Friday, May 31, 2013

Bersedia Untuk "Tarikh Penting"..

Lewat update entry hari ni.. semalam dah mula start bukak segala buku, website & artikel berkaitan untuk menghadapi satu "tarikh penting' yang amat-amat mendebarkan.. insyaAllah, aku akan lalui satu pengalaman baru untuk kerjaya aku di masa depan.. sekarang ni hati cepat betul rasa gemuruh dan gugup bila mengenangkan "tarikh penting" tu.. semoga semuanya berjalan lancar.. 

Sekrang ni, banyak hikmah2 yang aku nampak di atas apa yang berlaku dekat diri aku.. aku mula nampak hikmah di sebalik kekurangan aku yang masih belum ada anak.. aku mula nampak hikmah kenapa aku ditakdirkan bekerja untuk jawatan yg agak rendah sedikit daripada kelulusan sijil yg aku ada.. aku mula nampak hikmah kenapa aku berada pada kedudukan aku sekarang walaupun kedudukan aku sekarang ni bukanlah apa yang aku harapkan..

Ya Allah, syukur di atas segala rasa kebahagiaan dan kegembiraan yang aku miliki selama ini.. maafkan hamba-Mu ini yang selalu mengeluh di atas apa yang tidak kesampaian.. maafkan aku kerana terlupa bahawa perancangan-Mu adalah sebaik-baik perancangan.. 

Ya Allah, izinkanlah aku untuk mencapai impian yang amat-amat aku, suami & keluarga harapkan.. izinkanlah aku untuk berjaya dengan cemerlang untuk aku mencapai impian tersebut.. izinkanlah aku untuk menggembirakan hati orang2 yang aku sayang selagi mereka masih bernyawa di atas muka bumi milik-Mu Ya Allah..

Nota cinta: insyaAllah, lepas "tarikh penting" tu nanti aku akan update full story dekat blog ni yer.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Thursday, May 30, 2013

Isu Add Rakan Di Facebook

Semalam ada perkara yang buatkan aku rasa macam nak removed jer orang dari list FB aku.. kisahnya, aku ni memang jarang nak approved friend request daripada orang yang aku tak kenal.. kalau ada pun selalunya untuk urusan business Shaklee aku, itupun dengan kebenaran customer tu.. selain daripada tu memang tak ada.. aku pun bukan jenis nak add orang yang tak pernah aku kenal dekat dunia luar.. tapi again, kalau orang tu dah jadi customer business Shaklee aku, memang aku akan add or approved..

Kalau orang tu aku tak kenal tapi ada ramai mutual friends, aku akan accept jugak.. sebab aku takut tu kawan sekolah lama yang aku tak dah cam mukanya.. tapi, jujurnya kalau lepas approved pun still aku tak kenal orang tu, aku akan hide or remove terus.. hide from wall la yang selalunya aku buat.. so, aku x perlu nampak update daripada orang yang aku tak kenal dan x pernah berurusan dengan aku tu.. bukan sombong, tapi aku selesa macam tu.. terpulang la kalau ada yang nak kata aku ni sombong ke kan..

So, semalam ada yang add aku.. since mutual friends ramai, aku approved.. tapi yang x bestnya, bila orang tu PM then tanya bab peribadi aku.. bab peribadi yang ko boleh tau daripada tengok profile picture aku!! 

Dah tentu2 profile picture aku dengan lelaki.. secara logiknya, gerenti la aku ni dah kahwin.. melainkan kalau orang tu anggap perempuan boleh bergambar dengan lelaki duduk peluk rapat walaupun belum kahwin! 

Kalau daripada profile picture tu ko tak boleh tau aku dah kahwin ke belum, cuba rajinkan diri sekejap untuk tengok album profile picture.. orang dah kahwin boleh dikatakan hampir 99% akan letak gambar kahwin diaorang! adalah kot 1% yang tak letak gambar kahwin..

Then dah tanya aku dah kahwin ke belum, tanya pulak dah ada anak ke belum? adoiiiiii, ni bukan sebab aku belum ada anak aku marah! tapi sebab ko add orang then ko langsung tak selidik walaupun sekejap FB orang tu! 

Sekurang-kurangnya, ko tengok status dia minggu tu or bulan tu.. sekejap jer ko tengok.. dari situ ko ada jawapan! tak pun, ko rajinkanlah diri sekejap untuk tengok cover2 album orang tu.. kalau ada album gambar baby, dah tentu2 orang tu ada anak.. orang kalau dah ada anak ni mestilah ada gambar anak kan.. walaupun sekeping.. tak taulah pulak aku kalau ada yang tak nak tunjuk gambar anak kan..

Aku ni bukan nak emo sesajer.. tapi, aku cukup tak berkenan dengan orang yang beria nak berkenalan la kononnya tapi hakikatnya ko tak cuba nak kenal orang tu.. dan tujuan ko add hanyalah semata untuk menjalankan perniagaan!

Ye, semalam orang yang add tu berniaga.. aku bukan marah sebab orang tu berniaga barang yang berbeza dengan apa yang aku jual.. aku ok jer.. berniaga tu kan 9 daripada 10 punca rezeki.. aku pun banyak jer kawan yang menjual macam2 jenis produk.. tapi aku ok jer dengan diaorang..

Tapi, kalau ko add orang semata-mata nak tarik orang untuk jual barang ko tanpa ko pernah cuba kenal orang tu, plz lepas ni more sensitive.. ambik tau cikit tentang potential customer tu dulu.. atlease tau basic tentang potential customer tu sebelum ko mula promote produk ko yer..

Aku bukan nak jatuhkan perniagaan orang lain.. aku just luahkan sebagai orang biasa yang boleh jadi potential customer untuk semua peniaga kat luar sana.. aku kalau nak beli barang pun tak suka peniaga yang memaksa dan mendesak.. so bila buat perniagaan Shaklee ni, aku kalau boleh sedaya upaya tak mendesak orang untuk membeli.. dan Shaklee jugak banyak ajar aku tentang perkara yang potential customer tak suka peniaga buat.. 

Jadinya, kalau nak add orang terutamanya potential customer untuk perniagaan kita, kita kena kenal basic dulu tentang orang tu.. dan janganlah tanya soalan yang dah ada jawapannya.. janganlah add orang semata-mata untuk menjual produk kita tanpa kita berusaha untuk menjadikan potential customer tu sebagai kawan kita dulu.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Wednesday, May 29, 2013

WordLess Wednesday - Rak Telur


Comel tak rak telur yang aku beli ni? 

Masa upload gambar rak telur ni dekat instagram & FB, ramai yang tanya aku beli kat mana.. sebenarnya, aku beli dekat Jusco jer.. masa tu tengah ada promosi, harga murah jer masa tu, RM10.. 

Bila tengok rak ni, aku rasa macam betul-betul membela seekor ayam yang berjaya bertelur.. hahahaha.. sape nak beli, try la ke Jusco.. rasanya banyak lagi tu.. 

Nota cinta : rak telur pun nak buat entry?? hahahaha.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Tuesday, May 28, 2013

Bila Blog Terkena Virus Malware

Semalam dapat beberapa message daripada kawan blogger bagitau yang blog aku tak boleh bukak.. dah la time tu aku tengah ada discussion.. tak dapat nak tengok apa sebenarnya masalah blog aku tu.. dah tengahari baru boleh tengok blog..

Rupanya ada virus malware yang disumbangkan daripada salah seorang rakan blogger yang ada dalam bloglist aku.. dari tengahari aku cari sapelah punya blog yang bawak virus tu kan.. tapi, x jumpa la pulak.. 

Adik blogger Yaya & Ros bagi cadangan untuk buang jer bloglist tu.. katanya, lebih baik berkorban untuk buang bloglist daripada buang blog terus.. hukhuk..

Balik kerja try lagi cari blog tu.. tapi, x jumpa.. adoiii, semak kepala otak aku sekejap.. tapi, malas fikir panjang benda yang menyesakkan kepala ni.. terus semalam tak jenguk blog sampai la pagi ni..

Pagi ni sedaya upaya jejak jugaklah blog tu.. akhirnya, berjaya!!! berjaya jumpa link blog tu dalam bloglist aku! wah, happy sesangat!!!! terus laju2 aku removed link blog tu dari bloglist aku.. settle masalah!

Sorry la kepada adik blogger sorang tu.. bukan akk sajer2 nak delete yer dik, tapi dah blog awak tu terbawak virus ke blog akk.. tu yang akk terpaksa removed.. hukhukhuk...

TQ pada yang concern tentang blog aku yang tak boleh bukak semalam terutamanya Cik Pidah, Falsya, Yaya, Ros, Mila.. luv u guys!!

Hari ni ada Audit 5S waktu pagi dan mesyuarat bersama YB TMK pada waktu petang.. jadinya, tak sempat lar nak draft entry masa rehat sebab sibuk cikit.. take care guys!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, May 27, 2013

Minggu Yang Bersemangat!!!

Mulakan hari anda dengan senyuman.. 



Terperanjat tak tengok muka bolat tu?? hahaha.. sama2 berlumba muka sape lagi bolat.. tapi, dah tentu2 Encik Adiey tak mengaku muka dia bolat.. ceh!

Minggu ni semangat aku luar biasa cikit.. semangat membara untuk melakukan yang terbaik pada tarikh penting yang akan menjelang tak lama lagi.. dah kena mula fokus untuk memenuhkan segala macam ilmu dalam minda ni.. orang kalau dah lama tinggalkan dunia pembelajaraan macam ni lah.. otak dah sedikit "sejuk".. huhuhu.. apapun, semoga segala urusan pada tarikh penting tu dipermudahkan Allah.. semoga impian aku untuk "sesuatu" tu akan tercapai..

So untuk semua, selamat menjalani minggu baru dengan penuh kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan.. 


Photobucket

Thursday, May 23, 2013

Fridge Magnet Jerami

Semalam terima 1 parcel daripada PnStoberi @ Kekda..


Teruja bila buka bungkusan ada Fridge Magnet (FM) yang diperbuat daripada jerami.. unik & menarik! yang pasti, Kekda beli FM ni masa hari Hari Kraf Kebangsaan (HKK) kat office dia.. 

Kekda hadiahkan FM ni sebab hari tu dia ada buat simple GA.. dia suruh teka dia akan holiday ke mana.. aku pakai teka jer yang Kekda nak ke Genting Highlands.. sekali, tekaan aku betul.. tu yang dapat FM ni.. suka sangat!!!

TQ Kekda untuk hadiah ni.. since now Kekda tengah "berehat panjang", so Zana doakan Kekda sihat selalu yer.. insyaAllah pasti ada kebahagiaan yang Kekda harapkan lepas "berehat panjang" ni..

Nota cinta: yang makin suka bila koleksi FM bertambah.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Wednesday, May 22, 2013

2 tahun tanpa MC.. Tapi akhirnya.........

Last MC pada 1 April 2011.. dan setelah 2 tahun sebulan tiada sebarang MC, semalam 21 Mei 2013 kesihatan aku betul-betul tak mengizinkan untuk aku bekerja.. jadi, terpaksalah menguburkan rekod "No MC" seperti tahun lepas.. 

Hari ni kesihatan beransur pulih.. cuma tinggal sakit tekak, selsema dan batuk jer.. kalau ikutkan badan ni masih sakit2 tapi sebab semalam aku betul2 rehat dan makan vitamin ikut jadual, jadinya hari ni rasa bertenaga cikit.. Alhamdulillah..

Sebelum ni ada jugak rasa tak sihat.. tapi masih larat lagi nak bangun pagi.. tapi semalam badan betul2 lemah.. 

Dah ditakdirkan memang Allah nak bagi demam.. nak suruh berehat.. nak suruh sentiasa beringat yang kesihatan tu salah satu nikmat hidup dan sakit tu salah satu ujian hidup..

Tapi salah satu punca lain yang boleh membuatkan aku demam adalah bila 4 hari aku tak makan vitamin.. selalunya memang aku ikut jadual makan vitamin, tapi balik kampung last week boleh pulak stok vitamin Shaklee aku tertinggal kat rumah.. memang badan rasa letih bila sibuk kenduri kahwin tapi badan tak dapat khasiat yang secukupnya..

Cuaca sekarang pun memang tengah panas membahang kan.. so, tu jugak salah satu faktor yang buatkan ramai rasa tak sihat kebelakangan ni.. so guys, banyakkan minum air masak yer.. kurangkan aktiviti luar if tak perlu.. sebab bila terdedah dengan cuaca panas terlalu lama, boleh jugak buatkan kita mudah demam..

Nanti ada masa aku update lagi k.. bulan ni memang masa dengan blog sangat2 kurang.. rasa kesian dekat blog sendiri.. orang lain update sehari 2,3 entry.. aku nak update entry sehari sekali pun payah.. hehehehe..

Take care guys!


Photobucket

Monday, May 20, 2013

Hari Isnin Saya.....

Hari Isnin yang agak meletihkan...

Minggu lepas sibuk di kampung halaman dengan kenduri kahwin adk ipar.. kenduri kali ni aku memang tak sempat nak snap gambar.. harap gambar kat photographer jer la.. semua biras sibuk dengan anak kecik.. makanya, sebagai seorang menantu yang belum beranak lagi ni kenalah tolong lebih cikit.. kena tolak ansur la dengan biras2 yang lain kan.. 

Habis kenduri pukul 3 petang hari Sabtu.. pukul 4 petang aku dah sakit kepala! sakit sangat2! seorang biras, seorang adik ipar, mak mertua dan Encik Adiey urut kepala aku secara bergilir-gilir.. tapi sakitnya hilang 10 minit lepas tu jadi balik.. nak tidur jer masa tu, tapi orang lain tengah sibuk mengemas & memasak tak kan la aku nak tidur kan?? so, rest jer dekat ruang tamu.. 

Masa ni semua paksa makan panadol.. aku ni x suka dah nak makan2 panadol ni.. stok vitamin Shaklee aku boleh pulak tertinggal kat rumah.. masa hari Sabtu tu kiranya dah 3 hari aku tak makan vitamin.. tapi, bila dah pukul 10 malam masih lagi sakit sangat2, terpaksalah aku makan jugak panadol.. hukhuk..

Semalam, badan dah mula rasa tak sihat.. cuaca panas.. ditambah badan letih lagi dengan kenduri kahwin tu.. tambah pulak dah 3 hari tak makan vitamin Shaklee.. so memang pakej la untuk aku rasa petanda nak demam tu...

Hari ni, demam pun menjenguk.. badan rasa sakit-sakit.. selsema dan sakit tekak pun dah mula menyapa.. harap-harap cepat sembuh.. tak selesa sangat bila nak buat kerja dengan badan yg tak sihat ni.. 

Nanti free aku update lagi.. tu pun kalau larat.. take care guys!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Wednesday, May 15, 2013

WordLess Wednesday : Ayam

Check2 gallery phone pagi tadi, terjumpa gambar ni.. 


Ntah bila masanya Encik Adiey melukis gambar ayam dekat handphone aku ni agaknya.. ni mesti time handphone dia tengah charge then tak tau nak buat apa agaknya.. tak pun time tengah tension tak lepas level main game candy crush.. hahahaha..

Comel jer gambar ayam tu.. agaknya kalau ada anak nanti, Encik Adiey ajar tak anak lukis gambar ayam? ajar melukis kat handphone gitu.. jimat tak payah beli kertas lukisan banyak2.. hahahaha..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~ 





Photobucket

Tuesday, May 14, 2013

Keburukan dan Kebaikan Minum Ais

Dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, hari2 rasa nak minum ais.. dah lama sebenarnya aku cuba kawal daripada minum ais ni.. seminggu limit 2kali jer.. tapi minggu lepas nampaknya dah banyak kali pulak minum ais.. not good.. not good.. not good.. sebenarnya ada banyak keburukan dan kebaikan minum ais ni.. apapun, kena ambik dengan kadar yang berpatutan la kan.. jangan kunyah ais tu setiap jam pulak.. hehehe..



Orang kata minum ais ni tak elok.. boleh buat perut buncit la, tak baik utk kesihatan, menyebabkan masalah penghadaman & macam2 lagi la.. tapi, ada jugak yang kata minuman ber"ais" ni elok.. 

ha, macam mana tu? ada baik & buruknya pulak kan.. jom kita tengok keburukan & kebaikan tu.. 

  • Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
    • Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
    • Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
    • Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.


    Kebaikan Minum Ais Untuk Manusia :
    • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
    • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
    • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
    • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan 


Sebenarnya, boleh jer nak minum minuman ber"ais" ni.. tapi, jangan la kerap sangat kot.. maybe sesekali tu oklah kan.. tengok keadaan jugak.. kalau dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, kalau boleh nak minum ais jer.. sedap!!

Kalau ada yang nak mula membiasakan diri minum air masak dengan cukup mengikut keperluan harian, apa kata click link di bawah ni.. ada 3 tips untuk mudah minum air masak mengikut keperluan badan kita..

" 3 TIPS MUDAH MINUM AIR MASAK "


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, May 13, 2013

5S vs Kenduri Kahwin

Tajuk main belasah.. walaupun macam pelik, tapi aku dah kering idea nak letak tajuk apa.. jadi terima jer lah tajuk yang macam ntah apa2 tu.. 

Minggu ni boleh dianggap menguji ketahanan mental dan fizikal.. memerlukan aku makan Vitamin yang cukup! Vitamin apa? Vitamin Shaklee la!! hehehe.. 

Kat office kitaorang tengah sibuk buat 5S.. hari Khamis ni majlis besar-besaran untuk pensijilan semula 5S kat MOF ni.. dah masuk 4 tahun aku buat benda ni.. sampai rasa dah tak tau apa lagi yang nak di "5S"kan... hukhukhuk.. * ayat giler poyo macam teror sangat pasal 5S..

Sudut 5S di Bahagian aku

Patutnya, Khamis ni aku dah start cuti.. majlis nikah adik ipar hari Jumaat malam.. kalau ikut plan asal, Rabu lepas balik kerja dah terus balik kampung.. tapi sebab 5S ni, aku terpaksa balik Khamis tengahari lepas program selesai.. 

Ikut hati memang lantaklah program tu.. tapi, sebab aku memang handle 5S ni, so aku terpaksa korbankan cikit masa untuk make sure Bahagian aku perform on that day.. mana tau rezeki kitaorang menang pertandingan hari tu, dapat la RM3000.. Bahagian aku kecik babe, ada 23 orang jer.. kalau dapat RM3000 tu dah bersyukur sangat2.. kalau RM3000 tu dapat kat Bahagian yang ada 200 lebih orang tu maybe tak rasa best sangat kot.. hihihihi..

Balik kampung Khamis tengahari.. nikah hari Jumaat.. majlis kenduri kahwin hari Sabtu.. dah tentu2 aku  & family akan sibuk dengan majlis tu.. lagi2 ni majlis perkahwinan terakhir dalam keluarga.. so dianggarkan tetamu pun akan lebih daripada biasa.. insyaAllah.. semoga segalanya berjalan lancar..

Aku try untuk buat schedule entry kat blog ni.. ada banyak jer story.. tinggal sempat tak sempat jer nak update.. kalau senyap jer blog ni, korang faham2 la yer... sila jenguk blog2 lain dulu.. hehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Friday, May 10, 2013

Semuanya Hanyalah Pinjaman Daripada Allah


Untuk kita hidup lebih bahagia dan tenang, lihatlah ke bawah dan janganlah lihat ke atas.. kerana dunia ini bersifat seperti air laut, semakin diminum, semakin haus kita jadinya.. 

Dengan mensyukuri segala yang kita ada, maka ianya akan menambahkan rasa terima kasih serta bersyukurnya kita kepada Allah Yang Maha Pengasih..

Segala apa yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman Allah.. keluarga, suami, isteri dan anak yang kita sayang juga hanyalah pinjaman sementara daripada Allah.. mereka semua adalah amanah daripada Allah yang perlu kita jaga.. jadi, jangan pernah berasa diri kita terlalu sempurna kerana memiliki segalanya, sedangkan segalanya itu adalah pinjaman Allah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Wednesday, May 8, 2013

Saya Makin Jatuh Cinta Padanya!!

Perasaan saya ketika ini....


Semakin hari, semakin sayang..

Semakin hari, semakin suka..

Semakin hari, semakin ketagih dengannya.. *pelik bunyi ketagih ni.. ah, lantak lah!

Semakin hari, semakin kerap bersamanya..

Semakin hari, semakin teruja dengan kehebatannya..

Jatuh cinta padanya.. Jatuh hati padanya.. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Kesan pada diri sendiri:

- parut jerawat senang pudar
- jerawat cepat mengecut
- masalah kulit kering dapat diatasi
- kurang dijangkiti selsema dan batuk
- sistem penghadaman berjalan lancar
- tiada lagi gusi berdarah
- kuku tidak mudah patah
- paling best, masalah jerawat di muka dapat di atasi dengan berkesan!


Untuk maklumat lanjut, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza
http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau
direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ]..
fast reply, call/sms/whatsapp [ 013-6065246 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!



Photobucket

Tuesday, May 7, 2013

Jika ianya memang milik kita.....

Jika sesuatu itu milik kita, 
sesulit apapun jalannya,
apapun rintangannya,
pasti akan menjadi milik kita, 
kerananya ianya memang milik kita..

Tetapi, jika sesuatu itu bukan milik kita,
walaupun mudah jalannya,
walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya,
tidak akan pernah jadi milik kita,
kerana ianya bukan untuk kita..


Setiap kali berlaku perkara yang tak diingini berlaku dalam hidup aku, aku cuba untuk ingat balik kata2 kat atas tu.. kadang2, kalau hati aku tengah sedih, aku cuba untuk ulang kata2 tu berkali-kali.. memang kata2 tu tak boleh mengubah apa yang telah berlaku.. tapi, kata2 tu boleh mengubah aku untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.. :)



Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, May 6, 2013

PRU 13: Pengalaman Kali Pertama Mengundi

Pengalaman kali pertama mengundi.. harus catat dalam blog kan.. kenangan tu babe.. macam kenangan kali pertama bercinta la kiranya.. hehehe..

Semalam, pukul 7.45 pagi lagi aku dah siap.. memang nak mengundi awal sebab aku pergi mengundi sekali dengan kakak aku yang nak balik ke Johor seawal mungkin sebab abang ipar mengundi kat Johor.. semalam pergi naik kereta abah sebab abah dan mak memang bertugas untuk menghantar dan mengambil para pengundi yang nak ke tempat mengundi.. 

Pusat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu.. sebelum masuk pintu pagar, kena semak nama dekat kaunter semakan daftar pengundi.. dan diberikan sehelai kertas yang tertera nombor siri dan saluran tempat mengundi.. yang ni sebenarnya dari awal dah boleh tau, tapi prosesnya memang kena check kat kaunter tu, so kita check jer la.. tak sampai seminit urusan dekat kaunter semakan ni.. maybe sebab aku datang awal pagi kan..


Time beratur dekat saluran 5 tu, depan aku ada 10 orang jer.. 7 daripadanya ialah junior sekolah aku.. 2 orang senior aku dan sorang member sekolah aku.. memang tak ramai dan waktu menunggu kat saluran 5 ni hanyalah 10-15 minit..

Once dah masuk tempat pengundian, tetiba aku nampak yang pemerhati tu adalah anak kepada calon yang bertanding.. aku pun boleh dapat rasa dia kenal aku sebab dia senior sekolah aku.. *budget macam semua orang kenal ko eh zana??.. hahaha.. xdelah, aku rasa dia kenal plus bila sebut nama abah aku tu rasanya memang dia akan confirm kenal aku since memang nama abah tu ada 1 jer kat kampung aku..  dan aku pun boleh dapat rasa dia tau aku akan pangkah mana kot.. hukhukhukhuk.. *so adakah undi saya adalah rahsia?? hikhikhik

Masa masuk jer tempat mengundi, terus bagi IC kat pegawai yg bertugas.. bila dia check ada nama aku then terus dia baca nombor bilangan pemilih, nama & no.ic aku.. masa nama aku disebut tu, rasa macam "wah, aku ni dah dewasa sungguh! dah layak nak memilih pemimpin".. *giler poyo perasaan masa tu.. habis ko ingat ko muda lagi ke Zana sampai baru sekarang ko rasa ko tu dah dewasa?? hahaha.. 

Masa nak calit cari dengan "dakwat kekal", aku berdoa agar orang tu calit cantik jer kat jari aku.. hahaha.. risau kalau comot2 nanti nak masuk blog tak cantik.. hahahaha.. *again, statement poyo daripada aku sebagai seorang blogger.. tapi nasib baik dia calit cantik tau!

Since dah tau nak pangkah parti yang mana, terus jer pangkah X pada kotak yang berkenan.. tapi sebelum tu ada jugak belek kertas mengundi tu.. mana tau ada tanda2 or titik2 yang tak sepatutnya.. nak pangkah pun macam takut terlebih kotak or terkecik sangat.. nanti jadi undi rosak pulak.. eh, 1 undi pun berharga ok!!


Dah selesai mengundi, aku lalu dekat saluran kakak & mak aku.. panjang lagi barisan diaorang.. aku terus keluar dari pusat mengundi tu sebab memang pemerhati tak bagi yang dah mengundi berada di dalam pusat mengundi terlalu lama.. 

Sementara menunggu kakak dan mak mengundi, ambik gambar tangan dekat dalam kereta.. pelik abah tengok perangai aku.. hahhaa.. pukul 8.45 pagi dah ada kat rumah.. tu pun kalau ikutkan pukul 8.30 dah ada kat rumah tapi sebab menunggu mak dan kakak lama sangat kan.. 

Maybe aku keluar awal, sebab tu tak perlu beratur panjang.. macam abah aku, dia mengundi pukul 1 tengahari.. lagi sekejap!! maybe sebab tengahari semua orang malas nak beratur panjang2 kan.. akak aku yang nombor dua mengundi petang, ni pun tak berapa ramai.. aku rasa yang ramai tu sekitar pukul 9pagi hingga 12 tengahari.. tu rasanya time kemuncak kot kan.. 


Semalam gambar jari memang trending kat FB dan Instagram.. bagi aku ok jer.. tu menunjukkan semangat rakyat Malaysia yg keluar mengundi.. tu jugak menunjukkan yg kita yang layak mengundi telah mengundi!!! ini jugak salah satu sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia kepada negara.. 


Jari kami suami isteri.. walaupun duduk sebelah kampung, tapi kami mengundi untuk DUN dan Parlimen yang berbeza2.. adakah kami berdua menyokong parti yang sama?? UNDI KAMI ADALAH RAHSIA!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Selepas Keputusan PRU 13 : Kerajaan vs Pembangkang

Selamat pagi semua.. semoga hari ni dan hari2 mendatang akan membawa lebih banyak kebaikan kepada kita semua.. hari ni just nak kongsi beberapa ayat daripada rakan2 di Facebook tentang keputusan Pilihan Raya Umum 2013.. ayat-ayat ni datangnya daripada sama ada penyokong Kerajaan mahupun Pembangkang.. 



~ Bila Umat Islam (Malaysia) berpecah, bangsa lain mula mengorak langkah.. ~

~ Redha dengan keputusan sebab apa yang terjadi pasti ada keizinan Allah.. kalau kebenaran tak muncul di dunia, di akhirat nanti pasti ada..~

~ Sebelum mengundi, ramai yang cakap Allah akan menunjukkan kebenaran ini kali.. hope semua dapat terima kemenangan buat ini kali dengan tenang.. sama2 kita doakan negara kita akan terus aman..~

~ Saya nampak hitam, saya tau itu protes.. saya nampak sokongan, saya tau itu pendirian..~ 

~ Tahniah pada yg menang,, sila pastikan janji-janji manis anda ditepati.. jangan riak sangat bila dapat kuasa.. amanah besar tu Allah akan tanya di akhirat kelak..~

~ Saya cuba memblackoutkan rumah ni, tapi tak dapat.. kenapa ya? Oh, kerana rumah saya bukan tempat mengundi.. lupa..~

~ Kaum lain bersatu.. kamuku berpecah.. kaum lain berpadu, kaumku berbalah.. kaum lain berkemajuan, kaumku masih ketinggalan..~

~ Dari sorok kerusi Parlimen yang PR menang, better sorok kerusi roda Karpal Sigh~
Dan paling banyak ayat dalam FB, ayat ni paling banyak..

ESOK CUTI TAK?? TAK CUTI?? KENAPA??

Apapun keputusannya, kita doakanlah yang terbaik buat negara Malaysia.. semoga Malaysia akan terus aman, makmur, sejahtera dan dilindungi Allah selalu..


"KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA UMUM KE 13"

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Friday, May 3, 2013

Pilihan Raya Umum 2013 : Selamat Mengundi

Salam Jumaat semua..



2 hari sebelum menjelangnya pilihanraya.. ini kali pertama aku nak mengundi.. aku malas nak sentuh bab parti politik ni.. masing2 ada pendapat dan kepentingan sendiri.. jadi, kita sebagai rakyat Malaysia patutnya berdoa agar siapa pun pemimpin kita, bumi Malaysia ni sentiasa aman, makmur dan sejahtera.. jauhkan huru hara dan pertelingkahan hendaknya.. berdoa dan terus berdoa agar Malaysia akan terus dilindungi Allah hendaknya..

Petang ni rasanya ramai yang akan balik ke kampung untuk mengundi.. kebanyakan kita rasanya akan mengundi dekat kampung halaman daripada tempat tinggal kita kan.. kalau boleh, kita nak bantu keluarga kat kampung untuk dapat lebih banyak kemudahan.. dekat bandar kan dah banyak kemudahan katanya.. 

Selamat mengundi untuk semua.. pilihan mengundi adalah di tangan anda.. cuma, sentiasa beringat bahawa pilihan kita tu akan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita dan generasi kita yang akan datang.. 

Untuk yang pulang ke kampung untuk mengundi, hati2 di jalan raya.. jangan terlalu gopoh ketika memandu k.. sama2 nak balik mengundi, sama2 nak pilih pemimpin.. so, x perlu nak rushing2 sangat.. 

Dan aku rasa besarlah harapan rakyat Malaysia agar Isnin depan diberikan cuti umum kan.. hihihi.. syoknya kalau dapat cuti.. :)

Kalau ada yang belum mendaftar tu, cepat2lah mendaftar.. walaupun pilihanraya akan datang 5 tahun lagi, tapi x salah kalau mendaftar awal.. ajal maut di tangan Allah.. kalau ada kawasan yang buat pilihanraya kecil, bukan ke kawasan tu akan mengundi sekali lagi.. so kalau kena tempat kita, kita dah boleh mengundi pada masa tu.. 

Kalau ada yang kata buang masa balik mengundi ni, beringatlah bahawa kita perlukan pemimpin untuk pastikan negara kita ni lebih maju.. kalau tak nak mengundi, jangan kecoh2 nak berpolitik sana sini yer.. ni cakap pasal politik sana sini tapi rupanya tak mengundi pun.. adoooiiiiii...

Semoga pilihan raya kali ni membawa lebih banyak perubahan yang positif buat kita semua.. kena fikir juga untuk generasi akan datang..  :)

~SELAMAT MENGUNDI~

Salam sayang untuk semua!!

With love, 
~ aDieyZa ~

Photobucket

Thursday, May 2, 2013

Bila Wanita Mula Berkata ........


Wahai wanita-wanita di luar sana, rasanya betul tak apa yang tertulis kat atas tu? bagi aku, memang betul.. walaupun jarang sekali ianya berlaku dalam kehidupan aku sendiri, tapi aku boleh katakan perkara ni kebanyakannya betul..

Biasalah perempuan kan, mana suka cakap terus terang.. suka bagi hint2.. dapat lelaki (suami) yang faham, ok lah jugak kan.. tapi kalau dapat yang tak berapa nak faham maksud tersirat tu yang agak payah..

Contohnya, kalau kalau perempuan merajuk atau terasa hati, perempuan ni akan cakap "fine" untuk elakkan perkara tu jadi lebih besar.. tapi, besarlah harapan perempuan ni agar lelaki memujuk dan menenangkannya.. dapat yang faham, dapatlah pujuk rayu kan.. dapat yang tak faham? terus ambik penyapu sapu rumah laju2 dengan hati berlagu pilu.. hahahaha...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...