Wednesday, May 21, 2014

Percutian Ke Langkawi - Makam Mahsuri

Lepas selesai Island Hopping, kitaorang terus balik resort untuk mandi & solat.. lepas tu, terus bersiap2 untuk ke Makam Mahsuri pulak.. kitaorang tunggu kereta sewa depan resort.. kereta memang seperti yang dijanjikan.. kereta viva auto baru! memang terbaik la kan dapat kereta sewa baru.. hehehehe..


Dari Pantai Chenang ke Makan Mahsuri ni tak jauh pun.. lagipun jangan risau tentang lokasi2 kat sana.. ada banyak papan tanda.. nak lagi senang, masa sampai Langkawi jangan lupa ambik peta dekat kaunter teksi atau mana2 resort yang kita stay.. peta tu tersangatlah membantu yer.. 

Sampai jer dekat situ, ramai sangat orang.. tiket masuk ke Makan Mahsuri RM7 seorang untuk dewasa.. kanak2 lupa pulak.. kalau nak harga murah, jangan lupa tunjuk MyKad yer.. maklumlah harga berbeza dengan pelancong daripada luar negara..


Bila dah masuk dalam tu banyak sejarah tentang Mahsuri & keluarganya.. kalau orang yang tak berapa minat sejarah macam aku, selalu baca sambil lalu jer.. tapi kalau orang macam Encik Adiey yang memang peminat sejarah ni, semua papan tanda atau frame tergantung kat dinding yang ada fakta2 sejarah habis dia baca dan kaji.. hahahahaa..



Dekat area sini pun dah lama sangkut tau.. sebab Encik Adiey nak memahamkan wasiat tu.. bahasa wasiat tu guna bahasa melayu zaman dahulu kala.. so memang agak payah nak memahamkan.. so, bila aku macam tak faham, Encik Adiey terangkan satu persatu.. hahaha.. bila kita cakap faham nanti dia suruh terangkan balik.. hey, dah macam dalam dewan peperiksaan lak kena menjawab segala..


Kat dalam tu ada rumah Mahsuri.. mula2 malas nak naik sebab ramai sangat orang, so kitaorang lepak2 kat tangga rumah tu jer, then x lama lepas tu ramai pulak yang turun.. so kitaorang pun masuk lah.. tapi sebenarnya memang agak rugilah kalau dah sampai Langkawi tak melawat kawasan sejarah macam ni.. lagipun Langkawi dan Mahsuri ni dah sinonim kan.. so, kalau pergi Langkawi pastikan korang singgah sini yer.. 




Ada yang kata suasana dalam rumah tu agak "seram".. sebenarnya maybe "seram" tu bila masing2 banyak sangat membuat teori dan kisah sendiri tentang Mahsuri tu.. relak2 jer dalam tu.. boleh tengok jugak dekat bahagian dapur rumah ni.. perkasasan yang unik dan klasik.. kalau cari sekarang tak jumpa dah kan.. 




Masa nak bergambar dekat Makam Mahsuri tu, berderet la pulak orang beratur.. lepas dah tak ramai orang, ada pulak pakcik  yang tengah nak bersihkan kawasan tu.. tak apalah kan, janji dah dapat masuk kat dalam tu.. kenang-kenangan.. 


Ada jugak beberapa rumah lain sekitar kawasan Rumah Mahsuri tu.. tapi kitaorang tak masuk pun sebab masa dah suntuk.. kitaorang ada plan nak buat aktiviti pantai kat Pantai Chenang, so tak boleh nak lama2 kat sana..  


Dekat luar Makam Mahsuri, ada jugak beberapa kedai yang jual cenderahati.. cuma bagi aku harga macam agak mahal kalau nak dibandingkan kat tempat lain.. kedai cenderahati kat Langkawi memang banyak, so x perlulah risau nak mencarinya yer.. cuma kena rajin survey la sebab ada tempat jual murah, ada tempat jual mahal.. bagi kitaorang kalau dekat Beras Terbakar agak murah harga cenderahatinya.. :)


Next- entry aktiviti pantai di Pantai Chenang!

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..