Friday, March 29, 2013

Putrajaya Hot Air Balloon 2013


Jom meriahkan Karnival WOW Putrajaya 2013.. weekend ni kalau x ada rancangan nak ke mana2, boleh la singgah ke Putrajaya.. untuk yang berada di kawasan berhampiran Putrajaya, jomlah meriahkan karnival ni..

Aku yang stay Putrajaya ni pun x sure nak pergi bila.. dari office dah boleh nampak ballonn tu.. tapi x taulah bila nak jenguk kat tapak pesta tu.. kalau ada yang pergi & terserempak, boleh la kita tegur2 yer..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~





Lihat Wajah Pasangan Kita Dan Bayangkan ....

Lihat wajah pasangan ketika selalu.. lihat air mukanya sewaktu berbicara dengannya.. lihat ketenangan wajahnya sewaktu dia sedang nyenyak tidur.. 


~ Bayangkan satu hari nanti berkemungkinan kita tidak berpeluang lagi untuk menatap wajahnya setiap hari.. 

~ Bayangkan satu hari nanti berkemungkinan kita akan hidup tanpa kasih sayang daripadanya.. 

~ Bayangkan satu hari nanti berkemungkinan kita akan melihat gambar-gambar dia dengan linangan air mata kerinduan..

Perkara-perkara macam ni akan membuatkan kita sedar bahawa betapa pentingnya kita untuk menjaga dia selagi dia masih bernafas di muka bumi Allah ini.. ia akan membuatkan kita sedar bahawa dia adalah pinjaman daripada Allah untuk kita.. satu masa nanti Allah akan ambil semula pinjaman itu dari hidup kita.. jadi, jagalah hatinya selama dia masih ada di hadapan kita!! hargailah dirinya selama dia masih bersama kita!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Thursday, March 28, 2013

~Mata Panda~



Status FB menerangkan kenapa saya x update blog lagi sampai dah dekat pukul 11 pagi hari ni.. sangat2 mengantuk sekarang ni..  

Tapi saya happy sebab dapat jumpa keluarga mertua yang baru balik dari umrah.. seronok bila dapat mendakap serta mencium ayah & mak mertua.. bahagia bila dapat melihat adik-adik ipar sihat kembali daripada menunaikan umrah.. teruja melihat anak buah yang menanti kepulangan ayahnya yang pergi menunaikan ibadah di rumah Allah.. syukur Alhamdulillah..

Nota cinta: Mata panda pun ok apa.. daripada mata keranjang! eh?? ada kaitan?? *abaikan orang mood mengantuk ni..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Wednesday, March 27, 2013

WordLess Wednesday - Wasiat Samsung Galaxy Note II


Hari tu ber"viber" dengan anak buah.. lepas tu sajer la up story pasal Note II.. sekali dia up gambar conversation aku dengan dia tu dekat FB.. hahahaha.. 

Habislah ko Acu.. sape suruh berani-berani cakap kan.. rasakan!!! *laju2 kumpul duit balik la nampaknya..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Khasiat Coklat : Menyebabkan Rasa Sayang & Berahi?



Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram. 

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan. 

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanitayang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Coklat ni memang kaya dengan antioxidant. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang. 

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala. 

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. 
 
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu. 

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres. 



So ada sesiapa yang teruja x lepas baca info ni? kalau yang dah kahwin tu, lepas ni boleh la buat stok coklat kat rumah.. agak2 nak manja2 lebih, boleh makan coklat bersama-sama.. eh?? hikhikhikhik...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Tuesday, March 26, 2013

Pil Kalsium Untuk Tulang Sihat


Produk terlaris bulan ni.. sorang order sampai 4 botol.. yang repeat order pun ramai.. semuanya sebab puas hati dengan khasiat OsteMatrix.. semua pun nak rebut peluang untuk pil kalsium untuk tulang lebih sihat.. OsteMatrix Shaklee ni dapat membantu memberikan kalsium yang terbaik untuk tubuh badan kita..
 
 
Kebanyakan yang order adalah ibu mengandung, ibu yang menyusukan baby dan warga emas.. ternyata sekarang ni semua ibu-ibu amat-amat mementingkan kesihatan.. walaupun sibuk bekerja, kesihatan diri & kebaikan untuk anak-anak tetap terjaga..
 
 
Kalau ada yang jenis malas minum susu, apa kata cuba amalkan OsteMatrix ni sebelum tidur.. 1 gelas susu bersamaan sebiji OsteMatrix.. berbaloi!! kalau makan sebelum tidur, insyaAllah bangun pagi esok akan rasa lebih bermaya..
 
 
OsteMatrix Shaklee sememangnya salah satu pelaburan kesihatan yang bijak!! 1 botol untuk kegunaan pelbagai jenis masalah.. 1 botol untuk kegunaan seisi keluarga.. tablet yang mudah ditelan..
 

Jangan tak tau ramai yang beli vitamin ni pasti akan repeat order setiap bulan dan ada yg terus jadi ahli tau.. berbaloi beli sebab sebotol ada 120biji.. 

Ramai yg beli sebab ada masalah gusi berdarah bila gosok gigi.. ada yg sembelit teruk.. ada jugak yg beli sebab kaki kerap kejang.. paling ramai beli sebab masalah cepat penat dan letih so nak vitamin yg bangun tidur rasa lebih segar lepas penat seharian bekerja..

 Nak dapatkan pil kalsium terbaik ni? PM untuk details..


Untuk maklumat lanjut, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza
[ http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau
direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ]..
fast reply, sms/whatsapp [ 013-6065246 ]

pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!
 
Photobucket

Perkongsian Suami Isteri: Isteri Suka Cakap Terbalik?

Hari tu terjumpa satu perkongsian yang menarik daripada seorang pakar motivasi yang lebih dikenali dengan nama Pak Utih (FB : Ahmad Shafiai Uda Jaafar).. perkongsian tentang komunikasi antara suami dan isteri..

Memang menarik dan bermanfaat... tanpa sedar rupanya memang perkara tu adakalanya berlaku dalam perkahwinan aku sendiri.. isteri ni memang selalu berkias-kias.. kalau nak bagitau sesuatu, lebih suka berkias.. lepas berkias, berharap sangat suami akan faham apa yang kita maksudkan.. tapi sebenarnya, lelaki tak boleh selalu membaca apa yang isteri kiaskan.. lelaki lebih suka sesuatu yang terang dan jelas..

Kalau nak baca perkongsian menarik tu boleh baca melalui link di bawah ni.. aku ada jugak copy beberapa ayat yang menarik dalam perkongsian tu..

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK
 

Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik.
Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar.

Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”.

Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain..


Oleh itu nasihat kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

 1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya


Kepada isteri pula,

 1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.


Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
  
 
Photobucket

Monday, March 25, 2013

Kegilaan Sekarang: Game Candy Crush Saga


 Sekarang ni aku tengah "menggila" main game Candy Crush Saga dekat phone.. aku ni bukan kaki game.. tapi lepas dah main game ni, rasa macam seronokkkkk giler kot.. tapi, game ni jer lah pun yang aku rasa seronok.. yang lain aku memang x layan sangat..
 
 
Game ni boleh uji minda kita jugak sebenarnya.. try untuk selesaikan task yang diberikan untuk setiap level.. ada level yang senang.. ada yang susah.. ada yang susah tu sampai dekat sehari baru aku boleh lepas level.. hahahha.. tu bagi aku yang x berapa nak bijak main game tu lah.. aku tengok ramai jer member-member aku dapat high score.. hahahha.. teror la diaorang!! kita memang boleh tengok markah kawan-kawan yang main game tu gak..
 
 
Ada beberapa stage yang kita perlukan bantuan kawan FB yang main game tu jugak untuk unlock level seterusnya.. selagi kawan kita x bagi ticket untuk kita ke next level tu, memang x boleh main la level seterusnya tu.. mula-mula aku segan ooo nak mintak ticket daripada kawan-kawan tu.. tapi, lama-lama dah jadi biasa sebab masing-masing memang tolong menolong..
 
 
Kawan FB kita tu jugak boleh mintak "live" daripada kita.. kalau live yang diberikan dah habis, kita boleh mintak kawan kita bagi live tu.. selalunya member-member yang aktif main game ni mesti akan bagi live tu.. give & take la kan.. nanti kalau diaorang nak live, kita la pulak bagi kat diaorang.. tu yang buatkan game ni makin best!!
 
 
Siapa yang dah main game ni akan tau betapa bestnya game ni.. aku rasa ada dekat 100 lebih level.. aku baru main game ni seminggu.. memang jauh lagi perjalanan nak ke level terakhir.. makin naik level makin susah.. kalau ada yang belum pernah main, try la download.. aku yang bukan kaki game ni pun suka, apatah lagi bagi yang memang kaki game..
 
Salam sayang untuk semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
Photobucket

Blogger Gathering - Red Mummy & Nuffnang (Laser Tag)

Entry yang sepatutnya publish sebulan lebih yang lalu tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak publish.. ampun.. tuan blog memang suka benor bertangguh buat entry.. mood blogging asyik ke laut la katakan..


 Pertengahan bulan Februari hari tu, aku ada join Red Mummy Blogger Gathering anjuran Nuffnang dekat eCurve.. aku join ni atas tiket member blogger yang gojes, Eida.. sebenarnya Eida yang dapat jemputan untuk event ni.. dia boleh bawak sorang untuk join event ni.. since husband dia x dapat join, jadi dia ajaklah aku..
 
Masa Eida ajak tu memang segan oooo nak pergi.. blog aku ni biasa-biasa jer.. nanti yang datang mesti semua blogger hebat2..tapi, sebab Eida dah ajak kan, so tebalkan jer muka ni.. dah la masa sampai event tu kitaorang terlambat cikit.. Red Mummy pun dah sampai lama.. adoii, segan! duduk jer, nampak pulak beberapa blogger famous macam Cik Epal.. perggghhh, blogger famous pun datang awal ko.. malu babe.. masa sampai tu aku dah menyorok belakang Eida.. hahahha..
 
 
Event ni bukan semata borak or sesi berkenalan.. tapi ada disediakan game.. game hari tu, Laser Tag!! semua yang datang join laser tag game ni.. serius seronok giler game ni babe.. game ni lebih kurang macam paintball.. game ni dalam bilik yang gelap, siap ber'aircond' lagi.. tembak-tembak macam paintball tu tapi yang bestnya laser tag ni x sakit langsung!!!
 
 
Dah macam main polis-polis zaman kecik-kecik dulu.. kita akan pakai jaket yang ada lampu dan kita kena tembak lampu dekat jaket pasukan lawan.. contohnya, aku pakai jaket yang lampu hijau & pasukan lawan pakai jaket warna biru.. so, dalam keadaan gelap tu, aku kena cari lampu warna biru dan tembak tepat ke arah warna biru tu.. dalam gelap tu kena berlari & menyorok nak selamatkan diri.. penat oiiiiiiii..
 
 
Team aku ada 5 orang.. aku, Eida, Nory, adik Nory & bro JMR.. first time kenal bro JMR ni.. nama group kitaorang Purplelycious.. masa letak nama team ni, x tau pun yang bro JMR akan join team kitaorang.. nasiblah ko bang dapat masuk team kitaorang.. nama sangatlah gegurl.. sekali ada sorang lelaki.. hahahhaa...
 
 
Group kitaorang menang sekali jer.. 3 game lagi kalah.. tapi kalah-kalah pun enjoy ok.. tambah best, walaupun kalah dapat jugak goodies bag daripada Nuffnang.. untung babe.. team blogger famous, Cik Epal jadi juara ok!! terror Cik Epal main.. masa lawan team Cik Epal, aku banyak kali kena tembak dengan dia.. hahhahaha..
 
 
Red Mummy x sombong ok.. boleh ajak borak-borak.. boleh gelak sama-sama.. serius seronok dapat join event ni.. ye lah, aku ni blogger yang bukan suam-suam kuku jer, tapi blogger sejukkkkk betul.. sekali dapat jumpa blogger hot yang x sombong mestilah seronok kan.. Cik Epal pun x sombong.. cantik babe adik manis tu!!
 
So, tq Eida sebab sudi ajak Zana join gathering ni.. happy sangat2 walaupun penat!! hahahhaa... tq jugak untuk Nuffnang sebab anjurkan gathering yang sangat-sangat meriah ni..
 
Nota Cinta : semua gambar adalah ihsan kamera Nory & Eida.. hari tu aku memang segan gilerrrr nak bergambar.. huhuhu.. ini semua poyoooooo...
 
Salam sayang untuk semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~ 
 
 
Photobucket

Thursday, March 21, 2013

Kesalahan Semasa Berblogging?

Saya tak ada mood nak update blog hari ni.. banyak benda dalam kepala ni.. saya nak apply cuti daripada dunia blog untuk minggu ni boleh? hehehe..

So, nak tinggalkan korang semua dengan link tentang 


Maybe kita semua boleh belajar sesuatu daripada entry tu.. menulis di blog walaupun untuk kepuasan diri sendiri, tapi kena jugak fikir tentang orang yang membacanya kan? bukan senang nak puaskan hati semua orang.. tapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk yang lebih baik kan? blogging ini memang seronok, tapi kita pun x boleh la terlalu rasa syok sendiri kan?




Masa awal-awal blogging dulu aku hanya sekadar nak hilangkan rasa bosan.. maklumlah, masa tu baru-baru kerja.. kerja kat office pun x banyak.. balik rumah tengok tv jer.. maklumlah duduk sorang-sorang kan.. then mula excited untuk tulis tentang persiapan kahwin.. 

Lepas kahwin mood blogging ke lautttttt habis selama setahun lebih!!! lepas setahun lebih senyap dalam dunia blogging, tetiba muncul.. dan sampai sekarang, masih nak meneruskan coretan kat blog tersayang ni.. 

Tapi masa selalu mencemburui.. mood kelaut jugak selalu menjenguk dan menghadirkan dirinya tanpa diundang.. idea, gambar, cerita banyak jer untuk dikongsikan.. tapi, ntahlah.. mood blogging tu hanya datang di awal-awal bulan.. semangat membara tu hanya datang di awal bulan.. masuk minggu kedua, kelauttttttt.. siapa ada tips untuk aku aktif dan rajin blogging balik boleh bagitau eh.. * macam la ada orang nak baca blog ko hari2 zana oiiiiii...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Wednesday, March 20, 2013

Buffered Earning (BE) Kelima Daripada Nuffnang



Syukur Alhamdulillah.. dalam tempoh sebulan ada 3 BE yang sudi singgah kat blog ni.. walaupun mood blogging kejap ada kejap tak ada, tapi sudi jugak Nuffnang hadiahkan BE untuk blog aku ni.. TQ so much Nuffnang!! BE daripada DIGI ni adalah BE kelima di tahun 2013..

Mula-mula macam sedih bila nampak ada satu BE bulan Mac yang dah jadi ME.. x sampai 2 minggu pun BE tu menari-nari kat blog ni.. rasanya tu BE yang paling sekejap pernah stay kat blog ni.. tapi, still ada earning yang berjaya dikumpulkan daripada BE tu.. lepas la beli beberapa paket coklat kinder bueno.. hahaha...

TQ so much untuk DIGI sebab sudi hadiahkan BE untuk blog ni.. TQ so much Nuffnang.. harapnya lepas ni banyak lagi BE yang tersangkut kat blog ni.. boleh guna duit tu untuk shopping.. hehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

WordLess Wednesday - Cerita Facebook



 
 
Ada yang terkena batang hidung sendiri... hehehe... korang selalu buat jugak ke? kalau ada, meh ngaku cepat.. hahaha..
 
Kadang-kadang kita hanya nak berkongsi, tapi selalu disalah erti.. kita x tau tujuan orang tu buat macam tu, so kita relaks jer la.. if x suka, kita hide orang tu dari news feed kita.. jom kita elakkan daripada membuat andaian pada orang lain.. *peringatan untuk diri saya sendiri jugak yer..
 
Sumber : Hampeh E-Cards
 
Salam sayang untu semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
 
 
Photobucket

Tuesday, March 19, 2013

Tong Kitar Semula Unik & Kreatif

 
Pertama kali aku tengok recycle bin ni terus fikir "instagram!!".. hahahaha.. ini semua poyooooo.. tapi tu lah hakikatnya.. sesuatu yang menarik rasanya harus dikongsi bersama.. Unik! Cool! Kreatif! Memang tong kitar semula ni unik dan kreatif..
 

Kalau tanya aku sendiri, aku rasa ni jarang jugak kitar semula.. tapi sebulan sekali hantar jugak la botol-botol air, bekas-bekas sabun basuh baju/shampoo, tin-tin biskut/milo dan surat khabar.. tak adalah banyak sangat, tapi hantar jugak la.. *nanti aku try review tentang pusat kitar semula ni yer..
 
Kadang-kadang ada jer yang cakap, kenapa perlu susah payah hantar ke pusat kitar semula.. buang jer la kat tong sampah.. tapi, biarlah orang lain nak kata menyusahkan ke apa.. yang penting kita berusaha untuk memelihara bumi tempat di mana kita bernafas...
 
Kalau nak cerita tentang amalan kitar semula yang aku rasa paling selalu aku buat adalah beli barangan yang jenis "refill pack"..
 
Contohnya beli sabun mandi yang refill pack.. then masukkan semula sabun mandi tu dalam bekas yang sedia ada dibeli sebelum tu.. tapi, jangan gunakan lama sangat satu-satu bekas tu.. guna dalam 3 bulan then boleh la tukar bekas baru.. atau nak lagi jimat, gunakan bekas khas untuk simpan sabun (selalunya bekas kaca/plastik)..
 
So dari kaedah ni, kita dapat jimatkan penggunaan botol/bekas yang tidak diperlukan.. maybe nampak simple & maybe ada yang kata kedekut, tapi sebenarnya kaedah ni bukan jer boleh menjaga alam sekitar tapi boleh menjimatkan duit.. sebabnya, barangan refill pack ni lebih murah daripada yang jenis full pack.. :)
 
Nota Cinta: Kalau korang ada amalan kitar semula yang selalu korang buat, boleh la share.. mana tau boleh diamalkan lebih ramai orang kat luar sana..
 
Salam sayang untuk semua..
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
Photobucket

Monday, March 18, 2013

New Triple Cheese Cheezy Wedges KFC


Menu : New Triple Cheese Cheezy Wedges KFC
Harga : Add on RM2.50

Review: sedap! penuh dengan cheese!!! makan sampai rasa macam nak menangis.. menangis sebab fikir betapa banyak lemak yang berjaya dikumpulkan kat dalam badan.. menangis sebab fikir bertapa happynya lemak-lemak tu menari kat dalam badan aku.. hahahaha..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

2 Bulan

Permulaan Isnin yang baik untuk aku.. dalam tempoh 2 bulan ni aku tengah berusaha untuk mendisiplin diri dengan jadual yang aku buat.. macam poyo kan ada jadual bagai.. tapi tu lah yang tengah aku cuba belajar.. belajar untuk lebih teratur dalam kehidupan.. 


Banyak perkara kena aku fikirkan untuk tempoh 2 bulan ni.. boleh dikatakan tempoh ni adalah tempoh untuk bermuhasabah diri.. boleh jugak dikatakan tempoh ini adalah untuk tempoh perubahan yang lebih baik..

Bila permulaan untuk diri sendiri dah baik, tapi ada pulak yang mengganggu mood aku pagi-pagi ni, memang rasa macam nak gam jer mulut orang tu.. kenapalah suka sangat buat orang lain terasa hati.. macam orang lain ni hidup untuk menyusahkan dia.. padahal orang lain x kacau pun hidup dia.. serius aku rasa macam nak gam mulut orang tu ataupun nak ambik guni tutup muka dia.. puas hati x payah nampak orang yang suka spoiltkan mood orang lain!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Sunday, March 17, 2013

Tinggalkan Link Blog Anda Untuk Bloglist Baru Blog Adieyza

Sticky post until 17 Mac 2013.. scroll down for new entry.. TQ!

Dah lama rasanya tak update senarai bloglist dalam blog ni.. kadang2 aku perasan ada link blog yang dulunya tuan blog bujang, sekarang ni dah kahwin tapi still link blog tu duduk kat group yang belum kahwin.. huhuhu.. nampak sangat blog ni x terbela kan.. 

So, siapa2 yang perasan list blog dia x ada kat sidebar aku ni, boleh la tinggalkan link blog kat ruangan komen.. kalau boleh bagitau sekali blog korang tu masuk kategori mana.. 

a) TTC & Ex-TTC
b) isteri 
c) gadis
d) blogger Putrajaya (keje/stay Putrajaya)

Kalau korang ada link business ke, boleh la bagitau.. nanti aku buat kategori bloglist untuk business pulak.. kalau ada blogger lelaki nak tinggal jejak pun, bagitau k.. nanti aku buat bloglist untuk blogger lelaki yer.. tak perlu nak buat entry bagai pun yer.. just letak link blog korang kat ruangan komen.. simple!

Keep blogging guys!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Friday, March 15, 2013

Earth Hour 2013 Pada 23 Mac 2013 - Kenapa Perlu Sokong Kempen Ni?


Sama-sama kita semua sokong kempen yang bermakna ni.. walaupun ada yang kata bukan banyak pun kesan kalau kita join kempen ni, tapi sebenarnya kita dah lakukan sesuatu yang amat bermakna untuk bumi tempat kita bernafas ni.. 

Kecil atau besar impaknya, yang penting kita turut serta.. x rugi pun.. daripada langsung x buat apa-apa, apa salahnya kita sumbangkan sikit sesuatu yang bermakna..

Macam dekat Kementerian aku keje ni, time rehat atau pegawai x ada dalam bilik memang digalakkan tutup suis lampu.. mungkin ada yang kata tak nampak kesan pun.. tapi, sebenarnya banyak penjimatan yang dapat dibuat lepas semua pegawai amalkan menutup suis lampu kat bilik masing-masing.. big boss aku kata, jumlah penjimatan tu memang ketara sebelum dan selepas kempen tu berlangsung.. 

Kes kat Kementerian tu maybe nampak jelas dari segi penjimatan duit la.. tapi dari aspek pemeliharaan bumi ia jugak turut menyumbang sesuatu yang besar! antara kebaikan kempen ni adalah dapat membantu mengurangkan pembebasan karbon, memupuk budaya cintakan alam sekitar dan menjadikan kita lebih peka dengan isu pemanasan global.. 

Jadi, rasanya x salah kalau kita turut serta dalam kempen ni.. yang bertambah menarik, kempen ni bukan kempen di Malaysia jer.. tapi kempen ni dijalankan di seluruh dunia!! 

Salam sayang untuk semua!!

With love.
~ aDieyZa ~

Thursday, March 14, 2013

Spontaneous Thursday - Start Saying "I WILL"



Kata-kata semangat yang boleh membantu kita untuk mengubah diri kita untuk lebih berjaya dan maju ke hadapan..

Kadang-kadang sedikit unsur-unsur tekanan perlu diberikan untuk kita lebih cepat mencapai apa yang impikan.. kadang-kadang juga kita perlu ada satu keyakinan yang luar biasa untuk merealisasikan apa yang kita rasakan mustahil untuk kita kecapi..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Wednesday, March 13, 2013

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2013


Bulan lepas (nampak sangat entry tertangguh!!), aku ambik beberapa hari cuti untuk pergi melawat adik beradik kat Johor Bahru.. ada sorang adik Encik Adiey stay dekat JB tu.. then Kak Long aku pulak stay dekat Pasir Gudang.. so dapat melawat dua adik beradik dalam satu masa..

Masa kat JB tu sempat pergi Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang.. x jauh pun dari rumah Kak Long.. first day datang dengan parents.. kebetulan memang janji dengan parents nak datang sama2 rumah Kak Long.. datang waktu petang so sesuai sangatlah masa untuk tengok penganjur terbangkan semua layang-layang.. 


Macam-macam bentuk layang-layang yang ada kat situ.. unik!! ko tengok la tu.. motor terbang!! hahahaha.. unikkkkk..



Second day kitaorang datang lagi sekali.. kali ni datang dengan 3 dara pingitan.. bawak anak buah dan 2 orang kawan baik dia sekali.. diaorang ni memang ke mana-mana mesti nak together2.. parents masing-masing pun dah tau betapa akrabnya hubungan diaorang.. so, aku nak ambik peluang untuk kenal lebih dekat dengan kawan-kawan anak buah aku tu..


Budak 3 orang ni bukan main sopannya.. diaorang ni yang menggelarkan diri sendiri dengan gelaran "saya" dan memanggil BFF lain dengan panggilan "awak".. hohoho.. sungguh sopan santunnya.. kalau aku dulu panggil "aku" & "kau" jer.. hahaha..


Dekat booth ni dekat setengah jam! budak-budak ni rambang mata nak memilih brooch yang super cute tu.. lepas tu, sempat jugak buat keychain comel.. 

Sajer belanja diaorang brooch & keychain comel supaya dioarang nampak comel.. hihihi.. masa buat keychain ni la yang aku tempah sekali keychain nama "ADIEYZA" macam entry aku last week tu.. 


Anak buah aku jer skema.. tulis nama dia jer.. hahaha.. kawan dia yang sorang tu memang peminat Justin Bieber.. sanggup dia x tulis nama dia asalkan ada nama Bieber tu.. yang sorang lagi pulak fanatik dengan Aaron Aziz.. siap letak nama dia love AA lagi.. curlasss budak2 ni tau..


Murah babe!! 1 keychain baru RM5.. ko nak tulis apa,nak letak apa pun boleh.. x ada charge lain melainkan RM5.. ada saiz keychain yang besar, ada yang kecik.. tapi besar ke, kecik ke harga tetap maintain RM5..

Time bawak budak-budak ni tengahari.. panasssss sangat cuaca masa tu.. tapi, tetap banyak layang-layang yang dinaikkan.. sebab petang tu ada perasmian so lagilah meriah sebab masing-masing nak naikkan layang-layang..


Memang best festival ni.. dengan keluasan tempat festival tu yang besar, dengan banyak gerai jualan & pameran, dengan crowd yang memang ramai.. memang meriah.. kalau ada tahun depan boleh la pergi lagi.. seronok!


Seronok dapat luangkan masa dengan anak dara 3 orang tu.. sampaikan aku ni pun berangan la berjalan dengan diaorang seolah-olah aku ni anak dara.. hahahha.. *giler poyooooo statement ko Zana..


Sejak pergi festival, nampaknya hubungan aku dengan BBF anak buah aku tu makin erat.. bertanya khabar dekat whatsapp dan viber.. siap berkongsi tips belajar.. macamlah aku ni pandai sangat kan nak kongsi2 tips belajar.. padahal result PMR diaorang lagi gempak daripada aku.. hahahaha..

Nota cinta: gambar masa cuti kat JB x banyak pun.. dah balik baru perasan kurang ambik gambar.. maybe seronok sangat jumpa adik beradik & anak buah.. 
Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...