Tuesday, April 30, 2013

Happy Birthday Anak Dara Zana Adieyza!!

Hari ni birthday anak dara saya!! 


Genap setahun usia budak comel ni.. setahun yang lalu, aku menangis dengan kelahirannya.. menangis kerana aku terlalu harapkan untuk dapat anak buah perempuan.. dah 10 tahun tak dapat anak buah perempuan (belah family sendiri).. aku jugak menangis bila melihat Encik Adiey memangku Alya.. hati isteri, mudah tersentuh dengan apa yang suaminya lakukan..

Happy Birthday Alya.. semoga terus membesar sebagai anak yang solehah.. Acu sayang Alya ketat2!! mmuuuaaahhhh!

Nota cinta: aku berharap dapat bagi Alya "kawan".. menanti aDieyZa Junior dengan penuh sabar dan harapan..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, April 29, 2013

Hanya Yang Positif!

Selamat pagi semua... minggu baru yang perlu dimulakan dengan senyuman... walaupun hati aku tengah panassss dengan seseorang, tapi aku tak nak rosakkan mood aku dengan perangai orang yang tak matang sungguh tu!! buat apa aku nak fikir tentang orang yang langsung tak ada kena mengena dengan hidup aku kan?? yes, maybe ada pertalian, tapi aku tak pernah anggap kehadiran dia ada kaitan dengan hidup aku.. 

Dalam tempoh sebulan ni aku betul2 perlukan tenaga yang lebih.. banyak perkara aku nak fikir dan uruskan.. boleh dianggap dalam tempoh sebulan ni kehidupan aku akan terkelam-kabut cikit..

Bab kerja yang memaksa aku untuk menjerit sebab Urusetia 5S tahun ni ada banyak program yang diaorang nak buat.. bila nak habis 5S ni??? stressssssss aku..

Bab family pulak, kena fikir untuk majlis kenduri kahwin adik ipar bongsu aku.. majlis tak sampai sebulan lagi.. part baju untuk pakai sedondon dengan ADIK BERADIK time kenduri dah boleh dianggap selesai walaupun ada beberapa insiden yang langsung tak sepatutnya berlaku.. tinggal nak cari tudung dan baju untuk pakai masa majlis akad nikah.. 

Oh, lupa nak cerita yang ni majlis kenduri kahwin yang terakhir buat keluarga Encik Adiey.. keluarga aku memang dah lama tak buat kenduri kahwin.. sebab aku kan anak bongsu, last kenduri time aku kahwin dulu la.. ni turn keluarga Encik Adiey lak.. habis jer kenduri ni, kitaorang dah tak payah fikir pasal kenduri kahwin adik beradik.. fikir untuk kenduri kahwin anak-anak buah pulak.. eh?? anak buah aku kecik2 lagi ok!! hahaha..

Aku berharap sangat dalam tempoh sebulan ni hanya cerita2 positif, berita2 gembira, ilmu2 berguna dan kejadian yang baik2 jer yang akan aku terima/dengar.. aku tak nak lagi perangai orang yang tak matang hadir dalam hidup aku! aku tak nak lagi perangai orang yang dengki dengan aku dan orang yang aku sayang ganggu kebahagiaan kami semua! aku tak nak lagi perangai orang yang terlalu sombong dengan "kehidupan indah" dia sedangkan hakikatnya orang yang rapat tau tentang kehidupan yang di "bohong"kan tu..


Fikir perkara positf, buat benda positif & bertindak secara positif!!!

Salam sayang untuk semua..

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Thursday, April 25, 2013

Follower Blog : Banyak Atau Sedikit??


Dulu masa mula-mula blogging, kalau nampak blog tu ramai follower mesti aku pun nak follow blog tu.. follow tanpa baca entry! giler kan?? kalau aku baca entry blogger tu pun setakat 2,3 entry.. sebab aku budget blog tu mesti best sesangat!! tapi, aku rasa tak semua blog yang aku follow tu aku baca blog dia setiap hari.. so, motif aku follow?? sajer! hahaha..

So, just nak tekankan yang tak semua follower akan baca blog kita setiap hari! jangan kata setiap hari, maybe ada follower yang lepas follow dah terus tak masuk blog kita!! 

Tapi, follower ni jugaklah menyebabkan sesebuah blog tu menjadi lebih menarik.. kalau hari2 ada orang follow blog kita, mesti hari2 kita semangat nak update blog kan?? kalau dah hari2 follower tinggalkan komen dekat blog, mesti kita rasa teruja kan??

Tapi kan, banyak jer blog yang aku tak follow tapi boleh dikatakan aku baca blog dia setiap hari! ha, tu kes pelik kan? dah ko suka baca apa salahnya ko follow.. tapi, tu hak seseorang la kan nak follow ke tak.. kita sebagai blogger ada hak nak follow blog blogger lain.. dan blogger lain juga ada hak nak follow blog kita ke tak.. tak gitu??

Jangan risau kalau follower blog kita tak ramai.. berbalik pada tujuan kita berblogging la kan.. kalau blogging sebab nak hilangkan rasa bosan, so tak perlulah risau kalau blog kita ni suam-suam kuku tanpa follower.. kalau tujuan berblogging untuk kejar glamour tu maybe perlukan follower yang ramai.. tapi ada ke yang buat blog sebab nak glamour?? hahahha... tepuk dada tanya selera..

Kalau tetiba follower kita berkurang, jangan risau jugak.. maybe orang tu dah tak nak follow blog kita sebab dia pun dah malas nak berblogging.. siapa tau kan?

Apa yang penting, sesebuah blog tu akan lebih bermakna kepada tuan punya blog dengan bertambahnya bilangan follower! walaupun follower blog tu hanyalah seorang, tapi bermakna sangat sebab tuan blog akan rasa ada yang sudi membaca coretan dia dekat blog..

So, korang follow blog blogger lain sebab apa?? sebab blog dia cantik/best/cerita menarik/tu kawan korang?? ke sebab korang nak cari bahan gosip tentang orang tu?? hope tak ada yang buat perangai macam tu.. follow sebab nak cari bahan menjatuhkan orang tu.. x baik ok!!

Nota cinta: sayang semua follower blog aDieyZa!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Wednesday, April 24, 2013

Rezeki, Anak dan Ujian Allah

Semalam tak sempat nak update blog.. tuntutan kerja yang mendesak.. semalam meeting dengan big boss.. mula2 meeting pasal keje macam biasa.. tapi nak habis meeting tu macam ada sesi motivasi cikit la.. terkesan gak kat hati semua pegawai dalam bilik meeting tu.. banyak perkara yang big boss nasihatkan.. aku just tulis main point jer la eh then aku olah sikit ayat sebab ayat big boss aku tu panjang sangat.. sebab aku rasa apa yang dia kongsikan boleh bagi sumber inspirasi dekat orang lain..

- jangan pernah benci, tak suka atau stress dengan kerja kita.. kita kerja untuk menampung kehidupan.. hasil yang kita dapat daripada kerja tu untuk diri kita dan keluarga.. kenapa perlu benci dengan sesuatu yang kita lakukan demi diri sendiri dan keluarga??

- jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih kaya atau lebih daripada kita..takut kita asyik membanding, nanti diri kita yang merana sebab rasa serba kekurangan.. setiap orang berbeza-beza.. percaya ke kita orang yang kaya raya itu bahagia hidupnya?? percaya ke kita bahawa ada orang yang kaya raya tapi ada masalah keluarga yang bertimpa-timpa?? 

- jangan pernah pandang rendah pada kekurangan orang lain.. rezeki setiap orang berbeza-beza.. mungkin orang tu tak ada apa yang kita ada.. tapi, jangan pernah perlekehkan kehidupan yang orang lain miliki.. yakin ke kalau kita ada anak berderet tapi semua anak kita menjadi anak yang soleh/solehah? yakinkah kita anak-anak kita yang akan mengusung jenazah kita ke liang lahad?? atau perlukan orang luar yang tiada kaitan dengan kita untuk menguruskan jenazah kita?? 

- hidup kita ni cuma sekali.. jadi, sentiasalah bergembira dan ceria.. kenapa kita perlu serabutkan fikiran kita dengan perkara-perkara yang tak mendatang keuntungan untuk diri kita.. senyumlah selalu sebab senyum boleh membahagiakan kita..


Banyak lagi kata-kata positif daripada big boss semalam.. tapi ada yang aku lupa jugak.. masa dia bagi2 kata-kata semangat ni, semua dalam bilik meeting tertunduk diam.. terkesan kat hati masing-masing.. 

Paling sedih part bila dia cakap pasal orang tak ada anak.. banyak kali mata dia pandang mata aku.. sedih babe.. terharu bila ada big boss yang sentiasa memahami apa yang orang bawahan dia rasakan.. tersentuh hati ni..

Bila dia kata ada mak cik dia yang tak ada anak meninggal dunia.. tapi walaupun tak ada anak, jenazah arwah diuruskan sebaik mungkin oleh anak-anak buah arwah.. dia jugak cerita ada kenalan dia yang ada anak 7 orang tapi bila dia meninggal, anak-anak tak uruskan jenazah tapi jiran-jiran yang uruskan.. bayangkan suasana masa tu bila anak yang dilahirkan, dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang tapi bila sampai ajal ibunya, tiada anak yang hiraukan untuk uruskan jenazah ibunya.. masa ni hati aku betul-betul sayu.. *taip ni pun rasa nak menangis.. 

Itulah yang dikatakan rezeki setiap orang berbeza-beza.. ada yang dapat rezeki anak.. ada yang dapat rezeki kahwin awal.. ada yang dapat rezeki kerja baik.. ada yang dapat rezeki harta melimpah ruah.. 

Jadi, kita hidup ni jangan pernah pertikaikan apa yang Allah berikan pada diri kita.. ujian yang Allah bagi kat kita adalah petanda bahawa Allah sayangkan kita.. ujian tu sebagai usaha untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah.. bersyukur kalau Allah bagi ujian.. itu tandanya Allah ingat dekat kita!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, April 22, 2013

Vitamin Shaklee Untuk Seisi Keluarga


Warga emas
Ibu bapa
Suami isteri
Pelajar
Kanak-kanak
Ibu hamil
Ibu menyusukan bayi

Masalah dalaman perempuan/lelaki
Masalah berat badan
Masalah kulit sensitif/jerawat/resdung
Masalah kencing manis/darah tinggi/gout/serangan jantung
Masalah anak sukar makan
Masalah pembelajaran anak-anak
Masalah sakit sendi/tulang
Masalah kesihatan yang berkaitan sistem penghadaman
Masalah kesihatan yang berkaitan sistem saraf


Semuanya sesuai untuk amalkan Vitamin Shaklee.. kalau ada yang rasa vitamin tak penting untuk diri dia sebab dia rasa sihat, rasanya tu dah silap.. sebab vitamin ni dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan yang lebih baik walaupun kita belum diserang sebarang penyakit!! 


"Kalau mampu nak makan buah oren sampai berpuluh biji sehari, xperlulah makan Vitamin C..kalau ada yang makan extract biji anggur setiap hari, x perlu la makan Vitamin E.. kalau rasa dapat khasiat daripada semua jenis makanan yang kita makan setiap hari, abaikanlah pengambilan vitamin.. tapi kena make sure, betul ke pengambilan makanan kita tu betul2 berkhasiat, semulajadi dan selamat??"


Untuk maklumat lanjut, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza
http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau
direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ]..
fast reply, call/sms/whatsapp [ 013-6065246 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!
Photobucket

Tukar Layout & Header Blog?


Selamat pagi semua.. semoga minggu ni akan membawa lebih banyak kegembiraan, kegembiraan dan keberkatan untuk kita semua.. tuan blog ada meeting pagi ni.. so x dapat nak coret panjang-panjang.. 

Just aku nak tanya pendapat korang kat entry ni.. secara jujurnya, layout blog aku ni membosankan x? sebab aku dah pakai layout ni dekat setahun lebih.. now, ada rasa nak tukar.. tapi kadang2 rasa sayang.. so just nak tanya sama ada layout blog ni bosan ke, serabut ke, banyak gadget ke atau apa2 jer lah yg korang rasa.. 

Bagi jer apa2 komen tentang layout ni k.. ada yang kata header aku tak sesuai langsung ok!!! sebab aku letak gambar kahwin padahal dah lama giler kahwin.. so patutnya aku letak gambar terbaru.. so, x kisah eh, bagi jer apa2 komen baik atau buruk.. aku terima.. x ada terasa hati pun..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Friday, April 19, 2013

SEDEKAH: Semakin Bersedekah Semakin Kaya..



Amalan bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin.. bersedekah tidak akan menjadikan kita kesempitan duit.. bersedekah tidak akan menjadikan kita kekurangan perbelanjaan..


Rasanya semua pun tau tentang kelebihan bersedekah ni kan.. dari sekolah lagi dah didik untuk menderma dan bersedekah walaupun sedekah tu cumalah berkongsi minuman dengan kawan sekelas..

Tidak bermakna orang kaya yang menderma beribu ringgit lebih banyak pahalanya daripada orang miskin yang hanya menderma seringgit.. Allah tidak memandang pada nilainya.. Allah memandang pada keikhlasan kita bersedekah.. 

“Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo’akannya” (Hadis riwayat Bukhari).


Nota cinta: Jom kita sama2 cuba amalkan amalan bersedekah ni.. semoga kita semua mendapat keberkatan di atas amalan yang baik tersebut.. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Thursday, April 18, 2013

Minggu Kelam Kabut Zana Adieyza!!

Entah kenapa minggu ni macam kelam kabut sungguh diri iols.. stok buat keje semua nak gelabah semacam tau uols.. iols pun pelik dengan keadaan diri sendiri.. *motif tetiba nak ber"iols" ber"uols" pulak ni??? hahahhaha..

Kat tempat keje, keje macam biasa.. keje ada banyak masuk tapi ada banyak juga yang gua keluarkan.. kiranya macam biasa jer.. tapi gua gabra lebih.. dengan tetiba ada Naziran Keselamatan yang tak pernah2 nak dibuat.. gua jadi blur babe!! gua gabra bila bab2 keselamatan ni.. Naziran dengan orang keselamatan yang muka stok garang2 jer.. hey, x bernafas gua dalam bilik meeting tadi!! *dah tetiba tukar cakap gangster "gua" pulak ni dah kenapa??

Kat rumah, rutin saya macam biasa.. tapi saya tak tau kenapa semua benda saya buat macam kelam kabut ! semua benda saya buat macam lipas kudung! tangan sebelah lap meja makan, tangan sebelah mop lantai.. tangan sebelah vacum carpet, tangan sebelah susun majalah.. *dah tetiba nak ber"saya" pulak.. budget cerita pasal rumah tangga terus kena sopan2 la??

Sorry blog tersayang.. lama aku tak update cerita best2 dekat blog ni.. banyak jer draft entry aku.. tapi entah la.. taipnya separuh, lepas tu separuh lagi tak disambung.. tapi minggu ni sebenarnya aku x sibuk melampau pun.. tapi aku tak tau kenapa minggu ni aku macam super gelabah.. semua benda aku nak buat dalam masa yang sehabis pantas!! *eh, dah guna "aku" balik?? dah kenapa la dengan budak sorang ni wei...

Media sosial? minggu ni kurang aku gunakan media sosial ni.. guna pun hanya upload gambar makanan dekat instagram dan facebook!! dasar kuat makan.. lepas tu bising berat badan maintain x turun2.. nyampahhhhh dengan lemak2 kat badan ni!!


Nota cinta: minggu ni aku tak berapa nak sempat tinggal jejak kat blog korang.. tapi tu tak bermakna aku tak baca blog korang.. tak bermakna jugak aku tak sayang korang.. senyum semua!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Motivasi Diri : Bersyukur


Kadang-kadang tanpa sedar kita akan membandingkan sesuatu dengan orang lain.. nampak perkara ni memang tak baik pun.. sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. rezeki masing-masing pun berbeza2.. kalau pasangan kembar pun mesti ada perbezaan antara kembar tu sendiri.. 

Nampak orang pakai kereta tempatan, mulalah nak bandingkan dengan kereta import awak tu.. padahal awak tak tau yang orang tu mungkin ada simpanan wang yang banyak dalam bank dan mampu jugak nak pakai kereta import kalau dia nak.. cumanya mungkin dia lebih selesa untuk menyimpan / menabung.. kita tak tau kan??

Tau orang tu pergi makan dekat kedai makan biasa, awak pulak bagitau betapa ruginya orang tu tak pernah cuba makan dekat tempat-tempat mewah.. tapi sebenarnya awak tak tau yang orang tu mungkin citarasanya lebih kepada makanan tradisional daripada barat.. ataupun, orang tu sendiri dah jemu makan kat tempat mahal-mahal.. kita tak tau kan??

Bila dengar jer orang nak buat perniagaan sampingan, mulalah awak cakap orang tu tak cukup duit untuk sara kehidupan.. padahal awak tak tau yang orang tu berniaga sebab nak kumpul harta tanpa berhutang sedangkan awak berderet-deret hutang kad kredit.. kita tak tau kan??

So, bila kita tak tau, lebih baik kita berdiam.. lebih baik kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.. setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing.. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita..

Sekadar memetik beberapa contoh.. bukan untuk mengenakan orang lain.. tapi sebagai renungan untuk diri sendiri juga.. kita tak pernah tau apa yang orang lain rasa.. kita tak pernah selami sehabis dalam kehidupan orang tu walaupun orang tu kawan baik kita sendiri.. kita tak tau apa yang orang tu fikirkan tentang kehidupan dia.. 

Jadi, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita.. kalau orang tu ada kelebihan, anggap tu memang rezeki dan kurniaan Allah.. kalau orang tu ada kekurangan, jangan pernah kita pertikaikannya.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Wednesday, April 17, 2013

Cupcake Chocolate Oleh Blogger Putrajaya

Siapa yang berada di sekitar Putrajaya dan berminat nak tempah cupcake chocolate, boleh try order dengan kawan blogger aku ni, Hayatun.. boleh jenguk blog dia [OneDay In Your Life].. 

Aku order dengan dia awal bulan hari tu..*nampak sangat dah lama order tapi baru hari ni sempat nak buat entry.. huhuhu.. Kita boleh order ikut saiz yang kita nak.. boleh order saiz kecik, saiz biasa atau saiz yang besar! harga berpatutan.. servis tip top.. semua sms/pm dan call dijawab dengan pantas dan mesra pelanggan.. itu yang kita sebagai pelanggan nak kan??


Untuk cupcake saiz sederhana ni, harga sebiji cupcake cuma RM1.80.. hiasan atas cupcake tu penuh dengan chocolate.. tu yang buat penambah sedapppp.. aku order ni sebenarnya untuk berkongsi kebahagiaan dengan pegawai & kakitangan kat office ni.. masa tu ada dapat beberapa berita gembira, so jom kita kongsi kegembiraan dengan kemanisan! diaorang kata cupcake ni sedap! so, berbaloi la kan beli then semua pun kata sedap!



Untuk tambahan, aku order jugak cupcake yang saiz kecik (mini cupcake).. satu pek kecik ni baru RM2.50.. comel giler sampai rasa sayang nak makan.. hahahha.. tapi sayang-sayang pun banyak jer cupcake yang masuk dalam mulut aku.. dasarrrrrr!

Kalau korang nak order, boleh la cuba.. kalau area Putrajaya ni senang la nak order kan since tokey cupcake ni memang stay Putrajaya.. lagipun cupcake ni sedap! budak-budak gerenti suka! jangan kata budak2, aku rasa semua peringkat umur suka kot makan cupcake!

Tapi, jangan la ada pulak yang kata, "wei, cupcake pun nak order ke?? buat sendiri la!".. fine!! saya tak paksa anda membeli ok.. saya cuma buat review.. nak beli, beli.. nak buat, buatlah.. lagi bagus kan.. tapi x perlu lah kot setiap kali aku order sesuatu ada jer yang kata aku ni semua nak order tapi x nak buat sendiri.. hey awak, saya order sebab saya tak pandai buat.. ada masalah ke kalau saya tak pandai buat?? ada masalah ke kalau saya nak order?

Nota cinta: janganlah anggap semua orang tu tau buat semua benda yang kita tau.. setiap orang ada kelebihan.. dan saya akui bidang memasak ni bukanlah kelebihan saya.. tapi tu tak bermakna saya tak pernah memasak!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Tuesday, April 16, 2013

Edisi 4+1 : Hari Raya, Kursus, Exam PTD & Baju Sedondon

Edisi membebel di pagi hari..


- pagi ni breakfast nasi impit + kuah kacang + rendang ayam.. dah macam hari raya? sebenarnya rindu dengan rendang ayam mak.. dah dekat sebulan tak balik kampung..kononnya nak balik minggu ni, tapi dah alang2 nak pilihanraya x lama lagi, so balik masa tu jer la kot.. rindu suasana kampung!!



- semalam masuk office lepas habis berkursus 3 hari dekat PD.. kursus yang sangat2 best dan berguna.. Kursus Pengurusan Tatatertib.. nasib baik pegawai dan kakitangan kat office ni x banyak masalah.. maklumlah, keje dengan pegawai undang-undang a.k.a lawyer ni memang kuat gak disiplinnya.. semua nak ikut peraturan! good job! senang kerja nak pantau memantau ni..



- weekend hari tu kononnya nak berehat.. tapi hari Rabu dapat tau yang aku dapat panggilan exam PTD hari Sabtu tu.. mana sempat nak study!! dengan tengah kursus sampai Jumaat tu kan.. memang x sempat la aku nak menelaah.. tapi kalau tau awal pun macam la study sangat kan?? bab exam ni kita cerita nanti-nanti eh.. mana tau ada students nak jadikan panduan ke.. tips tu x ada la kot.. sebab ni kali kedua aku ambik exam tu ok!! nampak sangat tak pandai jawab exam!! hahahaha..

- sekarang ni, tengah misi mencari baju untuk majlis kahwin adik ipar.. majlis lagi sebulan tapi kitaorang masih terkial-kial nak cari baju.. cadangnya nak sedondon semua adik beradik dan ipar duai perempuan..  sape tau kedai yang jual baju anggaran RM100 sehelai dan boleh dibeli secara banyak dengan saiz berbeza-beza?? ke ada online shopping yang korang tau ada jual baju kurung dah siap dengan harga RM100.. banyak jer sebenarnyan kedai tu, tapi warna yang kitaorang nak tu susah cikit nak cari.. tema warna turquoise pink..  *harga nak murah jer.. kalau up RM150 maybe senang cikit nak cari kan?? huhuhu.. 

Dah, banyak sangat membebel kosong.. entry lain banyak dah taip tapi gambar x masukkan lagi.. so tunggu la eh.. *eh, ada yang tunggu ke?? hahahaha... 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket


Monday, April 15, 2013

[Grand Opening ] Gerobok Hana : Follow.Share.Win GiveAway!!!

Ada sesuatu yang menarik untuk penggemar online shopping terutamanya yang suka beli shawl atau tudung tu.. ada satu online shop yang baru buat GRAND OPENING pagi tadi!! nak tau online shop mana??



Untuk opening, memang confirm2 GRAND habis!! siap ada GIVEAWAY (GA) yg membolehkan korang dapat hadiah!! siapa nak join?? kalau nak join, jom baca syarat-syaratnya.. jangan risau, syaratnya sangatlah mudah!!!


Ada 2 cara untuk join Giveaway ni


Cara PERTAMA korang share kat FB

1) LIKE FB Gerobok Hana ]
2) Make sure korang SHARE to public dan COMMENT kat situ 
"I LOVE GEROBOK HANA"



Cara KEDUA korang share kat BLOG

1) FOLLOW Blog [ Gerobok Hana ]
2) LETAK Banner Gerobok Hana & LINK ke Blog Gerobok Hana
3) Buat simple ENTRY bertajuk "Gerobok Hana Follow.Share.Win Campaign" .. kalau malas nak karang ayat, just letak banner pun dah cukup!!
4) Jangan lupa letak kan AYAT 
"I LOVE GEROBOK HANA"
5) LETAK LINK ENTRY korang dekat [ Entry GA Gerobok Hana ]


Banner untuk join GA Gerobok Hana

Sebanyak 4 HADIAH menanti anda semua : 2 pemenang dari FB & 2 pemenang dari BLOG.. peluang untuk korang menang lagi tinggi kalau korang join melalui FB & Blog!! cepat join!!!

Ade lagi... sempena opening ni, istimewa untuk pengunjung blog adieyza.blogspot ni, korang boleh membeli dengan hanya  MENTION KOD [ GHZA ] seperti kat bawah ni semasa membeli dari Gerobok Hana.. dengan mention kod tu, korang PASTI akan dapat "SPECIAL GIFT" even korang beli satu item pun!! 

So kalau tak ada masa untuk join GA ni, nak beli jer pun boleh.. mention jer kod GHZA tu dan korang still akan dapat special gift dengan setiap pembelian.. menarik!!!


So, jangan lepaskan peluang untuk membeli & menang hadiah! GA ni bermula pada 15 April 2013 sehingga 25 April 2013.. pemenang akan diumumkan pada 26 April 2013.. banyak masa lagi ni!! jom turut serta!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Seminggu Yang Sepi.. Kini Kembali Ceria!!


Seminggu tak mencoret dekat blog kesayangan ni.. serius rindu tau!! rindu nak membebel dan berkongsi cerita dengan korang semua.. lagi-lagi mood tengah happy ni.. banyak benda nak cerita ni.. tapi, banyak jugak kerja yang menanti.. acamner tu??

Meh letak point-point penting dulu apa yang kena share dekat blog minggu ni.. ada point-point ni senang la nak karang idea kan.. hohoho..

  • ada entry untuk sesiapa yang suka shopping online terutamanya shawl dan tudung.. member baik aku tengah buat grand opening yg mana menawarkan hadiah menarik! nak lagi best, korang sebut jer korang pembaca blog aku, terus dapat free gift dengan setiap pembelian!!! 
  • ada entry makan-makan.. siapa peminat burger bakar?? nanti aku share korang tempat yang korang boleh terjah ok.. kalau yang stay dekat Putrajaya, ada lokasi kedai baru yang boleh korang cuba..
  •  ada entry tentang tips hubungan mesra suami isteri.. ada jugak cerita tentang kajian berkaitan ketiak suami!! eh?? pelik bunyinya kan?? aku ni memang suka buat entry tips perkahwinan.. sebab aku nak semua yang baca tips tu akan sentiasa merasai kebahagiaan dan kemanisan alam perkahwinan tu..
  • ada entry tentang testimoni & produk Vitamin Shaklee.. bulan ni ramai customer yang beli vitamin untuk anti-stress dan kerap sakit kepala.. oh, risaunya saya bila kawan-kawan asyik mengadu kerap stress.. xpe, nanti zana share Vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah stress dan kerap pening/sakit kepala tu yer.. xmo stress2 tau!!
Ada jugak entry merapu-merapu yang lain.. tunggu yer.. *macam la ada orang yang sibuk-sibuk nak baca kan.. ini semua poyoooo Zana.. huhuhu..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Tuesday, April 9, 2013

"No Entry"


Minggu ni mungkin tiada entry melainkan entry ni sahaja.. tuan blog tak berapa rajin nak update.. plus ada 3 hari kursus kat PD.. so, minggu depan la kot baru rajin nak update blog.. 

So maybe minggu ni nak blogwalking jer la kot.. sape yg rasa aku dah lama x blogwalking kat blog korang, meh bagitau.. aku kasi rajinkan diri sikit nak tinggalkan jejak-jejak kasih kat blog korang.. hehehe..

Take care guys!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Friday, April 5, 2013

24 Jam Setiap Hari


Kadang-kadang aku rasa macam diri ni seolah-olah tak menghargai masa yang dikurniakan Allah.. bila tengok orang lain boleh buat macam-macam aktiviti, aku terasa macam "eh, dia sempat jer buat semua tu walaupun dah beranak pinak" atau "eh, dia boleh sambung belajar walaupun tengah bekerja & ada komitmen lain".. 

Sebab tu sekarang ni aku mula belajar tentang pengurusan masa.. ye, aku akui yang bab pengurusan masa aku agak kelam kabut.. kadang-kadang aku terlebih rajin sampai pukul 12 malam pun masih semangat nak mengemas rumah.. kadang-kadang aku terlebih "M" sampaikan pukul 9 malam dah sibuk2 nak tarik selimut untuk tido! 

Tapi, lepas aku mula ambik tau pasal pengurusan masa ni, nampaknya macam teratur cikit la hidup la.. kurang cikit rasa membazirkan waktu dan rasa lebih banyak sebenarnya aktiviti aku boleh buat..

So, jalan ceritanya kita kena hargai setiap masa yang berlalu.. semua diberikan tempoh 24 jam yang sama dalam sehari.. jangan selalu mempertikaikan kenapa orang lain sempat buat macam-macam perkara sedangkan orang tu pun ada 24 jam dalam sehari!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Thursday, April 4, 2013

Snogurt Putrajaya


Kalau ditanya mana yang sedap antara Tutti Frutti (TF) & Snogurt, aku pilih dua-dua sekali.. hahahaha.. orang kuat makan memang macam tu.. semua nak kata sedappppp...

Tapi dari segi pilihan, rasanya pilihan dekat TF lagi banyak.. or maybe time aku pergi Snogurt tu memang tak berapa banyak pilihan.. huhuhu.. masa nak pilih topping tu macam agak sedih sebab betul-betul tak banyak pilihan.. tapi flavour Kiwi dekat Snogurt memang sedapppp.. sampai sekarang boleh teringat-ingat kesedapannya..

Kalau nak ikut dekorasi pun rasanya TF lagi menarik dan tertarik.. yang dekorasi kedai ni aku bandingkan TF Presint 15, Putrajaya & Snowgurt Presint 15, Putrajaya yer.. dekorasi kedai cawangan lain aku x sure pulak.. sebab selalu makan dekat Putrajaya jer..

Eh, dah macam entry TF vs Snogurt pulak.. padahal nak up story tentang Snogurt jer.. huhuhu..


ADDITIONAL INFO:

Sebab ada 2 komen yang tanya tentang harga, aku just boleh bagitau harga 100g TF adalah RM5.30.. 100g Snogurt murah cikit berbanding TF.. tapi aku x ingat berapa ringgit..*sorry.. yang pasti murah cikit (dalam beberapa sen la).. but TF & Snogurt ni selalu buat promosi.. ada hari yang boleh dapat murah.. now, TF tengah buat promo RM4.77 untuk 100g sempena anniversary TF..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Tips: Sentiasa Seperti Baru Bercinta

Belek album kahwin sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.. kalau agak2 malas nak belek album yang maha besar tu, tengok jer gambar kahwin yang disimpan dekat FB, phone or blog.. ia akan membangkitkan kenangan manis sewaktu bergelar raja sehari!!

Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur untuk mengenang kembali saat2 di awal perkenalan.. cerita tentang macam mana perasaan kali pertama mendengar suara/berjumpa, bercerita tentang tempat pertama berjumpa atau boleh bercerita tentang apa yang selalu dilakukan bersama sebelum bergelar suami isteri.. ia akan membuatkan kenangan indah itu akan tetap utuh di hati kita!!

Maybe ada yg kata tips ni x memberi kesan.. tapi cuba dulu baru kita tau keberkesanannya.. kalau x dapat nak luangkan masa untuk mengenang balik kenangan lama tu setiap hari, cuba buat seminggu sekali.. kalau susah seminggu sekali, buatlah sebulan sekali.. yang penting, kita cuba untuk buat sesuatu yg baik untuk perkahwinan kita..


Memang nampak mudah, tapi kadang-kadang yang mudah tu kita selalu abaikan.. perkahwinan seharusnya makin manis dari hari ke hari dan bukannya makin membosankan.. perkahwinan juga bukanlah untuk tempoh masa yang pendek.. jadi kenapa perlu biarkan tempoh masa bersama tu dilalui dengan rasa bosan, marah, terkilan & tekanan? ingat balik apa tujuan kita berkahwin dengan suami/isteri kita.. insyaAllah, perkahwinan yg dibina akan sentiasa bahagia..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~ 

Photobucket

Wednesday, April 3, 2013

Sebulan Dapat 4 BE & Ada BE Baru Daripada Nuffnang!

Bulan lepas punyalah pemalas update blog.. tau2 jer dapat 4 BE daripada Nuffnang.. terkejut!!




Nuffnang sajer nak kasi aku semangat untuk aktif blogging la tu.. hehehe.. tahun ni memang aktiviti blogging aku agak kurang.. sehari nak update 1 entry pun payah.. nak buat tutorial lagilah x ada rasanya.. nak tunggu buat review produk pun x buat jugak.. aku pun jadi pelik.. maybe sebab dah lama sangat berblogging tu yang macam mood tu cepat jer hilang..

Syukur Alhamdulillah jugak bila bulan April ni dapat lagi 1 BE daripada Nuffnang.. ni betul-betul membuatkan aku rasa PERLU sesangat aku merajinkan diri balik dengan dunia blog ni.. 

7 BE dalam tempoh 4 bulan tu kira agak memberangsangkan bagi blog suam-suam kuku macam aku ni.. walaupun 7 BE tu bukanlah bawak earning beribu kat aku, tapi tetap happy tau! blog ni bukannya ada informasi apa pun.. update merepek2 jer lak tu.. huhuhu... so bila dapat BE haruslah happy!!

Now, ada 3 BE yang tengah menari-nari kat blog ni.. 2 BE bulan March & 1 BE bulan April.. harapnya banyak la earning yang dapat.. boleh tambah-tambah untuk cuti-cuti nanti.. syokkkkk!!

So, marilah merajinkan diri semula dengan dunia blogging.. tapi rajin pun time rehat, betul2 free & lepas office hour la kan.. giler ke apa nak ngadap blog jer time waktu keje? habis sape nak siapkan keje yang berlambak atas meja tu?

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Tuesday, April 2, 2013

Biarlah Berdiam Diri.....

Bila lagi?
Bila lagi?
Bila lagi?

Terima kasih atas keprihatinan anda untuk bertanya.. tapi, maafkan saya sebab lepas tu memang saya akan mula mendiamkan diri.. diam itu adalah lebih baik.. takut bila ada jawapan untuk soalan tersebut, hati anda & hati saya terasa sakit.. jadi, pilihan berdiam diri itu adalah yg lebih baik untuk menjaga hubungan kita.. 

Jangan pelik kalau dulu tengok saya kurang mesra dengan seseorang tu tapi sekarang saya boleh beramah mesra dengannya.. jangan pelik kalau dulu tengok saya rapat dengan seseorang tu tapi sekarang saya banyak mendiamkan diri dengannya.. 

Biarlah saya berdiam daripada saya berdendam.. biarlah saya berdiam daripada saya membenci.. biarlah saya berdiam daripada saya mengasari dengan tutur kata.. biarlah saya berdiam daripada saya menjauhkan diri..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, April 1, 2013

Kuasa Sejambak Bunga!!


Sejambak bunga untuk hari yang lebih ceria.. selamat pagi semua.. semoga bulan April ini membawa lebih banyak kenangan manis buat kita semua..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...