawak pill case ni walau ke mana jugak.. dah kata kecik kan, sumbat masuk dalam poket seluar pun boleh.. hehehe.. kalau nak travel aku prefer bawak yang untuk seminggu terus.. sebab kalau bawak yang kecik ni, stok untuk sehari dua jer boleh muat.. 

Kalau ada yang berminat nak tau tentang Vitamin Shaklee yang aku dah pernah cuba, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza [ http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ].. pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!
Photobucket

Wednesday, November 21, 2012

Mannequin Kepala Untuk Iem Creation

Memandangkan tempahan jahitan manik dekat tudung kakak aku makin bertambah, so dia suruh la aku cari mannequin kepala untuk sarung tudung2 customer dia.. makin ramai yang suka hantar baju dan tudung untuk temapahan manik..

Mannequin Kepala

Aku yang tolong pilih mannequin tu.. banyak design rupanya mannequin ni.. ikut jenis material jugak.. ada yang mahal, ada yang murah.. ada mannequin kepala yang rupanya manis, ada yang comel, ada yang cun.. giler rambang mata aku nak memilihnya.. hahaha.. padahal pilih kepala patung jer pun kan.. 

Mannequin Kepala

Tapi kan, mannequin kepala yang aku beli tu, bila x pakai tudung x nampak sangat comelnya.. tapi bila dah pakai tudung, comel sangat tau! mula2 masa nak buat tempahan, aku rasa macam betul ke aku bagi kod mannequin yang aku nak beli tu sebab bila x pakai tudung nampak biasa, bila pakai tudung comel pulak.. so tips untuk membeli mannequin kepala, tengok gambar patung tu pakai tudung siap2..

Mannequin Kepala

Aku beli mannequin tu daripada Koleksi Ismah.. macam biasalah kan, google yang banyak membantu! banyak gak jumpa orang yg jual, tapi mahal2 jugak.. Koleksi Ismah ni harganya sangat berpatutan yer.. 

Walaupun orang tu duduk Perak, tapi harga mannequin sekali dengan postage lagi murah daripada orang yang jual sekitar Selangor dan KL.. hehehe... macam yang aku beli tu, harga termasuk postage hanyalah RM39!! murah kan?? service pun terbaik.. reply msg dekat FB sangat pantas.. order hari Isnin, hari Rabu dah sampai.. 

Mannequin Kepala

So, kalau sesiapa yang nak beli mannequin, boleh la try2 survey dekat blog atau FB Koleksi Ismah.. mannequin kepala ada, badan ada, mannequin untuk orang dewasa ada, untuk kanak2 ada.. semua ada la!! kalau ada yang nak beli hanger tudung pun ada kat situ.. macam2 jenis hanger lak tu.. 

Nota cinta: kalau ada yang berminat nak tempah jahitan manik pada baju dan tudung, boleh emel untuk pertanyaan lanjut yer
[ adieyza_1110@yahoo.com ] atau add FB Zana Adieyza.. TQ!
Photobucket

Pengaruh Warna Dalam Kehidupan - Warna Pink!


Motif beli kalkulator pun cari yang warna pink??? hahahahaha.. bak kata Encik Adiey, kalau ada orang jual TV, peti sejuk, mesin basuh warna pink agaknya aku pun nak beli jugak kan.. hahaha..

Eh, walaupun aku suka warna pink, tapi perabot dan perkasas elektrik dalam rumah aku tak berapa nak prefer beli warna pink.. kalau perkasas dapur dan bilik mandi tu tak pe.. memang melambak2 warna pink.. segala besen, tapis, tempat sudu, bekas gula, dulang, tudung saji, span basuh pinggan, bekas berus gigi, berus lantai, span mandi sampailah ke penyapu dan mop lantai memang semua nak beli pink.. hahahaha.. 

Tapi untuk perabot memang tak beli warna pink.. sebab tak nak nampak macam rumah tu rumah aku sorang.. hahaha.. kesian Encik Adiey nanti.. dah la kebanyakan perkakasan kecil kat rumah dah warna pink.. cukuplah jugak dia nampak banyak pink kat diri aku ni.. jangan dia nak menghadap pink dekat perabot2 pulak.. kesian diaaaaaa.... hehehehe..

Apapun, Encik Adiey sporting jer.. dia tak kisah pun pasal warna2 ni.. cuma jangan ko ngada2 cadangkan dia beli kereta atau cat kereta warna pink.. memang dia tentang habis-habisan!!! tapi part kereta pun aku tak berapa nak prefer beli pink.. sebab kesian kalau biarkan Encik Adiey bawak kereta warna pink.. tak pasal2 orang cop laki aku "jambu".. hehehe.. 

Lain orang, lain pandangannya kan.. ada jer yang suka perabot dan kereta warna pink.. aku ok jer kalau orang suka letak banyak2 pink dalam rumah tu.. terasa sweet berada dalam rumah tu.. lagi2 kalau cat warna pink!! peeerrrgggghhh, cat bilik tidur warna pink memang aku dah lama idam2kan.. tapi now belum ada rumah sendiri, so jangan berangan lebih2 yer zana.. hehehe...

Tak kisah la suka warna apa pun.. asalkan kita bahagia.. kalau dah orang tu gembira dapat penuhkan rumah dia dengan warna hitam, biar jer la.. tak payah kita nak pertikaikan sangat.. kalau dia beli kereta warna pink, biarlah kan.. dah dia suka kan.. bukan dia ganggu kehidupan kita pun..

Nota Cinta : macam tu jugak la aku tak berapa nak gemar kalau orang pertikai kenapa aku suka dan obses sangat dengan warna pink.. eh, dah aku suka.. biarlah kan.. bukan aku paksa korang suka pink kan.. hahaha..
Photobucket

Tuesday, November 20, 2012

Malaysia Negara Kelapan Paling Bahagia!!

KOTA KINABALU — Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

Sumber : Kosmo


Untuk kita semua terus merasai nikmat kebahagiaan, hargai setiap saat yang berlalu apabila bersama insan2 tersayang seperti ibu bapa, suami/isteri, anak2 dan adik beradik.. ucapkan terima kasih di atas setiap pertolongan & pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan2 tersayang..

Sayangi insan2 tersayang selama mana mereka masih ada.. gunakan masa yang ada untuk kita membahagiakan mereka..

Selamat menjalani kehidupan yang penuh BAHAGIA!!!



Photobucket

Monday, November 19, 2012

Maafkan Saya!

-         Maaf lama x tinggalkan jejak dekat blog kawan2.. kebelakangan ni masa lebih banyak ditumpukan dengan kerja.. dah nak hujung tahun, banyak kerja nak kena siapkan sebab nak elak daripada bawak banyak kerja tertunggak ke tahun baru..

-         Walaupun x tinggalkan jejak, banyak jer blog yang singgah.. curi2 baca blog korang masa tengah lunch dan sementara nak tunggu Encik Aidey jemput balik kerja..

-         Banyak entry yang x tertulis.. sekarang ni waktu malam lebih banyak dihabiskan dengan membaca dan memahami tentang produk Shaklee.. teruja baca testimoni2 pengguna vitamin Shaklee.. membaca untuk tambah ilmu pengetahuan, so kalau ada yang tanya nanti senang nak terangkan.. sharing is caring right?

Tapi insyaAllah, akan cuba balas balik kunjungan korang dalam masa terdekat ni.. hope x ada yang terasa hati bila kunjungan korang x berbalas lagi yer..

Photobucket

Anda Bagitau, Saya Taip.. Anda Tanya, Saya Jawab..


Bagi aku idea nak tulis entry apa boleh?? hahaha... banyak jer entry bertangguh yang x update2 lagi.. memang nak kena cubit dengan korang kan? punyalah banyak entry tertangguh, tapi nak sibuk2 suruh orang bagi idea untuk update blog.. hehehe...

Bagi aku masa jugak untuk balas kunjungan korang kat blog aku yang x seberapa ni.. sebabnya aku agak sibuk hujung tahun ni.. nak make sure tak bawak banyak kerja tertangguh ke tahun depan.. akan balas kunjungan korang dalam masa terdekat.. kalau nak marah aku kat komen sebab aku lama x jenguk blog korang pun aku x ambik hati.. sebab memang dah dekat seminggu aku x blogwalking.. sorry!!

Bagi aku soalan2 untuk aku jawab pun boleh?  sekurang-kurangnya ada gak modal aku nak membebel kat blog ni nanti.. hahahaha.. tanya tentang apa2 jer lah.. tapi jangan tanya soalan, "agak2 bila nak dapat anak?".. tu memang aku sentap la kan.. huh!

Nota cinta : entry kosong di pagi hari Isnin... tajuk pun ntah apa2.. huhuhu..

Photobucket

Friday, November 16, 2012

Ketaatan Isteri

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.. ketaatan isteri kepada suami, jika dijaga dengan baik insyaAllah bahagia perkahwinan.. suami juga bertanggungjawab mendidik isteri untuk menjadi isteri yang taat.. perkahwinan yang dibina dengan rasa taat serta menghormati suami akan menjadikan isteri lebih diredhai..



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

 3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

 4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

 5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

 6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

 7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”.


(Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”…
 
 
 
Photobucket

Wednesday, November 14, 2012

Salam Ma'al Hijrah...


Salam Ma'al Hijrah...

Semoga tahun baru yang akan datang membawa lebih banyak keberkatan dan kebaikan buat kita semua.. InsyaAllah...

Kisah Cuti + Kahwin + Mengandung + Berkhatan + Shopping

Malas update so buat point2 jer.. tajuk pun ntah apa2.. xde mood la!! musim orang bercuti ni, idea pun macam bercuti jer.. 



- kebelakangn ni, aku dapat banyak kad jemputan kahwin kawan2 .. agaknya tahun depan banyak berita kawan2 pregnant kan?? aku jugak yang belum2 ada khabar berita.. tapi x pe, tu semua rezeki Allah.. kita tunggu jer lah kan..

- minggu ni 3 orang anak buah lelaki aku berkhatan.. terasa macam sekejapnya masa berlalu.. dah bujang2 anak buah aku.. kalau masa kecik dulu, semua suka aku mandikan sebab aku suka buat buih dalam besen (berangan dalam bath tub la kan).. tanpa sedar, sekarang ni diaorang dah makin bujang! 

- minggu ni jugak ada beberapa orang anak buah ambik penyampaian untuk hari anugerah sekolah dan tadika.. bangga bila tengok anak2 buah membesar dengan bijak.. syukur Alhamdulillah..

- cuti semalam kononnya nak draf entry2 tertangguh.. tapi hampeh! semua plan x menjadi.. sebabnya, bangun pagi ada orang tu dah ajak jalan sebab bosan lepak kat rumah.. keluar dari pagi sampai dekat Maghrib baru balik.. 

- plan keluar semalam sebab bosan duduk rumah.. so nak cuci2 mata jer.. tapi, cuci2 mata ni lagi bahaya!!! sebab bila x ada plan nak beli apa, tetiba balik tengok macam2 benda dibelinya.. so, lagi banyak cuci2 mata lagi banyakkkkkk duit mengalirrrrrrr sebenarnya... sape setuju?? 

- semalam pergi The Mines, ramai gilerrrrrr orang.. nak masuk The Mines jammed! nak cari parking jammed! dalam kedai penuh & padat dengan orang! sesak nafas duduk dalam tu.. sesak jugak nafas tengok sale sana sini.. hahahaha...

- pagi tadi jalan lengang gilerrrrrrrrr.. berapa buah kereta jer ada kat jalan raya tu.. terus rasa macam, "betul ke hari keje eh??".. jelesssssssssss dengan sesiapa yang bercuti!

Nota cinta : cerita cuti korang?? 




Photobucket

Monday, November 12, 2012

Chewable Vita-C Shaklee Istimewa Untuk Anak Buah Tersayang



Sebagai permulaan, anak2 buah jadi testimoni untuk Chewable Vitamin C daripada Shaklee.. beria2 mak su diaorang suruh diaorang makan Vitamin tu.. semuanya suka!!!  siap akak2 aku kena sorokkan Vitamin tu sebab diaorang asyik mintak jer.. hehehehe.. 

Setakat ni, akak aku kata anak2 buah jarang selsema dan batuk.. kalau nak selsema dan batuk pun cepat sembuh.. selalunya makan minggu jugak budak2 ni nak elok dari selsema.. yang sorang akak aku pulak kata, anak buah aku cergas sikit bila bangun dari tido.. kalau dulu payah nak suruh bangun pagi, tapi sejak dia makan Vitamin tu sebelum nak tido, bangun tido nampak lebih cergas dan kurang rasa mengantuk.. Alhamdulillah..


Lepas ni nak suruh kakak aku cuba Omega Guard pulak.. sebab ada anak buah aku yang ada penyakit asthma, ada yang rabun (tadika dah pakai cermin mata) dan ada yang susah nak buang air besar.. lagipun Omega Guard ni bagus untuk perkembangan otak terutamanya kanak2.. tu yang aku nak sangat suruh kakak2 aku cuba bagi anak2 buah makan Omega Guard daripada Shaklee ni..


" Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.." Sumber Shaklee Malaysia

Kalau anak2 buah aku lagi suka Vitamin C tu daripada Omega Guard, aku suruh jer la akak2 aku yang makan Omega Guard tu.. hehehe.. sebabnya Omega Guard tu boleh bantu untuk hilangkan masalah kahak semasa batuk, bantu untuk meredakan panas badan semasa demam dan boleh jugak untuk tujuan penurunan berat badan!

Nak tau 1 rahsia? sekarang tuan blog pun tengah cuba untuk turunkan berat badan dengan produk Shaklee.. hihihi.. nanti kalau ada perubahan yang positif, akan dikongsikan bersama yer.. 
 
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
Untuk maklumat lanjut, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza [ http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ].. pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!

 

Photobucket

Musim Hujung Tahun


Musim cuti sekolah dah bermula

Musim orang nak habiskan cuti tahun pun bermula

Musim sale hujung tahun baru nak bermula

Musim orang berfikir azam tahun depan pun baru nak bermula

Musim hujan memang dah lama bermula

Musim orang kahwin pun dah bermula

Musim orang kata tengah musim mengawan pun dah bermula.. eh???

Nota cinta : korang tengah alami musim yang mana 1?? 


Photobucket

Friday, November 9, 2012

Ingatlah Segala Yang Manis Bersama Dia



Setiap kali terasa hati, ingatlah balik segala memori indah bersama..

~ kenangan kali pertama berjumpa dan bertentang mata ~
 kenangan kali pertama keluar bersama ~
kenangan majlis perkahwinan ~
kenangan bulan madu 


Setiap kali rasa x puas hati, ingatlah balik segala pengorbanan yang telah dia lakukan..

pengorbanan masa menemani kita membeli belah ~
pengorbanan wang ringgit membeli hadiah istimewa untuk kita ~
pengorbanan tenaga menyediakan segala yang terbaik untuk kita ~
pengorbanan jiwa menyayangi dan menyintai kita tanpa jemu setiap hari ~


Jangan kerana sedikit hati kita terluka tapi kita lupakan semua yang indah dan bahagia.. ingatlah setiap saat manis bersama.. ingatlah setiap hari yang dilalui bersama.. insyaAllah, perkahwinan akan kekal bahagia... 

Photobucket

Thursday, November 8, 2012

Asyik Fikirkan Blog - Ketagih Blog??

Sebelum tido, dah fikir esok nak update entry apa..

Nampak benda unik/cantik, mesti cari kamera sebab nanti nak upload dalam blog..

Pergi kedai makan, ambik gambar makanan sebab nak share kat blog..

Pergi mana2 mengheret jer kamera sebab senang nak ambik gambar letak dalam blog.. 

Asyik la ingatkan blog.. penangan blog sungguh!! kalau x ambik gambar pulak, nanti ada pulak suara perli2,

"eh, baby x nak ambik gambar masuk dalam blog ke??"

"dah ambik gambar belum? kalau dah ambik gambar, abang nak makan ni.."

Hahahaha.. gitu sekali korang!!! hebat betul penangan blog ni tau!!

Photobucket

Kepentingan Air Masak - Kerana Kesihatan Aku Berubah!

Dalam tempoh 3 bulan ni nampaknya aku berjaya untuk minum air masak sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.. kalau dulu nak minum 500 ml sehari pun payah! sekarang ni dah sedar tentang kepentingan air masak.. kerana kesihatan, aku berubah untuk jadikan amalan minum air masak sebagai rutin harian yang perlu dibuat.. aku ada ikut beberapa tips untuk mudah minum air masak untuk pastikan aku dapat minum masak dengan lebih teratur..


Kenapa aku bersungguh2 nak minum air masak ikut keperluan tubuh?? semuanya sebab produk Shaklee.. kalau nak hasil yang baik untuk tubuh badan mendapat khasiat daripada segala jenis vitamin tu, kenalah rajin minum air.. kalau dah beli macam2 jenis vitamin, tapi x minum air masak x guna jugak kan?? kesan kebaikan vitamin tu tersangatlah lambat kalau kita kurang minum air masak.. 

4 tips mudah minum air masak bagi mereka yang tak suka minum air masak :

1) set alarm di telefon! set setiap 2 jam sekali untuk minum air masak.. kalau setiap 2 jam ni disarankan minum 500ml air.. kalau masa tu ada mesyuarat atau aktiviti lain yang penting, pastikan lepas urusan selesai terus minum air masak tu..

2) kalau rasa air masak putih tu tak sedap, apa kata cuba tambahkan perisa dalam air tu.. campurkan hirisan lemon atau strawberry ke dalam bekas air masak tadi.. selain daripada rasa yang lebih sedap, bagus untuk tujuan detox! detox kan bagus dalam usaha mengawal dan menurunkan berat badan :)

3) minum menggunakan straw.. yer, dengar macam pelik tapi aku dah cuba.. bila guna straw tak terasa macam banyak sangat minum air tu.. lagipun kalau gunakan straw, sambil tengok tv pun boleh minum air.. sambil baca buku atau melayari internet ke still boleh minum air masak dengan menggunakan straw..

4) Pilih botol yang menarik! botol air yang kita suka akan menggalakkan kita untuk minum lebih air masak.. macam aku suka warna pink, so aku beli botol air warna pink.. letak kat tepi meka kerja.. setiap kali rasa haus terus jer minum.. so sila pilih bekas minuman, cawan atau botol air yang korang suka.. 

Aku amalkan beberapa cara untuk make sure pengambilan air masak aku diambil dengan kadar yang baik..  3 tips untuk bantu kita lebih mudah untuk minum air masak mengikut jumlah yang disrankan setiap hari : 

1) minum 500 ml air masak sebelum setiap kali solat.. so 1 hari dah boleh minum 2.5 liter air masak! kalau rasa 500ml liter tu banyak, cuba minum 250ml sebelum solat dan 250ml selepas solat.. mudah kan? 

2) minum 500 ml air masak masa bangun tido, sebelum breakfast, sebelum lunch, sebelum tea time, sebelum dinner dan sebelum tido.. sedar x sedar, kita dah dapat minum 3 liter air masak sehari!! lagipun kalau kita minum sebelum makan, dapat elakkan diri daripada minum semasa makan.. sebab kan doktor pun x sarankan makan bersulam air.. 

3) minum air masak dengan kerap dan bukannya sekali banyak.. maksudnya, jangan terus minum 8 gelas pada 1 waktu yang sama.. tapi, buah pengagihan waktu untuk minum setiap gelas air masak.. minum kerap akan lebih memberikan tenaga daripada minum terlalu banyak dalam 1 masa.. 

Setakat ni aku cuba selang selikan amalan minum air masak mengikut 3 cara kat atas tu.. alhamdulillah cara tu agak berkesan untuk galakkan aku minum air masak..


Kesan paling best aku dapat bila rajin minum air masak ni, sistem penghadaman lebih lancar.. x ada masalah untuk pembuangan.. badan rasa ringan bila sistem penghadaman lebih lancar, rasa bertenaga cikit.. kulit tangan dan kaki pun dah x kering.. kalau dulu memang masalah kulit kering aku agak kritikal.. 

Orang kata, rajin minum air masak boleh bantu untuk turunkan berat badan tau!! terutamanya bila kita minum air masak sebelum waktu makan.. so dapat kawal kuantiti makan yang kita ambik masa waktu makan.. . 

Nota cinta:
- tips minum air masak tu aku dapat daripada agent2 Shaklee jugak.. kalau x sebab Shaklee, aku rasa sampai sekarang aku anggap minum air masak tu perkara remeh!


*******************************************************************************
Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan produk Shaklee pulak boleh la hubungi Zana seperti maklumat di bawah ni yer..

Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

Photobucket

Wednesday, November 7, 2012

Zinger Double Down KFC - Terlanggar Pantang!

Menu dah lama keluar tapi baru berpeluang nak rasa.. langgar pantang nak makan fast food 2 bulan sekali sebabnya bulan lepas dah makan, tapi bulan ni gie makan lagi.. hohoho..

 Zinger Double Down daripada KFC..


 Untuk selera tekak aku, sedap.. untuk selera orang lain aku x pasti.. tapi lain kali x order lagi kot sebab rasa macam x best masuk KFC tapi makan burger & x makan ayam goreng.. hehehe.. kalau nak burger, prefer pergi McD.. huhuhu..


Nota cinta : tapi pantang untuk x minum air bergas memang berjaya.. aku & encik adiey dah dekat setahun x minum air bergas.. hope pantang ni berterusan selamanya..  


Photobucket

WordLess Wednesday - Sedondon Suami Isteri

Semakin hari semakin sayang..




Semakin hari semakin cinta..




Semakin hari semakin mendalam kasihnya...




Semakin hari pipi makin membulat dengan jayanya.. hihihi..



Kami bahagia dengan apa yang ada.. syukur Alhamdulillah..


Nota cinta : boleh tolong bantu like gambar anak buah Zana? Klik pada link di bawah untuk like.. TQ!!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=128386253979494&set=a.128005964017523.29275.100004243603738&type=1&theater

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...