Tuesday, September 30, 2014

Blog, Blogger, Blogspot dan Blogging

Kalau bercakap tentang blog yang jadi kesukaan ni memang banyak.. sebab memang ramai blogger yang aku follow sejak awal2 jadi blogger masih aku follow sampai sekarang.. 



Sebenarnya kalau nak ikutkan aku lebih suka follow blog yang suka gunakan bahasa yang santai dan tak terlalu formal.. dan yang pasti kena ada banyak gambar! seronok baca blog yang ada gambar menarik daripada baca blog yang tulisan semata-mata.. lagipun melalui gambar tu kita akan lebih menghayati jalan cerita blogger tu..

Kalau nak tau blog yang mana yang aku suka baca, boleh search jer kat tepi belah kanan blog ni.. kat situ aku kumpulkan senarai blog yang boleh dikatakan kerap aku baca.. ada yang kerap dan ada yang wajib dibaca.. hehehe.. 


Blog blogger kawan2 TTC memang selalu aku follow.. sebab daripada diaorang aku dapat semangat.. kadang bila down, baca perkongsian kawan2 TTC ni memang boleh jadi bersemangat balik.. bila baca kisah diaorang buat rawatan dan share tips2 untuk kesuburan memang selalu jugak cuba.. jadikan panduan lebih2 lagi kalau yang dah berjaya pregnant tu.. 



Blog yang boleh dikatakan hampir setiap hari aku tengok kebanyakan daripada blogger terkenal la kan.. daripada blog diaorang ni sebenarnya kita boleh belajar tentang topik yang boleh kita cerita dekat blog.. gaya penceritaan blogger2 yang dah lama dan selalu join event dengan Nuffnang ni boleh jadi panduan untuk blogger yang masih baru ni.. 



Blog para isteri memang wajib terjah la kan.. kata dah kahwin so memang blog para isteri ni boleh jadi panduan dalam kita nak uruskan keluarga.. ada share tentang tips belanjawan keluarga, tips memasak, petua2 kesihatan, tipas mengemas rumah dan macam2 lagilah.. 

TIPS MENCARI BLOG YANG BEST

Blogwalking adalah salah satu cara kita nak banyakkan lagi blog yang kita baca.. sebab kadang tu kalau kita rajin blogwalking, mesti ada terjumpa blog2 yang best untuk dibaca.. selalunya blog yang orang suka baca ni mesti ada gambar yang cantik, bahasa yang ringkas dan layout blog yang menarik!

Lagi 1 cara adalah dengan rajin join contest yang dibuat oleh para blogger.. sebab melalui contest sebenarnya kita akan dapat baca lebih banyak blog blogger lain.. melalui contest jugak kita dapat tau tentang lebih banyak aktiviti yang blogger lain anjurkan..

Kalau nak cari lebih banyak blog yang best, boleh jugak try masuk dalam group FB para blogger ni.. contoh boleh search dan join "Kelab Blogger", "Sahabat Blogger", "Blogger Crew" dan banyak lagi.. dari situ dapat baca lebih banyak blog yang best!

Selamat menambah rakan blog!

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Photobucket

Monday, September 29, 2014

Warna Pink Lebih Feminin!

Rasanya entry ni tak perlu nak ulas panjang kot kan.. sebab kebanyakan yang kenal aku atau follow blog ni dah tau jawapan untuk entry cabaran 30 hari blogging untuk hari ni.. warna kegemaran, dah tentu tiada yang lain melainkan warna PINK.. PINK.. PINK.. 



Suka pink sampai anak buah yang perempuan pun aku suka paksa pakai baju warna pink.. suka belikan diaorang barang warna pink.. suka hasut diaorang dan mak diaorang belikan segalanya pink.. memang nampak macam jahat sebab suka paksa orang lain suka warna pink, tapi aku tak kisah sebab aku suka bila nampak orang pakai pink.. hehehe..

Warna blog pun bertemakan pink.. pernah try nak tukar tapi takut nanti sehari jer bertahan.. sama macam beli casing phone beria tak nak beli warna pink konon nak ubah selera, tapi tak bertahan lama.. seminggu pakai warna lain dah bosan, rasa macam x sempurna jer.. 

Bila nampak barang warna pink, membuak2 rasa nak beli.. kadang barang tu tak perlu dan tak penting tu.. beli hanya sebab warna.. lepas tu kadang menyesal sebab beli tapi tak pakai sangat.. 

Baju dan tudung/shawl memang majoritinya berunsurkan pink.. handbag dan kasut pun mesti ada koleksi pink.. mahal murah bukan persoalan janji ada pink.. jam atau apa sahaja barang keperluan rumah akan cari yang warna pink dulu.. sampai senduk, besen, baldi atau tong sampah pun sedaya upaya beli yang pink.. memang hantu pink!

Pernah create entry tentang "Warna Mempengaruhi Mood".. memang diakui kalau aku pakai pink hari tu memang mood aku selalunya akan baik jer.. rasa macam "perempuan sejatiiiiiii" la sangattttttt bila pakai pink.. hahhaha.. melampau ok!

"Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. 

Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas. manakala, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia juga menggambarkan pemakainya seorang yang tenang, bijak dan tidak banyak karenah.


Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren. Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin."

So, apa warna kegemaran anda?


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour

Photobucket

Petua Orang Lama

Petua orang lama ni kadang-kadang macam kelakar kan? tapi kadang ada yang macam positif jugak.. dan selalunya kalau kita tanya apa kaitan petua tu mesti orang tua akan jawab, "jangan tanya.. ikut jer".. hahahaha.. 



PETUA RAMBUT LEBAT DENGAN DAUN POKOK BUNGA RAYA


Kalau petua yang sampai sekarang aku ni untuk rambut lebat guna daun pokok bunga raya.. dulu kat kampung memang ada pokok bunga raya, so selalu mak buat petua ni.. so kadang tu join jugak mak buat.. sejuk jer kepala bila kena daun pokok bunga raya tu.. syokkkkkk sangat tau! tapi pokok bunga raya dah tak ada kat kampung.. so rasanya mak pun dah tak buat petua ni.. hehehe.. kalau rasa malas nak guna petua orang lama ni, apa kata cuba amalkan pakai Shampoo daripada Shaklee.. ada Shampoo untuk rambut gugur, rambut lebat dan kelemumur.. Vitamin untuk rambut pun ada tau! 


PETUA RAWAT LUKA DENGAN LENDIR LIDAH BUAYA


Petua lendir daun lidah buaya dapat bantu cepat baiki luka.. yang ni rasanya memang ramai dah tau.. kalau kena pisau ke, luka jatuh basikal ke, luka sebab melecet ke boleh guna lendir daun lidah buaya untuk cepat sembuhkan luka.. tapi kalau ada yang tak ada daun lidah buaya tu, cuba beli Zinc Complex Shaklee.. luka lepas bersalin lagi elok makan Zinc Complex Shaklee ni tau!


PETUA BERAS AKIBAT TERKENA MINYAK ATAU AIR PANAS


Petua kalau kena air panas atau minyak panas dekat tangan, masukkan tangan tu dalam bekas beras.. kiranya seluk tangan dalam bekas beras tu dan biarkan tangan dalam tu.. beras tu akan bantu redakan kepanasan tu.. kalau tak percaya, cuba sajer2 seluk tangan dalam bekas beras tu, rasa sejukkkkkk sangattttt tau! Kalau sesiapa ada Herbal Blend Shaklee, boleh jugak sapu dekat tempat kena minyak atau air panas tu.. insyaAllah bantu untuk cepat melegakan rasa sebab panas tu.. 

So sesiapa ada petua orang lama boleh la share dekat ruangan komen yer.. sharing is caring!

Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan produk Shaklee pulak boleh la hubungi Zana seperti maklumat di bawah ni yer..

Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Photobucket

Sunday, September 28, 2014

Tips "Kecantikan Hati"

Percaya tak salah satu tips untuk kelihatan cantik secara semulajadi adalah dengan menjaga "kecantikan hati"?


Kecantikan hati ni maksudnya kita cuba sedaya upaya untuk menjaga keikhlasan hati.. selain tu kita kena sentiasa cuba menggembirakan hati kita dan orang di sekeliling kita.. insyaAllah bila kita gembira dan orang di sekeliling kita gembira, muka kita akan nampak lebih ceria dan bahagia.. bila selalu ceria, insyaAllah kecantikan luaran tu akan terpamer dengan sendirinya.. 


Kecantikan hati ni memang susah nak dijaga.. hati sentiasa berubah-ubah.. kadang tu hari ni hati kita suka, kadang esok lusa dah jadi benci.. so berbalik semula kepada pencipta Yang Maha Esa.. kerapkan berdoa agar Allah menjaga dan melindungi hati kita daripada perkara yang tidak baik.. berdoa agar Allah kuatkan hati kalau perkara tu perkara yang baik.. 

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan

Photobucket

Lagu Cinta Untuk Orang Bercinta

5 lagu cinta yang aku selalu dengar masa zaman bercinta dengan Encik Adiey dulu.. zaman sebelum kahwin kan, masing2 layan lagu conta la bila teringat dan rindu.. lagu cinta, sinonim dengan orang bercinta.. 



Lepas kahwin pun kitaorang layan jer lagu-lagu cinta ni.. selalu gak karaoke lagu duet setiap kali pergi karaoke.. barulah feeling2 romantis selalu.. winkwink!
GURAUAN BERKASIH 
Lagu paling selalu kitaorang karaoke adalah lagu Gurauan Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan arwah Achik Spin.. lagu ni kalau karaoke sama2 dengan Encik Adiey memang terbayang2 la kenangan masa awal2 bercinta.. pergghhh, terus rasa macam baru bercinta.. hahaha..

MY LOVE

Masa zaman sekolah dulu tengah popular kumpulan Westlife.. masa tu feeling2 pandai sangatlah nyanyi lagu omputih.. hahaha.. nyanyi lagu My Love tu sambil membayangkan wajah Encik Adiey.. gatal sangat kan, zaman sekolah dah bercinta.. sila jangan tiru perangai bercinta sejak zaman sekolah ni yer.. 

BIDADARI

Lagu cinta bertajuk Bidadari nyanyian kumpulan Lela.. walaupun tajuk Bidadari dan penyanyi lelaki, tapi layan sangat lagu ni.. lepas tu bayangkanlah Encik Adiey nyanyikan lagu ni untuk aku.. hahaha.. nak tunggu dia nyanyi atau buat lagu untuk aku entah bila kan, so feeling2 sendiri sudah.. hahaha..

 Kau hadir membawa erti
Penawar di kala sepi
Sehangat dian yang menyinari
Bersama cintamu abadi

KESETIAAN


Lagu seterusnya bila tengah bergaduh ke kan, layan la lagu jiwang sedih.. hubungan cinta mana yang tidak dilanda ombak dan taufan.. hahaha.. so, masa tengah2 selisih faham tu meh la layan lagu jiwang sedih sambil mengharapkan kekasih hati memujuk kita.. so layanlah lagu Kesetiaan nyanyian Siti Sarah Raisuddin.. dan kalau nak tau, ni lagu wajib setiap kali aku karaoke.. feeling suara tinggi sangat la nyanyi lagu ni.. hahaha..

LUAHAN HATI

Inilah satu-satunya lagu yang sampai sekarang menjadi igauan siang dan malam aku.. Luahan Hati nyanyian kumpulan Kristal.. memang lirik tanggap leleh.. hehehe.. lagu wajib Encik Adiey setiap kali kitaorang gie karaoke.. dan setiap kali nyanyi suka pandang muka aku.. Ya Allah, memang terasa mendalam sangat2 cinta dia setiap kali dia nyanyi depan aku.. 

Sayangku, pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahagia
Kita bersama nikmati kisah kita
Hidup bagaikan di syurga
Oh kasih........

So rasanya 5 lagu kat atas ni merupakan lagu yang kerap aku atau Encik Adiey nyanyi.. walaupun suara kami berdua takdelah sedap pun, tapi bila karaoke berdua, memang rasa macam masa awal2 zaman bercinta.. boleh cuba tips menyanyi sama2 ni yer.. kalau tak nak pergi karaoke, boleh nyanyi sama2 dalam bilik.. 

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Photobucket

Saturday, September 27, 2014

Kisah Vision Board dan Kereta AUDI

Vision Board ni adalah antara perkara yang penting dalam bantu kita nak capai impian atau keinginan kita.. letakkan gambar apa impian kita dekat tempat yang mudah kita lihat.. ada jugak yang letak dekat destop komputer atau handphone masing2.. ada jugak yang letak gambar impian dekat ruang kerja supaya setiap hari bersemangat kerja lebih kuat untuk capai impian yang diharapkan..
jenama kereta idaman saya!

Contoh mudah.. kita idamkan nak beli kereta impian kita.. kita cari gambar kereta tu dekat internet atau kita ambik gambar bila nampak kereta tu dekat mana2 atau boleh pergi showroom ke kan, kemudian letakkan gambar tu dekat tempat yang kita idamkan.. jangan lupa letakkan target bila kita nak impian kita tercapai.. contoh tulis dekat gambar impian kita, "kereta Audi TT Coupe cash pada 31 Disember 2016".. tengok gambar impian kita setiap hari, insyaAllah impian tu akan lebih jelas dan kita tau apa yang kita perlu buat untuk capai impian tu.. 

Setiap kita ada target dalam hidup.. so target dalam hidup ni kalau nak lebih jelas dan nampak kena ditransform secara tulisan atau gambar.. barulah kita boleh nampak lebih jelas.. 

*Gambar Vision Board dekat PC office.. nanti kita edit letak gambar Vision Board dekat entry ni yer.. 
Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board

Photobucket

Selfie Guna Monopod?

Aku tak berapa nak suka upload gambar selfie.. ambik gambar selfie banyak terutama bila dalam kereta.. tapi nak upload tu fikir banyak kali dulu..sebabnya selfie akan membuatkan muka aku nampak semakin boooooooolat!
Lagi 1 yang membuatkan aku tak berapa suka selfie ni sebab tangan aku ni x berapa panjang untuk ambik gambar selfie.. alasan! padahal sebenarnya aku tak tau skill ambik gambar selfie yang betul rasanya.. orang kata boleh cuba buat self timer untuk dapat gambar selfie yang ok.. maybe boleh cuba lepas ni..


Tapi sekarang ni dengan adanya monopod, nak ambik gambar selfie lebih mudah! boleh ambik gambar selfie tanpa nampak muka terlalu bolat! panjangkan batang monopd tu then ambik gambar! nampak jauh cikit daripada kamera so tak adalah muka nampak bolat sangat.. hehehe..

Trend monopod ni dah makin popular sekarang.. kat mana2 boleh nampak orang pakai monopod.. ambik gambar dengan pengantin pakai monopod, ambik gambar family ramai2 pakai monopod, bosan2 dekat office ambik gambar dengan officemate, holiday boleh ambik gambar pemandangan cantik dengan monopod.. senang cerita senang nak selfie dengan adanya monopod tu..

Walaupun selfie ni sebenarnya gambar seorang diri jer tapi sekarang ni ambik gambar berdua pun boleh jer dipanggil selfie asalkan ambik gambar guna tangan sendiri.. guna monopod pun tangan sendiri sebab tangan kita yang pegang batang monopod tu kan? :)

Kalau ada yang tak sure lagi cara penggunaan monopod boleh baca link entry zana tentang cara guna monopod yer.. senang jer.. lagipun kalau ada monopod ni mesti kita boleh ambik gambar lebih banyak tanpa menyusahkan orang lain tolong ambik gambar kita.. 

So, siapa suka selfie tu pastikan korang ada 1 monopod tau! senang dan sangat membantu kita ada koleksi gambar yang lebih banyak! selamat mengambil gambar :)

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie

Photobucket

Friday, September 26, 2014

Fashion Tudung Bawal Aidijuma (AJ)

Fashion tudung bawal Aidijuma (AJ) ni baru dalam setahun rasanya popular.. sebelum ni macam agak kurang gak la orang update cerita tentang tudung bawal AJ ni.. tapi apapun, trend tudung bawal ni memang tak kan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. dari dulu lagi trend fashion tudung bawal memang popular.. keluarlah macam2 jenis trend fashion tudung, tudung bawal sampai sekarang masih ramai yang pakai.. 



Aku sendiri baru jer nak try pakai tudung AJ ni.. paling seronok, birthday tahun ni pun sambut birthday pakai tudung bawal AJ.. punyalah suka sangat tudung AJ ni kan.. kalau dulu rasa pelik pakai tudung bawal bercorak, tapi lama2 seronok tau!


Start pakai bulan 4 masa pergi cuti-cuti dengan Soulsisters dekat Grand Lexis Port Dickson.. Yannie la yang beria menjebakkan aku beli tudung AJ ni.. masa tu beli 2 helai sebab nak sehelai nak pakai sama2 dengan Yana, Nana, Cinta dan Yannie.. 

Lepas dah cuba sehelai, dah mula beli online dekat website AJ ni.. tapi website AJ jarang ada stok.. kalau ada stok pun sekejap jer dah sold out.. so kadang tu terpaksa order online dengan seller yang ada jual tudung AJ ni.. bayar harga tudung dan harga upah dekat seller.. yerlah, seller dah bersusah payah beratur nak beli stok tudung AJ ni dekat Concept Store (CS) atau Mobile Store, so beruntung la kan.. kita tinggal bayar jer..


Aku pernah sekali pergi CS dekat Central Market.. perghhhh, belum pukul 10 pagi dah beratur panjang kat depan CS.. bukak jer kedai, habis semua borong banyak2.. sekejap jer dah habis stok.. restock pun kejap jer habis lagi.. macam ikan pirana semua nak beli.. lagi2 kalau ada offer kan.. memang berbaloi beli time offer ni.. jimat banyak!


Tudung AJ ni ada beberapa jenis.. Black Label, White Label, Red Label, Green Label, Pink Label dan Blue Label.. nak tau jenis tudung bawal AJ tu, boleh tengok warna label AJ dekat tudung tu warna apa.. kalau black label, label pun warna hitam.. kalau white label, label warna putih.. 


BALCK LABEL



Black Label selalunya dijual dengan harga RM33.. kena rajin tengok FB AJ sendiri untuk tau design2 tudung terbaru.. Black Label ni kainnya lebih lembut dan senang sangat dibentuk.. kiranya antara semua jenis, Black Label ni paling mahal la.. 


WHITE LABEL


White Label selalunya memang harga RM10 sahaja.. design memang banyak dan selalu berubah.. kalau dah keluar bulan ni, susah nak jumpa lagi bulan berikutnya.. kalau jumpa pun seller akan jual agak mahal cikit.. dah jadi limited edition kan, so memang mahal cikit la.. walaupun kalau ikutkan White Label ni jenis yang paling murah, tapi design memang banyak jer cantik2.. kain still lembut jugak tapi tak selembut Black Label la.. 


RED LABEL


Red Label dah lama x keluar design baru.. aku pun ada 2 jer koleksi Red Label ni, tu pun 1 lagi dah jual.. bagi pendapat aku, kain jenis Red Label ni agak keras cikit.. kena basuh 2,3 kali baru lembut.. harga untuk Green Label ni RM29 sahaja.. 


GREEN LABEL


Green Label adalah tudung jenis terbaru daripada AJ.. harga RM15 sahaja dan selalunya memang keluar time ada event konvokesyen di Universiti terpilih atau event besar macam Jom Heboh (Mobile Store) sahaja.. memang sangat2 limited dan selalunya susah nak dapat.. aku tak banyak sangat koleksi Green Label ni sebab majoriti design bercorak penuh.. aku x berapa sesuai pakai design corak penuh ni..


PINK LABEL


Pink Label pun antara koleksi terbaru daripada AJ.. bagi aku corak untuk Pink Label sangatlah cun.. kebanyakkannya corak bunga dan sweet! pink kan sweet, so design2 Pink Label pun haruslah sweet.. harga Pink Label RM14 sahaja.. kain masih ok, x keras dan memang senang dibentuk..


BLUE LABEL


Blue Label pun baru-baru ni makin bertambah koleksi design terbaru.. design Blur Label ni lebih kepada kombinasi2 corak Black Label.. kiranya sesiapa yang tak dapat nak beli Black Label tu boleh la beli Blue Label.. design memang cantik2 dan nampak ekslusif jugak..

Tudung bawal AJ ni senang nak dipakai.. senang nak dibentuk.. dan boleh buat banyak style.. walaupun tudung bawal, boleh jadi macam shawl jugak kalau pandai caranya.. dan kebanyakan tudung bawal AJ ni sangat2 menjimatkan! sebab apa jimat? sehelai tudung AJ ni boleh jadi macam 2 tudung.. separuh bahagian corak lain, separuh bahagian corak lain.. 


Harga tudung bawal AJ ni rasanya berpatutan dengan kualitinya.. even yang RM10 white label tu elok jer kualitinya.. lembut jer kainnya cuma kadang ada jugak yang agak keras tapi masih senang dibentuk.. berbaloi la dengan harganya.. nak puas hati lebih beli yang black label.. ikut kemampuan dan minat masing2.. :)

Ada banyak sebenarnya tudung AJ yang aku beli tapi jual balik.. ada yang beli online bila sampai rasa tak sesuai so terus jual.. yang ni selalunya jual harga yang kita beli la.. sebab tak pakai lagi kan.. ada jugak jual yang dah pakai.. letak kat group peminat AJ sekejap jer dah sold out.. hehehe... jual murah cikit la daripada harga beli sebab preloved kan.. 


So secara keseluruhannya, aku rasa trend fashion tudung bawal AJ ni akan jadi trend yang lama bertahan.. sebab tudung bawal ni memang semua orang pakai.. budak sekolah pun ramai jer pakai AJ ni.. pakai yang jenis plain AJ, harga pun RM10 tapi kualiti terbaik.. tengok, budak sekolah pun pakai AJ tau! hehehe...

Aku pun bukan fanatik sangat dengan tudung AJ ni..beli hanya design yang betul2 aku suka jer.. then kebanyakkannya mesti warna pink.. asal ada warna pink jer mesti aku nak beli.. dasar peminat pink kan? 

So, siapa kat sini peminat AJ atau pernah ada tudung AJ? Hi AJrians!!!

NOTA : SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR PERIBADI KOLEKSI TUDUNG BAWAL AIDIJUMA (AJ) SAYA DAN BUKAN UNTUK DIJUAL. TQ :)

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Photobucket

Wednesday, September 24, 2014

Buku Aku Terima Nikahnya

Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" adalah antara buku terbaru yang menjadi bahan bacaan di waktu lapang.. sejujurnya, dari zaman sekolah aku bukanlah kaki novel.. memang tak pernah nak melayan majoriti bahan bacaan adaah berunsurkan motivasi.. bagi aku buku motivasi ni banyak "menyedarkan" aku yang terkadang terlupa..




Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" sebenarnya sangat-sangat bermanfaat untuk mereka yang masih bujang.. ye, bujang dan belum berkahwin! boleh dijadikan panduan dan persediaan mental serta fizikal sebelum berkahwin.. 

Ilmu tentang perkahwinan bukan semata tentang kasih sayang dan seks! tapi lebih menyeluruh.. hukum hakam hubungan suami isteri, dari soal halal haram dalam perkahwinan, perihal anak, bab kewangan dan sebagainya.. semua perlu dambil berat.. sebab tu buku ni sangat sesuai untuk mereka yang belum berkahwin.. so anak teruna dan anak gadis yang masih belum berkahwin tu, silalah cuba baca buku ni yer..

Untuk yang sudah berkahwin, banyak peringatan yang baik untuk panduan suami serta isteri.. perkahwinan yang menginjak ke 3 tahun ke atas kadang kala mula dilanda perubahan.. peranan suami isteri makin dilupakan.. yang diberi tumpuan peranan sebagai ibu dan ayah.. terapi perkahwinan perlu diberi dalam situasi ni..

Antara yang dikongsi dan boleh dijadikan pengajaran adalah tentang isu-isu kebahagian dan tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan..

***************************************************************************************************************

SEMUA TERKEJAR-KEJAR DENGAN HAMBATAN MASA DAN KERJA. ITU PEMANDANGAN BIASA DALAM MANA-MANA RUMAHTANGGA.
Bab yang mengajar tentang bezanya peranan sebagai seorang suami dan isteri dengan peranan sebagai ibu dan ayah..


BANYAK KES PEREMPUAN YANG DITINDAS DALAM PERKAHWINAN, BERPUNCA DARIPADA DIRI MEREKA SENDIRI YANG MENYEDIAKAN DIRI UNTUK DITINDAS.
Bab yang memberi penekanan tentang isu poligami dan isu poligami itu boleh berlaku kerana sikap isteri itu sendiri!


KITA TIDAK PERLU MEMULAKAN HUBUNGAN JIKA DALAM JANGKA TERDEKAT, TIADA KEMUNGKINAN UNTUK PERHUBUNGAN ITU DINAIK TARAF MENJADI PERKAHWINAN.
Bab yang mana mengingatkan agar perhubungan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin diteruskan jika benar-benar berniat ke arah perkahwinan dan bukannya perhubungan yang sekadar suka-suka..


JIKA MAHU BERCINTA, JANGAN MERANCANG HANYA KE PELAMIN. MASUKKAN SEKALI URUSAN LAMPIN!
Bab yang mengajar tentang persiapan yang perlu dilakukan bagi bakal suami dan isteri.. seringkali bakal suami serta bakal isteri memandang remeh hal selepas berkahwin tetapi hanya memikirkan tentang persiapan majlis perkahwinan!


***************************************************************************************************************

Banyak lagi tajuk yang menarik dalam buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" ni.. ye, buku ni tebal.. tapi lebih tebal muka suratnya, lagi tebal jugalah ilmu yang kita boleh dapat.. :)

Selamat membaca dan menemui lebih banyak "ilmu dalam mencari kebahagiaan di dunia dan juga yang paling penting kebahagiaan di akhirat".. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua

With love,
~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca

Photobucket

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua.. 5 bulan menyep...