Thursday, February 27, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - Hadiah Genap 3 Tahun Dalam Perkhidmatan Awam

Alhamdulillah... Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - Hadiah Genap 3 Tahun Dalam Perkhidmatan Awam.. Rezeki dapat APC yang sememangnya menjadi idaman setiap pekerja dan sebagai penghargaan hasil kerja kita..


Entry ni patut keluar bulan Oktober 2013.. tapi memandangkan masa tu mood blogging adalah ke laut china selatan, maka entry ni baru dipublish pada penghujung bulan Februari 2014.. hihihihi..

Sekadar untuk kenangan terindah untuk disimpan kat blog kesayangan ni.. Alhamdulillah, genap 3 tahun dalam perkhidmatan awam ada sesuatu yang indah untuk dikenang.. tanda penghargaan yang tak ternilai..


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - Hadiah Genap 3 Tahun Dalam Perkhidmatan Awam
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ni memang setiap tahun ada kat setiap Kementerian atau Jabatan.. tapi selalunya MOF memang buat majlis agak lewat, banyak sangat program katanya kan.. 




Alhamdulillah.. terima kasih untuk rezeki ni.. semoga semakin komited dalam menjalankan tugasan seharian di pejabat.. hadiah sijil simpanan premium BSN tu aku masih simpan.. tengoklah nanti kalau nak cash back masuk dalam akaun simpanan ke kan.. tak terfikir lagi.. :)




Gambar atas pentas ambik anugerah tu aku tak scan lagi.. sebab Kementerian bagi hardcopy jer.. entah bila nak scan pun aku tak tau.. sampai sekarang ada jer dalam almari tu ha.. x bergantung dalam frame pun lagi.. ayah aku dah siap bawak gie kedai gambar pergi scan & cuci lagi sekeping letak kat kampung tu ha.. aku jer yang entah kenapa x berframe pun lagi.. hahaha..

Syukur Alhamdulillah ;)

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"



Photobucket

Wednesday, February 26, 2014

WordLess Wednesday : Stok Vitamin Shaklee



Sehari sebelum hari gaji, stok Vitamin Shaklee akan penuh.. sebagai persiapan sebelum lambakan order pada hari gaji.. sebab selalunya hari gaji pelanggan lagi suka datang terus ke rumah untuk beli stok.. so kena standby awal2..


Tapi stock tu akan menyusut dengan pantas sebab kebanyakan nak buat pembelian dengan harga promosi penghujung bulan.. Alhamdulillah, makin ramai yang dapat rasa khasiat Vitamin Shaklee ni.. bila pelanggan happy, yang menjual pasti lagi happy.. 


Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Monday, February 24, 2014

Mr. Kabab & Biryani, Presint 15 Putrajaya - Pilihan Sajian Makanan Arab

Mr. Kabab & Biryani yang terletak di Presint 15 Putrajaya adalah antara restaurant yang popular dalam menghidangkan menu sajian masakan Arab.. bangunan kedai ni sebaris dengan bangunan kedai mamak Sri Alamanda, Bank Rakyat dan Perodua yang berhadapan dengan Nexus School.. restaurant Mr. Kabab & Biryani, Presint 15 Putrajaya ni sentiasa penuh dengan pelanggan terutamanya bila waktu malam, hari gaji & bulan puasa.. tahun lepas kitaorang buka puasa kat Mr. Kabab & Biryani ni kena booking pukul 12 tengahari.. sebab ada sekali tu booking pukul 4 petang untuk reserved tempat berbuka puasa dah penuh! 


Restaurant ni mula2 hanya 2 shop lot.. tapi disebabkan makin popular, sekarang dah jadi 5 shop lot.. habis satu barisan kedai kat situ dia sewa.. hehehe.. pelanggan memang sentiasa penuh kat kedai ni.. datang pukul 8.30 malam hari biasa memang kena menunggu orang bangun.. tak kiralah hari gaji ke, hari tak gaji ke memang penuh sentiasa.. kalau weekend nak datang makan malam, silalah booking siang tu if tak nak menunggu lama..

Dekorasi dalam kedai memang cantik.. pilihan warna pun menarik.. membuatkan kita bertambah selera nak makan.. hehehe.. meja makan dekat dalam kedai ni memang cantik.. servis setakat yang aku pergi, memang cepat dan pantas.. 


Kalau pergi sini, rugi kalau tak cuba ayam tandori & roti nan butter Mr.Kabab & Biryani.. pergghhh, memang sedapppp sangat2.. *sambil taip ni pun terasa lagi kesedapannya.. hahahaha.. so, kalau siapa pergi makan malam atau nak buat tambahan side dish sesuai la order ni yer.. sedappppp betu;.. roti nan cheese dia sangatlah lembutttttt.. ayam memang sedap.. kuah, sambal & sos yang diaorang sediakan pun yummy2!

Pernah jugak cuba nasi arab kat sini.. sedap jugak cuma ada yang kata nasi arab dekat Saba Restaurant lagi sedap.. lain orang lain citarasanya kan.. tapi yang pasti, rasanya hampir sama.. 

Dari segi harga, rasanya sama jer dengan mana2 restaurant sajian arab.. cumanya bagi aku restaurant Mr. Kabab & Biryani ni selesa sangat.. ruang dalam kedai tersusun kemas & tak serabut.. ada jugak meja & kerusi kat luar kedai ni, tapi kalau nak bawak family better makan kat dalam.. ada aircond & tak terlalu bising compared to makan kat luar kedai..


Kalau sesiapa yang masih belum mencuba, boleh la pergi makan kat Mr. Kabab & Biryani ni.. kalau hari biasa, pukul 8 macam tu dah boleh pergi la.. masa tu maybe tak ramai orang lagi.. kalau weekend tu susah nak jangka sebab memang hari siang pun ramai jer orang.. kalau bulan puasa lagilah ramai.. tapi kalau nak bawak family, better call untuk booking dulu (03-88893209)..

* Lepas makan makanan Arab ni risau berat badan naik? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

New Me : Zana Si "Specky Girl"



 New me?

Sebenarnya dah lama rabun.. sejak zaman belajar kat UiTM dulu.. tapi masa tu hanya jadi specky girl bila dalam class.. sebab kalau tak pakai, tak nampak lecturer tulis apa.. hehehe.. keluar class bukak sebab rasa muka ni x sesuai untuk jadi specky girl.. plus, rasa macam tak selesa.. 

Masuk zaaman kerja. lagilah berlagak tak nak pakai langsung.. padahal hari2 mengadap PC & lappy.. masa ni rasanya power mata still sama cuma bila tak pakai, rasa kabur tu makin menjadi la kan..

Bila dah ada orang cop aku ni sombong sebab tak tegur perasan orang lain bila berjalan, mulalah aku rasa x best.. sebab kalau orang lambai2 & senyum2 dari jauh memang aku tak boleh perasan pun.. dah dekat2 baru perasan.. hehehe..

Spec lama ok jer lagi tapi since power dah turun so kenalah buat baru.. power turun tapi rasanya macam makin rabun.. camner tu? hehehe.. ada reason utama kenapa buat jugak spec walau rasa aku x sesuai jadi specky girl.. tapi, sebab utama tu sangat2lah penting untuk aspek keselamatan, so memang terpaksa buat jugak.. kalau tak sebab keselamatan rasanya memang aku tak pakai spec ni.. huhuhu..

Jenuh la jugak nak cari spec yang berkenan.. nak yang kecik & full frame sebab aku jenis lasak tak sesuai pakai half frame rasanya.. dah la bentuk muka ni booolat, lagilah rasanya macam susah nak cari yang berkenan.. yang ambik tu pun sebab Encik Adiey berkenan, so rembat jer lah.. dari elok2 ada orang nak belanja, kena bayar sendiri lak kang sebab cerewet sangat.. hahahah..

Tengah biasakan diri jugak pakai spec tu.. sebab dah biasa tak ada apa2 kat muka ni.. hehehe.. but untuk permulaan, kalau keluar jalan2 atau mengadap PC memang akan pakai.. kalau duduk rumah memang x pakai la.. 


Tak sure spec ni sesuai ke x dengan muka aku.. tapi yang penting aku rasa ok jer la kot.. cuma maybe untuk permulaan tu rasa macam segan gak la.. tapi bila pakai, pergh... terasa terangnyaaaaaa duniaaaa.. hihihihi..

So, siapa sudi cuba komen tentang aku yang dah jadi specky girl ni.. sesuai ke dengan muka aku? nampak pelik ke? nampak berusia sangat ke? hahaha..


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Friday, February 21, 2014

Japanese Village Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang


Salah satu tarikan yang paling menarik bila datang ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang adalah Japanese Village ataupun Rumah Jepun.. apa yang best kat sini, boleh pakai baju kimono dan baju samurai.. sesekali feeling orang Jepun walaupun kulit tak cerah.. hehehe..

pernah tengok samurai pakai rayban & gadis kimono pakai tudung? hihihi.. 

Kalau kita nak ke Japanese Village, ada disediakan perkhidmatan shuttle bus daripada Colmar Tropicale.. free jer.. tunggu depan bangunan Colmar Tropicale tu.. shuttle bus untuk ke Japanese Village ni ada sejam sekali.. ada jadual yg disediakan dekat kawasan shuttle bus tu.. so korang boleh la budget masa.. 




Perjalanan dalam 10 minit jer dari bangunan Colmar Tropicale ke Japanese Village tu.. sepanjang perjalanan tu memang nampak suasana menghijau.. cantik sangat.. tambah pulak dengan angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa tu, lagilah bertambah best! kalau rasa tak nak naik shuttle bus boleh la drive sendiri.. lagi senang kot sebab tak perlu tunggu lama untuk balik semula ke bangunan Colmar Tropicale tu since shuttle bus hanya ada sejam sekali..




Nak ke Japanese Village tu kena naik bukit, turun bukit cikit nak ke sana.. tapi x perlu risau sebab kiri kanan ada pokok.. x rasa panas sangat pun sebab cuaca kat sana kan berangin jer.. sebelum ke tempat tu, kita akan lalu Botanical Garden.. ada banyak bunga2 kat kawasan tu.. tapi aku x singgah lama pun sebab nak cepat sampai Japanese Village tu.. hehehe..




Jalan menuju ke Japanese Garden ni memang akan buat kita rasa tenang.. suasa menghijau tu buatkan rasa aman damai jer.. sampai kat Japanese Village tu memang best.. pokok menghijau kiri kanan.. ada sungai kecik yang mengalir kat kawasan tu.. ada ikan2 dalam sungai yg mengalir tu.. memang tenang!




Dah sampai situ, jangan lepaskan peluang untuk sewa baju kimono & samurai yer.. harga sewa adalah RM20 sehelai.. kita boleh pakai dalam 15 minit untuk bergambar kat kawasan sekitar Japanese Village tu.. ambik gambar sendiri tau, bukannya orang tu ambikkan..






Memandangkan kitaorang datang berdua jer, so gambar berdua x berapa banyak la.. masa ni x beli DSLR lagi.. hahaha.. tripod pun x de.. so gambar sorang2 la yg banyaknya.. tapi serius, pemandangan sekitar Japanese Village memang menenangkan & mendamaikan.. so, siapa yg rasa sesak2 kepala nak cari ketenangan tu, cuba datang sini.. :)






Bila dah sewa kimono tu, boleh bergambar kat kawasan sekitar tu dengan baju kimono tu dalam 15 minit.. so, kena gunakan masa dengan berhemah.. tangkap gambar banyak2 sebab takut nanti tak sempat bergambar dah kena panggil.. hehehe.. 



Kitaorang memang lepak lama kat sini.. dengar air sungai mengalir.. kicauan burung.. air tiup sepoi2 bahasa.. cuaca sejuk.. pemandangan menghijau.. memang serius menenangkan hati & perasaan.. 

Tahun ni kan Tahun Melawat Malaysia.. so siapa yg just nak short vacation untuk tenangkan fikiran lepas penat bekerja, boleh la datang sana untuk rehatkan minda.. tapi again, kawasan ni bukan kawasan utk berhibur yer.. sekadar nak lepaskan kebosanan, menikmati keindahan alam ciptaan Allah & berehat daripada kesibukan.. 

Nota cinta: sesekali dapat buat short vacation memang best.. ;)

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Thursday, February 20, 2014

Percutian Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang


Edisi short Vacation ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.. Kalau ada sesiapa area Kuala Lumpur yang nak bercuti berkonsepkan flora & fauna, melihat keindahan hutan hijau, jauh dari kesibukan bandar dan merasai suasana yang berangin serta sejuk tanpa perlu pergi jauh2, mungkin boleh la pergi bercuti ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi,Pahang.. 




Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni tak jauh daripada R & R Genting Sempah.. lokasi ni cukup stategik bagi sesiapa yang nak menenangkan fikiran.. kalau pergi honeymoon pun sesuai.. untuk tiket masuk ke Colmar Tropicale ni adalah RM12 untuk dewasa & RM8 untuk kanak-kanak.. 




Kawasan sekitar Colmar Tropicale ni memang cantik & sesuai untuk bergambar..design bangunan yang cantik & unik dengan suasana macam kat luar negara.. ada juga hotel untuk pengunjung yang berhasrat nak bermalam kat sana.. tapi aku pergi memang sekadar nak bergambar jer.. hehehe.. x ada cadangan pulak nak bermalam kat sana..





Kebanyakan yg datang kat sana memang sakan bergambar.. kiranya kalau ada yg berhajat nak buat photoshoot, maybe boleh pilih tempat ni.. lagipun kawasan ni tenang jer.. walaupun ramai orang, suasana tu tetap menenangkan.. 





Kalau dah sampai sana, boleh la terjah ke Japanese Village dan Animal Park.. masa aku gie hari tu sempat gie Japanese Village jer.. nak gie Animal Park dah tak larat.. hehehe.. tapi kalau sekadar nak berjalan2 jer pun boleh.. setengah hari pun dah boleh cover tempat ni..





Dekat Japanese Village, ada Botanical Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa.. kawasan kat Japanese Village ni memang best.. rasa nak duduk lama2 kat situ sebab pemandangan cantik sangat.. hijau jer kiri kanan kita.. next entry aku cerita tentang ni yer..




Animal Park sesuai pergi kalau bawak anak2 rasanya.. kalau tengok peta, ada rabbit park, kanak2 boleh ride donkey.. harga masuk Animal Park ni RM3 rasanya (maaf, peta info dah hilang plus dah pergi lama then baru terhegeh2 nak update.. hehehe).. haiwan2 kat sana aku x sure banyak ke x.. tapi dengar cerita ada merak, rusa, donkey & paling banyak arnab.. 




Kalau kita nak ke Japanese Village atau Animal Park ni, ada disediakan perkhidmatan shuttle.. free jer.. tunggu depan kawasan bangunan Colmar Tropicale tu jer.. ada jadual yg disediakan dekat kawasan shuttle tu.. so korang boleh la budget masa dari satu tempat ke satu tempat lain.. 




Colmar Tropicale ni bukan tempat untuk bersuka ria sangatlah.. tempat ni lebih kepada untuk mencari ketenangan.. tempat nak merehatkan fikiran.. tempat untuk feeling2 romantis.. hehehe.. 

Nota cinta : next entry tentang Japanese Village Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang.. :)

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Wednesday, February 19, 2014

Vitamin Untuk Warga Emas

Vitamin untuk warga emas lebih sihat dan mudah bergerak? Apabila usia anda menginjak ke 40-an, adakah ibu/ayah anda atau anda sendiri mengalami tanda-tanda seperti di bawah??
[/] berat badan meningkat
[/] sakit sendi, pinggang & tulang rapuh
[/] kulit terlalu kering & sensitif
[/] kerap sakit tumit kaki dan pinggang
[/] muka sembap & berjeragat
[/] rambut rapuh dan gugur
[/] kerap letih/mengantuk
[/] kurang selera makan
[/] pergerakan menjadi perlahan
Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an..
Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza.. tetapi hakikatnya,  ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad..
Warga emas memerlukan vitamin & mineral yang mencukupi bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.. 

JOINT HEALTH TABLETmembantu melegakan dan mengatasi masalah sakit sakit sendi terutamanya ketika beribadah dan aktiviti harian (menyokong kesihatan sendi).
OMEGA GUARD : Mengurangkan risiko penyakit strok, membantu mengawal kolestrol, membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak, menguatkan daya ingatan (menyokong fungsi otak).
OSTEMATRIX : Membantu membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk ketahanan tulang, mengatasi masalah sakit tumit dan lutut, menguatkan gigi (menyokong kesihatan tulang).
VIVIX : Mengurangkan risiko kanser, membantu pesakit mengawal diabetis, menyokong fungsi hati, membantu kulit lebih awet muda (menyokong sistem immunisasi)

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Cendol Durian Borhan 15, Dengkil Selangor

Cendol Durian Borhan 15 yang terletak kat Dengkil memang sedap! siapa yang suka durian tu, lagilah akan rasa bertambah sedap.. yang dekat Dengkil ni salah satu cawangan yang terdekat untuk warga Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Salak Tinggi, Bangi & Banting.. cawangan lain ada jugak kat Sungai Besar Kuala Selangor, Gombak, Ampang (based on maklumat peniaga kedai tu) & beberapa cawangan lagi yang aku tak ingat.. hehehe..

Rasa gabungan cendol dan durian yang betul2 sebati.. kalau dapat menikmati cendol ni waktu petang2 yang tengah panas sekarang ni, memang nyaman.. cendol tu cukup rasa, lemak manis semua ada.. dalam semangkuk tu pun ada banyak isi cendol, x kedekut.. :)


Kalau dari Presint 5 Putrajaya, kedai ni terletak sebelum pekan Dengkil.. dari Taman Cabaran tu akan keluar dekat kawasan perkampungan Dengkil & lalu jirat cina di sebelah kiri, then pandang sebelah kanan since lokasi kedai di sebelah kanan.. uturn kat depan cikit untuk ke kedai ni.. kalau dari pekan Dengkil, boleh cari jalan yang menghala ke Taman Cabaran Putrajaya..

Harga yang ditawarkan berpatutan & sesuai dengan rasanya.. kalau nak makan laksa, mee kari, cucur udang atau keropok lekor pun ada.. masa datang hari tu, aku beli keropok lekor jer sebab tengah kenyang lagi.. tapi aku perasan ramai yang order laksa kat situ.. maybe sebab sedap so next time kalau singgah kedai ni boleh la cuba..

Selamat "jalan-jalan cari makan (JJCM)"

Salam sayang untuk semua
 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Tuesday, February 18, 2014

Resepi Cheesekut

Beberapa bulan lepas, memang sana-sini fenomena chhesekut.. sebab nampak sedap, jomlah kita buat.. since tak perlu nak membakar segala kan, so memang pejam mata jer buat.. *ceh, ayat macam pro sangat jer memasak.. hahaha.. so kat bawah ni aku ada bagitau resepi cheesekut.. manalah tau ada yang terasa nak buat tapi tak tau caranya kan.. resepi cheesekut ni sangat mudah yer!


Bahan-bahan sangat2lah senang nak cari.. kat kedai runcit biasa pun boleh cari.. jangan pening kepala yer.. sesuai sangat untuk aku yang tak berapa nak rajin dan mahir buat segala jenis kek.. kalau nampak bahan susah jer terus malas nak buat.. hehehe.. 


- Nak sedap memang guna biskut Hup Seng Deluxe Crackers.. rasa lemak manis masin tu akan buat cheesekut tu lagi sedap yummy2.. aku pernah gak try biskut kering biasa.. tak sedap la.. rasa tak berapa nak "masuk".. 

- Susu HL Marigold tu aku prefer perisa stoberi.. lagi sedap perisa stoberi daripada pure susu sebab akan buat rasa cheesekut tu ada rasa stoberi yang boleh membuatkan kita membayangkan kita berada di Cameron Highlands.. eh? hahaha..

- Susu pekat manis jangan dilupakan.. x kisah nak beli jenama apa pun asalkan susu pekat manis.. 

- Dan yang paling penting cream cheese.. nak sedap guna jenama Philadelphia.. tapi sebab stok kat rumah ada yang jenama Tantura, so aku pakai tu jer.. tapi sedap jer cheesekut aku buat tu.. hehehe.. 


Cara-cara membuat cheesekut:

1) Mula2, putarkan cream cheese.. aku guna spearuh jer sebab memang nak buat dalam bekas kecik jer.. hehehe.. putarkan sampai kembang tapi jangan terlalu cair sangat.. 

2) Lepas tu masukkan setengah susu pekat manis dalam adunan cream cheese tu tadi.. kalau kuat manis, letak la lebih cikit.. mixkan dua-dua bahan (cream cheese & susu pekat manis) tadi.. time ni boleh rasa sama ada aduanan tu ok ke x.. kalau kurang manis, tambahkan susu pekat manis tu..

3) Masukkan dalam 3 sudu susu HL stoberi tu ke dalam adunan tadi.. putarkan lagi sikit aduanan tu.. pastikan step 1,2,3 ni dibuat sekali dengan memastikan adunan tak terlalu pekat & tak terlalu cair.. pekat ok lagi, tapi kalau cair kurang menjadi nanti..bancuh adunan ni sekejap jer sebenarnya, sebab tu jangan sampai cair yer..


4) Asingkan susu HL stoberi tu dalam 1 bekas.. then celupkan dulu biskut ke dalam susu HL stoberi tu.. celup jer yer, jangan rendam.. celup dalam 2 saat jer untuk basahkan cikit biskut tu.. jangan sampai lembik pulak biskut tu yer..


5) Susun biskut yang dah dicelup dengan susu HL stoberi dalam bekas yang sesuai.. kemudian lapiskan adunan cream cheese tadi ke atas lapisan biskut.. then mulalah menyusun biskut dalam bekas & lapiskan dengan adunan cream cheese tadi selapis demi selapis, di selang selikan dengan biskut..



6) Untuk topping boleh la letak ikut selera masing2.. boleh letak taburan oreo chocolate yang dihancurkan.. sedap.. nak tabur milo pun boleh.. chocolate chips pun boleh.. ikut selera masing2.. nak letak buah pun boleh jer...

7) Lepas dah letak topping tu, boleh la sejukkan dalam peti untuk semalaman.. kalau tak sabar sangat, lepas sejam dua boleh la keluarkan dan hidangkan.. makan sejuk2 memang sedapppp... *sambil taip ni pun aku terliur2 gak ni.. hehehe..

Resepi yang sangat mudah & cepat untuk disediakan.. bahan pun senang nak dapat.. rasa cheesekut tu tak perlu cakaplah, memang sedap sangat2.. setakat buat bekas kecik tu, sekejap jer dah boleh habis.. yummy2 ;)

Selamat mencuba!

* Lepas makan kek bercheese semua ni ada rasa risau berat badan naik? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


Salam sayang untuk semua

 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...