Tuesday, July 30, 2013

Luahan Hati Menjelang Hari Raya Sebagai TTC

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.. semoga segala amalan kita diterima oleh Allah hendaknya..

Bila dah nak dekat raya, hati mula dilanda sedikit resah.. resah dengan situasi yang bakal dihadapai sewaktu bersemuka dengan sanak saudara & sahabat handai.. bohong kalau aku katakan yang aku tak fikir langsung tentang soalan "cepu emas" tu.. dan aku rasa semua rakan2 yang diberikan dugaan yang sama jugak merasai debarannya.. 

Tahun ke 4 bakal beraya sebagai isteri.. tahun ke 4 bakal mendengar soalan yang tidak ada tanda noktahnya.. tahun ke 4 bakal menjawab soalan yang aku tiada jawapannya.. Ya Allah, kuatkanlah hati dan perasaan kami suami isteri dalam menghadapi segala dugaan dan ujian daripada-Mu Ya Allah..

Nak salahkan orang lain, tak boleh jugak.. ramai jugak yang bertanya sebab diaorang kata tak sabar nak tengok zuriat kami suami isteri.. ada jugak yang bertanya sebab diaorang kata mesti nanti banyak tips penjagaan anak yang aku boleh kongsikan dekat blog.. tapi sebenarnya lebih ramai jugak yang bertanya sebab diaorang terlalu "ambik berat" tentang kehidupan kami suami isteri..

Apa yang aku boleh buat, cuba bertenang sebelum soalan "cepu emas" tu bertalu-talu aku dengar.. perlu tenang supaya mood kegembiraan hari raya tak dirosakkan begitu sahaja!

Jawapan pada soalan hanya akan dijawab mengikut bentuk soalan.. sekiranya kasar soalannya, kasar jugaklah jawapannya.. sekiranya lembut soalannya, lembut jugaklah jawapannya.. aku perlu menjaga hati sendiri sebelum menjaga hati orang lain.. :)




Aku tak pernah keseorangan.. masih ada suami yang sentiasa menyokong.. masih ada keluarga yang sentiasa beri kata2 semangat.. masih ada kawan-kawan yang sentiasa beri tips dan nasihat.. terasa bertuahnya dikurniakan mereka yang baik hatinya.. 

Untuk sesiapa yang mengalami perkara yang sama, jom kita mula tenangkan diri daripada sekarang.. mula untuk tersenyum walaupun ada yang akan menyakitkan hati kita.. jangan rosakkan kegembiraan kita dengan soalan2 yang kita tak ada jawapannya.. tenangkan diri, tarik nafas dalam2, hembus dengan ketenangan & senyum.. 

Nota cinta : rasa tenang & bersemangat lepas baca entry daripada Kekda tentang isu zuriat.. 

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, July 29, 2013

Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan


Semoga kita dapat mempertingkatkan ibadah kita di 10 malam akhir bulan Ramadhan tahun ini.. insyaAllah..

Photobucket

Wednesday, July 24, 2013

Kek Anniversary : Tempahan Sekitar Putrajaya



Pagi-pagi dah menggodakan orang lain dengan gambar Kek Coklat.. maafkan saya.. 

Jangan cakap aku buat kek ni.. sebab ramai sangat yang ingat aku buat.. oh, aku rasa la kan kalau aku yang buat, memang tak akan menjadi macam tu la kan.. hehehe..

Aku order Kek Coklat ni dengan Sal @ SKA ( http://salmikhairil.blogspot.com/ ).. Sal ni blogger yang menjual pelbagai jenis kek.. pavlova ada, apam polkadot ada, cream puff, cheese cake, rainbow cake dan yang paling terbaru Sal ada buat perkhidmatan Chocolate Fountain.. pergh, macam2 ada..

Kek Coklat yang aku order semalam lembut sangat.. makan kek ni sambil feeling2 macam makan kek pengantin.. lagi sedap.. hahaha.. Sal punyalah gabra nak menulis "adieyza" dekat atas kek tu.. hehehe...

Kalau sekitar Putrajaya ni, boleh la cuba order dengan Sal ni.. setakat ni aku order memang tak pernah menghampakan.. lagipun kalau bab hiasan dekat kek tu, x perlu risau langsung.. melambak2 Sal letak buah atas semua kek dia.. serius tak tipu.. korang boleh tengok semua pavlova yang Sal buat.. melimpah2 buah atas pavlova tu!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Tuesday, July 23, 2013

aDieyZa 3rd Wedding Anniversary - Syukur Alhamdulillah



Syukur Alhamdulillah.. genap 3 tahun bergelar suami isteri.. pengalaman yang cukup indah untuk diabadikan dalam diari kehidupan aku sebagai seorang isteri..

Berkongsi kisah suka duka segalanya dengan seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang.. berkongsi ketawa dan tangisan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi pendengar setia.. berkongsi kehidupan dengan seorang lelaki yang direstui oleh seisi keluarga.. berkongsi segala-galanya setiap hari dengan seorang insan tersayang yang bergelar suami..




Dikelilingi degan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami suami isteri menjadikan kami terharu.. dikelilingi dengan ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keharmonian kami suami isteri menjadikan kami pasangan yang cukup bahagia.. bahagianya dikelilingi mereka-mereka yang baik hati budinya.. terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan mereka di dalam kehidupan kami..

Hanya iringin doa agar Allah mempermudahkan hubungan kami sebagai suami isteri.. jika anak yang kami minta, takut ianya tidak seperti yang kami inginkan kerana Allah itu Maha Mengetahui bilakah waktunya.. jadi biarlah kami berdoa agar Allah memberikan yang terbaik buat perkahwinan kami.. soal anak itu kami serahkan segala-galanya kepada Allah Yang Maha Esa..

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, July 22, 2013

Menanti Hari Esok



Ambik mood untuk hari bahagia esok.. terus letak gambar kahwin sebagai cover FB.. feeling2 pengantin baru sentiasa.. hehehe..

Tengok gambar kahwin 3 tahun lepas.. tersenyum simpul sendiri.. kenangan semasa majlis perkahwinan sememangnya sesuatu yang terlalu indah bagi semua pasangan suami isteri kan?

Esok, genap 3 tahun menyulam cinta halal bersama Encik Adiey.. rasanya terlalu pantas masa berlalu.. sedar tak sedar, dah 3 tahun berkongsi kisah suka duka kehidupan dengan seorang lelaki yang bergelar suami. 

Pantasnya masa berlalu.. kalau ada anak, dah berlari agaknya si comel tu kan.. tapi, Allah Maha Mengetahui.. Allah lebih tau apa yang aku perlukan dalam kehidupan ni.. :)

Mood: tak sabar menanti hari esok.. hari2 adalah hari cinta.. tapi esok terlebih cinta!!!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Friday, July 19, 2013

Tips Alam Perkahwinan : TERIMA KASIH

Hati perempuan memang mudah tersentuh dengan perkara-perkara kecik kan? 

Rasanya sekarang ni kebanyakan suami memang memahami tanggungjawab suami isteri.. tak bermakna semua kerja rumah diselesaikan oleh isteri.. tak semestinya semua urusan di dapur disempurnakan oleh isteri.. tak bererti semua urusan menjaga anak diuruskan oleh isteri..

Lelaki zaman sekarang ni nampak lebih memahami dan bertolak ansur.. maybe banyak perkongsian motivasi di media terutamanya media sosial tentang peranan seorang suami dan isteri.. ada jugak hikmahnya bila ustaz/ustazah/pakar motivasi tulis sesuatu yang baik di media sosial kan?
Masa mula berkahwin, Encik Adiey pelik sebab aku banyak ucapkan TERIMA KASIH kat dia.. dia tolong buang sampah aku cakap terima kasih.. dia tolong letak balik apa yang dia ambik kat tempat asal pun aku cakap terima kasih.. dia tolong basuh 1 cawan yang dia guna untuk minum pun aku ucap terima kasih..



TERIMA KASIH.. nampak perkataan yang simple tapi banyak keajaibannya! cuba bayangkan kalau suami tak tolong buang sampah? mesti nanti ada bau sampah kat rumah kan? cuba bayangkan suami tak letak barang di tempat sepatutnya? mesti nanti rumah makin selerak kan? cuba bayangkan suami tak tolong basuh peralatan yang dia guna? penuhlah sinki kat dapur tu kan?

Memang semua benda tu isteri boleh buat sendiri.. tapi kalau suami bantu bukan ke lebih mudah urusan rumahtangga? kalau suami bantu bukan ke isteri boleh gunakan masa yang ada untuk berehat sekejap? kalau suami bantu bukan ke isteri boleh guna masa yang ada untuk mempersiapkan diri sebelum bersama dan bermanja dengan suami serta anak2?

Bila mudah urusan rumahtangga, insyaAllah keadaan rumah akan lebih kemas, teratur dan sentiasa selesa.. bila isteri dapat berehat sekejap, insyaAllah isteri akan lebih bertenaga untuk buat segala tugasan rumah lepas tu dan siap pakej dengan senyuman sepanjang masa sebab suami sudi nak membantu.. bila isteri ada masa untuk mempersiapkan diri untuk bersama suami serta anak2, insyaAllah isteri akan sentiasa kelihatan cantik dan menawan di hati suami & anak2.. 




Bila isteri atau suami rajin ucapkan TERIMA KASIH, insyaAllah pasangan akan sentiasa menghargai dan rasa ingin sentiasa menolong.. pasangan akan rasa segala yang dilakukan tu bermakna dan dihargai oleh pasangan.. bila pasangan rasa dihargai, insyaAllah hubungan akan lebih mesra..

Memang kadang2 suami menolong tapi hasilnya tak seperti yang kita harapkan.. tapi jangan perlekehkan usaha diaorang.. macam aku, Encik Adiey kalau tolong lipat baju memang agak "kelam-kabut".. dah macam roti canai kirai dia lipat.. dalam kata mudahnya dia memang tak pandai lipat baju.. 

Tapi sebab dia nak tolong, aku hargai dan cuba tak kutuk hasil dia lipat baju tu.. sebab kalau kita kutuk2, dia jadi malas nak tolong & rasa tak dihargai.. just cakap TERIMA KASIH dan bagitau lepas ni biar kita buat sendiri sebab kita tak nak susahkan dia.. then, kalau dia faham maksud tersirat kita, dia akan cuba bantu dengan buat benda lain.. macam Encik Adiey sebab dia tak pandai lipat baju, dia ambik alih tugas basuh & sidai baju.. toleransi tu penting kan?

So, kalau nak pasangan rajin membantu, kita pun kena rajinkan diri untuk menghargai setiap perkara kecik yang pasangan kita buat.. rajinkan diri untuk ucapkan TERIMA KASIH walaupun pertolongan yang pasangan buat tu terlalu kecik/remeh/biasa.. insyaAllah daripada perkataan TERIMA KASIH tu kita akan dapat lebih banyak kebaikan bersama dalam perkahwinan..

Nota cinta: TERIMA KASIH sebab sudi baca entry saya! hehehe

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Wednesday, July 17, 2013

Baju Sedondon Suami Isteri : Penting Atau Tidak?

Ada yang kata sedondon itu nampak mesra.. ada yang kata sedondon itu nampak bahagia.. ada yang kata sedondon itu nampak serasi.. ada yang kata sedondon itu seperti boria.. ada yang kata sedondon itu seperti tiada apa..

Apapun tafsirannya, setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza.. kita tak boleh nak kawal kata-kata dan permikiran orang lain.. apa yang kita perlu buat, hanya nikmati kehidupan kita dengan bahagia..


~ Mr Adieyza & Mrs Adieyza ~


 Ada jer orang yang kata kata suami yang suka sedondon dengan isteri tu seperti di "queen control".. oh, nakalnya mulut orang tu kan.. tak pasal-pasal isteri dapat gelaran "queen control".. not good yer! isteri bukan sajer2 nak paksa suami pakai baju sedondon.. mesti isteri ada sebab tertentu.. maybe nak nampak serasi, maybe jugak nak senang cari pasangan semasa orang terlalu ramai atau maybe jugak sebab suami yang beria2 nak pakai sedondon.. macam kes aku, Encik Adiey sendiri yang beria pilih design untuk baju sedondon ni.. so, jangan cepat buat kesimpulan yang isteri "queen control" yer..


~ You Are My Everyting ~


Ada jugak yang kata untungnya dapat suami yang boleh pakai sedondon selalu.. tapi sebenarnya, untung rugi tu kita yang "cipta".. tak bermakna rugi kalau suami tak nak pakai sedondon.. tak bermakna rugi kalau suami menolak permintaan isteri untuk sedondon.. dan tak bermakna untung kalau suami suka untuk pakai baju sedondon.. tiada istilah untung rugi dalam perkahwinan! 



~ King Adiey & Queen Zana ~


Ada jugak yang kata nampak mesra & serasi bila pakai sedondon.. tapi perlu diingatkan, mesranya pasangan tu tak semestinya daripada pakaian yang sedondon.. boleh jadi nampak mesranya pasangan tu bila mana suami mendokong anak kecil mereka.. boleh jadi nampaknya serasi pasangan tu bila mana suami sudi berkongsi minuman atau makanan dengan isteri.. dan boleh jadi jugak nampaknya mesra dan serasi pasangan itu bila mana mereka saling jalan berpimpin tangan walaupun mereka tak pernah nak pakai baju yang sedondon.. mesra, serasi dan bahagia itu subjektif..


Tak kisah la sedondon atau tak.. yang penting, kita suami isteri sentiasa bahagia.. bahagia itu tak boleh dilihat luaran atau fizikal semata-mata.. kadang tu ada jer yang kita nampak suami tu macam tak romantik, tapi hanya isteri dia jer yang tau betapa romantiknya suami dia tu.. sebab tak semua orang suka menunjuk sifat romantik tu depan orang lain kan? ianya kan EKSKLUSIF! 

SETUJU?

Nota cinta: Baju sedondon atau tidak itu tak terlalu penting.. yang penting, hati mestilah "SEHATI SEJIWA"

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, July 15, 2013

Iftar Bersama Keluarga Mertua

Sabtu hari tu terasa betul meriahnya Ramadhan.. 3 hari berbuka berdua-duaan, tapi Sabtu hari tu dapat buka beramai-ramai dengan in law.. seronok!

Pagi Sabtu dah pergi ke pasar nak beli barang2 nak memasak.. gabra! sebab aku tak pernah beli barang memasak untuk sekali banyak untuk lebih 10 orang.. yang datang berbuka dalam 14 orang.. masa nak beli asyik la terfikir, cukup ke tak, cukup ke tak.. nampak sangat tak pandai nak manage dapur kan.. hahahaha..

Nasib baik jugak la aku ada 2 orang biras yang sangat2 membantu.. tengahari tu ambik diaorang kat Klang sebab suami diaorang kerja Sabtu tu.. diaorang la banyak bantu kat dapur petang tu.. kalau harap aku sorang, mau terbalik dapur tu.. hahaha.. Thank you so much Nurul & Fairuz!

Dah la puasa kan.. tak boleh nak merasa2 makanan.. lepas tu masak sekali banyak.. memang aku risau sangat.. risau makanan tak cukup.. risau rasa tak sedap.. macam2 aku fikir kat dapur tu.. dengan nak make sure pinggan, mangkuk, cawan, senduk, sudu & segala peralatan nak makan nanti cukup.. ohoiiiiii, gabra babe! nampak sangat jarang ke dapur ni sampai skill nak uruskan jemputan makan2 kat rumah pun tak pandai.. 

Mak mertua datang dah pukul 6 lebih.. masa tu tinggal nak goreng popia & buat kuah popia jer.. yang lain dah siap.. tinggal nak hidang kat bawah jer.. sebab ramai sangat kan, so makan kat bawah jer la hari tu.. dah tu mana nak sumbat semua dekat meja makan yang muat 6 orang tu jer kan? hehehe.. 


Menu berbuka hari tu, 

- ayam masak sambal
- sambal goreng tempe (Jawa Version)
- kobis masak lemak putih
- siput sedut masak lemak
- sayur campur
- telur dadar
- sambal belacan
- ulam raja
- homemade popia & sos
- karipap
- tembikai susu
- jus buah


Time berbuka semua makan senyap jer.. tak tau senyap sebab sedap ke sebab tak sedap ke atau sebab lapar berpuasa.. hehehe.. tapi diaorang makan bertambah & lauk habis memang lega la.. dan nasib baik jugak mak mertua bagitau sedap.. oh, leganyaaaa rasa.. 


Lepas solat Maghrib semua, sambut birthday adik ipar bongsu.. since semua dah ada kan, so boleh la makan kek sama2.. sekejap jer kek boleh habis sebab ramai yang makan.. 


Memang meriah sangat bila dapat berkumpul ramai2.. riuh rendah dengan suara anak2 buah yang comel.. masing2 berlari tak reti duduk diam.. yang adik beradik sibuk citer tentang game Candy Crush.. hahaha.. serius tak boleh bla.. mak & ayah buat muka pelik apa lah yang anak menantu borak kan.. hehehe..


So, happy sangat weekend hari tu.. walaupun rumah aku kecik, rumah kuarters jer pulak tu diaorang masih sudi nak berbuka sama2 kat rumah aku.. maybe salah satu sebab nak buka rumah aku sebab aku tak ada anak lagi kot.. so, nak bagi peluang lebih kat aku untuk memasak tanpa gangguan anak kecik.. hehehe.. 

Nota cinta: pengalaman menerima tetamu yang ramai untuk tumpang tidur di rumah dah pernah merasa.. pengalaman menerima tetamu yang ramai untuk berbuka puasa di rumah pun dah merasa.. pengalaman yang berharga!

 Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Friday, July 12, 2013

Rezeki Bonus Di Pertengan Bulan

Syukur Alhamdulillah..



Duit bonus dah masuk hari ni.. jadinya dah boleh buat budget untuk persiapan raya nanti.. dah boleh plan untuk buat stok business sebab stok business sekarang ni memang tak boleh simpan lama2.. asyik ada jer yang nak order.. Alhamdulillah..

Bermula dengan 2 angka! ya, memang bulan pertama bonus hanya 2 angka.. tapi meningkat ke 3 angka sekarang.. target nak 4 angka pulak dalam tempoh masa 2 bulan akan datang.. 

Business hanya dibuat separuh masa.. maklumlah aku kan memang tengah bekerja.. so order untuk business semua kena buat lepas office hour.. reply PM customer waktu lunch.. petang balik keje submit order.. malam, coaching online dengan rakan2 business or study tentang produk.. seronok!

RMC Shaklee Team Members

Last week pun ada gahtering dengan rakan2 business.. dengar pengalaman kawan2 yang dah dapat 4 angka.. memang serius teruja.. diaorang pun kerja jugak, ada anak tapi boleh buat.. so rasanya tak ada alasan untuk aku tak fokus untuk target 4 angka tu.. nak target 5 angka tu kena tunggu dapat 4 angka dulu.. hehehe..

coaching sambil dukung anak, suap anak makan.. santai but still bermanfaat..

Gathering plus coaching memang selalunya kat rumah.. boleh bawak suami & anak2.. anak2 main sama2, suami borak sama2, para isteri sibuk share idea/tips untuk business.. meriah!

Para suami yg sentiasa menyokong isteri

Jangan tak percaya yang suami masing2 teruja nak sokong business isteri sebab diaorang dah nampak hasilnya.. so, setakat ni kalau aku nak COD/pos barang kat customer, Encik Adiey memang ikut.. sebab dia tau ada hasil di atas apa yang aku buat tu..

Nak jugak bonus masuk pertengahan bulan? nak tau macam mana boleh dapat bonus pertengahan bulan?

SHAKLEE!!!

Dengan SHAKLEE, kita boleh beli vitamin untuk makan sendiri/keluarga.. kalau beli untuk stok keluarga pun dah boleh tambah duit poket.. lagipun bonus SHAKLEE bagi setiap bulan yer.. 


Business Shaklee memang mudah.. 

~yuran keahlian hanya RM65 + RM10 (postage)

~bonus setiap bulan even kalau hanya beli vitamin untuk makan sendiri.. 

~ tak memerlukan maksimum order.. 

~tak perlu nak simpan stok banyak2.. 

~order vitamin dengan Shaklee hanya melalui call/emel.. kalau ada masa lebih, boleh la beli direct dekat Shaklee..

~kalau nak gie kelas, depan komputer pun boleh, waktu malam2 pun boleh.. maklumlah, kelas untuk business ni 90% melalui online! 

~kalau nak virtual class pun, boleh angkut suami & anak2 sekali.. santai jer kelasnya.. 

~kalau agak2 tak ada masa nak ke pejabat pos, Shaklee sendiri yang tolong poskan vitamin dekat pelanggan.. 


Jadi, kalau ada yang pernah amalkan Vitamin Shaklee ni, apa kata korang join jadi ahli.. banyak kebaikannya.. badan sihat plus poket pun sihat.. hehehe.. dapat jugaklah tolong cover perbelanjaan seharian kan.. sambil makan vitamin untuk diri sendiri pun dah boleh jana pendapatan!

Untuk info, boleh call/sms/whatsapp aku (013-6065246).. if nak emel pun boleh (adieyza_1110@yahoo.com).. kalau nak tinggalkan jer komen kat entry ni pun boleh, tapi jangan lupa bagi emel yer, senang nak contact..

Credit photo to RMC Shaklee Team Member!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Thursday, July 11, 2013

Luahan Hati Seorang TTC (Trying To Conceive)

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Julai.. bulan cinta kami suami isteri.. bulan yang terdapat hari yang terlalu indah untuk dikenang sehingga akhir hayat..



Masa tahun pertama berkahwin, relaks jer lagi bila orang tanya.. masih awal.. masuk tahun kedua, aku still boleh relaks lagi.. dan masuk tahun ketiga berkahwin, aku still boleh relaks lagi..

Relaks maksud aku bukan relaks tanpa usaha! relaks maksud aku ialah tak mahu stress dan serabutkan diri dengan terlalu memikir perkara ni sampai ganggu hubungan aku dan Encik Adiey..

Aku sentiasa fikir untuk membahagiakan perkahwinan kitaorang.. sentiasa fikir macam mana nak buatkan Encik Adiey happy.. sentiasa fikir macam mana nak bagi hubungan kitaorang sentiasa mesra.. itu lagi penting!

Tipulah kalau kata aku tak pernah rasa stress atau sedih.. pernah jer rasa.. tapi, aku memang betul2 bertuah sebab suami, family & kawan2 sentiasa bagi kata2 semangat kat aku.. asal rasa sedih or stress jer, aku cepat2 call/sms diaorang.. time tu jugak dapat luah dan time tu jugak rasa lega.. 

Mungkin orang nampak aku relaks.. sampaikan ada yang kata aku ni tak berusaha untuk dapat anak.. siap kata yang kalau dia jadi aku, dia akan ikhtiar sehabis baik untuk dapat anak.. perasaan aku masa tu?? marah la!! 

Marah sebab dia tak tau apa yang aku usahakan.. dia tak nampak apa yang aku buat.. dia tak tau betapa letihnya berjumpa doktor setiap bulan semata2 untuk berusaha mendapatkan seorang anak! dia tak tau berapa duit aku habis untuk ikhtiar supaya badan aku ready untuk ada anak..

Bila aku bagitau apa yang aku ikhtiarkan, dia boleh pulak jawab kenapa aku tak pernah cerita semua tu.. gilerrrr.. tak kan semua benda aku nak share dengan orang lain??? mana privacy hidup aku suami isteri??

Sebenarnya, keadaan sekeliling yang membuatkan aku & rakan2 TTC lain yang stress.. sebab pertanyaan yang tak berhenti daripada daripada orang sekeliling la yang membuatkan kitaorang rasa rendah diri.. kalau orang tak tanya, kitaorang masih boleh bertenang lagi.. 

Kadang tu ada yang melabel kami ni "anti-sosial".. sebab banyak majlis gathering tak nak hadir.. kalau dah pergi gathering, reunion or majlis kahwin yang kitaorang pergi orang asyik tanya "datang berdua ke?", "belum ada anak ke?", "tak jeles ke tengok kawan2 lain dukung anak?".. kalau dah asyik soalan tu jer yang korang tanya, manalah kami tak jadi "anti-sosial".. tapi, setakat ni aku masih boleh join semua gathering  if betul2 aku & Encik Adiey free.. kalau dah tak free, tak kan nak join jugak kan? tu yang agaknya ada yang kata kami TTC ni "anti-sosial" kot.. 

Kalau persoalan "bila nak ada anak ni?" tu ditanya, boleh tak kitaorang tanya balik soalan, "bila nak meninggal dunia ni?".. nampak macam kasar kan soalan kita tu??

 Tapi maksud tersiratnya adalah, "kita tak tau apa yang Allah aturkan untuk hidup dan mati kita.. kita tak tau apa yang Allah nak beri pada kita.."

Niat nak tulis entry ni bukan nak mintak simpati apatah lagi nak mengharap orang faham kami TTC ni 24 jam.. cuma minta agar ada sedikit kesedaran untuk kita lebih berhati-hati dengan soalan yang bakal kita ajukan.. 

Soalan tentang bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak, bila nak cari kerja yang gaji lagi besar, bila nak beli rumah dan segala soalan yang terlalu peribadi better kita tak perlu tanya.. sebab setiap orang berbeza keadaannya..

Siapa yang tak nak ada pasangan hidup? siapa yang tak nak ada anak lepas berkahwin? siapa yang tak nak gaji besar? siapa yang tak nak ada rumah mewah? semua orang nak.. tapi, tak semua orang boleh dapat segala apa yang dia nak.. sebabnya, "ALLAH AKAN BERI APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA NAK"..

Nota cinta: entry ni untuk peringatan diri sendiri jugak.. sama2 mengingati & berpesan2.. 

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Wednesday, July 10, 2013

Pengalaman Berpuasa Sebagai Isteri



Syukur Alhamdulillah... masih bernafas di bumi Allah hari ni.. masih berpeluang untuk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.. masih diberi kesempatan waktu untuk menunaikan Rukun Islam Ketiga..

Tahun ni merupakan tahun keempat berpuasa sebagai seorang isteri.. bulan pertama berkahwin & bergelar isteri dah bertemu bulan Ramadhan.. kebetulan pulak, hari pertama berpuasa tahun 2010 tu adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke 24 tahun.. memang perasaan yang indah ketika tu..

Tahun pertama berpuasa sebagai isteri agak mendebarkan! memandangkan sebulan berkahwin dah menempuhi bulan Ramadhan, so masa tu memang kekok jugak la.. kalau sebelum ni just tolong mak untuk siapkan hidangan bersahur, kali ni aku pulak yang kena uruskan semuanya sendiri sorang2.. bangun pagi tak ada masalah.. maybe aku memang jenis yang bunyi alarm terus bangun.. tapi part nak memasak di awal pagi tu yang aku bermasalah.. gabranya!!!

Time nak berbuka lagi gabra tak ingat.. balik kerja tunggang langgang dapur tu.. risau tak sempat masak la kononnya kan.. sebab masa tu mestilah nak tunjuk skill terhebat dekat suami kan.. baru berkahwin la katakan.. hehehe.. tapi separuh daripada waktu berbuka tahun pertama tu aku banyak pergi bazar Ramadhan sebab masih tak berapa rajin nak ke dapur.. hehehe..

Tahun kedua berpuasa sebagai isteri, dah mula pandai budget masa.. dah tau jugak menu kesukaan suami bila bersahur & berbuka.. paling penting nasi & lauk mesti panas.. masa berbuka pun dah mula pandai budget masa.. cuma macam biasa, still rasa macam tergopoh-gopohnya buat kerja kat dapur.. tahun kedua boleh dikatakan 30% membeli di bazar Ramadhan.. kurang ke bazar sebab rasa masak kat rumah lagi sedap dan jimat!

Tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dah makin matang.. dah makin bijak uruskan persiapan bersahur dan berbuka untuk suami.. dah siap sediakan bahan memasak untuk bersahur sebelum tidur malam.. dah siapkan sediakan bahan memasak untuk berbuka selepas bersahur..  so senang balik petang tu nanti tinggal masuk jer semua bahan dalam kuali.. jimat masa!!! plus tahun ketiga berpuasa aku dah mula rasa yang skill memasak tanpa merasa makanan terlebih dahulu dah bertambah baik.. hahaha.. kalau tak kan, asyik la tak yakin memasak tanpa merasa terlebih dahulu..  dan pada tahun ketiga ni aku ke bazar Ramadhan hanya 2 kali sahaja.. itupun sebab nak beli murtabak.. selebihnya, hanya bersederhana dengan masakan yang dimasak di rumah.. 

Since aku ni tak adalah pandai sangat memasak, so menu masakan memang banyak berulang.. tapi, nasib baik Encik Adiey jenis yang menyokong.. dia kata janji ada nasi & lauk yang panas.. kadang tu ada jugak la dia request nak menu apa.. kalau menu yang aku tau kira oklah.. kalau menu yang aku pernah makan tapi tak pernah masak memang rasa macam "arrggghhh, napelah aku tak pandai masak lauk tu??".. tapi nasib baik "encik google" ada.. hahaha.. dan nasib baik jugak selalunya menjadi.. hehehe..  

Tahun keempat ni aku harapkan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.. sahur pagi tadi ada orang tu terlebih baik hati bangun waktu yang sama.. bila kita tanya nak gie mana dia jawab, "nak masak nasi".. oh, kenapa tetiba nak sweet sangat ni??? tapi aku tak sampai hati.. aku suruh jer dia tido dulu & dah settle nanti aku kejut.. 

Maybe semuanya nampak biasa sebab kitaorang masih berdua.. tak ada anak yang perlu dijaga di waktu tengah sibuk memasak.. tak ada anak yang perlu dijaga di meja makan sewaktu bersahur dan berbuka puasa.. tapi, sebenarnya jauh di sudut hati kami mengharapkan agar kami merasai pengalaman manis itu.. semoga ianya termakbul suatu hari nanti..

Salam 1 Ramadhan untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan Buat Semua



Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua pembaca blog adieyza.blogspot.. kami suami isteri serta seisi keluarga mendoakan agar Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan tahun sebelum-sebelumnya..

Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa & amalan2 sunat di bulan puasa dengan lebih baik hendaknya.. diharapkan agar segala kebaikan kita diterima oleh Allah.. insyaAllah.. 

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di Johor Bahru!

Memandangkan esok dah bermulanya bulan Ramadhan, jadi hari ni aku keluarkan dulu entry jalan-jalan cari makan masa bercuti di Johor Bahru (JB) awal bulan hari tu.. ni edisi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) la kiranya.. 


Since percutian kali ni bersama-sama dengan anak jati JB, jadinya edisi Jalan-Jalan Cari Makan di sekitar JB hari tu lebih meriah, menarik & menguntungkan!!!


3 hari bercuti tu memang banyak tempat makan best2 yang aku dapat pergi.. banyak menu masakan yang pertama kali aku rasa.. serius, semuanya sedap! sebab tu aku boleh katakan yang kebanyakan makanan di Johor ni memang dijamin sedap!!!

Sebelum pergi JB lagi, Cinta dah bagitau nak bawak makan Kacang Pool.. aku memang tak pernah makan pun.. 


Once Kacang Pool terhidang depan mata, terus bau satu aroma yang sungguh sedap! bila dah rasa, serius sedap!!! kombinasi adunan dalam menu ni memang menyelerakan.. makan dengan roti yang super lembut tu lagilah best! memang sedapppppppppp..   *nasib entry ni keluar sebelum puasa.. kalau tak nanti, ada pulak yang kurang pahala puasa.. hehehe..


Kalau dah ke Johor, tak sah rasanya kalau tak cuba Mee Bandung.. kebanyakan Mee Bandung kat Johor ni memang sedap.. lokasi kedai yang aku cuba Mee Bnadung ni area Gelang Patah kalau tak silap.. kedai kecik jer.. tapi menu boleh membuatkan selera bertambah besar! hehehe..


Serius, feel makan Mee Bandung kat JB ni jauh lagi sedap berbanding makan Mee Bandung di Putrajaya.. hahaha.. Mee Bandung ni ada udang yer.. cuma aku awal-awal dah bagi Encik Adiey udang tu sebab aku kan tak makan udang.. hehehe.. 

Kalau ke JB, jangan lupa singgah Medan Selera Kampung Melayu.. dekat situ, berderet kedai makanan yang semuanya sedap2! memang ramai sangat orang sampai ko kena beratur untuk dapatkan tempat duduk.. masa ke sini, aku datang dengan kakak aku yang kat JB tu.. dia datang ambik kami kat hotel untuk bawak jalan2 petang tu..

Menu kat situ terlalu banyak.. tak sempat nak ambik gambar banyak sebab orang terlalu ramai, plus aku teruja giler tengok terlalu banyak menu yang sedap2.. hahaha.. masa aku datang tu, aku cuba Yong Taufu, Bubur Nasi Ayam, Rojak, Nasi Ayam, Laici Kang dan yang paling sedap sampai sekarang tak boleh lupa adalah ABC!!! 





Serius sedappppp sangat ABC kat situ.. beratur panjang nak order tu.. dah la sedap, murah pulak tu.. coklat melimpah-limpah dekat ABC tu.. kalau nak tapau bawak balik pun tak ada masalah sebab diaorang punya packaging memang terbaik.. *sambil taip ni pun dah berapa kali aku terbayang & telan air liur.. sedap sangat sampai susah nak lupa.. hehehe

Waktu lunch hari pertama memang betul-betul best! makan tepi laut.. lokasi lunch pilihan kami adalah Restoran Nelayan di Pendas Laut, Gelang Patah.. jauh tersorok restoran ni.. tapi berbaloi2 datang jauh sebab menu memang sedap!!!





Asam pedas ikan pari tu memang meletop! pekat, pedas, masam & isi ikan yang sedap memang betul-betul menyelerakan.. ditambah pulak, makan tepi laut yang dipenuhi bot-bot nelayan.. siap ada burung helang berterbangan.. angin sepoi-sepoi bahasa.. serius, pengalaman yang cukup indah untuk dikenang!




Malam terakhir tu, kitaorang makan Kupang Sambal.. sedap!!! lokasi kedai aku tak tau.. sebab dalam kereta aku sempat tidur since penat kat USS belum hilang.. sedar2 dah sampai kedai makan.. hehehe.. 




So, cukup la dulu entry makan-makan semasa cuti tu yer.. nanti kita update tentang tempat menarik & pengalaman sehari di Universal Studio Singapore.. aku tak boleh nak update laju-laju sekarang.. tuntutan kerja kat office memang makin bertambah.. kalau lambat update tu harap dimaafkan yer.. *eleh, macam la ramai sangat yang nak baca kan? hehehe..

Ok, bulan puasa ni kena elakkan letak gambar makanan dalam blog.. so entry makan-makan yang lain kita tunggu lepas bulan puasa la yer..

* Kalau lepas makan edisi JJCM ni ada risau berat badan naik tak? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Monday, July 8, 2013

Mereka Sebahagian Daripada Kehidupan Indah Saya!!!

Kami melalui kisah perjalanan yang sama.. sama2 menyokong usaha yang dilakukan.. sama2 bangkit ketika ada yang jatuh dan lemah semangat.. sama2 meluah perasaan bila sedih.. mereka sebahagian daripada kehidupan saya.. 

Gathering be4 Ramadhan with Yannie, Cinta, Nana Adam & Yana!

Sesi menterjah rumah Kekda tanpa dirancang! TQ Kekda @ PnStoberi!




Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Thursday, July 4, 2013

Teaser Cuti-Cuti Cinta!

Teaser dulu yer.. cerita penuh coming soon.. kali ni promise update.. sebab ada dua cerita cuti2 last year tak update kan.. tu pun janji akan update.. time puasa kan kurang aktiviti.. so, entry basi adalah penyelamat.. hahaha



happy working darlings!




Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...