Tuesday, March 25, 2014

Misteri Kehilangan MH370 Kian Terungkai


Sejak malam tadi, rasanya seluruh dunia bersedih di atas apa yang telah berlaku kepada pesawat MH370.. rakyat Malaysia tentunya antara yang turut terkesan dengan berita sedih yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam tadi. 17 hari menghilang, dan akhirnya berita yang kita harapkan tidak berlaku dikatakan telah berlaku..

Ya Allah, sebak dan pilu bila mendengarnya.. usah ditanya macam mana perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.. usah ditanya apa yang mereka harapkan saat ini.. kerana sesungguhnya mereka sedang diuji oleh ujian daripada Allah Yang Maha Esa..

Hanya Allah Yang Mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.. hanya Allah yang berkuasa di atas setiap apa yang terjadi.. hanya Allah yang mampu kita harapkan.. 

Pedih hati kita, pedih lagi hati keluarga mereka.. jadi, di saat kesedihan ini hormatilah perasaan mereka.. hentikanlah segala spekulasi yang tak tidak tau kesahihannya.. cukuplah dengan berdoa agar keluarga mereka tabah.. cukuplah dengan berharap agar Allah permudahkan segalanya..

Sebak. Hiba. Sedih. 

Hanya Allah Yang Mengetahui segala-galanya.. daripadaNya kita datang & kepadaNya kita kembali.. Al-Fatihah..


Photobucket

Friday, March 21, 2014

Susun Atur Barangan Di Rumah

Weekend bakal bermula.. jadi, apa perancangan kita untuk gunakan masa cuti yang ada? Apa kata kita cuba timbulkan mood dan suasana baru dalam rumah tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak dan mungkin tanpa perlu kos langsung! kita boleh cuba untuk buat projek susun atur barangan di rumah kita.. 


Antara tips yang boleh kita cuba:

1) Cuba tukar posisi perabot dalam rumah.. susun atur semula perabot dalam rumah untuk menampakkan kelainan.. kalau risau nak tukar susunan di ruang tamu, cuba tukar susun atur kat bilik tidur.. bila susun atur ni berubah, kita akan dapat rasa seolah-olah berada di satu tempat baru.. pasti akan lagi teruja!

2) Cuba tukar langsir rumah.. tak perlu tempah yang mahal sebab belum nak raya lagikan.. hehehe.. beli yang ready made pun ok asalkan bertukar.. cuba tukar warna langsir tu.. satu perasaan yang akan membuatkan kita rasa masuk rumah baru!
3) Cuba tukar bunga hiasan di rumah.. kalau selalunya guna bunga rose sebagai tema hiasan di meja makan atau meja hiasan, cuba tukar bunga lily atau orkid ke.. cari kelainan! nak lagi timbulkan suasana romantis, sesekali letakkan bunga hidup di meja makan atau di bilik tidur.. pasti rasa lebih romantis!

4) Cuba tukar pewangi rumah.. kalau biasa kita gunakan pewangi semburan, cuba kali ni bertukar kepada lilin aromaterapi.. kalau selalu guna pewangi haruman lavendar, cuba pewangi haruman lain yang boleh mengubah mood kita dalam rumah.. pasti rasa nak lebih lama berada di rumah daripada di shopping complex!


5) Kalau ada ruang untuk menanam pokok bunga, cuba kita tanam pokok bunga.. tanam dalam pasu yang kecik jer pun x apa.. tanam pokok kaktus yang dalam bekas paling kecik pun dah ok.. berbakti pada tanah.. kalau rasa susah nak jaga pokok yang berbunga, carilah pokok yang tak berbunga.. banyak jer pokok tak berbunga & senang dijaga.. bila ada pokok menghijau & bunga2 segar kat rumah, pasti mood orang dalam rumah tu akan lebih tenang!

Sesekali kita kena ubah "mood" dalam rumah kita.. nak elak kita rasa "bosan" dengan apa yang kita tengok setiap hari.. x perlu nak beli perabot baru atau tukar cat baru selalu.. cukup dengan susur atur dan sedikit perubahan hiasan.. insyaAllah hasilnya pasti mengujakan..

Selamat mencuba!

Salam sayang untuk semua..

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Kecil-kecil cili padi



Aku akui yang aku ni memang rendah.. tapi, aku cukup pantang kalau bab fizikal aku ni dikutuk.. sebab fizikal ni kurniaan Allah.. kalau ko kutuk fizikal aku ni, bermakna ko mengutuk ciptaan Allah.. tak cukup rasa bersalah???

Apatah lagi bila ko mengaitkan dengan perkataan yang x sesuai untuk disamakan dengan manusia.. perkataan "katik" tu rasanya sering digunakan untuk menyebut "ayam katik".. dah macam nak samakan aku dengan haiwan pulak ke??? hey, memang melampau sangat la kan..

Tak cukup dengan tu, nak membandingkan bab apa yg aku ada dan apa yg aku beli... selera setiap orang berbeza.. so, kenapa perlu nak pertikai kenapa dia beli barang jenama XXX sedangkan ko rasa jenama YYY lagi bagus.. eh, sukati dialah nak beli jenama apa.. dia beli mesti bersebab.. maybe sebab dia suka warna barang tu dan bukan jenama tu.. maybe dah tu budget dia bulan tu utk beli jenama tu sebab budget dia nak beli barang lain yg lagi penting.. tak perlu pertikai ok..

Kalau ko rasa apa yg ko beli semua bagus dan apa yg orang lain beli tak bagus, cukup ko cakap dalam hati.. lainlah orang tu mintak pendapat ko jenama apa yg bagus, design mana yg cantik, warna mana paling menyerlah.. tu boleh la ko nak bagi pendapat.. ni orang tu beli, budget dia & pilihan dia tapi ko nak sibuk2 buat apa kan? selagi dia x mintak duit ko, xperlulah ko nak sibuk seolah2 ko yang bayar gaji orang tu setiap bulan.. *malas nak sebut bab gaji ni sebab nanti ada pulak yang kata fresh graduate macam aku ni gaji berapa sangatlah & dia lagi dapat banyak padahal sanggup menipu gaji berapa sebab nak nampak hebat.. motif sangat2 tau..

Bila aku buat business Shaklee, ada pulak yg kata aku obses sangat nak dapat duit bonus setiap bulan.. eh, aku buat business ni memang sebab nak bantu meningkatkan taraf ekonomi aku.. dan secara tak langsung nak bantu family dari aspek kewangan, nak bagi lebih duit & barang2 dekat parents aku.. aku jugak nak bantu orang lain jugak utk hidup sihat & dapat tambah pendapatan sampingan.. tak dapat nak bagi duit kat kawan2 dapat bantu diaorang cari duit tambahan tu bukan ke baik? tak dapat nak bagi rawatan sebab bukan doktor tapi dapat bantu kawan2 jaga kesihatan bukan ke cukup membahagiakan?

Jangan pandang rendah dekat orang tu bila dia mulakan sesuatu yg baik.. jangan pertikaikan segala impian yang dia harapkan sebab tu impian dia, itu yang membuatkan dia bahagia.. jangan mempertikaikan apa yang dia ada & apa yang dia nak beli.. kalau ko tak nak sokong sekalipun apa yang dia buat atau ko tak suka apa yang dia ada & dia beli, better ko senyap.. senyap tu lebih baik..

Pengajaran utk semua & lebih ditujukan kepada diri aku sendiri, better jangan terlalu masuk campur urusan kehidupan orang lain.. setiap orang ada pilihan masing-masing.. setiap orang ada impian masing-masing.. setiap orang ada kemampuan serta kelebihan masing-masing..

Selamat menjalani kehidupan yang lebih bahagia.. elakkan hasad dengki dan berhenti membuat perbandingan antara kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.. 

Salam sayang untuk semua..

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Wednesday, March 19, 2014

Monopod & Shutter Untuk Handphone Android

Sekarang ni tengah musim orang ber"monopod".. sana sini orang cerita tentang monopod ni.. aku tau tentang monopod ni seminggu sebelum aku pergi bercuti kat Langkawi.. hari tu jugak la aku PM ramai seller kat Instagram yang ada jual monopod & shutter untuk handphone android.. memang semua balas, tapi majoriti kena pre order.. masa tu dah nak cepat, mana boleh tunggu kan? kebanyakkan yang jual untuk iphone.. monopod & shutter untuk handphone android tak ada stok.. 


Masa tu ada seller ni kata ada stok.. tapi yang ada hanyalah warna hitam.. walaupun hati nak sangat pakai warna pink tapi sebab nak cepat, aku gagah jugak la beli warna hitam.. then kebetulan, seller ni tak ada jual shutter.. so, aku kena cari seller lain yang ada jual shutter.. time nak beli, semua wireless shutter tak ada stok, yang ada semua jenis shutter wayar tu.. so, rembat jugaklah.. dah kata nak cepat kan..

So, untuk monopod aku beli daripada seller " ILOVELBM ".. boleh search nama tu kat Instagram atau tengok kat website www.ilovelbm.com atau whatsapp 013-6448636.. masa aku beli harga RM50 termasuk postage.. hari ni aku buat bayaran, esoknya dah dapat.. cepat kan?

Untuk shutter pulak, aku beli daripada seller "MIAKA_LISA.. boleh search nama tu kat Instagram atau tengok kat website www.lelong.com.my/merchant/miakalisa.htm atau whatsapp 019-2665006.. harga shutter aku beli RM36 termasuk postage.. sama jugak macam seller monopod, hari ni aku bayar esoknya dah sampai shutter ni.. memang pantasss sangat!

Sebenarnya ramai jer seller yang jual monopod & shutter ni.. korang boleh search jer kat FB, Instagram atau website.. dan sekarang memang ramai yang jual wireless shutter.. monopod yang warna warni pun dah banyak kat pasaran.. seller pun ramai jer buat harga promosi dgn free gift semua.. tapi pastikan korang pilih holder yg sesuai ikut saiz telefon yer.. jangan telefon korang jenis tab tapi holder korang beli yang untuk Note II lak.. shutter pun ada yang untuk android & ada yg untuk iphone.. so, pilihlah yang mana berkenan di hati & mengikut jenis telefon masing2.. 




Secara jujurnya, memang mudah sangat2 bila ada monopod ni.. kalau pergi bercuti berdua, selalunya mesti segan nak suruh orang ambikkan gambar.. tapi dengan monopod ni x payah susah-susah tebalkan muka minta orang tolong ambikkan gambar.. kita masih boleh bergambar berdua hanya dengan pasang monopod ni kan telefon.. kalau pandai adjust, 1 gambar ni boleh muat gambar sampai 20 orang tau! 




Ni tutorial ringkas yang aku buat masa kawan2 tanya dekat FB.. boleh refer tutorial ni bagi yang baru nak belajar untuk pakai monopod.. sangat2 mudah..

Masa kat Langkawi hari tu, memang ke mana2 pun bawak monopod ni.. sangat2 membantu untuk aku & Encik Adiey berposing sakan.. mula-mula memang segan sebab orang pandang kan.. tapi dah lama2 tak kisah lagi.. janji dapat bergambar & jadikan kenangan.. :)




Siapa yang suka ambik gambar tu, rasanya monopod ni memang antara gadget yang perlu korang ada.. kalau yang jenis kaki travel tu lagilah perlu monopod ni.. senang nak bergambar.. tak payah susah2 mintak orang tolong ambikkan gambar.. 

Bila ada monopod, gambar percutian jadi banyak 2 kali ganda.. sebab senang sangat nak bergambar bersama.. :)

Salam sayang untuk semua.. 
Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Tuesday, March 18, 2014

Rezeki Dalam Business Shaklee : Senior Supervisor

Syukur Alhamdulillah.. 


Berjaya menapak selangkah lagi ke hadapan bersama biz Shaklee.. September 2013 naik rank Supervisor (maaf, entry tentang ni memang tak sempat buat).. dan Alhamdulillah Disember 2013 naik lagi rank Senior Supervisor..

Masih jauh perjalanan dalam biz Shaklee ni.. tapi setiap hari makin jatuh cinta dengan biz & produk Shaklee.. buat dengan rasa happy, insyaAllah hasilnya pasti lebih membahagiakan..

Masih ramai biz partner yang perlu dibimbing & diajar.. setiap hari belajar sesuatu yang baru.. banyak perkara juga yang perlu dikorban.. tapi, tak pernah menyesal kerana pengorbanan tu mengajar untuk lebih berjaya..

Daripada niat untuk menjadi ahli sebab nak beli dengan harga ahli & kegunaan keluarga, hati terus terpaut untuk berniaga.. cuba2 orang kata.. bila permintaan meningkat setiap hari, hati makin teruja.. 

Bila makin ramai pelanggan yang nak mendaftar jadi ahli, hati semakin bahagia.. sesungguhnya, dapat membantu orang lain untuk membeli sesuatu yang baik & menjana pendapatan melalui sesuatu yg baik itu dah cukup bermakna buat diri ni..




Jika ada yang masih mencari-cari biz part time yang boleh membantu menambah pendapatan harian, boleh PM Zana untuk maklumat lanjut.. insyaAllah dengan ilmu sedikit tapi bermanfaat ni Zana akan cuba bantu anda.. 

[ Cara mendaftar sebagai ahli Shaklee ]

[ Kelebihan menjadi ahli Shaklee ]

[ FanPage Cinta Sihat - Vitamin Shaklee

[ Pengedar Vitamin Shaklee sekitar Putrajaya ]


Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Monday, March 17, 2014

Hujung Minggu Bersama Insan-Insan Tersayang

Hari Sabtu hari tu sempat pergi birthday party 2 anak comel, Dani & Zara.. both of them anak kepada mommy Shaklee aku, Mommy Ana Lyana..

Majlis start pukul 3 tapi kitaorang sampai dekat pukul 3.30 petang.. sampai sana terus makan.. menu laksa, bihun sup & mihun.. semua sedappppp.. sorry tak sempat snap gambar makanan sebab masa tu dah lapar terus makan.. hihihihi.. 




Sempat tunggu Zara jer potong kek.. masa ni Dani otw dari kampung, so dia potong kek lewat cikit.. since nak cepat ke tempat lain, kitaorang x dapat nak stay sampai Dani potong kek.. sorry Dani sayang, but hope Dani suka hadiah yg auntie Zana & uncle Adiey belikan.. :)




Masa nak balik, birthday girl ni mood tengah baik.. elok jer nak bergambar dengan kami berdua.. siap kiss kitaorang banyak kali.. so sweet Zara.. masa dah balik tu, tunjuk Encik Adiey gambar tu, then terus dia kata "nanti anak kita pun comel macam ni la kan syg".. insyaAllah... one sweet day sayang...




Hari Ahad, gathering dengan adik beradik Encik Adiey.. tak semua yg ada, tapi 4 family pun dah cukup meriah! as usual, biras tersayang yg memang pandai masak dah sampai awal2 kat rumah adik ipar aku.. aku bukan sajer datang lambat, tapi Encik Adiey kena gie office dulu so sampai sana semua dah terhidang.. hehehe.. TQ yer Nurul sayang.. ni yg makin sayang kat biras yg sorang tu..




Nak balik ambik gambar dulu then letak kat group whatsapp family.. ada pulak adik beradik yg kat Johor & N9 buat2 jeles sebab tak dapat join.. hehehe.. next time kita buat gathering lagi k.. buat BBQ atau steamboat.. tukang masak utama nanti mesti Nurul lagi.. hehehe.. nasib ko la Nurul, siapa suruh pandai sangat masak kan? hahahaha...

Penutup weekend semalam pergi tengok wayang dengan adik ipar.. layan movie "Neef For Speed".. best citer tu.. tentang racing kereta.. masa tengok movie ni, terangkat2 kaki aku sebab takut tengok pelakon tu bawak kereta laju sangat.. hahaha.. sampai naik kereta time nak balik rumah tu terasa macam dalam movie tu even Encik Adiey bawak 140 km/j jer.. hahahaha.. yg lagi best bila malam tadi tidur pun mimpi naik kereta lajuuuuu.. sesak nafas tau dalam mimpi tu sebab takut sangat naik kereta lajuuuu.. heheheh.. melampau ok!

Minggu ni aku pilih weekend bersama orang yg tersayang.. sebab rasanya dah lama sangat x ada "quality time" dengan orang yg rapat..  :)

Have a nice day..


Photobucket

Wednesday, March 12, 2014

Wordless Wednesday : L.A.N.G.K.A.W.I


Kami jatuh hati dengan "Pulau Langkawi".. percutian 4 hari 3 malam yang ohsem! 

- Sedang meng"draft" entry percutian tahun lepas (Singapore, Melaka) dan tahun ni (Terengganu & Langkawi).. harap maaf sebab tuan blog memang agak lambat update cerita berkaitan percutian sebab nak resize gambar, letak watermark & lagipun berjalan dalam Malaysia jer.. mula2 memang malas nak update cerita "basi" tapi sebab nak jadikan kenangan & ada yg bertanya tips percutian tu (walaupun saya bukan blogger famous).. 



Photobucket

Monday, March 10, 2014

H.A.T.I

Tak mudah nak memuaskan HATI semua orang.. Kadang2 kita ada tersilap perbuatan atau percakapan.. manusia, semua tak boleh lari daripada kesilapan..


Kadang kita lupa wujudnya perhubungan bukanlah kerana persefahaman tapi kerana "HATI".. jika HATI kita suka, berselisih faham bukanlah besar mana.. jika HATI kita sayang, jarang bertemu pun masih kekal di ingatan.. 

Kerana HATI yang mengikat sesebuah perhubungan sama ada perhubungan kekeluargaan mahupun hubungan persahabatan.. biarlah HATI kita saling mengingati dan saling menyayangi.. kemudian, datanglah apa jugak keadaan pasti ianya tak memberi kesan pada kita.. sebab HATI kita saling percaya.. HATI kita saling ingat mengingati..

Peringatan untuk diri sendiri : Didik HATI untuk saling memahami.. meletakkan diri kita di tempat dan HATI orang lain agar kita lebih memahami bahawa tak semua perkara yang kita buat akan memuaskan hati semua orang..

~ Salam sayang drpd Zana ~

Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...